"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Hanoi Day 1

Perjalanan pun bermula....

Assalamualaikum, kali ini aku merantau dan membawa diri ke Hanoi, Vietnam. Aku hanya pergi berdua sahaja bersama travelmate aku yang paling sporting. Specialnya travelmate aku ni ialah dari A sampai Z aku yang uruskan semua. Dia hanya bawa diri sahaja. Special kan?? Walaupun begitu dia tidak cerewet dan terima sahaja apa-apa keputusan yang aku buat. So itu yang menyebabkan travelling aku kali ini berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja.

Sebelum ini aku memang tak pernah menjejakkan kaki ke bumi Hanoi dan ini adalah 1st time pergi tanpa ditemani oleh sesiapa kecuali travelmate aku yang sorang ni. Aku hanya redah dan explore bumi Hanoi ni berpandukan sedikit ilmu yang ada dan dibantu oleh google map . Sebelum melangkah jauh elok lah kira nya aku menerangkan sedikit  bandar Hanoi ini.

Latar belakang Hanoi

Hanoi adalah bandar yang ke dua terbesar di Vietnam selepas Ho Chi Minh. Hanoi terletak di utara Vietnam dan bersempadan dengan Tanah besar China. Jarak perjalanan Kuala Lumpur ke Hanoi ialah 2,784 km yang mengambil masa selama 3jam 15min untuk sampai ke Hanoi dengan menggunakan kapal terbang. Jumlah penduduk Hanoi adalah 7.5 juta dengan keluasan 3,329kmpersegi. Bahasa  harian penduduk Hanoi adalah vietnamese dan mata wang yang digunakan adalah dong dan USD.

Jom kita mulakan langkah perjalanan ini dengan Bismillah...semoga dipermudahkan semuanya.

Seawal jam 11 malam aku sudah sampai di KLIA2 walaupun departure time sebenar aku ke Hanoi adalah pukul 6 pagi. Tepat jam 12 malam, travelmate aku yang sorang lagi tu sampai. Pada mula nya kami plan nak tido jer kat airport sambil menunggu masa berlepas tetapi banyak pulak citer yang kami sembang sedar-sedar jam dah nak menghampiri ke pukul 4 pagi. Terus kami check in luggage dan makan kfc sekadar untuk alas perut.


Safely landed at Noi Bai International Airport

Alhamdulillah, setelah 3jam 15min di dalam flight, kami selamat mendarat di Lapangan terbang antarabangsa Noi Bai. Lega rasanya bila tayar flight mencecah bumi Hanoi ini. Aku adalah orang yang paling risau dan susah hati (kiranya penakutlah) untuk naik flight walaupun dah biasa tapi terpaksa naik jugak memandangkan semangat untuk berjelajah dan mengenali negara orang berkobar-kobar di dalam diri. Teruskan dan tawakkal jer lah.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Hanoi ini, pertama sekali yang aku fikir adalah beli simkad internet. Kalau tiada internet memang sukar untuk kami berjalan. Lebih-lebih lagi banyak perkara yang aku tempah adalah melalui online. Salah satunya ialah transport untuk hantar kami dari airport ke Hotel. Pertama kali aku booking servis ini melalui online iaitu rideways.com. Untuk maklumat lanjut boleh akses di  sini. Caj tambang bagi perkhidmatan ini adalah RM75. Maklumat detail berkenaan dengan pemandu dan jenis kereta yang datang untuk pick up pelanggan akan diemail dalam masa 2 jam sebelum sampai di airport, So amat penting bagi aku untuk akses internet supaya maklumat tersebut dapat dicapai dengan mudah.

Berikut adalah contoh email yang dihantar oleh pihak Rideways.




Ini adalah kedai tempat aku beli simkad. Harga simkad + internet 4G adalah RM43.00 untuk 7gb.

Setelah selesai semua urusan, kami terus keluar dari aiport dan mencari driver seperti yang dinyatakan di dalam email tersebut. Pencarian ini tidak lah sesusah mana pun kerana sebaik sahaja keluar gate, kami telah melihat seorang lelaki muda sedang mengangkat sekeping kertas A4 yang tertulis nama aku. Sah-sah lah itu driver yang kami cari. So dia terus bawa kami ke destinasi yang telah dicatat masa booking dibuat.

Perjalanan dari airport ke Hotel mengambil masa selama 45min by taxi. Driver menghantar kami tepat ke destinasi yang ingin dituju. Oleh kerana pembayaran telah dibuat masa booking online, jadi kes taxi menipu penumpang tidak akan berlaku. Segalanya berjalan dengan lancar dan mudah.


Bergambar di depan Receptionist hotel

Spring Flower Hotel (Petunjuk no. 1)

Oleh kerana kami sampai di hotel pukul 11pagi (check in pukul 2) perkara yang perlu kami buat bagi mengelakkan masa terbuang begitu sahaja ialah :

  • Minta keizinan untuk simpan luggage kat lobby hotel
  • Booking tour agency untuk pergi ke Halong bay dan Ninh Binh
  • Jalan-jalan di sekitar bandar Hanoi

Untuk makluman semua, kami hanya mengambil one day trip untuk ke Halong Bay dan Ninh Binh.

Mengapa one day trip bukan menginap disana?

Banyak faktor yang aku fikirkan, salah satunya ialah masa yang terhad dimana kami kat sini adalah hanya 4h3m sahaja. Kalau menginap kat sana sudah tentu masa untuk ke tempat lain limited. So cadangan aku kalau korang ada rasa nak menginap kat Halong bay mohon luangkan masa yang secukupnya. Alang-alang datang ke Hanoi biarlah kita boleh cover banyak tempat. Baru lah puas hati. Tak gitu?

Ok jom kita explore bandar Hanoi.

Berikut adalah lakaran peta yang menunjukkan perjalanan kami dibandar Hanoi pada hari pertama dan ke dua. Dengan lakaran ini senang sikit untuk korang bayangkan kat bermulanya perjalanan kami.

Petunjuk
1. Spring flower hotel
2. Tasik hoan kiem, temple Den ngoc son dan red bridge.
3. Ly thai to monument
4. Hoa Lo prison
5. Dong xuan market
6. Masjid.An-noor
7. Restoran zaynab
8. Thang long water puppet show

Lakaran peta

Hoan Kiem Lake

Misi pertama kami ialah mencari tasik Hoan Kiem. Maka keluarlah semua alat penunjuk arah... apa lagi kalau bukan google map.

Kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke tasik tersebut. Tak jauh pun, hanya 5min sahaja jalan kaki dari hotel. Apa yang kami nampak sebelum jumpa tasik ialah satu roundabout yang sesak dengan kenderaan lalulalang terutama motor. Dari sini kami dah nampak tasik tetapi how to cross the road untuk menuju ke situ? Amat sukar sekali untuk kami cross jalan tersebut kerana tiada lansung trafic light pejalan kaki. So kami redah dan tawakkal jer lah.

Akhirnya misi kami untuk cross jalan berjaya dibuat setelah banyak kali teragak-agak untuk melintas. Tasik ini betul2 berada ditengah-tengah kesibukan bandar Hanoi. Begitu cantik pada pandangan mata kasar ku. Ditambah lagi dengan cuaca yang agak redup dan suam menampakkan tasik sedikit berkabus.


Berlatar belakangkan bangunan yang berdekatan dengan tasik... Bangunan ala-ala style english gitu.

Bagaikan musim luruh selepas snow berakhir. Hanya tinggal ranting-ranting sahaja.

Red bridge yang menghubungkan temple Den ngoc son (petunjuk no. 2)


Jalan masuk ke red bridge dan temple..tulisan vietnam macam tulisan cina.

Temple Den Ngoc Son (Petunjuk no.2)

Dibina pada abad yang ke 18 ditengah-tengah tasik Hoan Kiem sebagai tanda peringatan diatas keberanian permimpin Tran Hung Dao melawan Dinasti Yuan. Ia dihubungkan dengan jambatan merah yang diperbuat daripada kayu. 

Tiket masuk ke Temple ini adalah 3000 dong sahaja / RM0.50

Bergambar di atas red bridge

Red bridge  (Petunjuk no.2)

Adalah jambatan yang berwarna merah yang menghubungkan bangunan tempale Den ngoc son. Begitu ramai pengunjung yang datang ke sini sehingga kami agak sukar untuk mengambil gambar dengan posisi yang betul.

