Assalamualaikum semua, selamat pagi....
Hari ini adalah hari yang ke tiga kami berada di bumi phuket. Mengikut intenary yang dirancang, aktiviti kali ini di teruskan tanpa tour guide. Kami ingin merasa kebebasan untuk berjalan tanpa dibatasi masa dan tempat yang ingin dituju. Untuk melancarkan perjalanan, kami telah menyewa sebuah kereta untuk satu hari bagi memudahkan pergerakan ke satu-satu tempat.
Seperti yang dijanjikan, aku perlu berjumpa dengan pemilik kereta pada pagi ini untuk urusan pengambilan kereta. Kami berjanji untuk bertemu di area yang berdekatan dengan guesthouse yang mana pemilik kereta tersebut akan menghantar kereta di sini. Setelah urusan pengambilan kereta selesai, kami terus menjalankan aktiviti yang dirancang dengan memulakan sarapan pagi di kedai makanan yang berdekatan.
Kami cuba beralih arah untuk makan di kedai Mat-am Babussalam yang terletak berhadapan dengan restoran Hawa Kicthen yang banyak kali kami kunjungi sebelum ini. Justeru itu untuk merasa kelainan, kamu bersepakat untuk sarapan pagi di kedai makanan Babussalam memandangkan menu yang disediakan telah menarik perhatian kami.
Ada cerita disebalik Babussalam ini tapi aku malah nak citer panjang.Cukup lah hanya kami sahaja yang tahu. HAHA....setiap kali kami mengimbas balik kenangan masa makan kat sini, setiap kali tu lah kami gelak besar apabila mengingati gelagat masing-masing tapi itu semua telah jadi kenangan dan tidak mungkin akan berulang kembali. Malahan selepas kejadian itu, hubungan kami tetap erat dan teguh seperti biasa.
Sebahagian menu yang dipesan oleh kami. Aku tak pasti roti ngan telor tu makan macamana hahaha...Terbahak2 gelak mengenangkan citer ni
Setelah selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang pertama pada hari yang ke tiga iaitu ke Karon view point yang terletak di daerah Mueang, phuket. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 min dengan jarak 15 km daripada restoran Babussalam. Dari atas puncak, anda dihidangkan dengan tiga panorama pantai yang boleh dilihat iaitu Kata noi, kata yai dan pantai Karon.
Sebelum sampai di puncak Karon view point, kami singgah dahulu di satu tempat (tak tahu nama tempat tersebut) yang view pantai nya yang sangat cantik. Kami berada di sini lebih kurang 1/2 jam untuk posing-posing dan mengambil gambar, Tempat ini adalah laluan dan berdekatan dengan karon view Point.
Jom scroll ke bawah untuk melihat reaksi dan gelagat kami bergambar...
Ini lah tempat port kami mengambil gambar
Merenung jauh merentasi lautan dalam
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke puncak Karon point untuk melihat keindahan panorama pantai dari atas bukit. Di sini disediakan, parking kereta, kedai-kedai makanan serta gazebo iaitu tempat santai dan berehat khas untuk pengunjung yang datang.
Landmark Karon view point
Menapak sedikit anak tangga untuk sampai di tempat khas untuk bergambar dan selfie
Sebahagian gambar yang di ambil daripada puncak
Masa ni panas terik nasib baik ada angin bolehlah sejukkan sikit badan tu
Berjaya sampai dipuncak...kononnya lah
Bersungguh-sungguh dorang ni ambil gambar. Nasib baik lah ada mereka ni. meriah sikit gambar travel kami
Windmill View Point
Satu lagi tempat untuk melihat panorama pantai dari atas puncak bukit adalah Windmill view point. Terletak di daerah Mueang, phuket, yang jaraknya lebih kurang 6.1km dari Karon view point. Di sini anda dihidangkan dengan view pantai yang dipenuhi dengan bot dan kapal yang dijadikan sebagai tempat pelabuhan. Yang lagi menarik, anda boleh melihat dari kejauhan view windmill atau kincir angin yang dibina dipersisir pantai yang menambahkan lagi kecantikan pantai tersebut. Kincir angin ini digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk bandar phuket. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat melihat laut andaman yang kebiruan terbentang di depan mata. Ianya sangat indah sekali.
Bagi yang ingin datang ke phuket, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat ini kerana ia menjanjikan seribu satu keindahan yang luar biasa kepada pegunjung. Sekiranya datang di awal pagi atau lewat petang, tempat ini tidak lah sepanas yang kami rasai. Ini kerana, kami tiba di sini pada waktu tengahari dan cuaca sangat panas ketika itu namun ianya tidak menjadi halangan kepada kami untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan serta menjalankan aktiviti bergambar. Lagipun angin yang sepoi sepoi bahasa sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa panas dan hangat di badan kami.
Kelihatan dari jauh kapal dan bot kecil nelayan berada di pelabuhan sebagai tempat perhentian utama mereka
Anda juga dihidangkan dengan pulau kecil ditengah-tengah laut
Cantik pada pandangan mata yang memandang
Kincir angin yang tersergam indah di atas bukit berdekatan persisir pantai
sebatang pokok menjadi saksi kapal keluar masuk setiap hari di pantai ini
lihatlah keindahan alam ciptaan tuhan dibelakang kami ini.
Cubaan untuk melompat. Hanya takat itu yang mampu setelah berulangkali diambil
Cuba melompat walaupun masa ni panas terik membahang
Merenung jauh di dasar laut
Sedang menghitung kapa-kapal di laut
Tengok apa tu?
agak-agak boleh ke aku berenang balik perlis ni
Merenung jauh ke laut andaman
Nak ambil gambar kat tengah laut...jom
agak-agak sapa yang menang untuk kategori camera man/women terbaik 2019
Makan Tengahari kat Charm's restoran halal
Selepas meluangkan masa hampir 1 jam di Windmill, kami mengambil keputusan untuk beredar dari situ dan meneruskan aktiviti mencari makanan untuk lunch kerana waktu ini sudah menghampiri ke pukul 2 petang. Perut perlu di isi bagi meneruskan perjalanan yang masih berbaki separuh hari lagi.
Kami singgah makan di restoran halal yang menjual masakan goreng-goreng, tomyam dan masakan thai yang lain. Lokasi restoran ini betul-betul berada di laluan jalan yang berbukit sedikit dan menu yang dihidangkan amat sedap sekali. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Kami juga telah menunaikan solat zuhur dan asar di sini walaupun kemudahan dan keselesaan tidak menepati piawaian kami untuk solat tapi Alhamdulillah kami dapat menunaikan amanat ALLAH ini dengan sempurna.
bergambar di hadapan restoran Charm's
antara menu yang kami tempah
gerai ini terletak bersebelahan dengan kedai makanan tadi. Aku tidak tahu dia jual apa tapi nampak macam sedap jer
The Big Budhha
Sebenarnya destinasi utama yang ingin kami tuju adalah ke Promthep Cape iaitu tempat untuk melihat sunset tetapi memandangkan waktu sekarang baru pukul 3 petang, so bagi memenuhi masa yang ada, kami perlu pergi ke destinasi yang lain terlebih dahulu. Tempat yang menjadi pilihan kami adalah ke Big Buddha. Big buddha ini bukan sahaja tempat aktiviti keagamaan bagi yang beragama buddha tetapi ia juga merupakan tempat pelancongan utama di Phuket.
Di atas puncak bukit Nagakerd ini terdapatnya patung buddha duduk bersila yang dinamakan Maraavija Buddha dengan saiz ketinggian 45 meter dan lebar 25 meter. Di atas puncak ini anda boleh melihat pemandangan laut dan bandar phuket. Kami ke sini hanya sekadar melawat dan melihat pemandangan yang ada di persekitaran Big buddha sahaja. Tidak lebih daripada itu. Semasa berada di sana aku sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.
gambar yang diambil dari arah belakang big buddha
Papan tanda big buddha phuket
Di sediakan kan peta untuk melihat dan faham lokasi tempat yang perlu dilalui
Perlu menapak anak tangga untuk sampai di statue buddha
view dari atas puncak big buddha
Tempat aktiviti keagamaan berlangsung
Pemandangan ini betul-betul di atas puncak bukit yang berdekatan dengan patung buddha
Kami singgah di sini sekejap kerana tertarik dengan jualan pelbagai jenis ikan dan seafood yang segar seperti ketam, udang, sotong dan pelbagai jenis cengkeram. Disini juga merupakan tempat jeti bagi penjualan tiket dan pakej untuk menaiki bot bagi sesiapa yang ingin menjalankan aktiviti hopping island.
Ra wai beach
Kami bersantai sekejap di tepi pantai Ra wai berdekatan dengan Nonthasak marine sambil menghirup udara segar dan melihat keindahan pantai yang dihiasi dengan pelbagai jenis bot sebagai tempat perhentian. Pantai ini boleh dianggap meriah kerana ia merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung yang menyediakan pelbagai aktiviti pantai seperti mandi manda, bermain pasir, menaiki bot, pakej hopping island dan banyak lagi. Ditambah lagi ia betul-betul berada di tepi jalan besar yang mana kiri dan kanan jalan terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan untuk kemudahan pengunjung serta penduduk setempat. kedai dan gerai makanan juga banyak didapati di sini. Kami kat sini sekadar berehat sambil menunggu masa yang sesuai untuk ke Promthep cape view point.
view pantai Ra wai di waktu petang
Dijadikan sebagai tempat perhentian bot
Jalan besar yang menjadi penghubung utama di bandar Ra wai
Promthep Cape View Point
Promthep cape terletak di bahagian selatan phuket yang merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan utama pelancong untuk melihat view sunset. Anda dinasihatkan untuk datang awal bagi mengelakkan kesukaran untuk mendapatkan parking memandangkan ramai pengunjung yang datang pada waktu ini. Anda tidak perlu risau sekiranya datang awal kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan terutama shopping. Ini kerana kat sini banyak disediakan gerai-gerai yang menjual makanan, kraftangan, aksesori, pakaian, beg, kasut, kosmetik yang boleh menjadi terapi bagi setiap pengunjung yang datang sebelum menikmati suasana keindahan matahari terbenam.
Kami sampai di sini agak lambat sedikit iaitu dalam pukul 5 petang. Pada waktu ini, telah ramai pengunjung yang datang dan kami meghadapi kesukaran untuk parking kereta. Kami tiada pilihan untuk parking kereta dan mengambil keputusan untuk parking di tepi jalan utama laluan kenderaan keluar dan masuk. Harap-harap ianya bukan satu kesalahan kerana terdapat ramai juga yang parking seperti ini.
Selepas selesai parking kereta, kami terus menuju ke tempat yang sesuai untuk melihat sunset. Aku membiarkan sahaja dorang pergi ke tempat tersebut sedangkan aku berjalan ke arah lain yang lebih menarik iaitu kedai-kedai jualan. AKu ingin melihat apa barang yang dijual dan sekiranya tertarik aku akan membelinya.Anggap lah ini terapi minda untuk puaskan hati sendiri. AKu tidak lama di sini memandangkan waktu ini sudah menghampiri waktu untuk melihat sunset.
Ini adalah kedai jualan yang menjadi tempat persinggahan aku sekejap tadi
Pelbagai jenis barangan yang dijual
Menaiki tangga untuk menujuk ke tempat sunset
view sunset daripada atas bukit
Begitu ramai orang membuatkan kami tidak selesa dan perlu mencari port yang sesuai untuk melihat sunset
Dilereng-lereng bukit telah dipenuhi oleh orang ramai yang membuatkan tempat tersebut sesak dan padat
Orang ramai bukan sahaja kat lereng-lereng bukit tapi ada juga yang telah turun ke bawah bukit
Kami perlu mencari tempat yang strategik dan jauh daripada orang ramai supaya dapat menghayati suasana dan keindahan sunset tanpa ada gangguan daripada orang ramai. Kami sanggup turun ke bawah melalui jalan dan lorong yang curam semata-mata mendapatkan tempat yang strategik dan sesuai. Perjalanan untuk menuruni bukit telah mengambil masa 15 minit untuk sampai ke bawah. Walaupuan pada awalnya agak struggle tetapi kami berpuas hati kerana hasilnya adalah amat menakjubkan.
Jom kita lihat aksi dan gelagat kami semasa menuruni cerun dan bukit.
Kami perlu berhati-hati semasa turun bukit kerana ia agak curam dan boleh mencederakan sekiranya tersalah langkah
Demi ingin melihat sunset, kami tidak hirau akan bahaya yang berlaku sekiranya tergelincir.
Dah sampai tempat yang di tuju. memang clear dari orang ramai. sungguh aman sekali
Terus lepak dan rehat sambil menunggu masa untuk melihat sunset
Sabar menanti
Kali ini lompatan kami lebih tinggi
Macam tu sekali beraksi untuk mengambil gambar. harap-harap hasilnya berbaloi dengan apa yang dibuat.
Begitu indah alam dan kejadian ciptaan tuhan. Terus hilang lelah dan penat kami menuruni bukit sebentar tadi
Menikmati keseronokan saat-saat matahari nak terbenam
Cuba menyentuh matahari walaupun ia sukar dan mustahil untuk di gapai
Laut begitu tenang seakan-akan tahu sebentar lagi suasana akan bertukar gelap
Menunggu masa untuk hilang dari pandangan
Setelah selesai menyaksikan keindahan sunset, kami terus menapak cerun-cerun bukit untuk menujuk ke atas. Destininasi kami seterusnya ialah ke pasar malam yang popular di phuket iaitu sunday walking street.
Phuket Sunday Walking Street Market atau Lard yai market
Pasar malam ini terletak di Thalang road, bandar Phuket dan di buka pada setiap hari ahad bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Pelbagai barangan ada djual disini daripada yang moden hinggalah barang2 tradisional. Kiri dan kanan pasar malam ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama yang yang dijadikan sebagai kedai jualan.
Aku seronok datang berkunjung ke pasar malam ini kerana dapat melihat pelbagai jenis jualan makanan yang terhidang di depan mata. Disamping itu juga pasar malam ini sangat meriah dengan gelagat orang ramai dan ditambah lagi adanya pertunjukan pameran, muzik dan nyanyian yang berlangsung ditengah-tengah laluan orang ramai. Aku cuba mencari gerai yang menjual makanan yang halal untuk di makan. Walaupun ianya tidak banyak tetapi memadai untuk kami mengalas perut yang kelaparan.
Disini aku hidangkan beberapa keping gambar suasana pasar malam masa tu.
jom skroll ke bawah...
Begitu padat dengan orang ramai
Barangan antik dan tradisional banyak dijual di sini.
Pertunjukan nyanyian bagi menghiburkan pengunjung yang datang
Pelbagai jenis kueh di jual di sini. Ada yang aku kena dan ada yang aku tidak kenal
gerai menjual buah-buahan pun ada
kiri dan kanan adalah bangunan lama yang menjadi tarikan untuk pengunjung
Setelah hampir sejam di sini, kami mengambil keputusan untuk pulang ke guesthouse. Aku dah berjanji dengan pemilik kereta sewa untuk menghantar kereta pada malam ini memandangkan tiada tempat selamat untuk parking kereta pada waktu malam di area guesthouse ini. Lagi pun kami tidak memerlukan kereta pada malam ini kerana aktiviti yang kami nak buat adalah massage. Kami mendapatkan khidmat massage ini berdekatan dengan area guesthouse sahaja.
Proses pemulangan kereta berjalan dengan baik dan lancar kerana tiada apa-apa kerosakan atau kemalangan yang berlaku sepanjang satu hari kami menggunakannya. Sekiranya ada kemungkinan proses pemulangan agak rumit sedikit.
Jom massage sebelum pulang ke Malaysia.
Korang gi lah massage, aku nak tidur.
Letih oooi satu hari jalan. nak tercabut kulit kaki ni.
Bye...jumpa esok ye
No comments:
Post a Comment