Breakfast kat Tebing Laut Cafe & Bistro
Aku cuba mencari tempat yang viral dan pemandangan yang cantik untuk breakfast. Salah satu tempat makan yang ada dalam list aku adalah Tebing laut cafe & Bistro. Jarak daripada tempat penginapan tidak lah jauh sangat cuma jalan menuju ke cafe ini agak sempit dan sedikit mencabar. Walau bagaimanapun aku cuba meneruskan hasrat untuk makan di sini.
Kami bernasib baik kerana waktu kami sampai tiada pun pengunjung lain yang ada pada masa ini dan senang untuk kami dapatkan parking. Bila aku amati, cafe ini sesuai dikunjungi waktu petang dan malam kerana masa ini view sunset dan laut akan nampak lebih cantik lagi.
Cafe ini terletak di tempat yang tinggi so pemandangan laut dari tempat makan amat cantik sekali. Kami makan sambil menghirup udara laut yang segar dan nyaman diwaktu pagi.
View dari tingkat atas cafe ini.
Puncak Beliung
Shopping di Nagoya Hill Mall
No comments:
Post a Comment