Untuk masuk ke temple memerlukan bayaran dan tiket perlu di beli dikaunter yang telah disediakan ditepi jambatan merah. Kami mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam temple tersebut. Just bergambar diluar sahaja.


Sekitar tasik...Kat tangan aku adalah buah nenas dan mangga yang telah disiap potong. Sempat beli buah yang di jual disekitar tasik tersebut. Apa lagi yang boleh dimakan di sini selain buah...

Antara buah-buahan yang banyak di jual di sini.

Makcik ni tetiba menegur kami...risau pulak bila makcik ni terlebih peramah.

Siap tanya buah yang kami ni harga berapa? Aku jawab lah 50,000 dong. Dia cakap very expensive. Masa beli tak terpikir pun pasal harga sebab time tu lapar tapi bila convert ...waduhh mahalnya RM 8.00. tourist lah katakan. Kat mana-mana pun tourist akan jadi mangsa cekik darah..

Ly thai to monument (Petunjuk no.3)

Sempat snap gambar Ly thai to monument (petunjuk no 3) yg terletak berdekatan dengan tasik.


Hoa Lo Prison (Petunjuk no.4)

Dikenali juga sebagai Maison Centrale dan ianya terletak ditengah-tengan bandar Hanoi. Penjara ini adalah lambang perjuangan rakyat vietnam menentang penjajah Perancis bagi mendapatkan kemerdekaan. Rakyat vietnam diletakkan didalam penjara ini dan diseksa dengan pelbagai cara tanpa ada perikemanusiaan.

Oleh kerana penjara ini terletak berdekatan dengan tasik so kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. 10 min jalan kaki memang nampak macam dekat tapi lenguh juga kaki dibuatnya....huhu

Berpandukan google map akhirnya sampai juga kami kat sini. Terus aku terjah kaunter untuk mendaparkan tiket masuk.

Tiket masuk : 30,000 dong / RM5.00
Masa melawat : 8.00 am - 5.00 pm


Sekitar Hoa Lo prison


Sebelum masuk, snap gambar dulu...

Di pintu masuk penjara...

Jom kita masuk tengok apa yang ada didalam penjara tersebut, Untuk masuk hati mahu kuat yer...kalau tak, menitis air mata dibuatnya.

Dirantai kaki dengan iron shark tanpa berbaju dan diletakkan dalam satu tempat secara beramai-ramai.

Hoa Lo Prison - Hanoi Where to go
The iron shank - digunakan untuk rantai kaki.

Kekejaman didalam penjara. Salah satu hukuman kejam yang diletakkan dibawah tanah

Pesalah diletakan dibawah tanah dan dikelilingi oleh jeriji besi.

Oleh kerana terasa penat dan lapar, kami mengambil keputusan untuk naik grab ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Pasar Dong Xuan. Tak jauh mana pun tapi kalau jalan kaki mahu tercabut dbuatnya. Tambang harga grab dari penjara ke Dong Xuan Market adalah 25,000 dong / RM4.30. 

Jom...naik grab lah kita. Kat sini grab amat senang untuk didapati. 

Dong Xuan Market (Petunjuk no. 5)

Merupakan sebuah bangunan 4 tingkat yang dibina pada tahun 1889. Pasar ini menjual barang basah dan kering khas untuk rakyat vietnam di sekitar bandar Hanoi secara runcit dan borong. Ianya terletak di area Old Quarter didalam bandar Hanoi yang sesak dengan orang ramai ramai dan kenderaan. Sangat seronok datang ke sini kerana terdapat banyak pilihan barang dengan harga yang murah dan berpatutan. 

Antara barang-barang yang sempat aku tengok adalah kain cotton, kain pasang, blouse, tshirt, kasut, selipar, pelbagai beg, aksesori dan banyak lagi.

Dibuka setiap hari dari pukul 6 am - 7 pm. 

Sekitar pasar Dong Xuan

view dari tingkat 1

Antara barang-barang yang dijual

Kain pasang...pelbagai corak dan warna serta fabric yang berqualiti

Kasut dan selipar..banyak pilihan dan design

Banyak sebenarnya yang kami mahu beli kat sini tetapi masa tidak mengizinkan. Kami perlu menunaikan tuntutan yang diamanahkan oleh Allah kepada setiap hambanya iaitu solat. Waktu ini telah menunjukkan pukul 4 petang dan solat zuhur dengan asar perlu ditunaikan segera sebelum masuk waktu magrib. 

Jom balik hotel...lepas ni kita ronda lagi.

Tepat pukul 5.00 petang, kami telah bersiap-siap untuk keluar ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Masjid An-Noor yang berdekatan dengan restoran Zaynab yang merupakan salah satu restoran halal yang terdapat di Hanoi.

Kami ke sana berpandukan google map dengan berjalan kaki sahaja. Pening juga jalan kat sini sebab terlalu banyak lorong-lorong kecil yang dipenuhi oleh kenderaan dan orang lalulang. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan pelbagai barangan jualan termasuk lah kedai barangan yang menjual toys untuk kanak-kanak dan gerai makanan yang di buka ditepi jalan dengan menggunakan kerusi kecil sebagai tempat duduk. 


Antara kedai mainan yang sempat aku singgah

Pelbagai jenis barang mainan yang dijual...Naik gila sekejap.

Ini adalah barang mainan yang sempat aku beli. Harga nya tersangat lah murah.

Masa urusan jual beli di buat, hanya kalkulator sahaja sebagai medium pertuturan kami. Diorang memang langsung tak boleh berbahasa Inggeris tapi aku berpuas hati sebab dapat dengan harga yang aku mahu iaitu  400,000 dong / RM70 bagi yang besar/manakala yang kecil adalah 150,000 dong / RM29 bagi jenama LEPEN yang kecil.

Akhirnya sampai juga kami di Masjid Al-Noor.

Masjid Al-Noor.

Ianya telah dibina pada tahun 1890 dan terletak didaerah Hoan Kiem Hanoi. Walaupun majoriti penduduk Hanoi bukan orang islam tetapi aku kagum kerana ditengah-tengah bandar Hanoi ini terletaknya satu masjid yang amat cantik sekali. Ini menandakan orang islam ada dimana-mana diserata dunia.

Jom kita explore masjid ni dulu...


Akhirnya aku menjadi tetamu Mu setelah sekian lama diidamkan.

Restoran Zaynab

Nama restoran ini dalam bahasa vietnam adalah Nha Hang Halal Food tetapi lebih dikenali sebagai restoran Zaynab.

Restoran ini terletak ditengah-tengah bandar Hanoi dan bersebelahan dengan Masjid An-Noor dan agak sukar sedikit untuk dijumpai. Untuk lebih mudah dicari, anda perlu masuk ke perkarangan Masjid terlebih dahulu dan anda akan nampak restoran tersebut terletak disebelah kiri Masjid.

Restoran ini tidaklah besar mana pun tetapi amat selesa dan yakin apabila menikmati juadah yang dihidangkan. Ini kerana adanya tanda halal dan ayat al-quran yang ditampal disetiap sudut wall restoran ini. Memandangkan  kami masih lagi dalam mood kekenyangan, kami hanya makan menu yang simple sahaja iaitu spring roll dan milk tea. Emmm...harga boleh tahan mahal lah jugak.

Harga spring roll adalah 90,000 dong/RM15.50
Harga tea milk adalah 30,000 dong/RM5.20

Ok lah sebab kat Hanoi ni memang sukar untuk mendapatkan makanan halal melainkan bawa bekal makanan dari Malaysia so bersyukurlah kerana adanya restoran halal yang sebegini.

Menunggu hidangan disediakan.

Suasana malam di bandar Hanoi

Setelah selesai menikmati makanan, kami meneruskan perjalanan didalam bandar Hanoi dengan plan yang berikutnya iaitu menonton Thang Long water puppet theatre. Memandangkan kami booking tiket last minute jadi masa menonton yang available masa tu adalah pukul 8.00 malam dan sekarang baru pukul 7.00 malam. So untuk menghabiskan masa yang terluang, kami menyusuri lorong-loorng bandar Hanoi dengan menikmati suasana malam yang dingin disamping menjamu mata dengan barangan yang dijual ditepi-tepi jalan.

Sememangnya  bandar Hanoi diwaktu malam adalah sangat meriah dengan orang ramai terutama dan peniaga-peniaga jalanan.

 Kesibukan Hanoi diwaktu malam.Masih lagi sibuk walaupun malam kian menjelma

 Susana malam di Tasik Hoan Kiem


 Begitu indah pada pandangan mata

 Pelbagai jenis beg yang dijual. Banyak pilihan dan amat murah sekali. Rugi kalau sesiapa datang ke sini tidak shopping beg terutama begpack

Ini adalah begpack (55L) yang sempat aku grab. Harga tersangat lah murah iaitu 210,000 dong /RM37.00... rugi pulak tak beli satu lagi..huhu

Sempat beli selipar  yang berbentuk terompah dengan harga 100,000/RM17.00

Thang Long water puppet theatre

Water puppet show adalah satu pertunjukan patung yang berbentuk orang, binatang, naga, perahu, ular dll yang direka khas sebagai watak utama yang akan dipersembahkan diatas air sambil diiringi oleh alunan muzik tradisional vietnam. Perceritaan adalah berkisar tentang kehidupan orang-orang vietnam yang suka menangkap ikan, menanam dan memelihara haiwan terutama kerbau. Pertunjukan ini dihidangkan dalam bentuk tarian diatas air mengikut rentak muzik dan dialog yang disampaikan. 

Ianya adalah ibarat sebagai satu lakonan di pentas sarat dengan penceritaan yang berkait diantara satu sama lain teapi sayang dialog yang disampaikan adalah dalam bahasa vietnam, Kami hanya memahami nya melalui gaya dan rentak lakonan tersebut.

Ramai dikalangan penonton adalah warga asing dari pelbagai negara. Walapun tidak memahami setiap butir bicara yang disampaikan namun budaya tradisional orang-orang vietnam dapat dikenali dengan lebih dekat.

Bangunan teater ini terletak berdekatan dengan tasik Hoan kiem


Harga tiket adalah 100,000 dong/RM17.20 untuk sorang dewasa.

Jom kita masuk dan tonton teater ini...Harap-harap tak tido lah...haha
Ini lah rupa pentas water puppet...Dimainkan diatas air oleh patung-patung yang direka khas.

Untuk lebih jelas, sila tonton video di bawah.



Akhirnya aku tertewas juga...Dipertengahan teater ini aku tertido sekejap huhu...sepatah haram tak faham tapi dapat aku perhatikan mat-mat saleh yang menonton teater ini nampak cam seronok dan faham jalan cerita. Ada masa-masa diornag gelak dengan lakonan yang disampaikan...Aku pulak terlena atas sofa empuk ini...hihi

Setelah selesai menonton teater kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel memandangkan waktu telah menghampiri pukul 9.00 malam. Dalam perjalanan kami dihidangkan dengan barangan-barangan jualan ditepi jalan dan yang paling aku teruja adalah berkenaan dengan jualan  manik dan bunga sulam. Baru aku sedar bahawa vietnam ini adalah salah satu negara yang kreatif dengan pelbagai corak sulaman dan manik-manik. Harga nya teramat lah murah. Bagi mereka yang suka membuat sulaman manik, di sini lah tempat utama untuk mendapatkan produk tersebut, 


Pelbagai jenis manik dan corak sulam dijual...boleh pilih dan harga pun murah-murah.

Tu dia...

Gerai makan ditepi jalan

Kedai makan dibuka ditepi-tepi jalan dengan hanya menggunakan kerusi dan meja kecil sebagai tempat untuk menikmati makanan tersebut. Apa yang aku boleh simpulkan disini, semakin menghampiri tengahmalam, semakin banyak gerai-gerai makan sebegini di buka. Ianya sangat meriah  dan padat dengan orang ramai tetapi agak kotor, tidak terurus dan agak meloyakan apabila menghidu bau makanan yang dimasak...

Huhu...Jom balik hotel

Next entry Day 2

No comments: