TRIP TO SERENDAH WATERFALL - 12 DISEMBER 2021 (Day 1)

 Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,

Kali ini kami sekeluarga bersama kawan ofis telah merancang satu trip ke air terjun di Serendah Selangor. Tempat pilihan kami ialah di SSR Woodhouse yang menjadi tempat penginapan kami sepanjang 2D1N.

Kami telah membuat tempahan rumah ini 2 bulan lebih awal memandangkan semua tarikh penuh dan telah di booking oleh guest yang lain. Asal nya kami ingin menempah untuk hari sabtu dan ahad sahaja kerana tidak mahu mengganggu waktu kerja tetapi masa dan hari tersebut telah full dan tiada kekosongan. Aku terpaksa tempah hari ahad dan isnin kerana pada hari itu sahaja yang ada. Harga yang kami perolehi untuk satu malam adalah RM1.494.54. Kira murah lah sebab waktu kami pergi adalah hari biasa bukan hari minggu atau cuti umum.

Memandangkan masa check in adalah pukul 2 petang, aku sekeluarga telah merancang untuk pergi ke tempat rekreasi air terjun serendah yang berdekatan bagi melakukan aktiviti berkelah dan mandi sungai. Ini bagi mengelakkan masa yang ada terbuang begitu sahaja. 

Air terjun Serendah

Air terjun serendah adalah salah satu air terjun yang popular di negeri Selangor yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk datang mandi-manda, berkelah, khemah, BBQ dan beriadah. Tiada dikenakan bayaran untuk masuk ke sini. Kemudahan asas yang disediakan adalah tempat salin baju, tandas, gerai-gerai jualan makanan dan sewa khemah. Tempat ini tiada disediakan rumah atau resort untuk menginap. Air tejun ini bagi aku amat cantik dan sesuai untuk mandi oleh semua golongan termasuk kanak-kanak. Bagi sesiapa yang tiada niat untuk menginap dan sekadar mandi sahaja, anda boleh lah berkunjung ke sini.

Jom kita scroll ke bawah untuk melihat apa aktiviti yang telah kami lakukan.

Aliran sungai yang tidak terlalu deras sesuai untuk kanak-kanak mandi namun ianya tetap perlu diawasi oleh orang dewasa.

Terdapat jambatan yang menghubungkan ke sebelah sana

Dari kejauhan kaminampak air tejun yang tinggi dan cantik. kat sini amat sesuai untuk aktiviti mandi

Sebelum mandi kami perlu mencari pok yang sesuai untuk buka tikar dan makan 






Serendah River Retreat Woodhouse

Merupakan penginapan sebuah rumah yang terletak di tepi sungai yang dikelilingi oleh pokok dan hutan. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan setiap bilik disediakan dengan toilet, aircond, alat kelengkapan mandian, tuala dan banyak lagi. Ianya sangat kemas, bersih dan begitu selesa sekali. Penginapan ini juga telah  dilengkapi dengan kemudahan peralatan memasak seperti dapur, periuk, kuali, pinggan mangkuk, cawan, peti sejuk, microwave dan banyak lagi. 

Yang paling penting, SRR Wodhouse ini terletak berhampiran dengan sungai dan boleh mandi bila2 masa sahaja. Tempat ini memang best untuk family atau dalam group yang ramai dan ia agak privacy kerana orang dari luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati.

Masa check yang betul adalah pada pukul 2.00 petang tapi kami dibenarkan masuk ke sini pada pukul 1.30 petang memandangkan bilik-bilik telah siap dikemas dan dibersihkan. Sebelum aku bercerita lebih panjang, elok kiranya kita kenal dulu penginapan ini secara ringkas bagi memudahkan korang plan untuk datang nanti. Jom... 


Untuk masuk ke SRR Woodhouse, anda perlu melalui jambatan ini dengan menggunakan kunci akses yang diberikan oleh owner 

Tempat parking yang amat selesa dan tidak perlu berebut dengan orang lain. Ini kerana tempat ini amat privacy dan hanya kami sahaja yang ada pada waktu itu.

Disediakan ruangan khas untk aktiviti BBQ-Bagi aku ini terletak di tingkat 3


Selepas parking dan keluar dari kereta, aku tak nampak kat mana rumah tersebut kerana ia terlindung daripada pokok-pokok dan  rumah tersebut terletak di bawah lereng bukit. Aku juga tercari-cari pintu masuk utama rumah tersebut. Pada mulanya memang agak confius dan mengelirukan namun aku cuba juga explore dan turun ke bawah mengikut tangga yang disediakan.

Lorong untuk masuk ke SRR Woodland

Terdapat 4 bilik yang disediakan untuk tetamu dan setiap bilik ada perbezaan masing-masing terutama dasri segi saiz dan jumlah guest yang boleh didiami. Jom kita tengok bilik yang disediakan...

Bilik Cengal

Ruangan dalam bilik Cengal

Bilik Cengal merupakan bilik yang paling besar berbanding yang lain kerana boleh memuatkan 6 orang dalam satu2 masa. Dalam bilik ini terdapat tangga menuju ke ruangan atas yang mana kat atas ini terdapat 2 katil single dan 1 sofa untuk 3 orang dewasa tidur. Agak luas dan amat selesa sekali

Bilik Balau

Ruangan dalam bilik Balau

Bilik balau adalah bilik yang ke dua terbesar dan boleh memuatkan 5 orang dewasa dalam satu2 masa

Bilik Merbau

Ruangan dalam bilik Merbau

Bilik Merbau terletak di bahagian atas berdekatan dengan tempat BBQ. Merupakan bilik yg ke 3 besar dan boleh memuatkan 3 orang dewasa dalam satu2 masa. 

Bilik Kempas

Ruangan adalam bilik Kempas

Bilik kempas ini menyediakan satu katil queen yang boleh memuatkan 2 orang dewasa dalam satu2 masa. Dengan itu anda boleh lah agak berapa ramai yang boleh datang dan muat dengan bilik yang disediakan. Tempat ini amat sesuai datang dengan keluarga atau kawan-kawan yang rapat.

Aku nak tunjuk sikit gambar bilik 

Video yang menunjukkan view dalaman rumah secara menyeluruh.

Aktiviti mandi - manda

Selepas check in, masing-masing terpegun dengan suasana rumah yang cantik dan lokasi yang strategik yang mana ianya terletak di dalam hutan yang berdekatan dengan air sungai. Tak perlu berjalan kaki untuk pergi dan mandi-manda di sungai. Cukup sekadar turun beberapa anak tangga sahaja dan anda sudah boleh menyentuh air dan mandi dengan sepuas nya. Buktinya, anda boleh lihat gambar dan video di bawah.

Menuruni anak tangga untuk mandi sungai

Video menunjukkan kelengkapan dapur yang disediakan untuk pengunjung. dapur ini terletak di bahagian bawah yang dekat dengan sungai.

Video menunjukkan view air sungai yang mengalir tenang dan sesuai untuk anak-anak mandi



Kami dapat mandi sepuas-puas nya tanpa gangguan daripada orang ramai. Masa ini ibarat macam sungai ini kita yang punya. Sekiranya lapar, kami naik dan pergi ke dapur untuk mendapatkan makanan dan turun balik ke sungai untuk mandi sambil makan dan minum. Lantai dapur yang diperbuat daripada bahan kalis air, tidak becak atau basah bila kami yang kebasahan ini berjalan dan berpijak di atasnya. Titisan air yang jatuh ke lantai akan diserap begitu saja dan anda boleh sesuka hati menggunakan lantai tersebut walaupun dalam keadaan basah.

Disebelah petang pulak kami dihidangkan dengan mi soto yang dibawa khas oleh salah sorang rakan kami berserta air teh tarik dan kopi panas sambil cicah biskut.  Boleh dikatakan satu hari ini kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang memang membuatkan kami sentiasa kekenyangan sepanjang masa. Amat menyeronokkan lagi apabila kami mandi sambil minum air teh tarik/kopi panas.

Jambatan tersebut adalah laluan masuk ke SRR Woodhouse

Disediakan tempat baring sambil berayun dan berehat serta menikmati suasana sungai yang dikelilingi oleh alam semulajadi

View sungai dari atas rumah






Aktiviti BBQ 

Sekiranya ingin mengadakan aktiviti BBQ anda tidak perlu risau kerana penginapan ini memang menyediakan Peralatan BBQ dengan lengkap seperti tempat BBQ, arang, pengepit dan lain-lain. Anda cuma perlu membawa bahan perapan untuk dibakar sahaja.

Kami telah menyiapkan awa-awal bahan perapan untuk di bakar pada malam nanti. Antara makanan laut yang kami telah perap untuk BBQ adalah ayam, udang, kambing, sotong, hotdog dan satay. Bagi melengkapkan menu makan malam, kami telah menyediakan nasi goreng untuk dimakan bersama dengan makanan yang telah di bakar. 

Bagi memeriahkan lagi dinner pada malam ini, kami telah mengadakan aktiviti tukar hadiah. Aktiviti ini hanya sekadar suka-suka sahaja disamping makan-makan. Yang penting malam ini kami diserikan dengan baju putih yang merupakan warna tema pilihan kami. Walaupun percutian ini agak pendek dan jumlah ahli yang sedikit, tapi kami dapat merasakan keseronokan  dan kegembiraan dengan apa yang kami lalui ini. Memang diawalkan jumlah keahlian adalah 15 orang tetapi ada ahli yang telah menarik diri disaat-saat akhir atas sebab yang tidak boleh dielakkan.  Yang tak dapat hadir pada malam ini, mungkin dorang perlu rancang untuk datang ke tempat ini bagi merasai suasana hutan dan sungai  sepertimana yang kami rasai.

Jom kita start ber BBQ...



Antara menu dinner kami

satay dan ayam bakar

Sotong dan hotdog

Kambing grill

Ini adalah mneu dinner kami

Aktiviti bergambar dan tukar hadiah

Bagi memeriahkan aktiviti pada malam hari, kami bukan sahaja menjalankan aktiviti BBQ tapi aktiviti tukar hadiah. Walaupun nilai barang tak seberapa yang penting menerima barang sebagai tanda ingatan daripada kawa-kawan itu yang penting dan menyeronokkan. Disamping itu kami juga menetapkan tema putih untuk baju yang dipakai pada malam ini agar ianya nampak meriah dan yang lebih penting cantik bila bergambar. Jom..layan jer l;ah

Pakaian serba putih pada malam hari menampakkan kecantikan yang terserlah cantik...giteww




Masing-masing memegang hadiah yang diperolehi
 
Seronok bangat yer bila dapat hadiah

Sophea dan ilyana puna dapat...Thank you aunty kikin



Kami dengan baju Mickey mouse

Aku belanja video sikit untuk tatapan korang



-END-

TRIP PULAU PANGKOR 2021                                                                                           DAY 2

No comments:

Post a Comment