Trip to Pulau Pangkor & Ipoh (Day 3)

 Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.

Hari ini masuk hari yang ke 3 trip kami ke perak.  Destinasi yang di rancang pada hari ini adalah ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Railway Station Ipoh, Kelly Castle dan menara condong di Teluk Intan. 

Sebelum meneruskan perjalanan kami perlu checkout dan breakfast terlebih dahulu bagi menambah energy untuk berjalan. Tempat pilihan breakfast adalah MC D yang menjadi pilihan anak-anak walaupun aku sendiri tidak tahu apa menu breakfast yang perlu di makan nanti.

Menu yang aku pilih adalah bubur nasi dan teh tarik

Taman Rekreasi Gunung Lang

Terletak di utara pusat bandaraya Ipoh yang merupakan taman Rekreasi buatan  yang di dalamnya terdapat tasik, boleh menaiki boat, menara tinjau, taman permainan, binatang peliharaan, petting zoo dan kemudahan awam seperti gerai makan, pondok rehat, tandas dan surau. Ia adalah tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur yang unik. Bukan itu sahaja, tempat ini dimajukan dengan beberapa binaan dan ciptaan yang menambah keindahan sedia ada. 

Amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga kerana terdapat banyak tempat untuk berehat sepanjang dalam taman rekreasi. Sebaik sampai anda akan dihidangkan dengan landskap gunung yang diatasnya tertulis Taman Rekreasi Gunung Lang dan di sini merupakan port utama untuk bergambar. 

Gambar berlatarbelakangkan landskap gunung lang

Menaiki boat

Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke kawasan rekreasi dimana ada beberapa tempat yang menarik sedang menanti. Bayaran menaiki boat untuk dewasa adalah RM6.00 dan kanak-kanak bawah 12 tahun adalah separuh harga. Anda akan di bawa menaiki boat ke taman Reakreasi yang mana di sana nanti terdapat menara tinjau, taman permainan, simbol rumah perak, binatang peliharaan seperti pony, rusa, ayam, burung dan lain-lain. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh tengok gambar dan video di bawah. 

Boat yang sedang menunggu untuk mengambil penumpang

Tasik lombong yang dibina semula untuk tarikan pengunjung


Video menaiki boat

Boat yang telah membawa penumpang akan berpatah balik untuk mengambil penumpang yang lain. 

View dari atas menara tinjau

Lagi view dari atas menara tinjau

Pony yang menjadi tarikan untuk kanak-kanak


Rusa makan besi pagar. Mungkinkah dia lapar? 

Simbol rumah tradisional perak

Petting zoo

Petting zoo di Gunung Lang Ipoh telah dibina di atas 4 ekar tanah yang terletak di pinggiran bandaraya Ipoh bagi tujuan tarikan pengunjung terutama kanak-kanak. Pelbagai jenis / spesis haiwan yang ada di dalam petting zoo yang di dalam nya terdapat 300 ekor haiwan yang ada seperti ayam, rakun, ayam belanda, kambing, pelbagai spesies burung, iguana hijau, ular sawa dan kuda.

Paling yang digemari oleh kanak-kanak adalah arnab yang mempamerkan lebih 10 spesis haiwan comel ini dengan keletah nya yang tersendiri. 

Bagi yang ada anak kecil, jangan lepaskan peluang untuk membawa mereka melihat dan bermain dengan binatang peliharaan di dalam petting zoo dengan bayaran masuk RM6 untuk dewasa dan kanak-kanak. 

Pintu masuk utama petting zoo

Kaunter pengambilan tiket

Suasana di dalam petting zoo

Railway Station Ipoh

Merupakan bangunan stesen keretapi lama yang terletak di bandar Ipoh yang telah di bina di awal tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British yang bercirikan islam dan rekabentuk yang unik seakan-akan mirip taj mahal walaupun bukan sepenuhnya. 

Bangunan ini menjadi mercu utama Ipoh dan menjadi tumpuan utama pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara. Lokasinya yang strategik kerana terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh yang boleh memudahkankan para pelancong untuk datang berkunjung. 

Dari segi kos pembinaan bangunan berkenaan pada waktu itu menelan belanja sebanyak RM335,000 manakala bangunan yang masih tersergam di bandaraya Ipoh itu adalah bangunan asal dan ia hanya diubahsuai di bahagian dalam sahaja pada 1 Jun 1993 sementara bentuk bangunan tidak diubahsuai.

Keluasan bangunan stesen keretapi Ipoh adalah 71,200 kaki persegi dan bahagian atas stesen kereta api kini telah dijadikan hotel bagi pengunjung yang datang melawat Ipoh. Bangunan dan tamannya yang cantik telah menjadi salah satu tempat menarik kepada pengunjungnya. 

Railway Station Ipoh ini adalah salah satu tempat yang aku memang rancang untuk datang Sekian lama. Baru hari ini aku dapat melihat bangunan yang unik ini secara dekat. Pembinaan bangunan pada masa dahulu memang sangat unik dan luar biasa. Bahan-bahan binaan adalah dari sumber yang tulen dan asli yang membuatkan bangunan yang di bina kuat, teguh dan boleh digunakan sehingga sekarang. 


Ini adalah bentuk bangunan stesen keretapi yang dibina orang dulu2... Bergambar untuk dijadikan kenangan di masa tua nanti. 

