"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Day 5)

 Assalamualaikum dan selamat pagi,

Hari ini masuk hari yang ke lima kami di Osaka Jepun. Perjalanan harus diteruskan walaupun  berhadapan dengan isu COVID19. Seperti biasa kami masih berpegang kepada SOP yang ditetapkan iaitu memakai mask dan membawa sanitiser kemana sahaja kami pergi.

Sebelum meneruskan perjalanan, makanan untuk sarapan pagi dan tengahari perlu disiapkan terlebih dahulu. Tidak lupa kami sentiasa membawa kopi panas dalam termos untuk di minum semasa dalam perjalanan nanti. Kopi panas ini memang sedap di minum kerana ia boleh menghangatkan badan yang sedang kesejukkan dan amat sesuai dengan musim sejuk sekarang ini. 

Selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang paling popular di daerah Nara. Saya tidak perlu cerita panjang sebab korang mesti tahu tempat yang menjadi tarikan utama di Nara kan? Ok jom lah. Perjalanan ke Nara park dari stesen Shin Imamiya mengambil masa lebih kurang 50 minit dengan menaiki train. Kami hanya merujuk kepada google map bagaimana cara untuk menaiki train. Setakat ini ia nya berhasil walaupun ada juga sedikit masalah yang dihadapi seperti tersalah naik train atau salah map tempat yang ingin dituju namun begitu kami berjaya mengatasinya. So jangan risau, anda tidak akan sesat selagi ada internet. Haha...nampak tak pentingnya internet kat situ.

Nara Park

Nara Park terletak di dalam bandar Nara dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1880. Ia merupakan sebuah taman yang tertua di Jepun dan mempunyai sebanyak 1,200 ekor rusa yang berkeliaran di kawasan taman tersebut yang berkeluasan sekitar 1,240 ekar. Banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan utama pengunjung iaitu meihat rusa, melawat temple Todaiji, Kasuga Taisha, Kofukuji dan musium negara Nara. Kami ke sini adalah semata-mata ingin melihat dan memberi makan rusa serta berjalan-jalan disekitar taman.

Ini merupakan stesen kintetsu - Nara di mana tempat perhentian untuk ke Nara park

Sekitar stesen kintetsu-Nara

Menaiki bas menuju je Nara park

Untuk sampai ke Nara park kami perlu menaiki bas dari stesen JR Nara dengan harga 220yen /RM8.50 untuk dewasa dan harga separuh untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Semasa menaiki bas, kami dapat melihat banyak rusa yang jinak sedang berkeliaran di atas jalan sebaik sahaja melalui kawasan Nara park. kami mengambil kesempatan untuk turun di sini bagi melihat gelagat dan keletah rusa. Masuk ke sini adalah percuma dan tiada apa-apa bayaran pun kecuali kalau nakbeli makanan rusa.


Sebaik tiba di Nara park, kami melihat banyak rusa berada di merata tempat dan sangat jinak serta tidak merbahaya kepada pengunjung. Suasana begini jarang dijumpai di mana-mana tempat.

Ekoran terlalu jinak, rusa ini memang tidak takut kepada orang ramai dan cuba menyondol-nyondolkan badan dia ke arah kita yang membuatkan kita agak rimas dan tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika ada makanan di tangan.  Sekiranya anda takut dikejar oleh rusa, labih baik makanan tersebut disembunyikan daripada pandangan rusa dan beri sedikit-sedikit kepada nya. Sekiranya dia nampak ada makanan, rusa tersebut akan kejar sehingga kita tidak larat untuk melarikan diri. Kalau tak percaya boleh tengok video yang aku kongsikan di bawah.

Makanan rusa boleh dibeli dengan harga RM5 dan terdapt beberapa keping makanan yang berbentuk bulat macam biskut. Yang aku pelik, rusa ni tak pulak kejar orang yang menjual makanan tu sedangkan kat situ lah ada stok makanan yang banyak. Yang dia kejar adalah pelancong/pengunjung yang datang ke taman ini. Terpikir juga aku masa tu tapi tak ada jawapan. Mungkin rusa ini sudah terbiasa dengan keadaan dan suasanan macam ni yang mana orang yang datang ke sini mesti memberi makanan kepada nya.

Kelihatan gerai yang menjual makanan rusa

yang ada payug tu adalah tempat menjula makanan rusa. Takde pun rusa tu kejar dorang..pelik..

