"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Jeju Island - Day 2



Good morning you all!

Alhamdulillah, kami masih lagi diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjalanan di bumi korea. Hari ini masuk hari yang ke dua dan banyak aktiviti yang telah dirancang sepanjang hari.

Memandangkan di jeju amat sukar untuk mendapatkan makanan halal, jadi sarapan pagi kami pada hari ini adalah masak maggi sedap yang dibawa dari Malaysia dengan minuman teh 0. Untuk makan tengahari aku telah masak nasi bersama lauk segera brahims dan ikan bilis garing che Nor. Nasi tersebut aku bungkus siap dalam kertas bungkusan nasi yang aku bawa dari Malaysia.

Kereta sewa

Perkara utama yang perlu ada untuk sewa kereta di Jeju adalah International Driving Permit (IDP) dengan bayaran RM150.00 dan boleh dibuat di mana-mana cawangan JPJ di Malaysia. IDP ini boleh diperolehi pada hari yang sama semasa permohonan dibuat dan sah selama satu tahun. Kami telah membuat permohonan IDP ini di UTC Pudu Kuala Lumpur sebulan sebelum berlepas. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Pengangkutan awam utama di Pulau Jeju adalah kereta, teksi dan bas sahaja. Untuk senang bergerak, kami memilih untuk memandu sendiri dengan menyewa kereta. Banyak perkhidmatan sewa kereta secara online ditawarkan salah satunya ialah Kereta sewa Jeju. Kereta sewa jeju ini adalah satu-satunya dimiliki oleh orang islam yang berasal dari Malaysia. Cara dan peraturan booking boleh diperolehi lebih lanjut melalui laman web yang aku nyatakan di atas. Semua booking dan pembayaran telah siap dibuat sepenuhnya dan hanya tunggu masa untuk mengambil sahaja.

Jadi tugas aku pagi ini adalah pergi mengambil kereta sewa di tempat yang telah dinyatakan dalam email iaitu Mujigae & Yumyong rent a car. Selepas bersarapan, kami keluar dari guesthouse dan menuju ke jalan besar bagi tujuan menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke tempat sewa kereta. Pada mulanya agak sukar untuk mendapatkan teksi. Bukan teksi tiada tetapi diorang macam tak nak ambil kami.

Mungkin kami ini adalah warga asing dan sukar bagi mereka untuk berkomunikasi. Untuk lebih senang, kami telah memberi satu keping kertas dengan tulisan    ㅇ ㅠ ㅁ ㅕ ㅇ ㄹ ㅔ ㄴ ㅌ ㅡ ㅋ ㅏagar dorang lebih faham tempat yang kami nak tuju. Masa booking kereta, pihak Keretasewajeju telah beritahu siap-siap supaya tunjuk perkataan ini jika ingin pergi ke tempat sewa kereta. Perancangan kami kali ini menjadi. Pemandu teksi faham kehendak kami dan tanpa banyak soal , terus membawa kami ke destinasi  yang ingin ditujui.

Signboard tempat sewa kereta

Pintu masuk ofis sewa kereta

Menunggu nombor giliran dipanggil dengan sabar.

Proses pengambilan kereta sewa

Sebaik sampai, kami terus masuk ke dalam ofis sewa kereta dan mengambil nombor giliran. Proses kemaskini maklumat didalam komputer mengambil masa 7-8 minit sahaja. Passport dan IDP perlu ditunjukkan semasa proses ini berjalan. Kita sendiri yang akan mengisi semua maklumat ke dalam komputer yang disediakan. Pada mulanya kami tidak faham apa yang perlu di isi memandangkan tulisana dalam bahasa korea. Oleh itu, kami telah meminta supaya borang tersebut dialih bahasa ke dalam bahasa inggeris supaya kami faham apa syarat-syarat yang terkandung dalam borang tersebut sebelum proses tandatangan dilakukan.

Setelah selesai, kami dibawa ke tempat letak kereta dan mereka telah mengajar cara-cara menggunakan kereta di korea. Pemanduan di korea amat berbeza daripada Malaysia yang mana tempat pemandu adalah disebelah kiri. Kami juga telah diingatkan supaya masa pemulangan kereta, minyak kereta hendaklah sama sepertimana masa pemgambilan dibuat. 

