"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Jeju Island - Day1


Assalamualaikum....

Kali ini kami sekeluarga menjelajah bumi korea selatan iaitu pulau Jeju tanpa bantuan daripada mana-mana tranvel agency. Memandangkan flight direct ke Jeju telah dibuka oleh AA dan tambang agak murah, maka aku mengambil peluang untuk pergi holiday ke sana dan kesempatan ini telah aku gunakan sepenuhnya untuk explore tempat-tempat yang cantik di pulau Jeju.. Sebelum ini aku telah sampai di bumi jeju pada tahun 2015 selama 3 hari tetapi masa tersebut tidak cukup untuk aku menjelajahi seluruh pulau Jeju. Agak sedikit ketidakpuasan di situ. Tetapi percutian kali ini telah memberi satu kepuasan dan meninggalkan seribu kenangan  kepada kami sekeluarga.

Perjalanan bermula dengan menaiki flight AA dari KLIA2 menuju ke Airport Jeju pada 18 Julai 2018 (Rabu), masa 6.50 pagi dan selamat mendarat pada pukul 1.30pm waktu korea. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan masa korea adalah awal 1 jam.

Bila berada di sempadan udara korea

Selamat mendarat
Wiyo pocket wifi

Sebaik mendarat, aku terus on internet dengan menggunakan servis wiyo pocket wifi. Pocket wifi ni kami booking secara online melalui laman web Wiyo iaitu http://www.wiyo.my/ dengan harga RM13.00 perday dan deposit sebanyak RM200.00. Pocket wifi menjadi pilihan utama kerana internet adalah unlimited dan boleh dikongsi secara beramai-ramai.

Kaedah pengambilan pocket wifi adalah dua cara iaitu:

(i) Pick up at kaunter
(ii) Courier delivery  (pos) - caj RM15

Aku memilih untuk pos sahaja memandangkan tiada masa untuk ke Klia2. Manakala pemulangan pocket wifi adalah dengan cara serah sendiri kat kaunter Klia2 atau drop dalam box jika kaunter tutup

Airport dan teksi

Perlu diingatkan bahawa, perkhidmatan grab dan google map tiada di korea. Pengangkutan utama di pulau Jeju adalah teksi dan bas sahaja. Oleh kerana booking kereta sewa bermula esok hari, jadi kami menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke guesthouse. Untuk ke tempat menunggu teksi tiada lah susah sangat. Anda perlu berjalan keluar ke arah pintu utama airport dan berjalan sedikit hadapan serta cross jalan. Anda akan melihat ramai orang beratur dan banyak teksi yang sedang menunggu. Anda perlulah beratur untuk mendapatkan khidmat teksi tesebut. Jangan ditanya tentang grab kat sini yer...

Beratur menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat teksi

Yeha guesthouse

Perjalanan ke Yeha guesthouse mengambil masa hanya 10 minit sahaja dan tambang teksi adalah RM18. Perlu diingatkan bahawa kadar pertukaran wang korea adalah tiga (3) kali lebih mahal daripada duit RM. So berbelanjalah dengan lebih berhemah.Beli apa yang perlu sahaja ok.

Selamat tiba di Yeha guesthouse

Kenapa kami pilih Yeha guesthouse dan bukan hotel. Banyak sebab kenapa guesthouse menjadi pilihan utama kami. Antaranya adalah :

  • Guesthouse ada kelengkapan peralatan dapur terutama peralatan untuk memasak dan  alat menyediakan makanan. Memandangkan di Jeju sukar untuk mendapatkan makanan halal jadi bekalan dari Malaysia menjadi pilihan makanan harian kami.
  • Kos penginapan agak murah dan berpatutan. Sesuai macam kami yang travel budget
  • Terletak di tengah-tengah bandar Jeju. Berdekatan dengan hospital jeju, kedai serbaneka dan Mall
  • Agak bebas dan tiada protokol. Senang untuk berunding dan berbincang
  • Amat selesa, bersih, kemas dan cantik. Aku bagi  9 star  untuk guesthouse ni.
Sebaik sahaja sampai, kami disambut oleh receptionist dengan baik dan ramah. Memandangkan semasa booking, kami hanya mengambil bilik untuk 2 orang dewasa sahaja, jadi kanak-kanak yang berumur lebih daripada 7 tahun perlu bayar extra bed dengan harga RM36 per night. So untuk 5 malam aku perlu tambah sebanyak RM180.00. Aku tiada masalah kerana memang itu adalah rules yang telah ditetapkan yang penting kami selesa dan puas hati.

Jom kita check in bilik dulu...

Kaunter receptionist

 Hiasan dinding dekat tangga

 Lorong untuk ke bilik

Bilik kami tingkat 3 - tiada lif yer

Bandar Jeju

Alhamdulillah...Bilik kami agak bersih, kemas dan amat selesa sekali. Selepas mandi, solat, makan dan rehat, kami mengambil keputusan ronda-ronda bandar sambil berjalan kaki. Tiada niat untuk pergi lebih jauh memandangkan waktu ini nak menghampiri ke malam. So kami bersiar-siar sambil melihat suasana dan gelagat orang korea serta keindahan rekabentuk bangunan dibandar Jeju sahaja. 

Olleh...telekomunikasi yang popular kat korea

Suasana bandar Jeju yang berdekatan dengan guesthouse

 Dah start nak dukung dahhh...adoiii

Budak ni dah tak nak jalan...buat muka bad mood. letih kut dari pukul 12 malam tadi sampai sekarang masih dalam perjalanan yang panjang.

Jungang underground Shopping mall


Merupakan sebuah shopping mall bawah tanah yang mempunyai sebanyak 280 shop lot yang menjual pelbagai kain, pakaian, blouse, kosmetik, beg, kasut, aksesori, jam, bunga, jewellery, glasses,  buah-buahan, fast food dll. Ianya menjadi tumpuan utama orang ramai kerana terletak ditengah-tengah bandar jeju dan yang penting berdekatan dengan Dongmun market.

Kami ke sini dengan menaiki teksi memandangkan masing-masing semua keletihan untuk berjalan kaki. Untuk masuk ke shopping mall ini, kami perlu menggunakan escalator untuk turun ke bawah dan masuk ke dalam mall.

Jungang undergorund Shopping mall - sebaik turun dari escalator

 Jungang undergorund Shopping mall - banyak kedai-kedai menjual barang berasaskan kosmetik

Tengah-tengah Jungang undergorund Shopping mall

Dongmun market


Merupakan sebuah pasar tradisional yang menjual barang-barang basah dan kering seperti ikan, sayur-sayuran dan seafood yang segar, buah-buahan, makanan kering, kacang, beras, barang-barang dapur dan banyak lagi. Pasar ini agak meriah dengan orang ramai kerana ia adalah satu-satunya pasar yang terletak ditengah-tengah bandar jeju.


Dongmun market

Pelbagai buah-buahan...kalau nak beli jangan diconvert ke RM yer...

Sukar untuk mencari tanda logo halal...lihat jer lah

 Suasana dalam pasar Dongmun

 Ikan yang telah dikeringkan

 makanan laut

 Seafood

Gerai menjual makanan... jangan harap nak makan kat sini. Langsung tiada yang halal. Kami just lalu dan tengok jer.

Riverside

Merupakan kawasan lapang ditepi sebuah sungai dengan hiasan batu dan jambatan. Ianya amat sesuai untuk orang ramai bersiar-siar dan lepak terutama waktu malam. Pertunjukan musical fountain show akan diadakan pada setiap malam khamis hingga ahad bermula pukul 8.00 - 8.30 malam. Terletak berdekatan dengan pasar Dongmun. 

Kami ke sini sekadar mencuci mata, lepak dan melihat gelagat orang lalu-lalang. 

 Mercu tanda dan bulatan near riverside

 Orang ramai sedang lepak

 Depan tu adalah pasar Dongmun

 tangga dan batu

Ini lah sungainya

Jambatan yang dihiasi dengan lampu

Selepas bersiar-siar, kami mengambil keputusan untuk balik ke guesthouse dengan menaiki teksi. Sampai di guesthouse, sempat lagi auntie tu bagi game kat anak-anak suruh main.  Kami dinner hanya berbekalkan makanan yang dibawa dari Malaysia. Makan hanya sekadar untuk mengalaskan perut sahaja.


Auntie begitu komited tunjuk cara main

Hai anak...tak letih ke?


Selepas makan, mandi dan solat, kami terus baring untuk rehatkan badan. Aku pulak pikir apa yang nak masak untuk bekalan esok. Ini lah masalah utama seorang ibu..huhu

Selamat malam

have a nice dream

see u tomorow

what the next destination?

Budget & intenary     Day 2                                                                                                               

No comments: