Tarikh travel : 22 Januari 2023
Assalamualaikum dan Selamat pagi,
Hari ini hari yang ke-4 kami di Krabi dan juga hari yang terakhir kami di sini. Selepas ini kami akan menuju ke Hatyai untuk 2 malam sebelum balik ke Malaysia.
Kami telah check out hotel ini pada pukul 8 pagi dan meneruskan perjalanan mencari breakfast di area masjid. Pada asalnya kami ingin makan di Malaysia Krabi Stall namun perancangan tersebut dibatalkan memandangkan terdapat ramai sangat orang di situ. Jadi kami telah memilih kedai makanan berdekatan yang tidak sesak dengan orang ramai iaitu di Al Hud Restaurant Aonang.
Breakfast di Restoran Al Hud Aonang
Restoran ini terletak berdekatan dengan dengan Malaysia Krabi Stall dan tidak ramai sangat pengunjung yang datang makan ke sini dan ianya agak selesa kerana tidak perlu bersesak dengan orang ramai. Restoran ini menyediakan pelabgai menu termasuk goreng2, roti canai, masakan panas yang lebih penting menu dimsum ada dijual disini. Bagi aku restoran ini biasa-biasa sahaja yang mana darisegi rasa dan layanan tidak memenuhi piawaian aku manakala komunikasi agak terbatas.
Malaysia Krabi Stall yang dipenuhi oleh ramai ramai terutama pengunjung dari Malaysia
Walaupuna Tomyam seafood tidak memenuhi citaras aku tapi aku bersyukur dengan rezeki yang ada
Kami sebenarnya ingin mencari souvenir daripada Krabi untuk dibawa pulang so dalam perjalanan ke Hatyai kami singgah di kedai Souvenir dengan harapan adalah barang yang hendak di bawa pulang. Namun kedai ini tidak menyedaikan barang souvenir seperti mana yang kami kehendaki . kalau ada pun harga nya memang mahal dan tidak masuk akal dan lagi mahal daripada harga barang yang dijual di aonang.
Bila aku amati rupanya kedai souvenir ini merupakan tempat persinggahan pelancong-pelancong asing yang datang daripada luar. Biasanya kedai sebegini akan naikkan harga megikut harga pelancong.
Signboard besar Krabi Souvenir terletak berhampiran jalan
Pencarian souvenir belum berakhir. Kami cuba mencari di kedai-kedai yang terletak dalam bandar Krabi namun kedai tersebut tiada memenuhi kehendak yang kami inginkan dan agak mahal. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mencari dipasar Krabi yang biasanya ada menjual barang-barang cenderahti dan makanan ringan untuk di bawa pulang. So kami telah mengunjungi pasar di bandar Krabi yangdinamakan Maharaj Market.
Maharaj Market ini merupakan pasar yang terletak ditengah-tengah bandar Krabi yang menjual pebagai jenis barang terutama barang basah seperti ayam, daging, ikan, seafood, sayur, buah dan barang kering. Kami masuk ke dalam pasar ini dan terus menuju ke gerai yang menjual barang kering seperti pakaian, barang makanan dan banyak lagi. Kat sini kami membeli kacang gajus 1 kg dengan harga 320 bath / RM43.00. Agak murah lah kat sini sebab kacang gajus di Malaysia lagi mahal dan sukar diperolehi.
Restoran Sri Pak Pra
Dalam intenary aku sebenarnya aku selitkan untuk menaiki bot di Thale Noi untuk melihat view kat situ tetapi memandangkan kami kesuntukan masa jadi aku cuba untuk makan tengahari di Restoran View Yor atau Sri Pak Pra yang terletak di berhampiran dengan Thale noi dalam daerah Phattalung. Namun begitu harapan kami musnah begitu sahaja apabila melihat suasana dan keadaan restoran ini. Restoran ini kemungkinan tidak menyediakan makanana halal dan kami was-was untuk makan walaupun restoran ini menyedaikan seafood. Oleh itu kami just bergambar sahaja. Sekurang-kurang aku dapatkan melihat view thale noi seperti mana yang ku idamkan sebelum ini.
Banyak view seperti ini yang terdapat di sungai pak pra yang berdekatan dengan restoran ini. Jaring yang digunakan untuk menangkap ikan
Check in Asia Grand Hotel Hatyai
Asia Grand Hotel terletak ditengah-tengah bandar Hatyai dan ianya berdekatan dengan pasar malam Lee Garden. Namun hotel ini agak tersorok sedikit kerana tidak terletak ditepi jalan besar. Kami booking hotel ini memandangkan semua hotel yang lain telah full dan hotel ini sahaja yang ada kosong untuk bilik family.
Kami seronok dapat duduk hotel ini kerana ianya menyediakan dua bilik tidur yang berasingan dan katil yang sangat besar. Setiap bilik disediakan mini peti ais, TV, almari pakaian, meja dan cermin. Yang lebih seronok bilik ini menyediakan 2 bilik air. Secara tidak langsung tiada isu perebutan untuk menggunakan bilik air. Hotel ini juga ada menyediakan ruangan parking khas untuk tetamu yang datang menginap.
Walaupun begitu ada beberapa perkara yang tidak memuaskan hati kami sepanjang 3 hari 2 malam duduk di hotel ini iaitu tekanan air untuk mandi sangat slow serta heater yang tidak berfungsi. Diharap hotel ini dapat membaiki dengan segera kerana air adalah keperluan utama bagi sesiapa yang datang menginap.
Dipintu masuk hotel
Asean Night Bazaar
Terletak ditengah-tengah bandar hatyai dan merupakan satu kawasan shopping yang meriah dengan pengunjung luar. Ianya beroperasi pada setiap malam bermula pukul 4 petang sehingga 11 malam. Banyak juadah makanan halal yang dijual disini dan ditepi-tepi gerai diletakkan meja makan untuk pengunjung yang ingin menikmati makam malam di situ. Kat sini juga ada banyak menjual barang-barang seperti pakaian, beg, kasut, cenderahti, peralatan handpone, barang elektrik, cadar, tuala, t shirt, pakaian kanak-kanak, toys dan pelabagai barangan yang membuatkan anda rabun mata untuk membelinya
Kami pergi ke Asean night bazaar dengan menaiki kereta dan sudah tentu kami menghadapi masalah untuk parking kereta. Jadi kami telah mencari tempat parking di bahagian belakang asean night bazar yang agak sunyi dan tidak perlu berebut dengan orang ramai. Kami perlu parking ditempat yang betul bagi mengelakkan kena clamp. Daripada tempat parking ke asean night bazar tidak lah jauh sangat dan ia hanya berjalan kaki sejauh 250 meter sahaja. Agak strategik juga lah parking kami ni. Aku cadangkan agar sesiapa yang ingin datang ke sini, jangan lah ambil risiko datang dengan kereta. Naik lah tuk-tuk bagi mengelakkan isu parking.
Disini aku telah membeli beg troli yang aku memang target sebelum ini ber saiz 20 inci dengan harga 1,100 bath / RM145.00. Agak berbaloi dengan harga kerana beg ini ada extra zip untuk besarkan beg dan agak ringan. Disamping itu kami juga membeli 2 beg sekolah untuk anak-anak sebagai persediaan masuk sekolah. Banyak lagi barang-barang lain yang kami beli kat sini.
Ini antara makanan yang dijual di Asean night bazar
Setelah selesai membeli belah di sini, kami terus pulang ke hotel dengan membawa barangan shopping dan makanan yang ditapau untuk anak-anak. Seperti biasa, dorang memang tidak berminat untuk datang ke tempat crowded seperti ini. Kadangkala bagus juga dorang tak datang. Tak ada lah kami stress sangat dan kami bebas untuk berjalan dalam tempoh yang lama. Kalau dorang ada sekali sudah tentu kami tidak puas untuk shopping dan round-round dikawasan sekitar gerai kerana mereka akan bertanya bila nak balik? Pertanyaan ini sudah cukup stress bagi kami. Hahaha....
Ok setakat ini sahaja untuk hari ni.Kita jumpa esok yer...Selamat malam.
No comments:
Post a Comment