"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

TRIP PHATTALUNG, PHUKET, KRABI DAN HATYAI (DAY1)

 Assalamualaikum dan selamat pagi.. 

Trip kali ini kami menuju ke Thailand dengan menaiki kereta melalui sempadan Bukit Kayu Hitam. Ini kali yang ke tiga kami road trip ke Thailand dengan menaiki kereta. Kali ini kami cuba mencabar diri sendiri menuju ke tempat yang lebih jauh sedikit dari sebelum ini iaitu ke Phuket.

Kami bergerak dari rumah di Sungai Buloh pada pukul 2.45 pagi menuju ke Bukit Kayu Hitam yang mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai. Tepat pukul 8 pagi kami telah sampai di Changlun tempat agensi yang menyediakan insuran dan kelengkapan dokumen untuk masuk ke Thailand. 

Dokumen ini telah kami tempah awal-awal bagi memudahkan kami mengambil dokumen tersebut tanpa perlu membazir masa untuk menunggu. Kat Agensi ini juga kami membeli simkad untuk 7 hari dengan data 15mb dengan harga RM26.

Bagi mengelak pembaziran masa, kami terus ke Imigresen Bukit Kayu Hitam untuk proses kemasukan ke Thailand. Di imigresen ini, kami mengambil masa selama 4 jam untuk siap semua proses imigresen antaranya adalah: 

1. Melalui imigresen Malaysia - cop passport.

2. Melalui imigresen Thailand - cop passport.

3. Melalui kaunter declaration custome - mengemukakan borang kebenaran untuk memasuki kereta ke Thailand.

Proses 2 dan 3 ini mengambil masa yang lama kerana terlalu ramai orang untuk memasuki Thailand dengan menggunakan kereta, bas  dan motosikal. Tepat pukul 1 tenghari kami baharu selesai urusan imigresen dan terus bergerak memasuki Thailand menuju ke Kai Tod Decha untuk makan tengahari.

Proses imigresen Malaysia

Sampai di imigresen Thailand

Bagi mematuhi notis yang dipamirkan, kami keluar daripada kereta menuju ke kaunter imigresen untuk cop passport. Hanya pemandu sahaja dibenarkan untuk bawa masuk kereta dan cop pasport melalui menuju kaunter pandu lalu imigresen Thailand.

Orang ramai memenuhi ruang legar pintu masuk imigresen Thailand sambil beratur untuk cop pasport masing-masing. Aku cuba pasrahkan diri untuk menempuhi semua ini memandangkan kami dah tak ada pilihan lain untuk masuk ke thailand. 


RESTORAN KAI TOD DECHA

Setelah selesai dengan urusan imigresen yang mengambil masa lebih kurang 4 jam kami, kami meneruskan perjalanan ke Hatyai untuk makan tengahari. Perjalaann megambil masa selama 1 jam daripada Danok untuk sampai ke restoran Kai Tod Decha. Restoran ini terletak di tengah-tengah bandar Hatyai dan menyediakan pelbagai menu halal yang berasaskan thai dan memenuhi citarasa pelanggan. Kebanyakan pelanggan yang datang ke restoran ini adalah terdiri daripada rakyat Malaysia dan aku merasakan bahawa restoran ini bukan berada di Thailand tetapi di Malaysia.

Kami sampai di restoran ini dalam pukul 2 petang dan kelihatan ramai orang Malaysia sedang menjamu selera. Untuk mendapatkan meja makan, kami perlu membuat tempahan meja terlebih dahulu dengan menyatakan nama dan berapa orang yang hadir. Sekiranya ada kekosongan meja makan, nama aku dipanggil dan memberitahu nombor meja yang perlu diduduki. Memandangkan kami kelaparan kerana seharian berada di imigresen, aku telah mengorder set nasi dengan tomyam, ikan siakap 3 rasa, kangkung, telor dadar dan air minuman. Makanan yang dihidangkan sangat sedap terutama tomyam.

Antara menu makanan yang di tempah untuk  makan tengahari

Antara menu makanan yang di tempah untuk  makan tengahari

Ikan siakap 3 rasa

Kangkong goreng belacan

DALAM PERJALANAN MENUJU KE PHATTALUNG

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Phattalung yang mengambil masa lebih kurang 1jam 45 min untuk sampai ke guesthouse yang telah aku tempah melalui Agoda iaitu Mountain View Guesthouse. Perjalanan ke Phattalung tidak terasa bosan, kami dihidangkan dengan view yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan ianya agak menyeronokkan. Lebih-lebih lagi dalam perjalanan terdapat banyak  tempat yang boleh di singgah sekiranya merasa penat terutama di stesen minyak. Setiap stesen minyak di sini, disediakan tempat solat, tandas, gerai makanan dan yang lebih seronok ada 7e yang boleh kami singgah untuk beli air dan makanan ringan. 

Di bawah ini adalah video yang menunjukkan perjalanan kami ke phattalung untuk sampai di guesthouse.



MOUNTAIN VIEW GUESTHOUSE PHATTALUNG

Guesthouse ini aku booking melalui agoda dengan mengambil kira lokasi, rating dan  review daripada pelanggan yang telah menginap di guesthouse ini. Aku telah menempah guesthouse ini untuk dua bilik dan bilik yang kami duduki adalah di bahagian atas. Kami perlu menapak sedikit untuk naik ke atas. Walaupun agak penat sikit bawa beg menapak, tetapi aku seronok dan selesa dengan guesthouse ini kerana ianya lebih kepada suasana kampung dengan malam yang agak sunyi, jauh dari keriuhan kota dan agak privacy. Kepada sesiapa yang ingin ke phattalung untuk tidur sebagai persinggahan, boleh lah tempah guesthouse ini. Amat recommanded sekali.

Kami sampai di guesthouse dah lewat petang. Setelah selesai check in, kami rehat sekejap, mandi dan solat jamak dan qasar dengan zuhur dan asar sebelum bersiap-siap untuk keluar mencari makanan. 

Ini lah guesthouse yang kami tumpang singgah untuk tidur satu malam sebelum menuju ke Phuket pada esoknya.


TRAIN STATION NIGHT MARKET PHATTALUNG

Pasar malam ini terletak dekat dengan stesen keretapi Phattalung dan jarak dari guesthouse kami hanya 5 minit sahaja menaiki kereta. Berdasarkan review aku sebelum ini, majoriti orang islam di daerah Phattalung ini hanya lah sedikit sahaja dan ramai yang beragama budha. Namun begitu, terdapat banyak juga kedai makanan yang halal ada disekitar bandar ini sekiranya kita rajin mencari. Oleh kerana aku ingin merasai suasana pasar malam di sini, aku cuba untuk mencari makanan halal di pasar malam ini. Harap-harap adalah yang menjualnya. 

Alhamdulillah, walaupun pasar malam ini tumpuan nya lebih kepada orang bukan islam dan ainya agak terhad, namun ada juga orang muslim thai yang berniaga di sini. Gerai yang ada tidak banyak tapi cukup untuk kami membeli makanan untuk makan sebagai dinner malam ini. Kami membeli makanan seperti ayam goreng, buah dan sedikit makanan lain.

Ini lah suasana pasar malam di phattalung

Harga durian yang telah siap packaging adalah RM25. Agak murah lah kerana isi durian tebal dan manis.

Pasar malam nya tidak besar tapi cukuplah untuk kami membeli makanan sebagai alas perut.


Emm sempat juga aku ambil gambar judi nombor

Ayam goreng kepci

Makanan yang dibeli dipasar malam dan 7e, kami tapau bawa balik untuk Dinner di guesthouse

Yang menyeronokkan kerana kami dinner berbumbungkan langit sambil melihat kerdipan bintang-bintang

Selepas dinnar kami rehat sekejap sambil menghayati suasana malam yang tenang dan damai sebelum masuk bilik untuk tidur. Kami perlu tidur awal bagi mendapatkan energy yang lebih untuk esok hari yang panjang perjalanannya.

Good night all of you.

See you tommorow.

BACK                                                                                                                                           NEXT

No comments: