"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Bangkok - Day 1

Date travel : 31 March 2017

Budget :
  • Flight AA                       RM407.25(All in)
  • Hotel(Take a nap)          RM209.30
  • Makan + transport         RM300
  • Bas KL Sentral              RM10
  • ERL Aiport                    RM55 
  • Total(exlude shopping)   RM981.55

Assalamualaikum, perjalanan aku kali ini ialah ke bandar Bangkok, Thailand. Ingat kan selepas kahwin aku nak bersara dari berjalan ke obesi tapi keinginan yang mendalam ingin menerokai negara orang terpaksalah aku meninggalkan orang tersayang selama 4 hari 3 malam. 

Ok lah...kali ini aku bersama 3 kawan yg mmg suka berjln telah membuat trip sendiri tanpa di temani oleh tour guide. Untuk itu, aku terpaksa study serba sedikit pasal bangkok ini terutama berkenaan dengan train, taxi dan tempat2 yang perlu dilawati sekitar bandar bangkok.

Seperti biasa, hotel penginapan telah aku tempah awal2 di agoda. Hotel yang aku tempah adalah Take a Nap Hotel  walaupun diawal nya aku ingin menempah hotel di Pratunam market namun begitu hotel ini yang menjadi tarikan ku kerana dekat dengan train  BTS Sala Daeng dan MRT Sam Yan. Ini menyenangkan untuk kami berjalan-jalan disekitar bandar bangkok.

Aiport KLIA dan Don Mueang Bangkok

Seawal 12 tengahari kami telah menaiki bas dari KL Sentral untuk ke airport KLIA2 yang mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai. Masa penerbangan ke airport Don Mueng, Bangkok adalah pukul 4:45 petang. Masa yang banyak ini kami gunakan sepenuhnya untuk membuat urusan proses check in dan lain-lain urusan yang berkaitan. 


Ini adalah No gate untuk ke Don Mueang Airport. Time kat situ adalah pukul 4:45 namun flight kali delay 1/2 jam. Dalam pukul 5:15 baru berlepas. Adoyaiii...puas kami menunggu.

Posing luhh...

Setelah mengambil masa 2 jam 15 minit, flight kami selamat landing di Airport Don Mueang. Alhamdulillah!...bergambar sebentar di Airport Don Mueang sebagai tanda kami sudah menjejaki negara Thailand.

Jam menunjukkan pukul 7:10 minit waktu thailand. Masa kat sini lewat 1 jam so waktu kat malaysia adalah pukul 8:10 minit. 

Sebelum kami mengambil teksi untuk ke Hotel, aku terlebih dahulu beli simkad untuk internet. Ada 2 tawaran hebat yang diperkenalkan kepada aku iaitu:

1. Harga 199 Bath (RM27) untuk 1.5 gb selama 7 hari
2. Harga 299 Bath (RM40.90) untuk unlimited selama 7 hari.

Tawaran yang di berikan tidak aku lepaskan begitu sahaja kerana bagi aku internet adalah penting untuk kami berjalan dan meneroka bandaraya Bangkok. Memandangkan aku hanya tinggal beberapa hari sahaja, aku memilih pakej yang no, 1. lagi pun aku hanya sekadar untuk google map, wasap dan fb shj.


Ini adalah tempat pengambilan luggage


Tempat menunggu teksi

Untuk makluman ye... Kat sini kita tidak boleh menahan teksi sesuka hati. Ianya ada tempat khas untuk menunggu teksi dan ada kaunter yang mengurusnya. Di awal nya kami agak terkejut kerana terdapat ramai orang sedang menunggu giliran untuk menaiki teksi. Namun begitu kami tiada pilihan lain terpaksa masuk barisan dan beratur macam biasa. Awal2 aku keluarkan resit/boucer hotel untuk ditunjukkan alamat hotel kepada petugas kaunter dan juga driver taxi. Senang kerja aku dan senang juga keje diaorang... hahaha....

oopss... lupa nak bagaitau pasal tambang taxi ni. Teksi kat sini caj ikut meter so selamat lah kami dari kena tipu. Caj 50 bath akan dikenakan sebelum masuk kedalam teksi. Jarak dekat ke jauh ke memang ke bayar 50 bath ni. Lagi satu, bayaran tol tidak termasuk di dalam tambang teksi so kami kena bayar sendiri. Itu semua adalah peraturan yang telah ditetapkan. Nak tak nak kami kena ikut ler...kalau tidak tak sampai kami kat hotel...huhu

Ini adalah tiket naik taxi dari airport Don mueang

Ini adalah hotel yang akan kami duduki sepanjang 4 hari 3 malam di Bangkok.

Pasar malam Patpong

Aktiviti pertama kami ialah ke pasar malam Patpong. Jalan kaki dari hotel tak sampai 10 min pun. Sepanjang jalan ada gerai menjual makanan, buah, pakaian, aksesori dan banyak lagi. Ramai pengunjung adalah terdiri daripada pelancong luar terutama Mat saleh. Dari pembacaan aku dlm blog, kawasan yg kami duduki ni terkenal dgn area pondan TAPI lain pulak yang kami lihat kat sini. Apakah itu??? Haha....

Jom ikut saya tinjau apa yang ada kat pasar malam ni.

 First aku snap gambar ni dulu. Konon bangga lah bahawa aku dah smpai kat sini TAPI,,,

Siap bergambar bagai...

Siap bergambar kami terus masuk utk lihat apa yg di jual kat dalam sana.


Air kelapa aku beli dgn harga 40 bath...terus minum kat situ. Bagi aku, buah kelapa ni shj yg boleh di minum tanpa was2 selain buah2 yg lain...

Buah mangga memang banyak di jual di sini. Biasa di makan dengan pulut dan santan.

Didalam kedai kat pasar malam Pat pong

Kami bergambar di celah2 gerai jualan. Suasana nampak macam tenang jer kan TAPI di sebalik gerai2 tu berderet pub2 yg mengadakan show tarian tiang. Terlopong kami sekejap apabila melihat show tu tanpa tak sengaja... sebiji macam perempuan memang cantik sangat... hanya pakai bra dan tutup tuttt.. jer tapi sayang seribu kali sayang, dorang tu semua pondan... tergerak nak ambil gambar tapi dilarang oleh penjaga pub tu...terus aku slow-slow masukan HP ke dalam poket. Takut wehhh...

Huhu...seriau pulak aku tapi dorang memag tak kacau kami yg agak2 sopan ni....so agak selamat jugak lah kami kat sini.

Abai kan tarian tiang tu....jom bergambar


Suasana di dalam pasar malam. Bagi aku, tiada apa yg boleh membuat kami excited untuk membeli kerana apa yang di jual adalah sama seperti apa yang ada di Malaysia. Lagi pun barang yg di jual tidak lah murah sangat kerana mata wang Thai lebih tinggi dari Malaysia...so kat sini kami hanya jalan-jalan jer ...

Next entry Day 2

Terengganu Day 2

Date : 25 November 2016
Day 2

Breakfast



Menu yang disediakan kat kedai ini.

Nasi dagang tersohor di abad ini

Aktivi pantai belah pagi

Akiviti menulis di atas pasir

Aktiviti mengorek lubang ketam

Hasil tangkapan selepas lubang ketam di korek


Sempat rakam gambar famili sebelum ke tempat kenduri kahwin

Kenduri Kahwin


Selamat Pengantin Baharu

Masjid Terapung






Melihat dan memberi makan ikan

Terengganu Day 1

Date : 24 Nov 2016

Kuala Terengganu

Kunjungan kami ke Terengganu kali ini bukan sahaja bercuti malahan ingin memenuhi jemputan perkahwinan sahabat suami aku di Kuala Terengganu. Memandangkan perjalanan ke Kuala Trengganu mengambil masa agak lama, aku mengambil keputusan untuk menempah bilik hotel agar dapat menginap dengan selesa sebelum pergi kenduri kahwin. Sudah tentu aku memilih penginapan yang berdekatan dengan pantai agar anak-anak dapat menikmati aktiviti-aktiviti pantai seperti bermain pasir dan mandi ditepi pantai.

