"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Hatyai Day 1

Date trip : 29 DiCember 2017 - 31 December 2017 (3D2N)

Budget (2 adults & 2 kids)
1. Minyak kereta dari Sg buloh ke Hatyai Rm160 (return)
2. Tol dari rawang ke Bukit Kayu Hitam Rm120 (return)
3. Insuran + card departure & arriving + fill up form passengers RM28
4. Aloha Hotel 3D2N RM262.25 + 1 extra bed for 2 night RM120. Total hotel            RM382.25
5. Simkad internet di thailand RM22.80 x 2 = RM45.60
6. Entrance fee:
  • Riding elephant RM180 (adult rm60, kids Rm30)
  • Tang Kuan Hill Songkla Rm13.20 (Adult rm3.6, kids2.40 - ikut ketinggian)
7. Makan (breakfast + lunch + dinner) Rm300
8. Tambang tut tut (tambang ke pasar malam)Rm16.80

Overall total = RM1,245.85 (exluding shopping)

Cara-cara masuk ke Hatyai menggunakan kereta:
Untuk membawa masuk kereta ke Hatyai,  perkara penting yg perlu ada ialah:

1. Geran kereta samada asal atau salinan
2. Paspot owner kereta. Sekiranya bukan kereta sendiri perkara yang perlu ada      surat kebenaran bertulis drp owner kereta.
3. Insuran - Bayar dekat mana2 tour agency. Rate insuran bergantung kepada        berapa hari kita nak masuk ke Thailand. Makin lama stay di Thailand makin          mahal insuran yg perlu di bayar.

    Rate insuran mengikut hari.
  • 9 hari rm 16
  • 1 bulan rm30
  • 2 bulan rm40
  • 3 bulan rm50
  • 6 bulan rm70
  • 1 tahun rm 100
4. Borang maklumat kenderaan & penumpang (Information convenyance &      passenger list).
5. Departure card & Arriving card (untuk setiap penumpang kereta) - RM2          utk seorang penumpang. Jika di isi sendiri kat imigresen tiada bayaran.

No. 3,4 dan 5, lebih senang buat kat tour agensi yg ada di sekitar bandar Changlun, Kedah.Pihak tour agensi akan prepare dan fill up semua borang. Dia akan minta geran dan pasport setiap penumpang.


No. 3,4 &5, kami buat kat tour agency seperti dalam gambar ~ Enjoy adventures travel & tours sdn.bhd. Agency ini terletak di bandar Changlun dan ianya tak susah di cari kerana terletak betul2 tepi jalan menghala ke Bukit Kayu Hitam. Kedainya ala2 mcm restoran cina.

6. Custom declaration form
  • Hanya owner kereta sahaja yang perlu hadir ke kaunter ini.
  • Owner kereta perlu bawa geran dan pasport sahaja.
  • Borang custom declaration akan di isi oleh staff kaunter Thai
  • Sambil2 menunggu untuk cop pasport kat Imigresen thai ( biasa makan masa lama), owner kete boleh kuar dari kete dan buat custom declaration form. Pastikan kete ada org pandu yerr...
  • kaunter akan beri kepada kita satu salinan borang declaration form dan borang ini wajib diserahkan kepada pihak kaunter semasa keluar dari Thailand.

Rules yang ditetapkan jika bawa masuk kereta @ motor ke sempadan Thai

Borang custiom declaration hendak lah dikembalikan apabila keluar dari Thai jika tidak denda akan dikenakan.

7. No 4 & 5 akan diserah ke kaunter imigresen Thai bersama2 pasport                    penumpang utk di cop

8. Setelah selesai semua nya, anda boleh masuk ke Thailand dengan selamat.         Kalau ada sekatan tunjuk sahaja insuran dan declaration form tersebut kepada     mereka.

REMINDER!
Perlu diingatkan ialah 2 perkara yang perlu disimpan dengan baik dan perlu diserahkan masa keluar dari Thailand iaitu :
  • Arriving card
  • Custom declaration form
9. Saya nak share rate money changer time tu...

Rate tukaran waktu tu...

Perjalanan pun bermula

Jom...Kita mulakan perjalanan.dengan Bismillah. Bermula lah perjalanan ke Hatyai yang nyaris2 tak jadi.

Bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi dan sampai di Changlun pada pukul 2 petang. Singgah di tour agency utk siapkan dokumen2 dan pastikan minyak full sebelum masuk ke Imigresen Bukit Kayu Hitam..

Kami memasuki sempadan imigresen pada pukul 3 pm. Antara chek point yg kena kami tempuhi adalah :
  • Imigresen Malaysia - cop pasport
  • Pemeriksaan dari polis Malaysia - Untuk makluman semua, pastikan.kenderaan anda tidak blacklist. Bayaran kompaun mesti di clearkan terlebih dahulu. Jika tidak kenderaan anda tidak dibenarkan masuk.sempadan Thai.
  • Imigresen Thai - Serahkan passport, departure card & borang senarai penumpang kepada kaunter  untuk cop dan semakan. Pastikan borang senarai penumpang dan departure card telah siap di isi.
  • pemeriksaan polis Thai - Tunjukkan dokumen yg diperlukan jika diminta. 
Floating market

Alhamdulillah, sampai juga kami ke Hatyai  dengan selamat dengan memakan masa selama 1 jam 15 min yang bermula dari bukit kayu hitam. 1st destination yang kami tuju ialah floating market dan kami sampai ke situ adalah dalam pukul 5:00 pm.

Floating market adalah merupakan sebuah pasar terapung yang menjual pelbagai jenis makanan ala Thai yang antik dan kreatif didalam perahu masing-masing. Lebih kurang 99% makanan yang di jual di jamin halal dan boleh dimakan tanpa was-was. Makanan yang dijual memang sedap dan menyelerakan. Harga pun berpatutan. Setiap orang mesti singgah di sini jika sampai di Hatyai.

Daripada pemerhatian, kebanyakkan pengujung yang datang ke sini adalah pelancong luar terutama dari Malaysia, Indonesia dan Singapore.

Time operation : Jumaat, sabtu dan ahad.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat aku snap untuk tatapan bersama.

Pandangan Floating market dari atas jambatan.

Little's girl of the day...

Sebelum makan kita bergambar dulu...

Suasana pasar terapung - makanan dijual diatas air dengan menggunakan perahu. Apa yang boleh disimpulkan adalah 90% peniaga adalah dari golongan wanita. Sangat kagum!

Sentiasa penuh dengan orang ramai

Tak tahu nak makan apa...semua nak. Lebih-lebih lagi time ni kami sedang kelaparan.

Yang ini lagi mengiurkan...

emm...dan lagi

Kentang goreng berperisa ini diletak atas buloh bersama sos mayonis...nampak ada kelainan kat situ.

Untuk merasa lebih dekat suasana floating market jom tonton Video ini.

Check in Hotel Aloha di Hatyai

Hotel ini aku tempah melalui agoda.com. Aku pilih agoda berbanding yang lain kerana agoda lebih murah dan senang untuk di booking.

Bagi aku hotel ini sangat bersih dan selesa. Yang lebih penting ianya tidak sibuk walaupun berdekatan dengan jalan utama. Tempahan hotel ini adalah satu pilihan yang tepat.

Parking hotel ini terletak di bahagian belakang dan agak susah sikit bagi kami yang baru ini untuk menjumpainya. Parking yang disediakan agak limited. Nasib kami baik hari itu kerana ada  satu tempat kosong untuk parking. Guide yang menjaga parking terus memberi satu resit parking yang telah di cop sebagai simpanan menandakan parking tersebut tidak perlu di bayar.

Servis hotel ini adalah yang terbaik dan proses check in mudah dan cepat. Kami serahkan paspot kepada receptionist untuk di simpan. Agak lebih selamat apabila paspot di bawah simpanan dioarang.

Selesai urusan check in kami masuk bilik rehat jap, mandi dan solat. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel ini anda boleh klik Di sini

Tidak dilupakan setiap kali travel mesti bergambar didepan hotel sebagai kenangan. Lagipun kita akan ingat nama hotel tersebut sampau bila2... 