Railway Station merupakan salah satu bangunan sejarah yang menjadi lawatan oleh orang ramai sehingga sekarang. 

Kellie's castle

Merupakan istana yang di bina oleh William kellie Smith pada sekitar tahun 1905 yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Aku amat tertarik dengan ciri dan rekabentuk bangunan ini. Didalamnya terdapat beberapa bilik khas untuk ahli keluarga Kellie diami. Bagi sesiapa yang berminat tentang sejarah, boleh lah datang ke sini untuk melihat secara lebih dekat. 

Harga masuk ke istana Castle ini adalah RM5.00 untuk dewasa dan RM 3.00 untuk kanak-kanak. Disediakan juga kemudahan awam seperti tandas dan surau serta terdapat gerai2 jualan cenderahati / barang antik serta gerai makanan. 

Pintu masuk Kellie's Castle

View Kellie's Castle dari jauh

Kedudukannya tersergam indah di atas bukit membuatkan view istana dapat dilihat dari jauh semasa dalam perjalanan menuju ke sini.

Disebelah kiri pintu masuk istana Kellie's

Dari tingkat atas istana

Rumah Kellas

Bersebelahan dengan istana Kellie's, terdapat rumah Kellas yang musnah akibat runtuhan semasa perang dunia ke-2. Rumah Kellas adlah rumah pertama Tuan Kellie Smith yang diduduki bersama keluarganya yang dibina pada tahun 1905.

View istana Kellie's dari bawah bukit yang terletak di sebelah kanan istana



View dari atas istana menampakan sungai kinta dan jalan utama simpang pulai ke Batu Gajah perak.

Aku mengambil masa 1 jam lebih untuk menerokai  dan memahami asal-usul terbina nya istana ini. Terdapat banyak ruangan khas yang dibina seperti bilik tetamu, bilik utama,bilik anak perempuan, bilik anak lelaki, ruangan lif, tempat simpanan arak dan banyak lagi ruangan lain yang dibina dalam istana tersebut. Yang lebih menakjubka, dalam istana ini terdapat satu terowong yang dibina sebagai jalan keluar ketika kecemasan untuk pergi ke kuil Hindu. Namun terowong ini telah ditutup oleh pihak berkuasa muzium pada tahun 2003 bagi tujuan keselamatan.

Sekiranya anda suka dengan sejarah, boleh lah datang ke sini untuk melihat secara lebih dekat dan memahami sejarah dengan lebih mendalam. Aku memang seronok membaca kisah sejarah yang dulu-dulu kerana dapat merasakan kejadian yang berlaku pada masa itu. Lagi pun sejarah ini memang real dan bukan cerita yang direka seperti dalam drama atau filem.

Ok lah,  dah lebih sejam aku kat dalam ini. Risau pulak dorang bosan tunggu lama-lama dalam kereta.

jom kita ke destinasi yang seterusnya sebelum pulang ke rumah. 

Makan tengahari di restoran d'Tepian Sungai

Sebelum singgah di Menara Condong Teluk Intan, kami terlebih dahulu singgah makan tengahari di restoran d'Tepian Sungai yang terletak di bandar Teluk Intan. Kedai makanan ini  betul-betul terletak di tepi sungai perak dan anda boleh menghayati view sungai sambil makan-makan. Tempat ini sangat popular dengan masakan berasaskan udang galah. Pelbagai jenis menu masakan udang yang disediakan. Pada kali ini, kami telah menempah udang masak sambal dan tomyam seafood berserta nasi putih. Udang galah yang dihidang sangat fresh dan sedap sekali. Anda boleh datang ke sini dan merasai sendiri keenakan udang galah yang dimasak sambil menghirup udara yang segar di tepi sungai.

Sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang gemar udang galah

Tempat makan tenghari yang kami pilih yang berdekatan dengan menara condong teluk intan.

Mi rebus udang galah

Masak merah udang galah

Tomyam seafood

Telor dadar yang menjadi pilihan utama kami.

Sambil makan boleh tengok view sungai perak/


Menara Condong Teluk Intan.

Kami meneruskan perjalanan ke Menara Condong Teluk Intan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari tempat makan. Tempat ini merupakan tempat yang sekian lama aku impikan untuk pergi dan baharu hari ini aku telah jejakinya. 

Disini aku ceritakan serba sedikit berkenaan menara condong teluk intan. Menara ini telah di bina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong. Asalnya menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke pelabuhan Teluk Anson suatu masa dahulu.Menara condong ini mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga dan mempunyai ciri seni bina berkonsepkan sebuah pagoda. Kini menara Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam yang dipasang pada tahun 1894 yang dibeli dari London.

Dari jauh kita akan nampak menara ini sedikit condong 


Anak biasa-biasa sajer, bapak yang lebih excited

Dipintu masuk menara condong


Nampak sangat tak suka bergambar






Dengan itu berakhirlah percutian pendek kami dari Pangkor ke Ipoh. Kami meneruskan pemanduan balik ke rumaha dengan seribu kenangan yang dicipta dan akan diingat sampai bila-bila. Jumpa lagi di lain destinasi yang sudah tentunya dalam Malaysia. Lupakan dahulu untuk travel ke obesi. 
#Kita jaga kita
#PerangiCOVID19
#JagaSOP
#Staysafe

DAY 2                                                                                                             SERENDAH WATERFALL
-End-




No comments:

Post a Comment