"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Bangkok - Day 4

Day 4 

Cheak-out dan Airport Don Mueang

Last day we'r at Bangkok. Terasa masa cepat berlalu. Banyak tempat kat Bangkok yang tidak sempat untuk aku explore. Next time aku akan datang lagi dan melawat tempat2 di luar Bangkok yang banyak menghidangkan aktiviti yang menarik serta view yang cantik. 

Untuk itu, kita plan next time yer. Apa-apa pun packing dulu barang-barang dan bersiap sedia untuk pulang ke tanah air. Memandangkan flight kami tengahri so boleh lah berlengah2 sikit. Breakfast apa-apa yang patut di dalam bilik sekadar mengalas perut. Lagi pun saki baki makanan yg di bawa dari malaysia masih ada lagi so kami perlu makan dan habiskan juga time tu.


 Snap gambar last kat hotel kesayangan kami...huhu

Troli Beg color merom yg aku beli kat pasar malam tu dah padat ngan barang2 dan pakaian. Alhamdulillah...trip kali ini tak ada lah beg beranak pinak sangat. Senang aku nak jalan. Just tarik satu beg jer. Haha....

Untuk ke airport aku booking grab. Senang kan....Dalam pukul 9:30 pagi kami gerak ke airport yg jarak nya sejauh 30 km dari hotel yg mengambil masa 40 minit. Harga tambang ke airport adalah RM40 tapi tol kami kena bayar sendiri.

Dah sampai airport tapi belum bfast lagi ni....Apa2 pun drop bag dulu. Senang nak jalan lenggang kangkong. Tak perlu bawa banyak barang.


Makan kebab sebagai alas perut...bila diperhati dan di cari memang tiada tanda halal cuma ada tanda bulan bintang yg hijau tu jer...aku was2 gak pada mula nya tapi tengok member sebelah selamba jer order dan makan...aku pun makan lah juga sebagai alas perut....hope halal dan toyyiban lah...


Namun begitu anda jangan risau sebab kat tempat balai menunggu memang ada halal shop tapi mahal lah sikit. Nasi lemak pun ada...walapun dah makan kebab tapi aku masih lagi beli makanan kat kedai ni. Baru lah makan tu rasa puas sikit haha....

Kepada travelmate aku, korang memang sporting. Travel bersama kalian memang menyeronokan. Terima kasih kerana beri peluang pada aku untuk lead semua ni. Aku rasa makin confident utk travel sendiri tanpa mana-mana agent. Agak mencabar dan begitu struggle tapi aku puas....

Alhamdulillah...Thank you Allah kerana bagi rezeki dan kesihatan yg baik untuk aku berjalan di atas bumi Mu ini. Syukran...






No comments: