Assalamualaikum,
Trip perjalanan aku ke Koh Samui memang telah dirancang sekian lama dan hari ini perancangan aku terlaksana jua. Seperti biasa perjalanan aku bersama suami dan anak2 ke sana adalah dengan menaiki kereta yang dipandu sendiri dari Sg. Buloh hingga ke Koh Samui.
Mengapa trip kali ini aku target Koh Samui? Banyak sebab sebenarnya. Yang paling utama adalah keindahan dan kecantikan pulau tersebut yang menghidangkan view pantai yang mempersonakan serta tempat yang kedua selepas phuket yang menjadi tumpuan utama pelancong asing dari luar. Koh Samui juga mempunyai banyak penduduk islam dan sudah tentu makanan halal banyak di jual di sana dan tidak susah untuk mendapatkanya.
Proses imigresen
Dokumen2 yang diperlukan untuk b
awa masuk kereta ke Thai adalah:
✅Borang pengistiharan kemasukan kereta
✅Insuran kenderaan
Borang white card (departure & arrival) tidak lagi perlu di isi. Perkhidmatan penyediaan dokumen2 ini dibuat oleh syarikat agensi yang terdapat di Changlun. Aku tempah siap2 dan datang ambil masa nak bertolak masuk ke imigresen Bukit Kayu Hitam (BKH). Cara ini amat senang dan tidak membazir masa. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan ini, anda boleh Contact person yang incaj iaitu Mira (Caltex Taman Teja 'Changlun) melalui no phone 018-9400479.
Selepas proses cop passport Malaysia, anda perlu ke imigresen Thai untuk cop Passport. Kali ini kami semua plan tak nak keluar dari kereta untik cop pasport di kauter sepertimana yang dibuat sebelum ini. Kami cuba nasib untuk cop pasport melalui laluan kereta kerana cara ini lebih cepat dan mudah. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga cop passport dilaluan kereta tanpa banyak songeh dari imjgressen Thai. Bagi melancarkan proses ini, kami cuba selitkan duit sedikit dicelah2 pasport untuk bagi tips kpd dorang.
Semua penumpang dalam kereta perlu keluar untuk cop passport.
Brunch di Dimsum Cabura Songkhla
Dalam perjalanan ke Songkhla, kami singgah makan di restoran Dimsum Cabura yang merupakan cawangan yabg baru di buka di Songkhla. Menu yabg dihidangkan adalah sama seperti mana menu yang terdapat di hatyai cuma tempat dan suasana sahaja yang berbeza. Dimsum cabura Songkhla terletak berdekatan dengan Tang Kuan Hill dan pantai Samila Songkhla.
Check in The Inka Hotel di Nakhon Si Thammarat
Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Nakhon Si Thammarat. Di sini kami telah menempah The Inka Hotel untukmenginap satu malam bagi menghilangkan rasa letih dan penat semasa dalam perjalanan. Kami sampai di hotel ini tepat dengam masa check in iaitu pukul 2.00 petang. Hotel ini amat aku recomanded sangat sebab biliknya sangat selesa, luas, kemas dan good services. Yang penting tiada wang deposit apabila check in.
Di sini juga tidak susah untuk mencari restoran halal dan banyak pilihan reatoran halal yang boleh dperolehi di sini.
Hotel ni memang selesa, bersih dan cantik..
Art street yang terdapat didepan hotel. Cantik sangat seninya.
Jalan-jalan di bandar Nakhon Si Thammarat sambil melihat suasana bandar
Ini adalah masjid jamik yang ada di bandar Nakhon Si Thammarat
Pasar malam Lang Dao semua makanan tak halal kecuali buah. kami terpaksa cari altenatif lain untuk dinner.
Buah yang dijual memang fresh
Kami makan malam di sini. Recomanded sangat.
Rice beef garlic ni memang sedap. yang merah tu air tembikai. sedap sangat.
Balik dari makan, kami ternampak ada masjid yang sedang laungkan azan magrib. Kat sini ada juga orang muslim dan senang untuk dapatkan makanan halal.