Day 3
Was the 3 days we are here...
Selepas sarapan pagi...kami terlebih dulu meninjau2 barangan yg di jual di depan hotel sambil menunggu our driver datang untuk pergi ke tempat yg seterusnya.
Tempat yg mula2 kami singgah ialah di kedai menjual jaket...bukan apa..ni sebenarnya permintaan k.som untuk kekedai tersebut.....katanya dia beli jaket kat sini utk di jual di malaysia....(umm...business sakan k.som ni yer)
Orang lain sibuk memilih jaket...aku sibuk dok bergambar....
Ada juga kenangankan...
tapi sekali tengok cam assistant kedai pulak..hu2
Tengah memilih jaket....
Mia : Peace yourr?...
Bukan setakat membeli jaket jer...kami di sini di hidangkan pemandangan yg begitu indah dan mendamaikan....
Fuhhh...santai giler kat sini....masa ni kabus sgt tebal sehingga menutupi view yg ada...Sejuk jangan ckp lah....
Kabus dah makin berkurangan...
Next destination ialah ke pasar Aur Kuning (syuga beli belah)
Catatan harian :
Perjalanan seterusnya ialah ke Aur Kuning....tempat yg di impikan oleh setiap org bila sampai ke Bukit tinggi...
Kat sini merupakan Tempat Shopping yg menawarkan harga yg paling murah dan berpatutan....
Yg seronoknya kat sini terdapat pelbagai barangan Yg di jual...baik barangan untuk kanak2 , org dewasa, lelaki, wanita, langsir hingga ke barangan dapur...semuanya boleh didapati di sini...
Tetapi yg tak seronok sikit ialah keadaan di sana agak sibuk dgn org ramai dan keadaan jalan yg becak memandangkan waktu kami sampai hujan mulai rintik2....
Walaupun begitu...agenda kami berjalan dengan baik dan barangan yg kami mahu banyak di perolehi kat sini...
Begini lah gambaran dan suasana di pasar aur kuning....ini sebahagian drp lot2 kedai yg terdapat di sana....
jika pertama kali datang ke sini...anda mungkin akan sesat dan tidak akan jumpa cari jalan keluar sebab kawasan ini agak luas dan terdapat banyak lagi lot2 kedai di bahagian dalam...
Kat sini banyak jual blouse yg murah dan cantik..
Mempunyai pelbagai saiz dan pilihan....boleh didapati dengan harga rm20 - Rm25....teramat murah....kalau kat malaysia boleh mencecah rm 49
TidAk ketinggalan kami banyak memborong blouse kat sini....
Wani dengan jaketnya....mcm musim sejuk pulak...
Catatan harian :
Dari Aur Kuning....pak helmi membawa kami melawat satu kawasan peninggalan jepun yg di panggil Lobang Japang...
Tapiiii.....sebelum tu....apa kata kita makan dulu...jalan...jalan jugak...perut kenalah isi...
Nama restoran ni 123 DJI SAM SOE....jom kita masuk dan tengok apa menu yg di hidangkan...
Agak cantik dan kemas...harap2 sedap
Menu yg biasa kami makan di restoran2 sebelum ini...
Tapi harga 2x ganda mahalnya...Wpun begitu rasanya ok lah...Terutama sambal Hijau....maveloooss sedap bangattt....
Apa lagi k.som siap order special untuk di bawa balik ke malaysia...
kami : Kak som...kat airpot nanti lepas ke tu..?
K.som : alahh...bukan tak biasa buat keje mcm ni...
Kami : kalau cam tu kami nak order juga lah....he2
K.som : wani nak tak sambal hijau ni tp pedas lah ckit
wani : nanak...( Itu maksudnya tak nak)
k.zu : som...mana lah budak tu makan pedas...
k.gayah : ya lah zu...wani ni mana biasa makan pedas...tak pernah di sentuhnya...
Makanan masih terhidang penuh kat atas meja...diaorang ni makan ke tak makan ni....
oya,mia & kay : kita dah makan dah....tp tak boleh habis lah...byk sgt yg terhidang didepan mata...tak tau nak pilih yang mana satu....
Wajah2 yg kekenyangan tapi bila nak bergambar masing2 control...
restoran yg paling mahal bagi kami sepanjang berada di bukit tinggi....
kami terpaksa menghabiskan wang sebanyak Rp401000 @ Rm143....tak kisah lah yg penting sedap dan layanan yg memuaskan
Catatan harian :
selepas makan di restoran yg cekik darah tu...pak helmi membawa kami melawat satu tempat sejarah....hasil drpd peninggalan jepun....yg di panggil sebagai Lobang Japang
Lobang Japang ini merupakan satu terowong yg di gali oleh pihak jepun sebagai tempat persembunyian tenteranya drpd di ketahui oleh pihak musuh.....mempunyai 26 buah bilik yg di khaskan untuk aktiviti2 tertentu
memakan masa selama 2 tahun 8 bulan untuk menyiapkan terowong ini dan merupakan terowong yg terpanjang di asia
panjang terowong ini ialah 1400km....di gali oleh buruh paksa yg di ambil dari pulau jawa Indonesia....selepas terowong ini siap di bina...jepun terpaksa seksa dan bunuh buruh paksa ini untuk mengelak drpd rahsia ini terbongkar...
kami telah di bawa oleh Pak ujang untuk menerokai apa yg sebenarnya ada di dalam terowong ini....
kalau yg jenis penakut dan lemah...jangan cuba2 nak masuk yer...takut lain pulak jadinya...
