"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Day 3)

 Hai selamat pagi semua,

Hari ini merupakan hari yang ke-3 kami di Osaka. Destinasi hari ini adalah ke Biwako valley. Kita main salji pulak. Tapi sebelum tu breakfast dulu lah yer.

seawal pagi kami sudah keluar

Untuk ke Biwako valley kami perlu menaiki train dengan menggunakan kansai thru pass. Tiket ini kami tempah awal-awal di Malaysia melalui klook untuk tempoh 3 hari. Sebelum menggunakannya, tiket ini perlu ditukar terlebih dahulu di stesen Osaka. Oleh itu kami terpaksa keluar awal pagi memandangkan perjalanan ke Biwako valley mengambil masa lebih kurang 2 jam. 

Untuk ke stesen Osaka, kami perlu membeli tiket di kaunter sebelum menaiki train dengan harga RM28.00 untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Di stesen Osaka, kami terpinga-pinga untuk mencari kaunter yang boleh membuat pertukaran pass. Di tengah-tengah kesibukan orang ramai, memang sukar untuk mencari kaunter tersebut. Nak tak nak kami terpaksa bertanya mana-mana kaunter yang ada disitu. Nasib kami baik kerana penjaga kaunter di situ telah menjawab dan memberi penerangan yang jelas berhubung kaunter pertukaran pass. Terus kami terjah kaunter train yang dijelaskan tadi. Setelah selesai, kami duduk sekejap dan buka google map untuk mencari direction to biwako valley. 

Nyeyak tido dalam train. Mungkin letih semalam tak habis lagi.

Lena beradu

Untuk ke Biwako valley, kami menaiki train dari Osaka stesen dan perlu transit di Yamashina stesen dan shiga stesen. Di shiga stesen, kami perlu menaiki bas untuk menuju ke Biwako valley ropeway dengan bayaran RM 13.40 untuk dewasa dan RM4.30 untuk kanak-kanak. 

Kami sampai di bus stop Shiga agak lewat sikit kerana tersalah menaiki train. Train yang kami naiki tidak direct terus ke bus stop Shiga tetapi patah balik ke stesen OSAKA. Kami terpaksa turun dari mana-mana stesen dan menaiki train yang lain yang betul-betul menghala ke bus stop Shiga.




Akhirnya kami telah sampai di Bus stop Shiga. Waktu ini sudah menghampiri pukul 1 tengahari. Timbul kerisauan sekiranya Biwako valley tutup awal dan kami tidak dapat menikmati sepuasnya untuk bermain salji. Nasib lah kat Jepun ni jadual perjalanan bas menepati waktu yang ditetapkan dan kami tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menaikinya. Lagipun menaiki bas untuk ke Ropeway Biwako Valley hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

Dalam bas menuju ke biwako valley ropeway


Anak-anak lah yang paling seronok sebenarnya untuk bermain salji


Akhirnya kami telah sampai ke tempat untuk menaiki ropeway.

Suasana view yang sejuk dan berkabus di biwako valley ropeway 

Suasana di biwako valley ropeway

Bus stop biwako valley ropeway

Sesampai di Biwako valley ropeway, aku terus terjah ke kaunter tiket untuk membuat tempahan tiket ropeway. Jumlah harga tiket ropeway adalah RM 472.00 untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Selamba jer aku bayar walaupun harga mahal. Bayar menggunakan duit yen mana nak rasa mahal nya. Lagipun time tu duit yen banyak lagi kut. Nak berjalan jangan berkira. sampai Malaysia baru kita berkira..haha

Kaunter tiket

Jom anak-anak...kita naik ropeway pulak. Masa menunggu ropeway, baru kami terasa kesejukan yang amat. Lagi-lagi masa ni hujan rintik-rintik dan berangin. Aduhai...macamana lah agaknya suhu kat atas nanti. Boleh ke kami main salji??

Akhirnya sampai juga kakak saya kat sini yer. sebelum ni tak pernah pergi berjalan ke mana-mana hatta dalam negeri.Tup-tup bila dibenarkan untuk berjalan, terus  ke Jepun. Bukan kaleng-kaleng kakak aku ni.

Ini suami aku yang tercinta. Dia pun sebelum ni tak pernah jalan jauh. Bila kahwin ngan aku, automatik dah jadi kaki jalan. huhu

Ini aku..seorang yang kuat jalan

Hampir 10 minit kami menunggu, akhirnya ropeway pun sampai. Pada mulanya risau juga untuk naik ropeway ni takut gayat tapi sekali yang datang ropeway yang besar dan boleh muat dalam anggaran 30 orang so tak de lah gayat sangat. Semasa menaiki, kami dihidangkan dengan view salji yang cantik dan tidak terasa langsung takut dan gayat pada ketika ini. Alangkah indah nya ciptaan Allah ini...Tidak sabar untuk melihat dan merasai suasana kat atas Biwako valley.

Seronok dapat menaiki ropeway

Dalam ropeway ni tak ramai sangat so boleh lah kami posing-posing sambil ambil gambar

Siap boleh bermain dan bergurau senda lagi


cewwahh...lagak macam lelaki machoo..



Alhamdulillah, kami sampai kat atas Biwako valley dengan selamat dan teruja dengan suasana yang dihidangkan didepan mata. Wahh.. sayup mata memandang dengan view yang putih bersalji. Pertama kali dalam hidup dapat memijak dan menggenggam salji secara realiti. Sebelum ini main salji kat ICT Shah Alam jer. Anak-anak lagi lah gembira dan teruja.

Jom kita main gelongsor bersalji dengan menggunakan slide board. Slide board kat sini free jer. Boleh main lah sampai kecut. Pada mulanya aku ingat berbayar. Mungkin dah termasuk dalam tiket yang mahal tadi kut.

Sedang mengambil slide board sorang satu


Bukan main dia ...dah dapat slaid board terus tinggalkan kita... tadi bukan main dia merengek-rengek minta slaid board


Yang baiknya kat sini disediakan rail untuk naik ke atas. Tak adalah letih sangat nak memanjat.

ummm...apa lagi tu

Bergambar bersama salji

Bergambar bersama suami. Masa ni tinggalkan anak-anak kejap. Biarkan mereka main sepuasnya. Kami meninjau view disekitar Biwako valley



Suasana belakang tu nampak begitu berkabus dan sejuk. Memang sejuk sangat pun masa ni




Tengah seronok main sampai tak ingat nak makan

Kawasan ni tempat orang meluncur. Teringin juga nak main sky tapi apa kan daya terasa diri ini tak pandai nak main. Terus abaikan niat tu

View tempat ni memang cantik dengan berlatar belakangkan gunung ganang. Aduhai rasa tak nak balik pulak




Anak-anak masih lagi main slaid board...tak dihirau dengan kesejukan

Masih lagi bertenaga untuk main. Kami membiarkan dorang main sepuas-puasnya agar berbaloi dengan bayaran masuk tadi..kih...kih

Ayahnya juga turut terjebak sama main slaid board ni...Bukan budak2 jer yang seronok. orang tua pun seronok juga main ni

Suasana makin berkabus...macam nak hujan jer


Aku pun terjebak juga haha...


Sama naik dengan anak-anak

Jom balik...orang dah halau kita

Kami bermain sehingga tidak sedar sekejap lagi tempat ini akan ditutup. Pihak Biwako valley telah meminta pengunjung untuk meninggalkan tempat ini sebelum jam 4 petang. So kami  bergegas bersiap-siap dan terus menuju ke ropeway. Masa ini ramai orang menunggu untuk menaiki ropeway memandangkan masa telah menghampiri ke petang. Masa ni hujan telah turun dan membasahi biwako valley. Ini telah menambahkan lagi kesejukan yang ada dengan pakaian kami yang agak lembab terkena salji semasa bermain.

Didalam ropewaya agak sesak sedikit dan membataskan pergerakan kami. Kami cuma menghadkan pergerakkan kerana bimbang sekiranya ada jangkitan covid 19 masa ni. Kami telah berdoa banyak-banyak agar dijauhi daripada jangkitan covid 19 ini. Seperti biasa, perjalanan balik adalah dengan menaiki bus dan berhenti di bus stop Shiga. Masa ni semua dah terasa lapar yang amat memandangkan kami telah skip untuk makan tengahari.

Di Bus stop Shiga, kami mencari tempat-tempat yang sesuai untuk membuka bungkusan makanan yang di bawa. Akhirnya stesen Shiga menjadi tempat kami mengalas perut. Kami membuka makanan tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang masa tu. Nasib baik kami bawa mi goreng yang telah siap bungkus dalam kertas pembukusan so tak nampak sangat kami membuka juadah makanan kat situ. Lagi pun aku yang menyuap setiap mulut yang kelaparan sebungkus demi sebungkus. Haha...

Alhamdulillah...perut sudah kenyang dan perjalanan pulang ke guesthouse perlu diteruskan sebelum malam menjelma. Maklumlah kat jepun ni pukul 5 dah nampak gelap dan pukul 6 dah masuk  waktu magrib. Kami tercari-cari juga tempat yang boleh solat kat stesen ni tapi tiada ruang yang terpencil. Semua tempat memang laluan orang ramai kerana stesen ini bukannya sebuah stesen yang besar. So kami mengambil keputusan untuk solat sahaja di guesthouse. 


Suapan demi suapan di telan

Naik lenguh tangan menyuap

Masing-masing dah kenyang so giliran ummi pulak nak makan

Dalam perjalanan pulang, masing-masing tertidur dalam train terutama anak-anak. Maklumlah terlalu penat kerana seharian bermain salji. Terpaksalah ayahnya dokung sebaik sahaja sampai di stesen yang akhir untuk balik ke Guesthouse.

Alhamdulillah, lega bila sampai di guesthouse. Boleh lah rehat kan badan sekejap. Sebelum tidur, aku memikirkan apa yang nak di masak untuk sarapan pagi dan bekalan tengahari esok. Emmm..apa-apa pun tidur lah dulu yer. Harap-harap bangun pagi ada idea.

Selamat malam semua. 

DAY 1 & 2                                                                                               DAY 4