Lagi gambar hotel

Usai urusan check in, kami masuk bilik untuk berehat, mandi dan solat. Walaupun agak kepenatan tapi kami ingin menerokai bandar hatyai diwaktu malam sambil mencari kudapan dan makanan ringan.

Suasana bandar Hatyai di waktu malam...

Robinson Department store, Hatyai

Kami agak beruntung kerana hotel ini berdekatan dengan shopping kompleks Robinson so takde lah susah sangat utk kami mencari kudapan dan makanan ringan. Shopping kompleks ini terletak berdekatan dengan station keretapi Hatyai dan amat strategik sekali.

Kat sini kami membeli buah, makanan ringan, air kotak, sabun mandi dan yang penting ada cop halal. Jika tiada cop halal jangan pandai2 beli yer... 

Map of robinson shopping mall hatyai

Image result for robinson shopping mall hatyai
Robinson Mall

Dating dengan cashier di kaunter...

Dalam Robinson department store. Wpun kepenatan tapi still boleh senyum.

Apa yang aku nampak, walaupun bandar Hatyai agak crowded dan sibuk tapi di waktu malam ianya amat mendamaikan. Ramai dikalangan kita takut hendak berkunjung ke Hatyai atau mana-mana vandar di selatan Thai tapi aku rasa cam selamat jer kat sini. Bagi aku kemana sahaja kita pergi, sejauh mana pun kita jejak....kita serah bulat2 hanya kepada Allah. Kita perlu Sentiasa minta kepada Nya supaya diberi keselamatan dan dijauhi kesusahan. Yang penting apabila berada di negara orang, adab dan kelakuan perlu baik dan sentiasa hormat menghormati diantara satu sama lain. InshaAllah, kita sentiasa dipelihara oleh Nya.

Jauh pulak aku membebel...ok lah jom balik hotel. Siapkan diri dan simpan tenaga untuk kita menerokai bumi Hatyai dengan lebih dalam. Good night.see u tomorrow morning. Sweet dream u all.

Sila klik Day 2 dan Day 3 untuk aktiviti seterusnya.

CAMERON HIGHLAND DAY 2


Day 2
Date : 6 Ogos 2017

Sebelum check out, kami Breakfast dulu di tingkat 3 dgn menaiki lift. Menu yang disediakan adalah nasi lemak, bihun goreng, nasi goreng, nuget, hotdog, kueh mueh, teh tarik, mineral dan air 3 in 1


Pasar tani Brinchang Cameron Highland

Terletak di Bandar Brichang dekat dengan tapak pasar malam lama. kami singgah sekejap untuk beli sayur dan strawbery. Sayur kat sini agak murah iaitu Rm10 utk 8 paket. Pelbagai jenis sayur untuk setiap paket. Sayur yg di jual memang segar dari ladang dan boleh pilih sayur apa yang mahu. 

Selain sayur banyak lagi barang lain yang di jual seperti kain baju, selipar, benih pokok dan nusery, beg, mainan kanak2 dan pelbagai makanan juadah yg terhidang. Memang meriah sangat. 

Dibelakang tu adalah pasar tani Brinchang
Sebahagian sayur yang di jual



Suasana di pasar tani waktu pagi


Lavender Garden

Terletak di Tringkap, Cameron Highland jalan untuk ke Simpang Pulai. Perjalanan dari Brinchang  mengambil masa 25 minit sejauh 12 km. Bayaran masuk adalah RM10 for adult dan RM7 for kids.

Taman Lavender ini adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan utama pelancong. Sebaik sahaja melangkah masuk anda di hidangkan dengan pameran kereta antik, lock love, decoration bunga hidup yang berwarna warni, kolam ikan, buaian, ladang strawberi, bunga ros(boleh petik sendiri dgn harga Rm2 sekuntum) dan juga di sediakan tempat khas utk bergambar sesuai utk kanak2 dan juga org dewasa.

Disamping itu, ada juga kedai2 aksesori yang menjual pelbagai barangan kosmetik termasuk losyen, perfume, mandian, fridge magnet, gift dan byak lagi.Gerai gerai makanan ringan juga ada disediakan.

Agak berbaloi dengan harga  yang di kenakan dan amat berpuas hati. Untuk sesiapa yg akan datang ke Cameron, tempat ini adalah sesuai utk di kunjungi bersama keluarga dan kawan2.

Jom kita tgok gambar dibawah....

View depan Taman lavender...
Tepi kolam.




1st. Masuk terus di hidangkan dengan bunga2 cantik bab permaidani...

Bunga lidah buaya...kat kg dulu selalu tanam bunga ni sebagai hiasan...

Replika PANDA...

Very love you all....

My daughters

Action!

Buaian... cepat2 duduk takut org lain dapat dulu. Jenuh juga menunggu. Bila dah dapat main sepuas hati...

Bunga2....terasa cam musim bunga lak..koyal jap

Sesuai untuk kanak2...

Bukan main seronok korang yer...ummi juga yg letih melayan

Terbang tinggi di awan biru...

Kuch kuch hotai hai...

Living lavender...

Sit on the giant Pumpkin.....

Taman Agro Technologi  MARDI 

Terletak di Tanah Rata  berdekatan dengan balai polis Tanah Rata Cameron HIghland dengan melalui Jalan Persiaran Dayang Indah. Harga untuk masuk ke sini adalah RM5 for adult dan RM3 for kids dan terbuka kepada semua pengunjung.

Mardi ini adalah sebagai tempat agriculture research. Dibina di atas tanah seluas 42 hektar yang merangkumi dekorasi taman, pelbagai spesis bunga, tanaman pokok2 benih, ladang strawberi, ladang dan kilang teh, taman permainan kanak2, Taman arnab dan banyak lagi.

Pokok anggur dan epal juga ada di tanam di sini tetapi oleh kerana bukan musim, pokok tersebut tidak menghasilkan buah. Ada sedikit kekecewaan kat situ. Tapi tak apa....banyak lagi aktiviti yang boleh diterokai di sini.

Untuk nampak lebih jelas, jom scroll ke bawah untuk view gambar2 tempat yg telah kami explore...

Pintu masuk....

Dekorasi Taman sebagai tempat kunjungan...

Si Sophea tak sporting langsung...




Ladang strawberi...tak boleh petik sekadar tengok sahaja. Disediakan juga makanan2 berasaskan strawberi utk di makan tetapi dikenakan bayaran.

Buah strawberi yg sempat aku snap...tnggu masa utk masak

Buah apa tah aku tak pasti...

Tanaman hiasaan berpasu

Taman mini Arnab...walaupun tak besar namun ia boleh menceriakan anak2....

Taman mini burung...

Ladang teh....walaupun tidak seluas ladang teh yang ada di luar sana namun ia nya tetap cantik di mata pengunjung.


Pejabat Mardi...tidak di benarkan masuk. Kami hanya buat lawatan di luar sahaja

Taman permainan kanak2...

Buaian boleh menjentik hati kanak2 kecil walaupun hanya sekadar duduk sahaja.

Dalam pukul 2 ptg kami beredar dari MARDI untuk pulang ke destinasi. Sepanjang perjalanan pulang kami di hidangkan dengan pemandangan yg amat sukar utk kami lepaskan. Nak tak nak kami grab jugak lah petai dan rebung yg banyak jual di tepi2 jalan turun dari Cameron Highland ke Tapah.

Alhamdulillah...berakhir lah percutian yang tidak dirancang ini. Walaupun agak sekejap dan dranstik tapi kami berjaya meraih kepuasan dari percutian ini. Masa yang ada kami gunakan sepenuhnya sepanjang 2 hari 1 malam. 

Pesanan aku untuk pergi travel tak semestinya menunggu masa ada duit/kaya. Pergi lah bercuti...gunakan duit yang ada sebaik mungkin. Ini kerana kepuasan berjalan bukan di nilai sebanyak mana anda ada duit tapi di nilai dari kepuasan yang kita perolehi walaupun menginap di hotel budget.