Seawal pagi kami sudah bertolak dari rumah menuju ke hingway karak pantai timur. Perjalanan mengammbil masa lebih kurang 6 jam mengikut higway pantai timur untuk sampai di hotel yang kami tempah. Sebelum check in hotel, kami lunch dahulu di medan selera yang berdekatan.

Akhirnya kami telah sampai di Kuala Terengganu

Medan selera sebagai tempat lunch kami

Kicap dan sophea tidak boleh dipisahkan

Check in Intan Beach Resort

Selepas lunch, kami meneruskan perjalanan balik ke hotel untuk berehat dan menghilangkan kepenatan setelah hampir  7 jalan perjalanan. Hotel Beach resort adalah menawarkan penginapan yang murah, selesa dan memuaskan. Amat sesuai bagi sesiapa yang ingin merasakan suasana angin pantai kerana resort ini betul-betul terletak berdekatan dengan pantai.
 
Sebaik sahaja sampai, aku terus ke lobi resort untuk proses check ini. Alhamdulillah, urusan check in agak senang, mudah dan pantas.

Signboard ke penginapan

Ini lah Intan Beach Resort.Amat sesuai bagi yang travel budget

Tempat parking kereta yang luas


Pasar Payang Kuala Terengganu

Memandangkan masa masih awal lagi, aku telah merancang untuk ke Pasar Payang bagi tujuan membeli belah dan meninjau kawasan pasar terebut. Alang-alang dah sampai Terengganu, tidak sah jika tidak sampai ke Pasar Payang. Pada mulanya aku mengajak suami dan anak-anak untuk ke pasar Payang tetapi diorang tidak mahu dengan alasan penat dan ingin berehat sahaja dalam bilik. Aku yang tiada  rasa kepenatan ini, tetap ingin meneruskan ke Pasar Payang. Bagi memenuhi impian dan kehendak, aku teruskan juga ke Pasar Payang dengan memandu kereta. Nasib aku kurang baik kerana dalam perjalanan ke Pasar Payang aku di tahan dan dikenakan saman dengan kesalahan tidak memakai tali pinggan. Memang aku akui bahawa ini adalah kesilapan aku sendiri keranasebelum ini aku memang tidak memakai tali pinggang semasa pemanduan. Semoga menjadi peingatan buat aku di masa akan datang.

Ini tidak membantut untuk aku meneruskan perjalanan ke Pasar Payang. Perjalanan diteruskan sehinggalah aku akhirnya sampai ke tempat yang aku ingin kunjungi. Alhamdulillah, setelah berhadapan dengan pelabagai rintangan dan dugaan akhirnya sampai juga aku ke sini.

Jom shopping...



Pasar Payang

Kain baju

Pelbagai jenis Makanan

Setelah puas cuci mata dan membeli apa yang patut, aku terus balik bagi meneruskan aktiviti pantai bersama dengan anak-anak.

Aktiviti Pantai

Peralatan pantai memang aku telah bawa siap-siap dari rumah bagi memudahkan anak-anak bermain dan mengelakkan pembaziran membeli peralatan permainan yang baharu. Pantai di sini memang tidak sesuai untuk mandi kerana ia agak bahaya dan dalam. Jadi aktiviti pasir seperti mengorek, menyodok, menggali dan melukis di atas pasir adalah aktiviti utama kami kat sini. Yang paling seronok kat sini adalah menjalankan aktivti mencari anak ketam dengan mengorek lubang yang ada di atas pasir. 

Anak-anak berada dalam dunia mereka sendiri kerana leka dengan bermain pasir

anak-anak seronok bila kita bagi kebebasan macam ini. Sure tidak meragam punyalah

View pantai

Trip to Penang Day 3

Date : 18 Sept 2016

Trip to Penang Day 2

Date : 17 Sept 2016