Tak larat dah kami nak lari daripada rusa ni.Biar jer dia menyondol asalkan tidak di gigit.

Cubaan untuk bermesra

Oleh kerana terlalu jinak kita boleh usap-usap muka rusa 




Rusa boleh berehat dan duduk senang lenang tanpa gangguan pengunjung kerana pada masa ini tidak ramai pengunjung yang datang ekoran pandemik convid-19.Agak aku lah...hahah


Ini adalah video kejar mengejar bersama rusa. Jom kita tonton sama-sama




Suasana sekitar Nara park

Dimana jua berjalan di dalam Nara park, kita akan sentiasa ditemani oleh bodyguard ni. Dia ada di mana-mana


Ini adalah pintu gerbang yang dibina oleh orang dulu-dulu untuk menuju ke Temple



Sambil berjalan didalam taman ini, aku ternampak satu lorong kecil menuju ke dalam yang sedikit hutan dan lorong tersebut agak membukit sedikit. Aku tidak pasti ini lorong apa tapi jangkaan aku mgkin ini lorong pejalan kaki untuk mendaki bukit.

Terdapat kolam di dalam Nara park yang berdekatan dengan temple 

Sebelum pulang ke guesthouse, kami sempat singgah di kedai yang terletak dalam stesen Nasa. Di sini kami membeli barangan dapur sebagai bekalan tambahan iaitu beras , ubi keledek, air dan kentang potato dengan harga semua nya 1683 yen / RM63.60.

Memandangkan kami sampai awal di guesthouse dan ada masa lagi untuk berjalan-jalan, so kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dan shopping di Dotonbori. Anak-anak tidak mahu mengikut untuk pergi ke Dotonbori. Jadi kakak aku menjadi mangsa untuk meneman anak-anak di guesthouse dan dia akur dengan semua itu. Selesai solat kami terus bersiap-siap untuk keluar menuju ke stesen Shin imamiya.

Dotonbori

Dotonbori merupakan salah satu destinasi pelancongan yang utama di Osaka Jepun. Nama Dotonbori di ambil sempena nama terusan dotobori yang kini dikenali sebagai sungai Dotonboribashi. Ianya Terletak betul-betul di tengah kesibukan bandar Osaka. Dotonbori menjadi tarikan utama pengunjung adalah kerana tempat ini merupakan syurga membeli belah, banyak kedai-kedai makan, bar, dikelillingi oleh cahaya lampu yang mana kawasan ini sentiasa meriah dan padat dengan orang ramai. Disini juga pengunjung boleh menaiki cruise menyusuri sungai sambil melihat pemandangan bandar yang indah diwaktu malam. 

Yang lagi popular kat dotonbori ini ialah terdapat papan tanda yang besar dengan gambar orang yang sedang berlari yang dikenali sebagai Glico running man. Sekiranya datang berkunjung ke Osaka, anda mesti datang ke Dotonbori dan mengambil gambar berlatarbelakangkan Glico running man. Jika tidak bergambar di sini, anda boleh dikategorikan belum betul-betul sampai di Osaka.

Untuk ke sini anda perlu menaiki train dan berhenti di JR Namba stesen. Dari JR Namba stesen, anda perlu berjalan kaki sejauh 1 km untuk betul-betul sampai di kawasan Dotonbori. Bagi aku perjalanan ini tidak terasa jauh kerana anda boleh menghayati keindahan disekeliling sambil berjalan menyusuri sungai dan mengambil gambar. Ianya agak seronok dan memberi pengalaman baru bagi aku yang pertama kali datang ke sini.

untuk tidak sesat, anda perlu menggunakan google map atau aplikasi lain yang boleh menunjukkan jalan ke arah tempat yang ingin ditujui. Insyaallah setakat ini, ia banyak membantu aku dalam perjalanan menuju destinasi yang diingini. 

Ok lah..Jom kita terokai area dotonbori dengan lebih dekat.

Dari stesen JR Namba , kami terus keluar menyusuri jalan dan traffic light. 


Akhirnya kami sampai di kawasan yang ada sungai. Kami menyusuri sungai ini untuk sampai di kawasan Dotonbori.

Dah nampak signboard Dotonbori tapi belum betul-betul sampai di kawasan yang ingin dituju.


