"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

NAKHON SI TAMMARAT - KOH SAMUI - SONGKHLA (DAY 2)

Assalmualaikum dan Selamat pagi 

Seawal pagi lagi kami sudah bangun menunaikan solat subuh dan seterusnya bersiap2 untuk check out hotel bagi meneruskan perjalanan ke Koh Samui. Sebelum itu, kami perlu breaksfast terlebih dahulu bagi menambahkan energy untuk menghadapi perjalanan yang hampir 2 jam lagi untuk sampai ke jeti Donsak Raja Feri. Kami sekali lagi makan di Hari Burger memandangkan itu yang paling dekat dengan hatel yang kami duduki. 

Selepas breakfast, kami meneruskan perjalanan ke Jeti Donsak Raja Feri. Dalam perjalanan kami sempat singgah di Khanom view point dan Khanom road viral. 

Khanom Viewpoint





















TRIP KE KOH SAMUI - DAY 1 (7/2/2025)

Assalamualaikum, 

Trip perjalanan aku ke Koh Samui memang telah dirancang sekian lama dan hari ini perancangan aku terlaksana jua. Seperti biasa perjalanan aku bersama suami dan anak2 ke sana adalah dengan menaiki kereta yang dipandu sendiri dari Sg. Buloh hingga ke Koh Samui. 

Mengapa trip kali ini aku target Koh Samui? Banyak sebab sebenarnya. Yang paling utama adalah keindahan dan kecantikan pulau tersebut yang menghidangkan view pantai yang mempersonakan serta tempat yang kedua selepas phuket yang menjadi tumpuan utama  pelancong asing dari luar. Koh Samui juga mempunyai banyak penduduk islam dan sudah tentu makanan halal banyak di jual di sana dan tidak susah untuk mendapatkanya. 

Proses imigresen

Dokumen2 yang diperlukan untuk b

awa masuk kereta ke Thai adalah: 

✅Borang pengistiharan kemasukan kereta

✅Insuran kenderaan

Borang white card (departure & arrival) tidak lagi perlu di isi. Perkhidmatan penyediaan dokumen2 ini dibuat oleh syarikat agensi yang terdapat di Changlun. Aku tempah siap2 dan datang ambil masa nak bertolak masuk ke imigresen Bukit Kayu Hitam (BKH). Cara ini amat senang dan tidak membazir masa. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan ini, anda boleh Contact person yang incaj iaitu Mira (Caltex Taman Teja 'Changlun) melalui no phone 018-9400479. 

Selepas proses cop passport Malaysia, anda perlu ke imigresen Thai untuk cop Passport. Kali ini kami semua plan tak nak keluar dari kereta untik cop pasport di kauter sepertimana yang dibuat sebelum ini. Kami cuba nasib untuk cop pasport melalui laluan kereta kerana cara ini lebih cepat dan mudah. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga cop passport dilaluan kereta tanpa banyak songeh dari imjgressen Thai. Bagi melancarkan proses ini, kami cuba selitkan duit sedikit dicelah2 pasport untuk bagi  tips kpd dorang. 

Semua penumpang dalam kereta perlu keluar untuk cop passport. 

Brunch di Dimsum Cabura Songkhla

Dalam perjalanan ke Songkhla, kami singgah makan di restoran Dimsum Cabura yang merupakan cawangan yabg baru di buka di Songkhla. Menu yabg dihidangkan adalah sama seperti mana menu yang terdapat di hatyai cuma tempat dan suasana sahaja yang berbeza. Dimsum cabura Songkhla terletak berdekatan dengan Tang Kuan Hill dan pantai Samila Songkhla. 








Check in The Inka Hotel di Nakhon Si Thammarat

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Nakhon Si Thammarat. Di sini kami telah menempah The Inka Hotel untukmenginap satu malam bagi menghilangkan rasa letih dan penat semasa dalam perjalanan. Kami sampai di hotel ini tepat dengam masa check in iaitu pukul 2.00 petang. Hotel ini amat aku recomanded sangat sebab biliknya sangat selesa, luas, kemas dan good services. Yang penting tiada wang deposit apabila check in. 

Di sini juga tidak susah untuk mencari restoran halal dan banyak pilihan reatoran halal yang boleh dperolehi di sini.


Hotel ni memang selesa, bersih dan cantik.. 

Art street yang terdapat didepan hotel. Cantik sangat seninya. 

Jalan-jalan di bandar Nakhon Si Thammarat sambil melihat suasana bandar


Ini adalah masjid jamik yang ada di bandar Nakhon Si Thammarat 

Pasar malam Lang Dao semua makanan tak halal kecuali buah. kami terpaksa cari altenatif lain untuk dinner. 

Buah yang dijual memang fresh


Kami makan malam di sini. Recomanded sangat. 

Rice beef garlic ni memang sedap. yang merah tu air tembikai. sedap sangat. 

