Hari yg ke tiga, kami bersepakat tidak sarapan pagi di cafe yg disediakan. Ini kerana menu yg di sediakan langsung tidak serasi dgn tekak melayu kami....so pagi2 lagi kitaorang dah sarapan sandwich dan air milo 3 in 1 di dalam bilik...emmm nasib baik aku ada bawa makanan kalau tidak tentu kami kelaparan sementara menunggu umtuk makan tengahari...
Hari ni lily akan membawa kami pergi melawat musium Jade, kristal, great wall, burning cream centre dan shopping...dengar macam seronok jerrr. Nak tahu seronok ke tak...jom sama2 kita layan apa yg akan aku coret kan di sini...Tempat pertama yg akan kami singgah ialah melawat tempat pembuatan dan penjualan jade yg terkemuka di China yang di kenali sebagai Beijing JinSiWei Jade Factory....tepat jam 8 pagi, bermula lah perjalanan kami yang di nanti2 kan
Di hadapan pintu masuk musium jade
kami di beri pass masuk setiap seorang
Masing2 khusyuk Mendengar taklimat
Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, kami di sambut oleh pelayan2 dengan senyuman yg tak lekang di bibir...apakah makna disebalik senyuman itu???? Haha...kena berhati2 senyum bukan sebarang senyum....
Dengan segera, kami di beri penerangan yg terperinci berkenaan dengan Jade baik dari segi bentuk mahupun qualiti jade itu sendiri...apa yang di cakap aku angguk je sebab bab2 jade ni...surrender, memang aku tak tahu dan tak berminat untuk tahu lebih lanjut...
ummm....dengar jer lah
Suasana di dalam kedai jade
Gambar bawah ~ jade yg berbentuk gelang, harga antara Rm50 - Rm100
Selain drp jade terdapat juga barang lain yg di jual...
Gambar di sekitar jade factory
Gambar kanan ~ di luar jade factory, buah-buahan, kerepek dan kacang ada di jual.
Aku lebih berminat membeli buah-buahan yg di jual di luar ini daripada membeli jade..ha..ha..
Kat aku jer yang tidak berminat dengan jade ni...diaorang semua terutama makcik2 tu bukan main lagi memborong....mereka cakap "rugi lah tak beli sebab kat china ni jade nya berkualiti dan murah.." emm ye ker???
Dihadapan kedai kristal
Seterusnya perjalanan kami ialah ke kedai Kristal. Kedai kristal dan kedai jade tidak lah jauh sangat. Kalau naik bas @ kereta tak sampai 10 minute pun tapi yg membuatkan aku malas ialah mendengar ceramah / taklimat yg membosankan. Lagipun kami juga tidak selesa dengan layanan daripada sales girl nya yang terlampau menjaga kami....rimas wehh! Mungkin ini lah salah satu marketing strategy diaorang. Nak tak nak kami kena join juga kalau tidak Lily yg akan jadi mangsa kemarahan bos nya...membawa kami ni pun merupakan business strategy diaorang....
Huhuhu... patutlah bayaran untuk ke beijing murah gilerr
Macam biasa dengar dulu apa yg nak di kata...Memang tidak di nafikan, kristal ni sangat cantik dan berkilau2...harga??? Sangat mahal tapi sesuai dengan qualiti yg ada...
Di bawa masuk bilik untuk mendengar pasal kristal dengan lebih terperinci...mereka ni memang pandai bercakap. Memberi penerangan sehingga kami terpukau sekejap....tapi bukan aku yee...hehe
Lunch di Restoran halal ~ Jindian Restaurant
Kami lunch di Restaurant Jindian terletak di Longhutai village yang menghala ke tembok besar china. Restoran ini di bahagi kepada 2 bahagian iaitu dewan utama menyediakan masakan " Asean restaurant" dan satu lagi dewan menyediakan masakan "western & muslim resraurant". Hidangan kami ialah sudah tentu lah di bahagian muslim halal food...
Selesai makan, kami terus ke surau untuk solat zuhur dan asar. Alhamdulillah...Nasib baik restaurant ini ada menyediakan surau, dapat lah kami menjalankan tanggung jawab yg di amanahkan oleh Allah swt...
Surau ini terletak sama level dengan dewan makanan dan kebetulan pada hari itu, terdapat function wedding cerimony. Agak padat dan sibuk sekali dengan orang ramai. Yang menjadi masalah bagi kami ialah makanan yg di hidangkan, amat busuk dan menloyakan...aku terpaksa menahan nafas untuk menghilangkan bau tersebut...Terdetik dalam hati ku..." Apa kah sebenarnya yang diaorang makan ni..??? Mungkin pot kot...hahaha...
