TRIP KRABI & HATYAI (DAY 2)

 Tarikh : 20 Januari 2023

Assalamualaikum dan Selamat pagi, 

Hari ini selesai sahaja solat subuh, kami terus gerak masuk ke imigresen Bukit Kayu Hitam bagi mengelak kesesakan dan jem  dengan harapan proses dekat imigresen Malaysia dan Thailand berjalan dengan lancar. 

Anda perlu melalui berapa check point untuk masuk ke sempadan Thailand iaitu: 

  • Cop passport di imigresen Malaysia. 
  • Pemeriksaan polis Malaysia
  • Isi borang custom declaration form kat kaunter imigresen Thai untuk mengisytiharkan kemasukan kereta ke Thai
  • Cop passport dan serahkan departure card kat imigresen Thai

Setelah 2 jam berhadapan dengan imigresen Malaysia dan Thailand, kami akhirnya dapat melepasi sempadan Thailand dan meneruskan perjalanan yang di rancang. Perjalanan ke Krabi mengambil masa kira-kira 5 jam dengan melalui daerah Phathalung dan Trang. 

THE MUD CRAB SCULPTURE KRABI

Mud Crab Sculpture merupakan patung ketam yang besar dan menjadi landmark utama Krabi. Ianya terletak di jeti khanap Nam yang berhampiran sungai dan berdekatan dengan bandar krabi. Pengunjung perlu singgah di sini untuk bergambar bagi menandakan anda sudah sampai ke Krabi. Bagi yang datang dengan kereta, anda perlu parking di tepi-tepi jalan kerana tempat ini tiada disediakan parking khas. 

Bandar Krabi daripada jauh

Famili time




Perjalanan menuju ke i Rest Aonang Seafront


CHECK IN I REST AONANG SEAFRONT

Hotel ini menjadi pilihan utama aku kerana lokasi nya strategik. Ianya berdekatan dengan pantai aonang dan kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke pantai. Terdapat banyak kedai-kedai ditepi jalan yang menjual pelbagai jenis barangan dan keperluan asas serta kedai makanan halal pun senang di perolehi. 

Dari segi kelengkapan asas, hotel ini menyediakan kelengkapan seperti tuala, toletries, tv, peti ais mini, mineral water, pemanas air, wifi dan hair dryer. Bilik hotel sangat selesa, agak luas dan amat sesuai dengan kami satu famili. Aku sangat recomanded untuk anda stay di sini jika datang ke krabi. 

Cuma satu sahaja kelemahan iaitu hotel ini tidak menyediakan parking dan ianya sangat sukar bagi kami yang datang dengan kereta. Kami terpaksa parking ditepi jalan yang ada line warna hitam/ kuning putih. Jika parking kat line merah, pihak polis akan clam kereta dan anda perlu bayar RM50 sebagai denda. 

Parking kat sini memang susah untuk di perolehi kerana parking yang line hitam/kuning amat limited dan ianya sentiasa full. Kami bernasib baik sebab pada masa itu terdapat sebuah kete sedang keluar dan kami cepat2 masuk parking tersebut. Kami tidak akan keluar dengan kereta untuk ke mana2 destinasi kat aonang atau ke pekan krabi kerana risau ketiadaan parking. 

Hotel yang kami tempah berdekatan dengan restoran bar/club yang mana kami perlu melalui restoran ini untuk masuk ke hotel. Laluan ini agak meriah, bising apabila menghampiri ke malam dan bunyi bingit ini akan membawa sehingga lah ke tengah malam. Walaupun begitu ianya tidak menganggu laluan kami kerana kawasan ini memang hidup sampai ke pagi. 


Kaunter check in agak tersorok sedikit

Ini lah hotel yang kami duduki sepanjang 2 malam 3 hari di Krabi

Jalan masuk ke I rest aonang seafront terletak bersebelah dengan MC D

LUNCH DI HASEEYAH HALAL FOOD AONANG

Anda jangan risau bab makanan bila sampai di Aonang Krabi kerana kat sini terdapat banyak pilihan restoran halal yang anda akan jumpa terutama di kawasan masjid Aonang Al - Munuawarah. Pada asalnya kami ingin makan di restoran May & Zain yang berdekatan dengan masjid namun niat itu terpadam tiba-tiba apabila terjumpa restoran Haseeyah halal food. 

Ia menjadi tarikan kami kerana terdapat pelbagai menu yang dipamirkan dan pelanggan pada masa kami lalu agak ramai. Ini memberi keyakinan kepada kami bahawa restoran ini mungkin menyediakan menu yang sedap dan menyelerakan. 

Tanggapan kami memang betul dan pilihan untuk makan kat restoran ini memang pilihan yang tepat. Tomyam seafood yang dihidangkan memang terbaik dan mi goreng seafood pula memang sedap. Aku recomened untuk korang makan di sini sekiranya sampai di Krabi. 

Ini lah menu makanan kami. sedap dan menyelerakan

Ini lah suasana restoran tempat kami makan

AKTIVITI DI PANTAI AONANG

Suasana pantai Aonang memang meriah pada waktu ini dengan lalu-lalang kenderan, pengunjung yang terdiri dari pelbagai bangsa, kedai-kedai jualan, aktiviti2 pantai dan banyak lagi. Kami sekadar berjalan di tepi pantai, menghayati suasana pantai dan mengambil gambar. 

SWORDFISH SCULPTURE AT AONANG BEACH

Swordfish sculpture merupakan tugu ikan todak besar yang dibina berhampiran dengan pantai Aonang dan ianya menjadi lambang utama kepada pelancong yang datang ke pantai aonang. Kami telah bergambar satu famili di tugu ini sebagai tanda kenangan kami pernah sampai di pantai aonang.

FIRE MAN SHOW

Salah satu aktiviti yang menarik perhatian kami ialah fire show yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Pertunjukan ini bermula pada pukul 6 petang yang pada waktu ini ramai pengunjung sedang beriadah termasuklah kami. 

Kami ralit melihat kemahiran kanak-kanak tersebut bermain dengan api tanpa rasa takut dan bimbang. Keberanian yang ditunjukkan membuatkan terpegun sekejap. Namun perkara ini tidak perlu dibimbangkan kerana mereka memang dilatih daripada kecik untuk membuat pertunjukan ini. 

Bergambar dihadapan Swordfish Sculpture di pantai Aonang







Fire show


Video fire show

AONANG LANDMARK NIGHT MARKET

Di Aonang ni terdapat dua night market iaitu landmark aonang night market dan street muslim food. Memandangkan orang cakap landmark aonang night market lebih meriah dan banyak pilihan barangan dan makanan, kami pergi dulu night market ini. Kami pergi menaiki motokar 3 roda dengan bayaran 150 bath per motosikal yang sejauh 2km dari hotel yang kami menginap. 

Pasar malam ini terletak bedekatan dengan pantao Aonang dan agak meriah dengan orang ramai terutama pengunjung dari luar. Pasar malam ini beroperasi setiap hari yang bermula pada pukul 4 petang dan tutup pada pukul 10 malam. Terdapat banyak gerai jualan yang ada di sini terutama pakaian, kraftangan, cenderahati, handbeg, selipar, kasut dan banyak lagi namun kami nampak jualan kat sini agak suram dari orang ramai. 

Walaupun begitu, pasar malam ini sangat meriah dengan gerai2 jualan makanan yang terdiri daripada pelbagai menu dan juadah. Banyak pilihan gerai jualan halal yang ada di sini yang membuatkan kami tidak keruan untuk membuat pilihan. Semuanya sedap-sedap. 

Memandanglan makanan non halal merata2 di sini, jadi kami membuat pilihan untuk membeli makanan  di Street muslim food yang terletak berdekatan dengan masjid Al-munuawarrah. 

Suasana gerai jualan di aonang landmark night market 




Ada juga pertunjukan menyanyi

Video - suasana pasar malam aonang landmark

AONANG STREET MUSLIM 

Deretan kedai ini terletak berhadapan dengan masjid dan makanan yang dijual semuanya halal dan tidak meragukan. Kat sini juga ada menjual pakaian, baju, beg dan aksesori namun jualan tersebut tidak banyak dan tiada pilihan. Deretan kedai jualan agak pendek dan tidak besar. 



Gerai jualan air yang mengiurkan

Aonang muslim street ini betul-betul berhadapan dengan masjid. 




Video - proses membuat air juice secara manual. Rasanya sangat sedap dan betul-betul asli. 


DAY 1         DAY 3       




No comments:

Post a Comment