Di awal pagi kami sudah bangun untuk meneruskan perjalanan yg seterusnya.Hari ini merupakan hari yg ketiga kami berada di bumi asing ini.Seperti yg di janjikan abang hanaphi membawa kami shopping dan melawat beberapa tempat yg menarik di sekitar bandar Ho Chi Minh.Kali ini kami bukan lagi naik bas tapi menaiki ven yg muat2 untuk 8 0rg. Jom kita ikut jer kemana abg hanaphi hendak pergi...
Binh tay market ni macam ben than market tapi kat sini lagi gila kami dibuatnya....suasana yang sibuk dan sempit membuatkan kami agak sukar utk membeli-belah...Ini kerana kat sini merupakan tempat utama bagi pemborong @ peniaga membeli barang...ala2 pasar borong gitu...tapi boleh juga di beli secara runcit. Pastikan kalau hendak membeli kat sini kena pandai main kan harga dan bijak dalam tawar-menawar...
Untuk info kat Binthay market ni...hanya 1st. Floor saje yg boleh di beli secara runcit manakala 2nd floor pula menjual secara borong dlm kuantiti yg banyak...sebab itu lah kat tingkat 2 ni tidak crowded dan agak sunyi sedikit...
Pelbagai barang di jual di sini seperti beg, kain, pakaian, blouse, kasut, pakaian kanak2 dan banyak lagi....boleh di katakan semua barang yang kita mahu ada di sini...Rambang mata kami sekejap
Gambaran suasana di hadapan Binh tay market....amat sibuk sekali
Di Binh tay market ni disediakan eskelator untuk ke tingkat dua bagi menyenangkan perniaga2 membawa barangan masing2
Di sini aku sempat grab 1 handbeg (rm70) dan pes (Rm15)... cantik pada pandangan mata ku dan berkualiti
Ini merupakan kedai beg yg menjual pelbagai jenis beg dari yg kecik kepada lah beg yg besar...terletak betul2 di tengah2 kesibukan kota vietnam. Di sini aku berkenan dengan satu beg travel brand sensonite yg berwarna purple...untuk mendapatkan harga yg murah aku guna kan abg hanaphi untuk proses rundingan harga...dengan bahasa yg memang tak faham langsung...akhirnya beg yg aku idam2 kan di perolehi dengan harga 27 usd...setelah di pikir2 memang murah dan berkualiti..
Bukan aku jer yg wat pelaburan kat sini...kawan2 aku yg lain juga membuat pembelian beg mengikut citarasa masing2...abg hanapdhi menjadi perantaraan diantara kami dengan penjual...terima kasih abg hanaphi...
Next destination kami ialah ke kedai yang menjual kain cotton, baju kurung ready made, telekong sembahyang, blouse, dress labuh dan jubah...Kedai2 yg kami kunjungi di sekitar kawasan ini (tak pasti apa nama tempat) dimiliki oleh orang kemboja yg beragama islam dan fasih berbahasa melayu...
Gila sekejap kerana harga yg ditawarkan memang murah dan banyak pilihan...Jom layan jer gambar2 yg aku upload kat bawah...
Tu dia...kami di keliling oleh kain baju yg pelbagai jenis corak dan warna...amat sukar untuk membuat pilihan yg terbaik sebab semua nya cantik2...
last2...kami semua tersandar penuh keletihan...Semuanya jadi mem besar...hanya duduk dan tunjuk jer Dengan tangan untuk melihat baju...mereka melayan karenah kami dengan sabar...terima kasih adik2 ku...
Cindy, Ben dan abg hanaphi menunggu kami sambil minum kopi di kedai yg berdekatan...
Sekali-sekala Cindy datang menceriakan kami yg tengah buntu membuat pilihan...
Ini sebahagian baju kurung Ready made yg sempat aku snap untuk tatapan bersama...rm60 sepasang....emmm murah tu
Cindy beria jer tengok baju...last2 tak beli
Ini lah hasilnya....masing2 Shopping tak ingat dunia
Makan tengahari kat warung1 malaysia...Pelbagai jenis makanan malaysia ada kat sini.Diantara nya nasi lemak, nasi ayam, mee sup, tomyam dan mee goreng mamak....teh tarik dan nescaffe juga ada di Sini...harga????boleh tahan lah...kalau hari2 makan kat sini boleh pokai juga lah.
Warung ni terletak sederet dengan kedai makan Basiroh yg juga berdekatan dengan pasar malam ben than...Rasa makanan yg ada kat warung ni semuanya sedap dan Amat berbaloi2 dengan harga yg ditawarkan...
Masing-masing sedang memilih menu yg hendak di makan...
Lokasi seterusnya ialah ke "War Remnants Museum"...di bukan pada 4 september 1975 Dimana musium ni di jadikan sebagai lawatan serta pameran untuk pelancong Tempatan dan juga luar negara...
Diaorang ni bukan nak menghayati sejarah peperangan tapi lebih kepada nak bergambar...tak ada pun perasaan sedih hu..hu...tengok lah tu masing2 dengan aksi yg tersendiri...emmm aku jer yg sedih dan bertukus lumus membuat kajian kih...kih...
Beberapa jet pejuang yg di gunakan semasa peperangan berlaku...dan sekarang ini di jadikan pameran untuk orang ramai...
Kereta kebal dan helikopter juga menjadi tarikan utama kami...
Kalau tengok pada gambar macam pengkaji Dan penyelidik sejarah tapi hempehhh...
Aku mengambil kesempatan bergambar di hadapan kereta kebal dan helikopter perang...
anom : aku dah 2x dtg vietnam...
ecah : sekali landing sedap wooi...makasih izan
izan : ampunkan patik tuanku...itu yg patik boleh bagi
aku : kay lah semua ni....tembak kan...
kay : sorry, aku tak sengaja pijak kaki mu...
Ecah dan izan masing2 menunjukkan gaya yg tersendiri...
Bergambar di hadapan "old office building" yg terletak di tengah2 kesibukan bandar saigon...kat sini kami just bergambar sahaja...masukk??? Tak boleh masuk kerana waktu ni office dah tutup lagipun kami datang sini secara tergesa2 dan agak lewat...
Apa2 pun kami seronok kerana ini lah gambar yang akan kami jadikan kenangan selama berada di bumi vietnam....emmmm cukup korum juga akhirnya....
Izan : abang hanaphi...jom lah kita ambil gambar berdua...saya nak wasap kat famili di malaysia....
abang hanaphi : tak ada masalah...yg penting isteri saya kat sini tak tahu
Seterusnya kami di bawa ke hard rock cafe....just sebagai lawatan dan bergambar sahaja...ceria betul lah diaorang ni...
Bergambar di luar bangunan hard rock cafe...
Didalam hard cafe terdapat banyak barangan yg di jual terutama t shirt dan cenderahati hati...oleh kerana harga yg mahal...kami hanya tengok sahaja...itu yg membuatkan muka izan ketat semacam..hi...hi...baru lepas gaduh ke izan...? Tanya aku sekadar mengusik
Lagi gambar kami di hard rock cafe...
Nama butik ni "Cantik Style"...terletak berdekatan dengan kedai makan basiroh dan warung satu malaysia....kami singgah kat sini untuk membuat tempahan blouse dan jubah....katanya boleh siap dalam satu hari...Esok hari last kami kat vietnam.harap2 boleh siap seperti yg di janjikan...
..night market dah buka..jom kawan2 kita shopping kat sini pulak...jangan biarkan duit US anda di simpan dan di bawa balik ke Malaysia