"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well
Showing posts with label Ho Chi Minh (1st.time). Show all posts
Showing posts with label Ho Chi Minh (1st.time). Show all posts

HO CHI MINH - Day 2

Mekong River

Hotel ini telah menyediakan menu sarapan pagi yang kebanyakannya adalah tidah halal so kami mengambil kata sepakat untuk makan buah-buahan dan air sahaja. Bagi mengelakan kelaparan, kami telah membawa bekal roti dan maggie untuk dimakan semasa dalam perjalanan nanti.

Kami hanya makan sarapan pagi yang diyakini halal sahaja

Santai2 di lobby hotel...sambil tunggu ms i vy datang untuk ke tempat lawatan yg seterusnya


PERJALANAN KE MEKONG RIVER

After break fast ms I vy membawa kami ke "MEKONG RIVER"...yg mengambil masa selama 1 jam untuk sampai...Jalan yg begitu sempit dan sesak dgn motor, membuatkan jantung kami sentiasa berdegup kencang...apa taknya....van yg kami naiki di pandu dengan laju dan sentiasa bunyikan hon hingga membingitkan telinga...

Perjalanan kami di hidangkan dengan view sawah padi yg hijau menguning...Kat sini ditengah2 Sawah padi Terdapat Binaan kubur yg kemas dan cantik...biasanya kubur ini di miliki oleh mereka yg kaya dan berkemampuan....

Ini di ceritakan sendiri oleh ms I vy...kami memandang diantara satu sama lain dan teringat nasi yg di makan semalam...patutlah rasa sedap lain mcam dan biji berasny pula gemuk2...rupa penangan the power of baja...ha2..pelik kan?


Dah sampai kat pengkalan untuk ke "Thoi Son island" and mekong river


Sebaik tiba di jeti...kami terus bergambar untuk wat kenangan


Aku sedang bergambar di jeti "CHUANG DOUNG TOURIST" ...utk menuju ke 
"THOI SON ISLAND" yg berdekatan dengan sg mekong



ON THE BOAT OF CHUONG DUONG TOURIST

This is our boat...khas untuk kita2 jer...tambang boat ini dah termasuk dlm package...untuk ke island memakan masa tak sampai 15 minute Di sanà kami di bawa untuk melawat Honey bee-farm, coconut candy workshop, taste seasonal fruits, enjoy traditional song oleh org2 tempatan vietnam...dan menaiki perahu menyusuri alur sg mekong yg tepi2nya di penuhi Pokok nipah dan paya...



Untuk sampai ke Thoi son island...kami dihidangkan dengan pemandangan laut yg terbentang luas di depan mata...kagum dengan keindahan alam ciptaan Tuhan...bak kata najwa latif..."merenung ke luar jendela...melihat kebesarannya...ku syukuri segala nikmat...yg di kurnia di dunia..."ha...ha...



Sampai jer di Island...kami di sambut oleh seorang wanita yg memegang sarang lebah yg di kelilingi oleh lebah2...Tengok lah tu...berani pulak k.maznah...biasa dia lah yg paling penakut...he2



saat  tiba di island...kami bergambar terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan...ms i vy dah pening dengan gelagat kami ini kerana setiap tempat yg di lalui ada jer gmbar yg nak di ambil...nasib baik ms i vy ni jenis yg penyabar orgnya...


Ini rumah yg akan kami masuk sekejap lagi...jom kita masuk tengok apa yg ada kat dalam...ms i vy beria2 ajak kami masuk wpun kami teragak2..


Di hidang kan dengan kerepek dan madu..tp kami tak makan pun...sebab tengok rupa kerepek lain macam jerr...begitu juga dengan madu...


Aksi2 bersahaja yg di ambil secara candid...untuk buat kenangan



Bergambar kenangan di pintu masuk "MEKONG TOUR"...ini lah geng2 kami yg spoting dan sempoi...



Antara barangan yg di jual - beg, pes, lukisan & frame, leather good, gift dan accessories, pelbagai buah-buahan...jgn lupa ...buah durian pun ada jual kat sini...




Kami di hidangkan dengan buah-buahan tempatan..sambil menikmati nyayian dan tarian  Yg di persembahkan oleh Local vietnam people...




Bergambar dengan penari2 tradisional tempatan vietnam...mereka lah penghibur kami semasa tengah makan buah...



makan buah sambil bergosip...tu sebab buah tak habis..
(sebenarnya was2..)


Cakkk...begitu lah gelagat kami bila Dikelilingi oleh buah-buahan tempatan...buah kat sana lebih kurang sama dengan buah yg ada di malaysia


Sedang dlm perjalanan ke sungai mekong tapi sempat lagi bergambar untuk memperlihatkan aksi masing2...masa ni semuanya seronok..hilang segala stress dan problem yg ada kat malaysia



Menaiki perahu kat sungai mekong..perasaan masa ni semuanya ada...takut, excited, happy and very adventure wpun sekali sekala agak dangerous..Memakan masa selama 15 minute untuk samapi ke daratan...
wpun keadaan perahu terhuyung-hayang dan sesekali ada percikan air.. tapi kami sempat mengambil beberapa keping gambar dan video untuk tatapan bersama...



Yang mendayung perahu kami   kebanyakannya wanita...mereka ni masih kuat dan gagah walaupun mencecah umur usia emas...kami amat kagum dengan kesungguhan mereka...tang mendayung ni memang kami surrender..tak larat weeiii..


Teruja betul diaorang ni...wpun panas tapi tahan juga semata2 nak naik perahu...siap boleh senyum dan ambil gambar lagi..



Macam petani moden lah pulak...masa ni panas membahang tapi anom ok jerr..tengok lah tu boleh senyum lagi...


selesai naik perahu...masa ni nak pindah dari perahu kecil ke boat yg besar untuk membawa kita2 semua  ni ke daratan...al kisahnya lah.

Previous                                             More read



"Mata hati yang tertutup dengan dosa tidak nampak jalan yang lurus dan tidak dapat membezakan antara kaca dan permata..." 

HO CHI MINH - Day 1

Hotel Hoang Gia Huy

Selepas round bandar Saigon...one request from us to ms I vy supaya membawa kami ke hotel untuk check-in lebih awal.Ini kerana kami ada agenda tersendiri iaitu ke pasar Ben Thanh.Nama hotel yg akan kami duduki ialah HOANG GIA HOY HOTEL.

Sampai di hotel ms I vy meminta passport masing untuk di pegang oleh pihak hotel...ini mengelak drpd perkara2 yg tidak di ingini  berlaku Sepanjang berada di vietnam...jika apa2 berlaku hanya passport lah yg boleh menyelamatkan kami.

Selepas check-in...kami terus kepasar Ben THanh yg berada berdekatan dengan hotel tanpa di temani oleh ms I vy....kira ini tak termasuk package lah..sendiri2 punya agenda. ..

Kami berada di pasar ben tanh hanya sejam shj sebab pasar ini akan di tutup pd pukul 6 ptg...kami tak sempat beli apa2...just tinjau2 shj.Kami balik ke hotel dgn perasaan yg penuh kecewa tapi org kata kat luar hotel ni ada pasar malam...he2..he2..ada lagi lah peluang kami u ntuk shopping..

Bawah ni gambar2 kami kat hotel...


Bersantai di lobby hotel..to take good rest

Breakfast di hotel...hanya makan buah jerr...menu yg lain semua confius nak makan...hu22


Bergambar kenangan dengan 'mok saleh' di lobby hotel...she is very friendly, peramah dan cute wpun dah berusia


Aku ambil kesempatan bergambar di night market...suasana lebih kurang di malaysia juga...yg bezanya kat sini pasar mlm nya terletak di tengah2 bandar saigon yg 90% di kunjungi oleh pelancong asing termasuk malaysia...

Barang2 yg di jual agak murah dan berpatutan.kat sini baju kurung yg bermanik boleh di perolehi dengan harga rm55 sepasang.Barang lain yg boleh didapati di sini ialah hand bag, travel bag, shoes, kain pasang, t-shirt, watch, gift dan aksesori.

Previous                                                      Day 2


"Life is like a wheel, sometimes you will be on a top and sometimes you will be at the bottom. It is not important when we become on the top or at the bottom but the most important is syukur when success and sabar when fail..."

HO CHI MINH - Day 1

LUNCH DI RESTORAN HALAL VIETNAM DELIGHTS

Bergambar di hadapan restoran vietnam delights

Setelah penat berjalan kami di bawa oleh ms i vy ke Restoran halal iaitu "VIETNAM DELIGHTS"...Restaurant ini menjadi tumpuan utama rakyat malaysia.Ms i vy said : don't takut2...this restaurant confirm halal...kami hanya tersenyum...dlm hati masing2 cuak mendengar perkataan halal yg keluar dari mulut ms I vy...

Suasana di dalam restoran...kemas dan cantik..makanan pun boleh tahan sedapnya

K.maznah: nak order air yg special lah....mana waiter ni?
K.liza:        order utk liza...nescafe tarik satu...
Anom:        nak juga...he2

Tengah menunggu makanan di hidang...sebahagian menu2 yg sempat di ambil

Sedang menghayati makanan tapi stop jap untuk bergambar

Bergambar di hadapan masjid saigon

Masjid Saigon

After lauch, kami singgah solat zuhor (jamak ngan asar sekali) kat "SAIGON ENTRAL MOSQUE". Ini adalah satu2nya masjid yg ada di tengah2 kota saigon...kalau tak ambil kesempatan solat kat sini...sudah tentu tidak ada tempat lain selain kat hotel penginapan...so kami solat kat rumah ALLAH ini utk ambil keberkatan.

Di sini aku merasa kagum dan terharu kerana lebih 90% rakyat vietnam bukan beragama islam tetapi mereka ada menyediakan sebuah masjid khas in ntuk umat islam solat.Bila aku amati...masjid ini di jaga oleh minoriti islam kemboja...yg aku respek kat sini ialah telekong yg di sediakan begitu bersih dan tersusun indah dlm almari.

Yang lagi aku tabik spring...selepas solat kain telekung yg kami guna...diaorang ambil tolong simpan...very good srrvices...ha2...memang pelik lah kat sini.


Salah satu butik yg kami singgah Mai Collection..yg menjual pakaian seperti baju kurung, tudung, telekung, jubah, baju kanak2...dll. Kat ini kami sudah berbelanja habis-habisan...maklum lah harga baju kurung kat sini agak murah dan boleh negotiate...lg pun saiz yg sesuai bnyak terdapat kat sini...begitu juga dengan jubah dan telekong solat..amat berpatutan...

Anom tengah pilih baju kurung untuk aufa...

Anom:       that one how much, ms?
Sale girl:   kakak....murah2 saja
anom:       orrr...boleh ckp melayu ka..


Butik yg ke dua kami singgah ialah Butik Daina's collection...boleh tahan juga harga kat sini...wlaupun begitu byk juga hasil tangkapan kami kat sini...tgok lah tu...masing2 membawa balik hasil tangkapan dengan begitu happy

Iza dan ummi bergambar didalam butik dan rehatkan badan jap.. aku dah tak ingat apa nama butik ni...almaklum lah letih sesangat..

Antara Muka2 yg keletihan..fuhh lega dapat duduk dan sandarkan badan kat dinding...wpun letih tapi kami merasa puas.. ini pun aku tak ingat apa nama butik ni...

 Jalan2 di kota saigon...masa ni ms i vy telah membawa kami ke butik yg menjual kain cotton..tu yg langkah masing2 laju terutama yg pegang beg merah..he22...


Sedang melintas untuk ke butik yg di katakan oleh ms i vy tu...tapi butik ni tidak menjual kain cotton spt yg kami idam2kan....masing2 takut untuk melintas jalan...bukan apa kat sini kereta dan motosikal semuanya laju...ms i vy tunjuk kepada kami bagaimana melintas jalan dengan betul.



"Make a history in your life not just a story"

HO CHI MINH CITY - DAY 1


BEGINNING OF OUR TRAVELLING
10 OCT - 13 OCT 2012
(4D3N)

Story of our memories in Vietnam...

Travelling kali ini ialah ke Ho Chi Minh city, Vetnam. Ianya adalah sebuah negara yang baharu sahaja bebas dari penjajah inggeris yg berakhir pada April 1975.Walaupun orang menganggap Vietnam adalah sebuah negara yang baharu sahaja bebas dari peperangan, namun aku tetap juga mahu mengunjungi negara itu untuk melihat lebih dekat kesan dari penjajahan tersebut. Kunjungan aku kali ini amat bermakna dan membuahkan hasil...apa tidaknya tempat impianku selama ini iaitu ke Sg.Mekong dan Cuchi Turnnel telah dapat ku jejaki dan lihat dari dekat.

Sepanjang berada di sana aku dapati kehidupan penduduk di Vietnam jauh berbeza dari Malaysia baik dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan mahu pun gaya hidup tetapi yang seronoknya kat sini, aku dapat shoping banyak barang dengan harga yg murah dan berpatutan.

he2... sebenarnya itu lah tujuan utama aku ke sini....

