"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Krabi & Hatyai Day 2

5 Jun 2015 - pagi Sabtu


Kami sampai di Padang Besar agak lewat iaitu dalam pukul 12 tghari, 2 jam lambat dari biasa kerana masalah train. Oleh kerana semua di kalangan kami tak biasa dengan cara2 pengecopan pasport, kami agak terpinga2 apabila keluar dari tren. Tak tahu mana haluan yg nak di tuju, kami ikut jer jejak kaki masing2...sambil menggalas beg yg agak berat lah jugak, kami terus naik ke atas untuk ke sebelah sana dengan menaiki jejantas. Terlupa sekejap bahawa kita sepatut nya mengecop pasport kat malaysia terlebih dahulu sebelum mengecop pasport kat thailand. 

Satu lagi maslah yg timbul...kat mana tempat cop tu??...dari atas ni tak nmpak pun kaunter nya. Terpaksa lah salah sorang dari kami mencari dan beramah mesra dengan org sekeliling. Rupa2 nya kaunter tu kat bawah...tepat2 tempat laluan masa kuar dari tren....ayyyooo...kena turun tangga lagi lah nmpaknya.

Turun2 jer org dah siap isi form. Nampak nya kami org yg terkebelakang untuk masuk ke kaunter. Beratur panjang lah kami kag situ...huhu..sebelum tu aku dah bgtau awal2 kat driver bahawa kami lambat. Takde lah dia tertunggu2...


Setelah selesai proses pengecopan di malaysia, kami terus buat pengecopan di thailand. Kat padang besar, kaunter passport di malaysia dengan kaunter passport di thailand hanya di pisahkan dengan garisan kuning shj...

Dengan melangkah garisan tu, automatik kita sudah berada di negara Thailand...haha...

Driver patiently waiting for our arrival. His van was so comfortable...i like it


Allmost 5 hours, kami akhirnya sampai di krabi dan ini lah 1st tempat yg di bawa oleh our driver. Kat sini kami just took the pictures only...berlatarbelakang kan giant crab.

Kat kuala @ muara sungai....nice view kat sini

Bersantai2...

Di bawah teduhan sang helang...


Oleh kerana kami sampai di krabi agak lewat petang, our driver terus bawa kami ke night market. Pasar malam kat sini di buka awl petang sampai ke tgh malam. Menjual pelbagai jenis barang keluaran thailand yg boleh di perolehi dengan harga yang murah tetapi ingat tawar menawar dalam urusan jual beli perlu di lakukan untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan relavan.

Keseronok dan kemeriahan dapat di rasai dengan ada nya gerai2 yang menjual pelbagai jenis makanan, kueh muih, lauk pauk dan minuman. Makanan tradisonal yang susah di jumpai....boleh di perolehi di sini...

Tu dia kueh2 nya....memang old betul. Aku dapat rasai kueh ni masa kecik2 dahulu dan sekarang memang susah untuk di perolehi. Aku terus grab beberapa jenis kueh yang mmg aku suka terutama yang berasaskan pulut

Ada musical di tengah2 night market. Di main kan oleh pelajar2 sekolah. Motif???Mybe utk mendapatkan sumbangan. Agak laaa...

Kami sekejap jer kat sini. Hanya sekadar tinjau2 jer tetapi sempatlah terbeli selipar jepun sorang satu. Konon nya nak pakai masa kat pantai besok. Huhu....dah tahu nak dtg pantai, sorang pun tak prepare bab2 utk ke pantai.


Kami dinner kat sini....tempat nya agak cantik di mana di bawah restoran ni ada air. Terasa lah sikit kesejukannya dan aura lapar semakin bertambah2....tapi time order menu timbul banyak problem

Bagaikan ayam dan itik bercakap....lain yg di order lain yg dapat....ada juga menu yg order tak dapat2 sehingga habis makan. Bercakap dengan dua bahasa yang berlainan. Ini lah jadi nya....huhu....

Ala2 restoran terapung gitu...cantik ! Tapi rasa makanan biasa2 shj. Mybe kitaorg tersalah pilih menu kut

Picture again before and after ate....selagi larat

Akhir nya kami di bawa ke hotel untuk check in. Kami menginap di hotel Pulaoon. Agak comfortable.....

next entry DAY 3


No comments: