Hai... Assalamualaikum semua,
Selamat pagi
Hari ini hari yang ke dua kami di SRR Woodland dan merupakan hari yang terakhir kami di sini. Sekejap lagi dalam pukul 12 pm kami perlu checkout bagi memberi peluang kepada tetamu yang lain masuk. Walaupun dua hari sahaja percutian kami namun ia memberi kenangan dan moment yang terindah yang tidak boleh di kutip di mana-mana tempat yang aku travel sebelum ini.
OK lah sebelum check out, kami meneruskan aktiviti yang berbaki beberapa jam ini untuk mandi sepuasnya. Tapi sebelum itu, jom kita sarapan pagi dulu. Menu sarapan ini, khas disediakan oleh aku yang memang ditugaskan utk menyediakan sarapan pagi dengan menu nasi lemak. Oleh kerana aku jenis memang malas untuk bangun pagi semata-mata hendak memasak jadi aku menyediakan sambal nasi lemak pada malam tadi so pagi ini aku hanya memasak nasi sahaja. Tak lengkap sekira nya tiada minum pagi jadi Eva memang ditugaskan untuk bancuh air kopi dan teh tarik.
Jom kita sarapan nasi lemak dan teh tarik sambil menikmati deruan air sungai yang di serikan dengan view hutan dan pokok yang segar serta lebih indah lagi ditemani oleh bunyian unggas rimba. Jangan bunyi rimau dah lahh.. Hahaha..
Nasi lemak SRR special
Kesian.... Sorang-sorang breakfast yer. Aar jom lah semua makan.
Selepas sarapan, kami meneruskan aktiviti mandi sampai kecut. Aku biarkan sahaja anak-anak mandi sampai dia puas kerana aku merasakan peluang sebegini sukar untuk dapat di mana-mana. Manakala aku pula sibuk mengemas pakaian dan barang-barang untuk dimasukkan dalam beg agar masa checkout nanti tiada barang yang tertinggal.
Mandi lah korang sampai kecut
Deruan air ini akan menjadi kerinduan bagi kami selepas balik nanti
Tepat pukul 11 pagi, aku meminta anak-anak stop mandi dan bersiap-siap tukar pakaian kerana dalam pukul 12pm kami perlu check out. Disamping anak-anak sedang bersiap aku mengambil peluang untuk mandi sungai walaupun sekejap.
Tidak elok sekiranya kita meninggalkan tempat yang menjadi persinggahan kita itu bersepah dan berselerak. Jadi, bagi menjaga nama baik seorang wanita, kita seharusnya menjalankan tugas-tugas mengemas dan membersih agar ianya sentiasa nampak cantik dan berseri macam orangnya. Dengan itu, kami perlu tinggalkan SRR ini dengan kemas dan bersih.
Apa lagi kami sama-sama meneruskan kerja-kerja mengemas dan membasuh semua pinggan mangkuk, periuk belaga yang telah digunakan serta menyapu, lap dapur, lap meja dan meletakkan sampah ditempat yang sepatutnya. Yang seronoknya, kerja-kerja ini dilakukan bersama-sama tanpa disuruh jadi kerja-kerja membersih ini siap dengan cepat dan tidak memenatkan. Terima kasih you all. Korang memang travel buddies yang terbaik. Video di bawah bukti segala-galanya.
Checkout
Tepat pukul 12pm, kami terus menyerahkan kunci bilik kepada penjaga RSS untuk checkout... Sebelum balik kami sempat mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan di hari tua nanti.
Jom layan...
Bergambar kenangan sebelum balik ke destinasi masing-masing
OK lah
Sampai di sini sahaja percutian kami pada hari ini, di lain masa dan ketika kita berjumpa lagi di next destinasi.
Mana tu?
Aar.. follow lah blog aku ni. Nampaknya lama tak gi obesi... Emm
Jeng.. jeng
DAY 1 GENTING HIGHLAND MAC 2022
No comments:
Post a Comment