"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Kelantan ~ Istana Jahar dan Pasar Siti Khadijah


 Satu lagi tempat yang boleh di kunjungi ialah Muzium istana Jahar yang terletak di tengah2 bandar KB. Istana Jahar siap dibina pada 1887 semasa pemerintahan Long Senik atau  Muhammad ke II (Sultan Mulut Merah, 1837-1886) untuk cucu baginda Long Kundur yang bergelar Raja Bendahara.
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad ke IV, baginda memerintahkan menanam sepohon pokok jahar di dalam kawasan istana dan menukar nama 'Istana Raja Bendahara Long Kundur' kepada Istana Jahar.Pada tahun 1880, Sultan Ismail Petra Al Marhum Sultan Yahya PetraSultan Kelantan menjadikan Istana Jahar sebagai Muzium Sementara Negeri Kelantan.
Muzium ini mempamirkan sejarah kesultanan kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan sultan kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan muzium ini di bahagi kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisional dan hal2 yang berkaitan dengan kesultanan.

Gerbang pintu masuk utama ke muzium istana Jahar. Gerbang ini juga melambangkan imej utama negeri kelantan.

Lambang negeri kelantan...pintu gerbang yang unik ukirannya. Ia menjadi kebanggaan rakyat kelantan.

Tanda arah untuk ke kelantan handycraft dan royal guest house. Tempat2 ini semua nya berdekatan dengan muzium istana jahar...


Jom kita cuba masuk ke Istana Jahat dan tengok apa yang ada kat dalam...

Ini adalah bentuk istana jahar yang di bina pada zaman pemerintahan sultan Muhamad ii, pada tahun 1887. Design dan ukiran yang unik membuatkan ramai pengunjung teruja untuk melihat dan mengetahu lebih lanjut berkenaan istana ini.

Information about istana jahar. 
 Kereta kuda ini di gunakan semasa majlis raja bersama rakyat sempena hari keputeraan diraja sultan kelantan yang ke 52 tahun pada 12 april 2002. Di tempah khas dari Thailand dan dinaiki bersama2 sultan dan permaisurinya.

Perahu Petalawati seri kayangan ini adalah hadiah daripada Raja Chulalongkom siam kepada Raja Kelantan ketika itu Tengku raja long senik putera Long Kundur (Sultan Muhamad iv) sempena lawatan baginda ke negeri Kelantan pada tahun 1905.

Kereta lama yg di jadikan pameran dan replika rumah dahulu kala. Ini merupakan warisan yang perlu di pelihara dan di jaga supaya tidak luput di telan zaman. Lebih2 lagi untuk generasi yang akan datang.

Sebahagian daripada Adat istiadat di raja dahulu kala yang sempat aku snap untuk tatapan bersama....

No comments: