CATATAN PERJALANAN
23 MAC 2022
GENTING HIGHLAND
Assalamualaikum dan Selamat petang,
Aku bersama-sama dengan rakan ofis telah mengambil cuti separuh hari semata-mata ingin berjalan-jalan dan menghirup udara segar di GH. Perjalanan ini langsung tidak dirancang cuma idea giler ini tiba-tiba kuar dari kotak pikiran kami dan semua dari kalangan kami yang berada di ofis ketika itu bersetuju untuk ke GH. Kebetulan hari ini adalah hari jumaat dan masa rehat adalah panjang dan boleh kami berjalan jauh sedikit. Alang-alang nak naik GH, kami berlima terus membuat permohonan cuti separuh hari. Baru lah tidak tergesa-gesa dan merasa bersalah menggunakan masa yang ada.
Tepat jam 12 tengahari, kami terus gerak menaiki kereta menuju ke puncak GH sambil-sambil nak test drive kete baharu salah sorang dari member kami. Memang terbaik lah kete HONDA CIVIC ni. Tak samapi 1 jam jam kami dah terpacak kat tengah-tengah Genting. Aku yang ist.time tiba di sini, termangu-mangu macam orang darat tak tahu nak menghala kaki ke mana. Aku ikut jer gerak langkah member-member aku yang lain. Dorang banyak perkena kan aku mentang-mentang lah aku ni tak tahu apa-apa....emm nampaknya satu hari ni aku jadi 'bahan' mereka. Tak kisah lah yang penting kita semua happy dan semua itu adalah gurauan semata.
Jom kita berbalik pada perjalan ke GH pulak. Sampai jer di puncak GH, kami terus menuju ke Awana Skyway untuk menaiki kereta kabel. Tambang kereta kabel untuk dua hala adalah RM20. Yang ini aku tapau semua untuk belanja member. Sekali sekala takde hal lah.
Kami kat sini hanya untuk makan jer. Lepas makan, round-round sekejap pastu turun semula dan singgah kat GPO untuk shopping.
No comments:
Post a Comment