Bei Jing Native Product ~ pelbagai jualan makanan
Seterusnya kami singgah sekejap di Bei Jing Native Product yang menjual pelbagai jenis makanan ringan yg telah di paket siap. Bagi aku, memang tidak sesuai untuk kami sebagai seorang muslim untuk membeli dan makan makanan yg di jual. Tengok pada paket makanan, tidak ada satu pun yg boleh kami baca dan faham....apatah lagi tanda halal. Semuahya dalam bahasa ibunda.
Aku masuk sebagai syarat sahaja sambil jalan2 dan melihat suasana di dalam kompleks tersebut. Jalan masuk dan jalan keluar adalah berlainan arah so nak tak nak, aku terpaksa melihat juga apa yg di jual di situ...dan berjalan mencari jalan keluar...huhuhu menyesal masuk kerana kami terpaksa jalan 1/2 km juga kat dalam tuu....uwaaa, pandai diaorang business.
Internery seterusnya ialah ke The Great Wall of China. Terletak di daerah Jinshanling bahagian utara China dan tembok yang terpanjang di dunia. Mula di bina pada abad yg ke 17 semasa pemerintahan Dinasti Ming. Tujuan ianya di bina adalah untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik.
AlhamduliIllah hari ini berjaya menawan sebahagian puncak Tembok Besar China... Akhirnya... hehe... Seluruh dunia mengakui hebatnya kerajaan yang membina Tembok Besar ini... Dengan panjang yang mencapai 6350KM pastinya banyak kudrat dan tenaga yang telah diperah... Tembok Besar pernah menjadi sejarah keperitan dan kesedihan bagi sebahagian keluarga di China iaitu ketika dibina dahulu, seorang lelaki dewasa perlu dikorbankan oleh sebuah keluarga untuk bekerja bagi membina Great Wall.. Perginya tidak akan kembali lagi...
Tetapi kini tidak lagi, ia menjadi simbol kebanggaan seluruh rakyat China... Mereka tahu keringat orang-orang terdahulu mereka telah mengangkat nama dan bangsa mereka di mata dunia... Usaha mereka semuanya tidak sia-sia... Bahkan menjana sumber ekonomi kepada negara dan penduduk tempatan... Inilah hasil yang dapat dituai dari usaha mereka yang dahulunya bercucuk tanam..
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim~
Great Wall of China ~ view sekitar tembok besar China
Waktu sampai dalam pukul 2 ptg dan masa tu cuaca agak sejuk ekoran drp rempuhan angin yang kuat. Nak tak nak, kami terpaksa memakai baju sejuk untuk mengelak daripada kesejukkan.
Tempat yang aku idam2 kan selama ini...akhirnya sampai juga aku untuk menjejaki nya dan menjelajahi sekitar tembok besar China. Orang kata Great wall ni adalah Simbol negara china dan amat di kenali di seluruh dunia. Alhamdulillah...tiba2 itu terlafaz oleh ku.
Jom kita scroll gambar di sekitar tembok besar china 》》》》
Great wall beijing of china
Sebenar nya kami teragak2 untuk snap gambar kat atas jejari besi tu, takut kena marah tetapi demi untuk mencapai tahap kepuasan bergambar, kami naik juga dan buat muka selamba jer...dan hasilnya amat menakjubkan hehe....
Nampak tak puncak kat atas tu??? Kejap lagi kami akan ke situ dan mendakinya. Datang ke china ni kena pakai kasut yang bersesuai sebab aktiviti nya banyak menggunakan kekuatan kaki....kalau diri rasa tak larat dan ada penyakit semput / lelah, better aku nasihatkan jangan naik kat atas. Kalau jadi apa2 susah di kemudian hari...
Zuri dan kay bergambar di sebalik tugu di great wall...apa maksudnya tu??? Ada Sapa2 boleh translate tak? Sampai sudah aku tak faham maksudnya...huhu
Lily seperti biasa menjalankan tugas nya dengan baik. Memberi penerangan terlebih dahulu sebelum melepaskan ahli2 group menerokai keindahan dan keajaiban tembok yang di bina oleh orang dulu2. Lili juga memberitahu kepada sesiapa yang tidak larat untuk mendaki, di nasihatkan jangan berbuat demikian. Kat sini, Lily memberi peluang kepada kami berada ditembok besar china selama 2 jam sahaja...Selepas 2 jam, kami di kehendaki berada di dalam bas untuk meneruskan perjalanan yang berikutnya...
Gambar sebelah kanan atas adalah sebuah kedai coffee dan souvenir shop yang terletak betul2 di atas puncak bukit yang pertama....
Gambar kanan tengah ~ Gerai jualan soivenir dan akesori yg berada di tengah2 laluan pendakian sebelum sampai ke puncak yang pertama...
Gambar kanan bawah ~ tanda arah
Di sini lah tempat mulanya pendakian. Kami akan naik hingga sampai di puncak tersebut. Nasib baik ada tangga untuk menapak kalau tidakkk...tak sanggup aku nak naik...letih wooiii!
Nampak macam rata tapi sebenarnya ia berbukit...huhu letih juga ni
Terdapat sederet kunci mangga kononya jika di letak mangga kat sini, jodoh mereka akan kekal dan berpanjangan. Ini kerana bagi mereka yang couple, hati mereka telah terkunci kat sini sampai bila2 sehingga kunci tersebut di buka balik....ini juga satu khurafat bagi kita orang islam. Aku sekadar melihat dan snap gmbar sahaja. Tidak lebih daripada itu....
Baru sampai pertengahan puncak dan kami rehat sekejap kat sini
untuk kurangkan keletihan dan lelah. Disamping itu kami sempat snap beberapa keping gambar untuk di jadikan kenangan.
Berpusu-pusu orang terutama para pelancong, cuba mendaki untuk sampai ke puncak. Yang aku respek ialah pada golongan warga emas (kalau di ikutkan logik memang tak sampai ke puncak) tapi mereka dengan penuh semangat dan kekuatan yang ada boleh mendaki dengan dengan jaya nya. Yang aku lagi malu, sempat lintas / pintas kitaorang yang ala2 macam siput sedut gitu berjalan....addoooii aku tabik springg pada mereka ini.
Di sebalik gunung ini lah terletaknya mongolia...dekat kan???
Kay bersama pakcik yang menjual sijil dan frame
Memandangkan kami dah sampai ke puncak so kami layak untuk mendapatkan sijil pendakian...bukan free tau, kalau nak kena bayar Rm 25 tanpa frame dan Rm40 dengan frame....mahal wehhh. Mereka ni memang pandai berniaga.
Sebagai tanda pernah mendaki great wall ni, aku dan kay beli lah juga sebagai kenangan. Bagai ayam dan itik bercakap dengan pakcik tu untuk meminta diskaun tapi hampeh, harga tetap dan tak ada diskaun ( guna bahasa isyarat tangan dan memek muka)....dengan perasaan cuak, dengan frame2 sekali aku borong...hahaha tapi diaorang ni sebenarnya baik....
Sedang Menunggu yg lain sebelum menaiki bas....teringin sangat nak minum hot coffee kat kafe tu tapi was2 lah pulak. Kalau dapat pekena Coffee tu, hilang lah rasa sejuk sikit. Semakin lama semakin terasa kesejukkannya. Angin pun semakin kuat bertiup...tidak tahan dengan kesejukan di luar, kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bas terlebih dahulu.
After at great wall, kami singgah sekejap di Burning Cream Centre dan mendengar apa yang hendak di sampaikan berkenaan krim dan ubat-ubatan. Kami sampai di sini lewat petang dan suasana di luar agak mendung....ditambah pula dengan angin yg kuat.
Pesanan aku, kalau tak nak duit habis sia2 jangan beli apa2.....just dengar jer apa yang diaorang nak promote. Ini kerana harga yang mereka letak memang sangat mahal dan tak masuk akal. Tapi mereka ni memang pandai bercakap dan buat marketing...untuk selamat dalam hati kena letak perkataan "NO" @ "forget it"...hihihi
Pelbagai jenis krim dan ubat yang di promote kepada kami seperti krim luka, krim gatal, krim hilangkan parut, ubat lancarkan darah, sakit otot2, ubat koyok untuk hilangkan radang, otot dan sendi. Ubat memperkuatkan daya seks pun ada...hahaha...bak kata kalau beli semua ubat yang di jualnya, hilang semua penyakit.
Aku dengar jer sampai nak terlentok kat kerusi. Itu aku lah tapi makcik2 tu memang kaki shopping betul. Setiap tempat yang di singgah mesti ada hasil nya. Maybe mereka ni duit dah terlebih sangat...tu yang beli macam2...
Dinner kat restaurant Wangasi Muslim halal food yang terletak di jalan Zhenzhi Lu...
Di Burning Cream Centre
After at great wall, kami singgah sekejap di Burning Cream Centre dan mendengar apa yang hendak di sampaikan berkenaan krim dan ubat-ubatan. Kami sampai di sini lewat petang dan suasana di luar agak mendung....ditambah pula dengan angin yg kuat.
