Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Budget & Intenary)
Trip to Dalat Vietnam Jan 2020 (Day 5)
Trip to Dalat Vietnam Jan 2020 (Budget & Intenary)
INTENARY & ANGGARAN BAJET KE DALAT, VIETNAM UNTUK
5 HARI 4 MALAM
Trip to Dalat Vietnam Jan 2020 (Day 1)
Assalamualaikum semua,
Hari ini aku ingin menceritakan pengalaman aku bersama rakan-rakan berkunjung ke negara Vietnam iaitu Dalat. Dalat adalah tempat yang aku ingin kunjungi selama ini dan ia merupakan pilihan destinasi yang telah lama ada dalam wish list aku. Rombongan trip kali ini lain sikit kerana aku datang ke sini bukan berseorangan atau bersama keluarga tetapi bersama kawan sepejabat yang seramai 15 orang semuanya. Sudah tentu trip yang kami ciptakan ini agak meriah dan kecoh dengan gelagat serta aksi masing-masing. Semuanya sporting dan mengikut arahan leader.
Memandangkan ahli rombongan yang agak ramai, so kami mengambil keputusan untuk mengambil ejen daripada sana bagi memudahkan perjalanan kami semasa berada di sana.Semua urusan termasuk tempahan hotel, makan dan transport pihak ejen yang uruskan kecuali tiket kapal terbang kami yang tempah sendiri.
Memandangkan group kami seramai 15 orang, ejen telah menawarkan harga yang menarik dan lebih murah iaitu harga RM679/head. Sekiranya ahli group di bawah 15 orang, harga yang ditawarkan adalah RM 750/head. Bayaran ini termasulk bilik penginapan 4 malam, transport dan makan. Bagi aku harga ini amat murah dan berbaloi sebab kita tidak perlu bersusah payah memikirkan aktiviti-aktivit dan tempat yang perlu dikunjungi disamping layanan servis yang diberikan. Lain-lain perbelanjaan seperti tiket masuk dan ada extra makan tidak termasuk dalam pakej.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, baik kita semak check list dulu sebelum menneruskna perjalanan. Kami telah menyenaraikan beberapa barang penting yang perlu di bawa agar perjalanan kita nanti berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang dihadapi dikemudian hari.Antara check list yang perlu dibuat dan di bawa adalah:
- Passport
- Boarding pass
- Duit Dong dan RM
- Handphone dan charger
- power bank
- Adapter
- Jaket, glove dan stokin - kat sana sejuk kerana suhu bawah 20 darjah celcius
- makanan ringan - roti, maggi, kacang dll
- Ubat-ubatan
- Suntikan influeza A
- baju tema untuk hari yg ke-4 - baju puteh + rudung biru
Airport KLIA
Aku memulakan perjalanan menuju ke KLIA dengan menaiki bas. Daripada dulu sampai sekarang, aku memang suka menaiki bas kerana ianya murah dan tempat perhentian bas di KLIA adalah dekat dengan pintu masuk ke gate.Seperti biasa sebelum berlepas, kami check in beg dahulu dikaunter air asia sebelum masuk ke bahagian pelepasan.
Trip to Dalat Vietnam Jan 2020 (Day 3)
BREAKFAST DI RESTORAN KAMPUNG PANDAN