Mekong River
Hotel ini telah menyediakan menu sarapan pagi yang kebanyakannya adalah tidah halal so kami mengambil kata sepakat untuk makan buah-buahan dan air sahaja. Bagi mengelakan kelaparan, kami telah membawa bekal roti dan maggie untuk dimakan semasa dalam perjalanan nanti.
Kami hanya makan sarapan pagi yang diyakini halal sahaja
Santai2 di lobby hotel...sambil tunggu ms i vy datang untuk ke tempat lawatan yg seterusnya
PERJALANAN KE MEKONG RIVER
After break fast ms I vy membawa kami ke "MEKONG RIVER"...yg mengambil masa selama 1 jam untuk sampai...Jalan yg begitu sempit dan sesak dgn motor, membuatkan jantung kami sentiasa berdegup kencang...apa taknya....van yg kami naiki di pandu dengan laju dan sentiasa bunyikan hon hingga membingitkan telinga...
Perjalanan kami di hidangkan dengan view sawah padi yg hijau menguning...Kat sini ditengah2 Sawah padi Terdapat Binaan kubur yg kemas dan cantik...biasanya kubur ini di miliki oleh mereka yg kaya dan berkemampuan....
Ini di ceritakan sendiri oleh ms I vy...kami memandang diantara satu sama lain dan teringat nasi yg di makan semalam...patutlah rasa sedap lain mcam dan biji berasny pula gemuk2...rupa penangan the power of baja...ha2..pelik kan?
Dah sampai kat pengkalan untuk ke "Thoi Son island" and mekong river
Sebaik tiba di jeti...kami terus bergambar untuk wat kenangan
Aku sedang bergambar di jeti "CHUANG DOUNG TOURIST" ...utk menuju ke
"THOI SON ISLAND" yg berdekatan dengan sg mekong
ON THE BOAT OF CHUONG DUONG TOURIST
This is our boat...khas untuk kita2 jer...tambang boat ini dah termasuk dlm package...untuk ke island memakan masa tak sampai 15 minute Di sanà kami di bawa untuk melawat Honey bee-farm, coconut candy workshop, taste seasonal fruits, enjoy traditional song oleh org2 tempatan vietnam...dan menaiki perahu menyusuri alur sg mekong yg tepi2nya di penuhi Pokok nipah dan paya...
Untuk sampai ke Thoi son island...kami dihidangkan dengan pemandangan laut yg terbentang luas di depan mata...kagum dengan keindahan alam ciptaan Tuhan...bak kata najwa latif..."merenung ke luar jendela...melihat kebesarannya...ku syukuri segala nikmat...yg di kurnia di dunia..."ha...ha...
Sampai jer di Island...kami di sambut oleh seorang wanita yg memegang sarang lebah yg di kelilingi oleh lebah2...Tengok lah tu...berani pulak k.maznah...biasa dia lah yg paling penakut...he2
saat tiba di island...kami bergambar terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan...ms i vy dah pening dengan gelagat kami ini kerana setiap tempat yg di lalui ada jer gmbar yg nak di ambil...nasib baik ms i vy ni jenis yg penyabar orgnya...
Ini rumah yg akan kami masuk sekejap lagi...jom kita masuk tengok apa yg ada kat dalam...ms i vy beria2 ajak kami masuk wpun kami teragak2..
Di hidang kan dengan kerepek dan madu..tp kami tak makan pun...sebab tengok rupa kerepek lain macam jerr...begitu juga dengan madu...
Aksi2 bersahaja yg di ambil secara candid...untuk buat kenangan
Bergambar kenangan di pintu masuk "MEKONG TOUR"...ini lah geng2 kami yg spoting dan sempoi...
Antara barangan yg di jual - beg, pes, lukisan & frame, leather good, gift dan accessories, pelbagai buah-buahan...jgn lupa ...buah durian pun ada jual kat sini...
Kami di hidangkan dengan buah-buahan tempatan..sambil menikmati nyayian dan tarian Yg di persembahkan oleh Local vietnam people...
Bergambar dengan penari2 tradisional tempatan vietnam...mereka lah penghibur kami semasa tengah makan buah...
makan buah sambil bergosip...tu sebab buah tak habis..
(sebenarnya was2..)
(sebenarnya was2..)
Cakkk...begitu lah gelagat kami bila Dikelilingi oleh buah-buahan tempatan...buah kat sana lebih kurang sama dengan buah yg ada di malaysia
Sedang dlm perjalanan ke sungai mekong tapi sempat lagi bergambar untuk memperlihatkan aksi masing2...masa ni semuanya seronok..hilang segala stress dan problem yg ada kat malaysia
Menaiki perahu kat sungai mekong..perasaan masa ni semuanya ada...takut, excited, happy and very adventure wpun sekali sekala agak dangerous..Memakan masa selama 15 minute untuk samapi ke daratan...
wpun keadaan perahu terhuyung-hayang dan sesekali ada percikan air.. tapi kami sempat mengambil beberapa keping gambar dan video untuk tatapan bersama...
Yang mendayung perahu kami kebanyakannya wanita...mereka ni masih kuat dan gagah walaupun mencecah umur usia emas...kami amat kagum dengan kesungguhan mereka...tang mendayung ni memang kami surrender..tak larat weeiii..
Teruja betul diaorang ni...wpun panas tapi tahan juga semata2 nak naik perahu...siap boleh senyum dan ambil gambar lagi..
Macam petani moden lah pulak...masa ni panas membahang tapi anom ok jerr..tengok lah tu boleh senyum lagi...
No comments:
Post a Comment