Perlu diingatkan, kita hendaklah memeriksa kereta terlebih dahulu dan mengambil gambar kereta disetiap sudut supaya mengelakkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak ingini berlaku. Juga bagi memastikan kereta yang dipulangkan adalah selamat dan tiada tercalar.



Kia moning - kereta yang kami naiki sepanjang 4 hari di Jeju

Semasa booking dibuat, kami telah memilih kereta Kia morning kerana ia lebih murah, kecil dan senang dipandu. Lebih-lebih lagi kereta ini memang sesuai untuk kami yang ahli hanya empat orang sahaja. Pemanduan sebelah kiri membuatkan kami terasa kekok pada awalnya tetapi lama-kelamaan ianya menjadi kebiasaan dan rasa yakin untuk memandu dalam jarak yang jauh.

Jangan takut yer untuk memandu di korea yang penting ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. InsayaAllah akan dipermudahkan segalanya.

let's go...

Songak-san mount


Tempat pertama yang kami tuju dengan menaiki kereta adalah Songak-san mount yang mengambil masa perjalanan hampir 1 jam (map dibawah by bus). Songak-san mount terletak di bahagian selatan pulau Jeju dan merupakan kawasan view pantai yang cantik. Kat sini anda boleh menaiki bukit dengan coastal walk trail yang telah disediakan dan boleh melihat pemandangan puncak yang begitu mengangumkan terutama sewaktu sunrise dan sunset berlaku. Memandangkan kami datang bersama anak kecil, hasrat tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja lagipun masa ni cuaca agak panas dan  begitu membahang.

Bagi yang ingin datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak kerana di atas sana anda akan dijanjikan dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronoknya disamping dapat melihat view yang cantik.

Road map secara kasar

Map pulau jeju

Pandangan Songak-san mt dari jauh.

kawasan parking kereta




Memberontak dan merajuk...alahai anak. Tahukah kamu untuk sampai di sini bukan senang. So hargailah masa yang ada ini sebaik mungkin.

Aku cukup kagum dengan view ini...


Landmark - Tugu peringatan kut-Buta huruf lah katakan...


Sabangsan Mt.

Sabangsan Mt. terletak berdekatan dengan songanksan Mt. dalam daerah seongwipo, Jeju Island. Dari Songaksan Mt. ke Sabangsan Mt. tidak lah jauh sangat. Ia hanya mengambil masa 15 minit dengan menaiki kereta (Map di bawah by bus). 

Di Sabangsan Mt terdapat sebuah temple yang popular dan menjadi tarikan pengunjung dan temple tersebut dikenali sebagai Sabanggulsa temple. Untuk ke puncak Sabangsan Mt. anda perlu menapak beberapa anak tangga dan perlu ada stamina yang cukup kerana perjalanan ke atas sana mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kami hanya mampu berada di bahagian bawah sahaja memandangkan banyak cabaran dan halangan untuk menapak ke atas. Anak-anak kecil dan cuaca panas membuatkan kami tidak berupaya untuk mendaki. 

Jom kita scroll gambar untuk melihat dengan lebih jelas apa yang ada di Sabangsan mt ini.

Dari Songaksan Mt. anda boleh nampak Bukit Sabangsan dengan lebih jelas dan perjalanan ke sana mengambil masa 25 minit dengan kereta.


Map - kat Jeju tiada petunjuk by car yer.


Bukit yang nampak dari jauh sebentar tadi telah terbentang didepan mata. Ini adalah ruang parking kereta - untuk pengetahuan semua parking adalah percuma.

Di bawah sini sudah cukup untuk kami bersantai-santai dan minum aiskrim halabong bagi menghilangkan dahaga sambil melihat view sekeliling.

Anak tangga sebagai penghubung utama untuk ke temple.

Selain temple, terdapat satu tempat menarik yang menjadi  tumpuan pengunjung di Sabangsan Mt ini iaitu  Yeongmeori Coast. Ia juga dikenali sebagai dragon head kerana rupabentuk batu seperti bentuk kepala naga dan keindahan batuan tersebut amat luar biasa. Bayaran masuk dikenakan sebanyak 2000W (RM7) untuk dewasa dan 1500W (RM5) untuk kanak-kanak.

Untuk ke pantai Yeogmeori ini anda digalakkan untuk pakai topi keselamatan (helmet)  sebagai safety bagi menjaga keselamatan diri. Ini kerana lorong untuk ke pantai tersebut adalah kecil dan berbatu tajam serta agak curang. Tidak sesuai untuk bawa anak-anak kecil. Sebab itu lah aku pergi ke tempat ini sorang-sorang tanpa ditemani oleh anak-anak dan suami. 

Sebaik sampai ke tempat tersebut aku rasa amat berbaloi kerana pemandangan pantai amat luar biasa cantiknya serta rupabentuk batu yang bergaris lintang disetiap sudut pantai membuatkan aku rasa terpukau. Jadi dengan tidak membuang masa aku terus snap beberapa keping gambar dalam pelbagai sudut sebagai kenangan.

Map pejalan kaki untuk ke Yeongmeori Coast


Dari atas - Untuk ke Yeongmeori Coast kita perlu menapak secara menurun bukit.

Jalan untuk ke Yeongmeori Coast

Ini adalah lorong kecil yang curang - ia adalah satu-satunya laluan utama untuk ke pantai Yeogmeori
Anda perlu berhati-hati semasa turun ke bawah. Keselamatan mesti diutamakan.

Telah menampakkan rupabentuk batu...

Terdapat 2 orang makcik mengutip dan menjual shells

Shell ni boleh dimakan on the spot tanpa di masak.

Rupabentuk batu yang luar biasa dan cantik.

Begitu mempersonakan - Jangan lupa jadikan tempat ini sebagai tempat yang wajib dikunjungi sebaik sampai di Jeju.

View pantai yang cantik dengan air laut yang kebiruan






Suwolbong Peak

Merupakan tempat yang berbukit dan menjadi tumpuan pelancong sebagai tempat view point untuk melihat pemandangan pantai yang cantik. Usah risau untuk ke sini kerana ia boleh dinaiki dengan memandu kereta dan ada disediakan tempat parking. Bagi sesiapa yang bawa anak-anak kecil, anda boleh datang ke sini kerana untuk menaiki ke atas, anda tidak perlu hiking. haha....

Di atas sana disediakan satu tempat khas untuk meninjau dan berehat. Tidak rugi jika datang ke sini kerana anda dihidangkan dengan satu pemandagan laut yang indah dan menyeronokkan. Ditambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa telah menyejukkan suasana tempat tersebut.

Di sini juga dijadikan tempat untuk melihat sunrise dan sunset. Kemungkina waktu pagi dan senja ramai pengunjung yang datang ke sini. Masa kami sampai, tiada ramai pengunjung kerana masa ini adalah waktu tengahari yang tengah panas membahang tapi alhamdulillah tiupan angin yang kuat telah menyejukkan suhu badan kami.


Mengambil masa lebih kurang 30 min by car dari Yongmeori coast


Parking banyak kosong. Mungkin kami sampai di sini masa yang tidak sesuai iaitu waktu tengahari

Pemandangan dari atas puncak.

Laut dan langit yang biru telah menambahkan kecantikan pemandangan yang tiada cacat celanya

Laut dan langit bersatu dan tiada sempadan

Lagi pemandangan yang cantik




Dikejauhan kelihatan kincir angin yang berpusing


Disediakan observation khas untuk pengunjung yang ingin melihat pemandangan dengan jarak dekat

Kelihatan tersergam indah house light yang menjadi mercu tanda kapal-kapal yang belayar


Masukkan coin dulu sebelum meninjau









Disediakan tempat rehat kepada pengunjung

 Sinchang wildmill

Merupakan pemandangan kincir angin yang terdapat di sepanjang pantai Sinchang ianya menjadi tarikan utama kami. Dari puncak Suwolbong kami boleh nampak Kincir angin ini kerana ia agak besar. Di sini terdapat bridge di atas laut yang mana sepanjang bridge ini terdapat kincir angin dan hujung bridge terdapat Light house.Kat sini anda boleh melihat banyak kincir angin yang didirikan dalam laut untuk menjana tenaga elektrik kepada penduduk Jeju.


Cuaca yang panas tidak dirasai memandangkan angin yang bertiup kencang telah menyejukkan badan kami.


View Bridge dan kincir angin dari jauh


Tinggi dan besar

Kebanyakkan pantai di sini berbatu hitam dan tiada pasir

Begitu banyak kincir angin disepanjang pantai

Arca ikan di tengah-tengah laut yang berdekatna dengan bridge



 Jom kita pergi ke hujung sana - light house

Atas bridge

Laluan untuk ke penghujung bridge yang mana terdapat kincir angin





Hai anak...turun sampai ke bawah yer kamu. 