Lorong-lorong di kawasan Dotonbori yang belum dipenuhi oleh orang ramai. Anda perlu berjalan ke hadapan lagi untuk betul-betul sampai di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai


Di sini lah tumpuan utama pengujung di Dotonbori


Di sini lah tumpuan utama pengujung di Dotonbori. Terdapat signboard besar Glico running man yang popular dikalangan pengunjung. Pengunjung wajib mengambil gambar di sini sebagai kenangan dan tanda sudah sampai di Osaka.

Ditengah-tengah ini adalah jambatan yang dikenali sebagai Tazaemon-bashi bridge untuk merentasi sungai Dotonboribashi. Diwaktu malam kawasan ini sangat meriah kerana anda boleh menaiki cruise yang disediakan untuk menyusuri sungai dan boleh melihat suasana malam di Dotonbori.

Masa aku sampai, kawasan ini dipenuhi oleh orang ramai dan begitu sesak sekali. Risau juga aku time ni, takut dijangkiti COVID. Kami sentiasa pakai mask dan menjarakkan dengan orang ramai agar tidak dijangkiti. Kami perlu redah juga kerana niat hati kuat untuk kesini. Bila fikir balik, kalau tak datang ke sini, bila lagi nak datang. Tawakkal jer lah.

Gambar Glico running man di ambil dari atas jambatan Tazaemon-bashi

Terdapat banyak bangunan shopping kompleks di sini

Bangunan shopping kompleks yang popular iaitu UNI-QLO dan H.M


Dikiri kanan dipenuhi dengan kedai beli belah dan kedai makan. Jika anda kaki shopping, amat dialu-alukan untuk datang ke sini. Pelbagai barangan jualan ada di sini seperti beg, kasut, baju, kosmetik, jam tangan, barangan komunkasi, elektronik, barang makanan dan banyak lagi. Korang datang lah tengok sendiri.

Yang aku perasan kat sini banyak kedai menjual pakaian termasuk H.M


Kami tidak lupa untuk bergambar di sini

Sebagai kenangan



Kat sini kami telah memborong biskut kapal untuk di bawa pulang ke Malaysia dengan harga 2880 yen / RM108.80. Hanya kat sini yang kami jumpa paling murah. Tak keruan juga kami masa membeli belah. Yer lah semua nak beli haha..

Memandangkan kami datang berdua sahaja, so Kami tiada halangan untuk berjalan dan bersia-siar lebih lama untuk menghayati suasana sekeliling sambil membeli belah. Namun begitu kami tidak lupa untuk menunaikan solat magrib terlebih dahulu. Daripada pemerhatian dan pembacaan, kat sini ada disediakan surau untuk pengunjung muslim solat so kami telah google untuk mencari lokasi yang tepat.

Kami perlu solat dahulu sebelum balik ke guesthouse kerana waktu ini sudah nak menghampiri waktu magrib. Alhamdulillah, setelah selesai tanggungjawab yang wajib ditunaikan, kami mengambil keputusan untuk pulang ke guesthouse memandangkan sudah masuk waktu malam dan suasana agak semakin sejuk. Lagipun kami sudah puas menerokai kawasan ini dan tiada apa lagi yang mahu dibeli.

Sebelum naik train, sempat juga kami mencari kedai-kedai yang menjual tshirt di area Osaka ini. Alhamdulillah akhirnya kami jumpa juga kedai yang menjual tshirt setelah hampir putus asa. Kami borong tshirt Osaka 5 helai dengan harga 6,820 Yen / RM257.00 dan magnet dengan harga 545 yen / RM20.60. Boleh tahan mahal jepun ni..huhu

Seperti biasa kami perlu menaiki train di stesen JR Namba menuju ke stesen Shin imamiya untuk pulang ke guesthouse.


Sebelum balik, sempat juga kami singgah di family mart untuk membeli barang-barang dapur sebagai tambahan seperti telor, sayur dan minyak masak. kami juga singgah di gerai makan yang semalam untuk order nasi goreng dan  ayam goreng yang disukai oleh anak-anak. Cukup lah buat alas perut malam ni. Minyak zaitun yang kat atas tu harga nya adalah 360 yen /RM13.60. Manakala telor dan sedikit sayur adalah 240 yen / RM9

Ok setakat ini saja untuk hari ini. Jumpa lagi esok yer. 

Selamat malam semua!

DAY 4                                                                                                     DAY 6

No comments: