Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,
Kali ini kami sekeluarga bersama kawan ofis telah merancang satu trip ke air terjun di Serendah Selangor. Tempat pilihan kami ialah di SSR Woodhouse yang menjadi tempat penginapan kami sepanjang 2D1N.
Kami telah membuat tempahan rumah ini 2 bulan lebih awal memandangkan semua tarikh penuh dan telah di booking oleh guest yang lain. Asal nya kami ingin menempah untuk hari sabtu dan ahad sahaja kerana tidak mahu mengganggu waktu kerja tetapi masa dan hari tersebut telah full dan tiada kekosongan. Aku terpaksa tempah hari ahad dan isnin kerana pada hari itu sahaja yang ada. Harga yang kami perolehi untuk satu malam adalah RM1.494.54. Kira murah lah sebab waktu kami pergi adalah hari biasa bukan hari minggu atau cuti umum.
Memandangkan masa check in adalah pukul 2 petang, aku sekeluarga telah merancang untuk pergi ke tempat rekreasi air terjun serendah yang berdekatan bagi melakukan aktiviti berkelah dan mandi sungai. Ini bagi mengelakkan masa yang ada terbuang begitu sahaja.
Air terjun Serendah
Air terjun serendah adalah salah satu air terjun yang popular di negeri Selangor yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk datang mandi-manda, berkelah, khemah, BBQ dan beriadah. Tiada dikenakan bayaran untuk masuk ke sini. Kemudahan asas yang disediakan adalah tempat salin baju, tandas, gerai-gerai jualan makanan dan sewa khemah. Tempat ini tiada disediakan rumah atau resort untuk menginap. Air tejun ini bagi aku amat cantik dan sesuai untuk mandi oleh semua golongan termasuk kanak-kanak. Bagi sesiapa yang tiada niat untuk menginap dan sekadar mandi sahaja, anda boleh lah berkunjung ke sini.
Jom kita scroll ke bawah untuk melihat apa aktiviti yang telah kami lakukan.
Dari kejauhan kaminampak air tejun yang tinggi dan cantik. kat sini amat sesuai untuk aktiviti mandi
Serendah River Retreat Woodhouse
Merupakan penginapan sebuah rumah yang terletak di tepi sungai yang dikelilingi oleh pokok dan hutan. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan setiap bilik disediakan dengan toilet, aircond, alat kelengkapan mandian, tuala dan banyak lagi. Ianya sangat kemas, bersih dan begitu selesa sekali. Penginapan ini juga telah dilengkapi dengan kemudahan peralatan memasak seperti dapur, periuk, kuali, pinggan mangkuk, cawan, peti sejuk, microwave dan banyak lagi.
Yang paling penting, SRR Wodhouse ini terletak berhampiran dengan sungai dan boleh mandi bila2 masa sahaja. Tempat ini memang best untuk family atau dalam group yang ramai dan ia agak privacy kerana orang dari luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati.
Masa check yang betul adalah pada pukul 2.00 petang tapi kami dibenarkan masuk ke sini pada pukul 1.30 petang memandangkan bilik-bilik telah siap dikemas dan dibersihkan. Sebelum aku bercerita lebih panjang, elok kiranya kita kenal dulu penginapan ini secara ringkas bagi memudahkan korang plan untuk datang nanti. Jom...
Ruangan dalam bilik Cengal
Bilik Cengal merupakan bilik yang paling besar berbanding yang lain kerana boleh memuatkan 6 orang dalam satu2 masa. Dalam bilik ini terdapat tangga menuju ke ruangan atas yang mana kat atas ini terdapat 2 katil single dan 1 sofa untuk 3 orang dewasa tidur. Agak luas dan amat selesa sekali
Aktiviti BBQ
Sekiranya ingin mengadakan aktiviti BBQ anda tidak perlu risau kerana penginapan ini memang menyediakan Peralatan BBQ dengan lengkap seperti tempat BBQ, arang, pengepit dan lain-lain. Anda cuma perlu membawa bahan perapan untuk dibakar sahaja.
Kami telah menyiapkan awa-awal bahan perapan untuk di bakar pada malam nanti. Antara makanan laut yang kami telah perap untuk BBQ adalah ayam, udang, kambing, sotong, hotdog dan satay. Bagi melengkapkan menu makan malam, kami telah menyediakan nasi goreng untuk dimakan bersama dengan makanan yang telah di bakar.
Bagi memeriahkan lagi dinner pada malam ini, kami telah mengadakan aktiviti tukar hadiah. Aktiviti ini hanya sekadar suka-suka sahaja disamping makan-makan. Yang penting malam ini kami diserikan dengan baju putih yang merupakan warna tema pilihan kami. Walaupun percutian ini agak pendek dan jumlah ahli yang sedikit, tapi kami dapat merasakan keseronokan dan kegembiraan dengan apa yang kami lalui ini. Memang diawalkan jumlah keahlian adalah 15 orang tetapi ada ahli yang telah menarik diri disaat-saat akhir atas sebab yang tidak boleh dielakkan. Yang tak dapat hadir pada malam ini, mungkin dorang perlu rancang untuk datang ke tempat ini bagi merasai suasana hutan dan sungai sepertimana yang kami rasai.
Jom kita start ber BBQ...
Aktiviti bergambar dan tukar hadiah
Bagi memeriahkan aktiviti pada malam hari, kami bukan sahaja menjalankan aktiviti BBQ tapi aktiviti tukar hadiah. Walaupun nilai barang tak seberapa yang penting menerima barang sebagai tanda ingatan daripada kawa-kawan itu yang penting dan menyeronokkan. Disamping itu kami juga menetapkan tema putih untuk baju yang dipakai pada malam ini agar ianya nampak meriah dan yang lebih penting cantik bila bergambar. Jom..layan jer l;ah
No comments:
Post a Comment