Nampaknya kami bertiga jer yg berani masuk ke dalam terowong tu...bukan apa...kami sebenarnya takut gakkk...tapi semangat dan kekuatan hati yg teringin sangat nak lihat apa yg ada kat dalam tu..kami redah jua...
lagi pun kami nak lihat sendiri macamana pihak jepun yg tiada peralatan canggih pada masa tu....boleh membina lubang yg begitu dalam dan panjang....yg kita sendiri pun tak dapat menjangkau dengan akal fikiran.....pepatah ada mengatakan "hendak seribu daya tk hendak seribu dalih"
Kami terpaksa menapak beberapa anak tangga untuk masuk ke dalam terowong...tangganya begitu curam dan menakutkan...hi..hi...
JOmmm...kita jejak tempat yg pernah di terokai oleh pihak tentera jepun sebelum ini dan lihat apa yg pernah di buat oleh depa (jepun) kat dalam sana...
Begini lah suasana di dalam terowong tersebut....ia nya hanya di sinari oleh cahaya lampu yg di pasang oleh kerajaan indonesia....kalau tidak.....memang gelap gelita lah nampaknya...
Iza, kay, aku : best lah....sapa yg tak masuk hari tu rugi bangat.....kami tak takut punnn
bergambar di depan ruang penjara....di sini lah buruh paksa di penjara.... dan akhirnya di siksa dan di bunuh
Sepanjang perjalanan kami menemui banyak ruang@terowong kecil yg di bina....antara nya ialah ruang amunasi, ruang hiburan, ruang penjara, ruang dapur, ruang senjata, ruang pelarian, ruang bersidanh, ruang sakit dan ruang kecemasan....
Bergambar di depan ruang Musium saintifik....
Selepas memasuki terowong....pak ujang membawa kami ke tempat gerai menjual sovenir dan sulaman sambil melihat keindahan panorama yg berdekatan dengan lobang japang....
Jomm....kita melihat keindahan alam ciptaan Tuhan
Sama2 Berkongsi rasa Keindahan dan kedamaian Semesta...masing2 dengan angan2 tersendiri...
Lagi gambar Yg agak santai dan menghiburkan....masing2 menyimpan seribu satu rasa yg tidak terluah oleh kata2...
Kenangan bergambar di atas menara yg berhampiran semata2 untuk mendapatkan view yg indah
Aku ngan kay beranikan diri menaiki menara ini walaupun tak berapa nak selamat...akhirnya....ini lah hasil keberanian kami...
(kih...kih...mcm lah menara tu tinggi sgt)
Catatan harian :
Perjalanan seterusnya ialah ke pasar atas yg terletak di tengah2 bandar bukit tinggi...ini merupakan tempat terakhir yg kami lawati sebelum berangkat pulang.
pasar atas merupakan pasar yg menjual pelbagai barangan seperti kain sulam, telekong solat, pakaian, cenderamata, aksesori dan pelbagai barang makanan....Harga nya murah dan berpatutan
Keadaan dalam pasar tidak lah begitu sibuk kerana kami sampai dah agak petang dan banyak kedai yg akan ditutup....kami pulang ke hotel dengan berjalan kaki sambil membawa barang masing2....walaupun agak letih dan memenatkan tapi kami sempat lagi mengambil beberapa keping gambar untuk di jadikan kenangan....
Mia sedang menapak beberapa anak tangga untuk naik ke pasar
Suasana yg agak sibuk di hadapan pasar atas dan jam gadang....
Selepas shopping kat pasar atas kami rehat jappp....semuanya dah moyok semacam.....wani jer yg nampak ceria sikit.....itu pun sebab mak nya belikan gitar....kalau tak haru biru juga jadinya
di sebalik raut wajah masing2...tersimpan seribu persoalan yg tidak dapat di runkgkaikan dengan kata2.....hanya hati dan minda sahaja yg dapat mentafsirkannya...
Atas permintaan ramai, kami sekali lagi dinner kat restoran sederhana masakan padang yg menyediakan masakan panas dan martabak (yg enak tu....)
yang kelakarnya kat sini, kami berbelanja sebanyak RP 301,000 @ Rm108...ngam2 duit balance yg tinggal.....(emm...macam di kira2 pulak)...
so sekarang boleh di katakan semua dah muflis...kecuali mia jer...he222...nasib baik dlm ramai2 ni ada sorang yg pandai berbelanja....
tengok lah muka oya tu....confirm2 duit dah habissss....
Mia : makanlah kawan2...jangan risau pasal duit....mia ada banyak lagi duit balance ni...
Lepas makan, kami sempat lagi bergambar di hadapan restoran....bukan apa....ini lah gambar yg betul2 cukup korum...9 orang semuanya....
Emmm....apa lagi kawan2...
jom balik hotel...
kemas2 apa yg patut
esok subuh2 lagi kita dah nak gerak...
Tapi sebelum masuk bilik....
Kami buat kira2 sikit...
maklumlah edok dah nak pulang ke malaysia....
segala hutang piutang mesti di beresin...
Aku dan kak gayah begitu khusyuk dok mengira uwang untuk membuat pembayaran hotel dan transport kepada pak helmi....
gila serius pak heLmi tengok aku dok mengira...hi2
Bil hotel dan transport
"Tiada harapan selain ALLAH...tiada idola selain Rasulullah...tiada kata seindah Al - quran...tiada jalan selurus As-sunnah...tiada perjuangan selain islam..."