Masa di lcct

Di lcct lagi kami dah kecoh...apa taknya berat luggage telah melebihi berat yang kami tempah iaitu 30 kg...nak tak nak kami kena tambah 15 kg dengan bayaran rm110...mak aii mahalll giler weii

Untuk mengelak perkara seperti ini berlaku di airport Vietnam nanti, kami bergegas online internet untuk tambah berat luggage...tetapi malangnya kad kredit kak maznah tidak dapat membantu proses pembayaran. Ada sedikit error kat situ.

Tengok lah gambar yang kat bawah ni...macamana kelam kibutnya kami membuat tempahan last minute sambil menunggu gate di buka tapi "Mission failed". So wahai kawan2 ku sekelian...berpada2 lah shoping tu yerr...he2

Saat2 tiba di Tan Son Nhat Vietnam airport


Pertama kali menjejaki bumi Vietnam, masing2 dengan wajah yang gembira, teruja, blurr dan terharu gilerr. Di airpot kami di sambut oleh Tour Guide yg disediakan oleh Irna Yakin tour agency iaitu Ms I vy


            




















          Ms i vy (tour guidE)                                                                     Our driver

Inilah gambar Tour guide kami iaitu Ms i vy namanya, berumur 30an, seorang yang peramah, kelakar dan sentiasa sabar melayan karenah kami. Dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dan gambar yang lelaki tu ialah driver kami so sepanjang 4d3n kat vietnam ni, mereka berdua lah yang sentiasa bersama kami.

Bergambar di hadapan bangunan "Saigon Central Post Officeyg merupakan lambang kebanggaan rakyat vietnam.Kami sampai di bangunan di bangunan Ini tepat pukul 9 pagi (waktu vietnam), buktinya tengok lah jam tu.

Bergambar di dalam bangunan "OLD POST OFFICE" ...di belakang kami adalah kaunter2 yg di buka untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan2nya

Kak Maznah sedang bergambar di depan "National Monument" yg juga di panggil sebagai "UNCLE-HO-STATUE" yg merupakan simbol utama bagi rakyat vietnam...manakala di belakang tugu tersebut adalah bangunan yg di panggil "COMMITTE HALL" yg terletak di jalan Nguyen Hue Street.

Bergambar berlatar belakangkan bangunan "Notre Dame Cathedral"...bangunan gereja ni...patut lah kat sini ramai kami tengok pasangan dalam mod pakaian pengantin...hu2..


Shopping complex Yg pertama yang kami lawati ialah "SAIGON SQUARE...it's a top ten the best for tourist shopping places..."Pelbagai barangan boleh didapati di sini spt t-shirt, bag, acessories, gift, shoes, travèlling bag dan banyak lagi...tapi semua itu bukan fokus utama kami...ms i vy pelik kerana kami tidak membeli apa2 kat sini...kami hanya ke kaunter money changer utk membuat tukaran wang drp rm ke dong.

Di hadapan shopping kompleks saigon square

Al kisah nya..... kat sini aku di halau dari bergambar sebab katanya sini kawasan parking motor berbayar...lerrr.... front the shopping complex mereka boleh wat parking...very interesting info....he2..tp smpat juga aku snap gmbar sekeping


lagi Shopping kat butik....Member2 kat belakang turut bergambar bersama...aku tak sedar pun ada makhluk2 kat blakang tu...kurang asam betul...tak boleh nak  privacy langsung



Sempat lagi ms I vy berpesan kepada kami supaya berhati2 semasa cross jalan sebab kat sini sebahagian besar rakyat vietnam menunggang motosikal dan kat sini tak ada traffic light untuk kami menunggu jalan tu clear...Ms i vy memberitahu juga cara cross jalan yg betul supaya kami tidak di langgar...yg peliknya...kat sini jarang berlaku kemalangan wpun penunggang motor menunggang dengan laju dan di tambah lagi dengan bilangan motor yg banyak disamping kesesakan yg melampau...bab ni memang kami respek...jauh berbeza kalau nak di bandingkan dengan Malaysia

AKu mengambil kesempatan bergambar di hadapan "HOTEL CONTINENTAL" yg berada di tengah2 bandar vietnam

Bergambar di dalam shopping complex.... (tak tahu apa nama shopping complex ni)...sebab ini bukan termasuk dlm package...kitaorg singgah untuk shi..shi...jer   ha222


Bergambar di hadapan replika hotel continental...


"Good communication comes from people to people but the great communication Comes from people to ALLAH..."