Assalamualaikum....
Coretan aku pada kali ini berkenaan Tok Bali yang merupakan salah satu tempat tarikan utama pelancong samada dari dalam dan luar negara. Terkenal sebagai tempat pelabuhan ikan yang terbesar di negeri Kelantan di samping keindahan persisiran pantai yang terbentang luas mengadap laut cina selatan. Tidak lupa juga, Tok bali terkenal sebagai tempat untuk memancing di kalangan kaki pancing terutama pada waktu malam.
Terletak di dalam daerah Pasir puteh yang bersempadan dengan daerah Bachok dan berdekatan dengan daerah Besut Terengganu. Hanya 10 km sahaja untuk sampai di Kuala Besut dan 40 km untuk ke Bandar Kota Bharu.
Kapal ini merupakan lambang utama Tok Bali. Terletak di tengah2 persimpangan di antara Pasir puteh dan Bachok
Jambatan Tok bali yang menghubungkan penduduk pasir puteh ~ bachok untuk ke Kuala besut terengganu. Di atas jambatan ini lah para kaki pancing meluangkan masa untuk memancing sambil menghirup udara segar di waktu malam.
Mercu tanda Tok bali ~ berdekatan dengan jambatan dan jeti perikanan
Pasar tok bali ~ menjual pelbagai jenis ikan segar yang baru di tangkap dari laut. Di samping ikan banyak lagi barang lain yang boleh di dapati di sini seperti sotong, udang, ketam, sahur-sayuran, keropok dan ikan masin.
Jeti perikanan ~ di jadikan tempat bot2 ikan berhenti dan membekalkan ikan2 segar kepada penduduk tempatan
~PANTAI TOK BALI~
Nice view
Tok bali beach ~ pantai yang menjadi kunjungan utama pelancong smada dari dalam dan luar negara
Pantai tok bali ~ cantik dan mendamaikan
Deretan kedai makan yang menjadi keselesaan dan kesenangan kepada pengunjung untuk mendapatkan bekalan makanan
" Bila ada orang cuba membetulkan kesilapan kita, jangan pula kita merasa terhina ataupun malu...kadangkala itu adalah cara Allah untuk mengingat dan mengajar kita bagaimana cara2 untuk jadi yang terbaik"
2 comments:
wowww.....best gile
sbg kakipancing
tengok view mcm ni pn dah cukup menggiurkan
G la. Jdkn memori pling indah dlm hdp anda. 😇😇
Post a Comment