Balik dari makan, kami ternampak ada masjid yang sedang laungkan azan magrib. Kat sini ada juga orang muslim dan senang untuk dapatkan makanan halal. 

ITENARY DAN BAJET TRIP KOH SAMUI (5H4M)

TRIP TO HATYAI-BANGKOK-HATYAI BY TRAIN (DAY 7)

TRIP TO HATYAI-BANGKOK-HATYAI BY TRAIN (DAY 6)

TRIP TO HATYAI-BANGKOK-HATYAI BY TRAIN (DAY 5)

TRIP TO HATYAI-BANGKOK-HATYAI BY TRAIN (DAY 4)

TRIP TO HATYAI-BANGKOK-HATYAI BY TRAIN (DAY 3)

TRIP TO HATYAI-BANGKOK-HATYAI BY TRAIN (DAY 2)

TRIP TO HATYAI-BANGKOK-HATYAI BY TRAIN (DAY 1)

ITINARI DAN KOS TRIP HATYA-BANGKOK-HATYAI (7D6N)

Tarikh Trip: 14/9/2024 - 20/9/2024 (7D6N)

Jumlah Pax: 4 pax

KOS PERJALANAN


ITINARARY

DAY 1 - 14/9/2024 (SABTU)

  •  Parking kereta di Bukit Kayu Hitam (BKH) Duty free parking - RM15/day
  • Proses cop passport di Imigration Thai
  • Naik teksi ke Hatyai Train Station 
  • Simpan luggage kat Hatyai Train Station
  • Breakfast + lunch kat Dim Sum Cabura
  • 7e
  • Central Festival Hatyai 
  • Menaiki keretapi dari Hatyai Station ke Krungthep Aphiwat Station Bangkok
  • Bermalam dalam keretapi (sleeper train 1st. class) 

DAY 2 - 15/9/2024 (AHAD) 
  • Sampai di Krungthep Aphiwat Station Bangkok
  • Simpan luggage di Hotel Bangkok City 
  • Breakfast di kedai makan local halal area Masjid Aman
  • Chatucahak Market 
  • Platinum Mall
  • Pratunam Night Market
  • Makan malam kat restoran Al-Maedah di area Pratunam 
  • Central World Mall
  • 7e

DAY 3 - 16/9/2024 (ISNIN) 
  • Breakfast kat Rotinis Cafe & Hostel 
  • Naik grab menuju ke Phra Arthit Pier 
  • Naik cruise hop on hop off (1 day pass) 
             (a) Lawatan ke Grand palace   
             (b) Lawatan Wat Arun tiket 
             (c) Icon Siam Mall 
             (d) Asiatique 
  • 7e

DAY 4 - 17/9/2024 (SELASA)

  • Breakfast kat Rotinis Cafe & Hostel
  • Safari World Bangkok (1day trip) 
  •  Dinner kat Farida Fatornee 
  •  Central world Mall 
  •  7e

DAY 5 - 18/9/2024 ( RABU) 

  • Breakfast kat Rotinis Cafe & Hostel
  • ChinaWorld Pharurat - fabric store
  • Siam Square
  • Chek out hotel
  • Lunch kat Nissareen  Muslim Food 
  • Naik grab ke Krung Thep Amphiwat Central Terminal Station
  • Menaiki keretapi dari Krung Thep Amphiwat Central Terminal Station ke Hatyai Juntion
  • Bermalam dalam keretapi (sleeper train 1st class) 

DAY 6 - 19/9/2024 (KHAMIS) 

  • Check in Mayflower Grande Hotel Hatyai 
  • Breakfast kat Bang Han Restaurant
  • Pasar pagi Lee Garden 
  • Lunch kat Dimsum Cabura 
  • Kim Yong Market
  • Lee Garden Night Market
  • 7e

DAY 7 - 20/9/2024 (JUMAAT) 

  • Breakfast
  • Pasar pagi Lee Garden (last shopping) 
  • Check out hotel
  • Menaiki van ke sempadan BKH 1400b/rm178
  • Proses imigration Thai
  • Ambil kereta di BKH Duty Free.Byr parking rm90 (rm15/day) 
  • Proses Imigresen Malaysia
  • Balik ke Sungai Buloh


TRIP TO BATAM - DAY 4

 Assalmualaikum dan Selamat Pagi,

Hari ini last day kami berada di bumi Batam.Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pagi pagi lagi kami sudah berkemas dan bersiap sedia untuk check out dari hotel. Selepas check out kami terus mencari kedai makan untuk sarapan pagi sebelum menuju ke jeti. Kami perlu sampai dijeti awal kerana telah berjanji dengan supir kereta sewa untuk menghantar kereta pada pukul 8.00pagi. 

Agak sukar untuk aku mencari tempat sarapan yang buka seawal 7.00 pagi dengan spesifik tempat yang berdekatan dengan terminal feri. Di Batam ini, kebanyakkan kedai makan waktu pagi di buka jam 9 atau 10 pagi. Walaubagaimana pun, usaha aku untuk mencari kedai yang memenuhi kriteria telah dijumpai iaitu di kedai "sarapan pagi azzahra". Kedai /warung ini di buka 24 hours dan menyediakan menu masakan asli indonesia. Tempatnya terletak dalam laluan menuju ke pelabuhan Batam centre dan ianya agak tersorok sedikit. 

Walaupun begitu, makanan yang disediakan agak sedap dan amat murah sekali berbanding kedai-kedai yang kami pernah masuk sebelum ini. Kami telah menempah nasi dan mi goreng serta air teh o, kopi dan teh obeng dengan harga tak sampai RM20.00.


Ini lah rupa kedai tempat kami bersarapan. Kedai yang menjual menu-manu kampung dan makanan asal indonesia. 




Pelabuhan Feri Batam Centre

Selepas bersarapan, kami terus ke terminal feri dan sampai di sana sekitar jam pukul 7.30 pagi. Bagi mengelakkan kekalutan sepertimana yang berlaku di kaunter Pasir Gudang, aku terus ke kaunter tiket untuk mendapatkan boarding pass. Aku perlu membuat bayaran untuk fi boarding pass sebanyak rp410,000 untuk 4 orang. Boleh tahan mahal juga. Nasib baik ada lebihan duit rupiah. Kalau tak ada kami perlu tukar duit RP memandangkan mereka tidak menerima duit RM.

Di pelabuhan ini juga, kami telah memulangkan kereta yang disewa kepada pak supir tepat jam 8.00 pagi seperti mana yang dijanjikan sebelum ini. Memandangkan condition kereta dalam keadaan baik dan tiada calar, pak supir telah memulangkan deposit RM150 kepada kami. Prose pemulangan kereta telah selesai dengan mudah dan cepat.

Pelabuhan feri batam ini agak besar dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti toilet, tempat solat, kedai makan, kedai souvenir, money changer, kaunter pertanyaan, tempat simpan bagasi, tempat parking yang luas. Kaunter penjualan tiket feri juga banyak disediakan. Antara kaunter yang dibuka adalah feri dari pasir gudang, stulang laut, harbourfront dan juga feri dari singapore. Suasana teminal ini agak sibuk dan sentiasa dipenuhi pengunjung.

Ini merupakan Pelabuhan ferry batam centre

Passport dan boarding pass


Kaunter tiket ini lah tempat aku mendapatkan boarding pass


Banyak pilihan kaunter tiket feri.

MENAIKI FERI MENUJU KE PELABUHAN PASIR GUDANG

Selepas selesai proses  imigresen Indonesia, kami terus menuju ke feri dan mendapatkan tempat duduk yang boleh dipilih secara random. Dalam tiket tiada dinyatakan tempat duduk secara spesifik. Feri kami berlepas ke pasir gudang lebih kurang jam 9.30 pagi. Seperti biasa di dalam feri, kami telah membeli pop-mi perasa ayam untuk dimakan dalam feri sambil menonton tayangan. Didalam feri ini disediakan kemudahan-kemudahan asas seperti TV, toilet, tempat charge telefon, musolla, air minuman dan balkoni untuk melihat view laut secara dekat. Kami selamat sampai di Pelabuhan Pasir Gudang pada jam 12.00pm waktu Malaysia.

Setelah selesai proses imigresen Malaysia, kami terus menuju ke kereta untuk berangkat pulang ke rumah di Sungai Buloh. Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah jam 8 malam setelah penat mengadap jem selama 7 jam yang sepatutnya hanya 5 jam sahaja.

DAY 3              KOS & ITENARY


TRIP TO BATAM - DAY 3

 Breakfast kat Tebing Laut Cafe & Bistro

Aku cuba mencari tempat yang viral dan pemandangan yang cantik untuk breakfast. Salah satu tempat makan yang ada dalam list aku adalah Tebing laut cafe & Bistro. Jarak daripada tempat penginapan tidak lah jauh sangat cuma jalan menuju ke cafe ini agak sempit dan sedikit mencabar. Walau bagaimanapun aku cuba meneruskan hasrat untuk makan di sini.

Kami bernasib baik kerana waktu kami sampai tiada pun pengunjung lain yang ada pada masa ini dan senang untuk kami dapatkan parking. Bila aku amati, cafe ini sesuai dikunjungi waktu petang dan malam kerana masa ini view sunset dan laut akan nampak lebih cantik lagi.

Cafe ini  terletak di tempat yang tinggi so pemandangan laut dari tempat makan  amat cantik sekali. Kami makan sambil menghirup udara laut yang segar dan nyaman diwaktu pagi.

Hanya kami sahaja pengunjung pada waktu ini.

View dari tingkat atas cafe ini.


Ini lah menu yang kami order untuk breakfast




Puncak Beliung



















Lunch di Bandoeng Restro


Monument Welcome to Batam









Shopping di Nagoya Hill Mall






DAY 2             DAY 4