Pesanan aku, kalau tak nak duit habis sia2 jangan beli apa2.....just dengar jer apa yang diaorang nak promote. Ini kerana harga yang mereka letak memang sangat mahal dan tak masuk akal. Tapi mereka ni memang pandai bercakap dan buat marketing...untuk selamat dalam hati kena letak perkataan "NO" @ "forget it"...hihihi
Pelbagai jenis krim dan ubat yang di promote kepada kami seperti krim luka, krim gatal, krim hilangkan parut, ubat lancarkan darah, sakit otot2, ubat koyok untuk hilangkan radang, otot dan sendi. Ubat memperkuatkan daya seks pun ada...hahaha...bak kata kalau beli semua ubat yang di jualnya, hilang semua penyakit.
Aku dengar jer sampai nak terlentok kat kerusi. Itu aku lah tapi makcik2 tu memang kaki shopping betul. Setiap tempat yang di singgah mesti ada hasil nya. Maybe mereka ni duit dah terlebih sangat...tu yang beli macam2...
Dinner kat restaurant Wangasi Muslim halal food yang terletak di jalan Zhenzhi Lu...
Dinner kat Restaurant halal
Antara menu2 nya...adik uwais, apa tengok2...makan lah. Dinner kat sini paling sedap bagi aku. Semua menu yang di hidang aku telan. Emm...mungkin lapar sangat kot
Selepas dinner, kami di bawa ke Wang fu jing shopping street iaitu tempat shopping kompleks yang kebanyakan nya menjualan barang2 branded seperti beg, kasut, pakaian dll.Oleh kerana penat dan letih kami bersepakat tak nak shopping dan mahu terus di bawa balik hotel. Lagi pun area yang akan di bawa ialah di tengah2 bandar beijing yang crowded dengan orang ramai dan kesibukan lalu lintas...
Akhir nya kami sekadar melihat keindahan suasana malam yang menakjubkan di bandar Beijing. Memang aku respek, kota raya Beijing amat cantik pada waktu malam....di tambah pula dengan pelbagai jenis design bangunan yang luat biasa bentuknya. Setiap buildings yang ada, dihiasi dengan lampu yg pelbagai warna dan bentuk. Ini menambahkan kemeriahan dan view di waktu malam...
Night food market
Night food market ni ialah gerai menjual makanan yang popular di Bandar Beijing. Di buka pada lewat petang hingga ke tengah malam. Yang peliknya, makanan yang di beli...terus makan di situ dengan berdiri tanpa ada tempat duduk. Aku yang melihat dari dalam bas begitu meriah dan padat dengan orang ramai. Apakah makanan yang sedap sangat tu ???sehingga bau-bauan menusuk ke hidung ku...sampai satu tahap terasa loya dan muntah. Nasib baik lalu jer....kalau berhenti kat situ agak nya muntah hijau aku...uuhuhu...
Beijing night scene....
Suasana malam yang mengkagumkan ~ bandar Beijing memang cantik pada pandangan mata aku.....
"Sesungguhnya seorang hamba senantiasa akan berada dalam kebaikan selama dia masih memiliki penasihat dari dalam hatinya dan bermuhasabah menjadi salah satu agenda yang paling ia tekuni"
Malam ni kat hotel ada agenda shopping ...Lily cakap, seorang peniaga akan membuka barang jualannya ke bilik hotel kami. Jualan di lobby hotel tidak di benarkan kerana boleh menganggu penghuni hotel yang lain. So nak tak nak salah satu bilik di antara kami akan menjadi mangsa sebagai gedung jualan happy hours...
Diantara Barang2 yang di jual ialah satu set cadar, sarung kusyen dan bantal, pelapik meja yg pelbagai saiz, t-shirt kanak / dewasa, fridge magnet, key-chin dan banyak lagi...aku jadi gila sekejap. Semua barang aku nak sebab aku rasa harga yang di letak agak murah dan berpatutan. Last2 akh grab cadar ++ 2 sarung bantal rm80 dan alas meja bersaiz 6 kerusi rm25....
Malam ni boleh lah tidur lena sikit kerana barang2 yang di target sudah dapat tapi esok ada lagi masa untuk shopping. Harap2 tempat shopping yang akan di bawa oleh Lily lebih murah daripada ini...hope so
"Sesungguhnya seorang hamba senantiasa akan berada dalam kebaikan selama dia masih memiliki penasihat dari dalam hatinya dan bermuhasabah menjadi salah satu agenda yang paling ia tekuni"
No comments:
Post a Comment