Hyeopjae beach & Geumneung beach  

Kami sempat singgah di pantai Hyeopjae beach yang kebetulan laluan yang sama untuk pulang ke Guesthouse. Pasir yang halus dan putih telah menarik perhatian kami untuk singgah dan menjamu mata. Pantai ini begitu meriah dengan pengunjung yang mandi manda, berkelah dan berehat. Kedai-kedai yang menjual pakaian, peralatan mandian dan makanan telah menjadi tumpuan utama orang ramai. Di Korea, waktu ini lah (musim panas) mereka mengambil peluang merasai mandi pantai  dan berpesta.

Kami cuba untuk merasai suasana tersebut. Jom...scroll ke bawah dan biarlah gambar berbicara.

pasir nya sangat halus dan putih



Pelbagai jenis peralatan mandi dan mainan di jual


Deretan kedai yang menjual beranika jenis barang terutama peralatan mandi
\




Ramai pengunjung yang datang untuk mandi pantai... kami?? lihat jerlah

Deretan payung-payung  di buka ditepi pantai untuk mengurangkan kepanasan

Patung ikan duyung...ada sejarahnyan tersendiri


Diliputi pasir yang luas

Ada juga yang berbatu hitam..dan tidak sesuai untuk mandi

Sempadan antara pasir halus dan batu hitam

Begitu meriah dengan orang ramai yang sedang bermain pantai


Masjid Ashrafia /  Ashrafia Islamic Center


Memandangkan kami belum menunaikan solat jamak asar dan zuhur, kami telah mengambil kesempatan untuk mengunjungi satu-satunya masjid yang ada di Pulau Jeju ini. Masjid Ashrafia dikenali juga Ashrafia islamic center of jeju yang telah di bina oleh komunit kecil islam di sana.

Bukan senang untuk mencari masjid ini kerana bangunannya bukan berukiran dan berbentuk masjid serta berkubah tetapi ia merupakan bangunan biasa yang tiada langsung landmark yang menyatakan ianya masjid. Banyak kali kami berpusing ditempat yang sama sehingga lah kami ternampak satu tulisan kecil yang memaparkan 3 jenis tulisan yang berbahasa inggeris, korea dan jawi.

Alhamdulillah...setelah hampir putus asa akhir berjumpa juga.

Alamat penuh :
Masjid Ashrafia  jeju (level 3)
1745-1 Ara-dong, Jeju si
(Berdekaran Jeju National University Hospital


Isi minyak kereta


Minyak kat korea ni boleh tahan mahalnya tapi nak buat camana nak tak nak kena isi juga.Walaupun minyak masih ada lagi tapi kami tetap isikan juga untuk penuhkan tank. Masa ni aku isi sebanyak RM170.00. Harap-harap dapatlah bertahan sehingga hari last pulang kereta.



Bangdad Cafe


Merupakan sebuah restoran halal yang dimiliki oleh orang pakistan yang mana kebanyakan menu adalah berasaskan indian food.

Kami tiada pilihan untuk dinner kerana perut dah terasa sangat lapar. So jalan yang cepat adalah makan di restoran ini. Waktu kami sampai, kelihatan ramai orang dan tiada tempat duduk yang kosong tapi kami try juga untuk bertanya kut2 masa ada reseki kami kat sini.

Alhamdulillah...ada satu tempat kosong yang mana tetamu sebelum ini baru habis makan dan kami terpaksa tunggu sekejap untuk menanti meja dikemas.

Menu yang kami order adalah satu set ayam tandoori dan air minuman berserta nasi puteh. Rasa ayam tersebut memang marvelos. sedap sangat... tapi harga  memang mahal lah. Harga yang kami perlu bayar untuk makanan yang sedap itu adalah RM167.00. 



Suasana malam dekat restoran Bangdad


Kami betul-betul parking kereta didepan restoran Bangdad. harap-harap tak kena clamp lah


Amat menyelerakan...

Amat menyelerakan...

Mahu tak selera...satu hari suntuk berjalan. Makan pulak tak menentu.

Ayam dia sangat besar. walaupum kami bagaikan orang kebulur makan tapi masih lagi adalah balance untuk dibawa balik guesthouse. Minta pelayan kedai tapau...



Day 1     Day 3                                                                                                                                                                                                              

No comments: