Hari terakhir di Phuket
Tiada aktiviti yang dirancang untuk hari terakhir di phuket kerana waktu pelepasan adalah pukul . Walaupun begitu, aku sempat pergi ke pasar phuket yang berdekatan dengan guesthouse kononnya ingin mencari makanan ringan untuk di bawa balik ke Malaysia. Aku keluar di awal pagi ke pasar dan mengambil masa 1/2 jam untuk berada di dalam pasar tersebut. Selesai membeli apa-apa yang patut, aku bersama radzi terus pergi ke gerai hawa kitchen untuk breakfast dengan berjalan kaki sejauh 1 km. Naik lenguh juga kaki aku dibuatnya.
Aku beritahu member yang lain untuk bertemu dan breaksfast di restoran Hawa kitchen.Selesai makan, kami terus balik ke guesthouse dengan berjalan kaki sambil melihat dan menghayati suasana kehidupan penduduk phuket di sini. Perjalanan tidak terasa jauh sangat kerana mengambil jalan short cut untuk balik ke guesthouse. Lagipun berjalan beramai-ramai tidak merasa bosan dan penat sangat.
Selesai berkemas-kemas dan packing beg, kami terus checkout dan menuju ke jalan besar sambil menunggu driver datang pick - up untuk pergi ke airport. Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang 1 jam. Akhirnya kami selamat berada di airport dan menguruskan proses check in beg.
Selamat tinggal Phuket. Insyaallah kita bertemu lagi di lain masa dan ketika. SEkiranya ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Selama 4 hari dan 3 malam berada di phuket, banyak tempat-tempat menarik dan baharu yang kami dapat kami terokai. Semua tempat ada tarikan dia masing-masing.Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk menikmati keindahan itu. Pengalaman ini akan aku kenang dan ingat sampai bila-bila.
OK lah kita berjumpa lagi di lain destinasi. Di mana tu...jom teruskan membaca blog aku ini.
SELAMAT TINGGAL PHUKET...
No comments:
Post a Comment