GENTING HIGHLAD MAC 2022

 CATATAN PERJALANAN

23 MAC 2022

GENTING HIGHLAND


Assalamualaikum dan Selamat petang,

Aku bersama-sama dengan rakan ofis telah mengambil cuti separuh hari semata-mata ingin berjalan-jalan dan menghirup udara segar di GH. Perjalanan ini langsung tidak dirancang cuma idea giler ini tiba-tiba kuar dari kotak pikiran kami dan semua dari kalangan kami yang berada di ofis ketika itu bersetuju untuk ke GH. Kebetulan hari ini adalah hari jumaat dan masa rehat adalah panjang dan boleh kami berjalan jauh sedikit. Alang-alang nak naik GH, kami berlima terus membuat permohonan cuti separuh hari. Baru lah  tidak tergesa-gesa dan merasa bersalah menggunakan masa yang ada.

Tepat jam 12 tengahari, kami terus gerak menaiki kereta menuju ke puncak GH sambil-sambil nak test drive kete baharu salah sorang dari member kami. Memang terbaik lah kete HONDA CIVIC ni. Tak samapi 1 jam jam kami dah terpacak kat tengah-tengah Genting. Aku yang ist.time tiba di sini, termangu-mangu macam orang darat tak tahu nak menghala kaki ke mana. Aku ikut jer gerak langkah member-member aku yang lain. Dorang banyak perkena kan aku mentang-mentang lah aku ni tak tahu apa-apa....emm nampaknya satu hari ni aku jadi 'bahan' mereka. Tak kisah lah yang penting kita semua happy dan semua itu adalah gurauan semata.

Jom kita berbalik pada perjalan ke GH pulak. Sampai jer di puncak GH, kami terus menuju ke Awana Skyway untuk menaiki kereta kabel. Tambang kereta kabel untuk dua hala adalah RM20. Yang ini aku tapau semua untuk belanja member. Sekali sekala takde hal lah.

Kami kat sini hanya untuk makan jer. Lepas makan, round-round sekejap pastu turun semula dan singgah kat GPO untuk shopping.

Cakap banyak tak guna... jom tengok gambar dan video ini. Biar lah dia yang bercerita kisah kami di GH

Mesin untuk mengambil tiket kabel car

Suasana sekitar tempat mengambil tiket

Menunggu giliran untuk menaiki kereta kabel. Yang gayat tu tengok dari jauh jer lah

Tinggi dan curam juga tapi tidak securam dan setinggi kat langkawi. Yang itu 2x naik pun masih gayat

View kat GH ini memang cantik dan penuh dengan nature

Dah nak sampai kat puncak Genting. Untuk sampai di sini, bukan sahaja menaiki kabel kereta, tapi kita juga boleh menaiki kereta terus ke sini.

Pemandangan outdoor theme park kat bawah

bergambar dab berselfie dalam kabel car. Tak sempat nak gayat





Makan tengahari

Kami makan burger yang harga mahal mencanak di FIVE GUYS. Member aku cakap burger ni murah sebab ada satu hari kedai burger yang harganya beratus untuk satu biji. Aku tak tahu daging apa yang diletakkan dalam burger tersebut sampai harga tinggi mcm tu. 

Memandangkan aku datang ni bukan berseorangan, so aku ikut jer dorang makan apa yang penting sedap. Arr joM kita rasa...

Ini lah menu kami pada hari ini...BURGER plus AIR MINERAL & KENTANG GORENG

Memang sedap burger ni. berbaloi lah bayar mahal.

Beli satu boleh kongsi dua orang sebab saiz burger besar juga

Sebelum balik, kami sempat bergambar di Skyworld

Kat belakang kami tu Indoor Theme Park. Tak sempat nak main sebab tak cukup masa. Boleh tengok dari jauh sajer

Indoor Theme Park

No comments:

Post a Comment