Trip to Phuket Feb 2019 ( Day 2)

 Hai semua, berjumpa lagi kita. 

Hari ini masuk yang yang ke 2 kami di Phuket dan aktiviti seterusnya adalah trip to hopping island. Sebelum kita meneruskan aktiviti hopping island, apa kata kita jalan-jalan dulu disekitar guesthouse sambil mengambil gambar. 

Ini lah bangunan Priew Wan Guesthouse tempat penginapan kami sepanjang 4 hari 3 malam di phuket

Sambil menunggu kedatangan Mr. Imron, kami berjalan-jalan di kawasan yang berdekatan sambil mengambil gambar. Suasana pagi di bandar Phuket agak sibuk dan padat dengan pelbagai kenderaan di atas jalan raya. Aku dapat melihat gelagat orang ramai yang lalu lalang serta beberapa kedai / gerai yang sedang dibuka untuk urusan jual beli. Begitu juga dengan kami ini. Masing-masing sibuk posing sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan di masa akan datang.

Siap berpakaian untuk ke pulau

Hati-hati dengan senyuman kerana setiap senyuman itu tidak selalunya berpanjangan, kemungkinan ada kisah duka disebalik itu.

Kesibukan dan kepadatan Phuket diwaktu pagi

Penjual tepi jalan mula membuka jualan masing-masing. Bila diamati, aku tidak tahu apa jenis makanan yang dijual. Yang pasti ianya memang bukan pilihan aku. huhu...

Pelbagai jenis makanan yang dijual yang aku sendiri pun tidak pernah melihat makanan tu

Family mart berdekatan dengan guesthouse

Restoran Hawa Kitchen

Sebelum meneruskan aktiviti hopping island, Mr. Imron telah membawa kami breakfast di restoran Hawa kitchen yang menyediakan makanan halal  yang mempunyai pelbagai menu seperti roti canai, nasi lemak, nasi ayam, menu goreng-goreng, tomyam dan banyak lagi dan ianya memang kena dengan tekak orang malaysia seperti aku. 
Gambar semasa breakfast

Gambar selfie bersama Mr. Imron. 
Ikhwan macam nak bunuh orang jer. sabar-sabar...tahu lah lapar

Jeti
Selepas breakfast, kami meneruskan perjalanan menuju ke jeti yang mengambil masa selama 1 jam  dengan menaiki van yang disediakan. Sampai di jeti, kami diberi taklimat ringkas  untuk ke pulau Phi Phi dan Khai Island. Antara aktiviti yang disediakan dalam pakej termasuklah melawat Yao Yai Island, Monkey beach, snorkeling, lunch kat Phi Phi Don, Khai Island, Sandy beach dan aktiviti bebas. Mengikut Mr. Imron, dalam intenary yang disediakan, sepatutnya kami akan pergi ke Maya Bay tetapi Maya Bay pada masa itu tengah construction dan tutup buat sementara waktu, jadi lawatan ke maya bay digantikan dengan lawatan ke pulau Yao yai. Perkara ini telah dimaklumkan lebih awal oleh Mr. Imron dan kami menerima dengan hati yang terbuka.

Ini adalah jeti tempat menunggu untuk ke Phi Phi Island.

Small jetty. ok lah...kalau jeti yang besar susah juga nak mencari 

Registration dulu lah yer untuk rekod.
 
Sedikit taklimat diberikan oleh tour guide 
 
Tempat menunggu untuk menaiki boat laju

Sebahagian bot yang disediakan untuk ke pulau-pulau yang ingin dilawati

Kami sedang menuju untuk menaiki bot


Menaiki bot laju

Akhirnya tepat pukul 10.20 pagi, boat yang kami tunggu-tunggu telah tiba. Kami diarahkan bersiap sedia dan diingatkan agar barang-barang yang di bawa tidak tertinggal di jeti. Kami bergegas menaiki bot bagi mendapatkan tempat duduk yang selesa dan mengharapkan agar kami berlima berada di satu tempat duduk yang sama. Ini kerana bot yang kami naiki ini, telah dicampur dengan penumpang-penumpang lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Bila aku perhatikan, hanya kami sahaja yang beragama islam. Tapi itu bukan masalah besar bagi kami kerana kami tahu menjaga dan menghormati orang walau di mana jua berada.

Seperti biasa, kami diberi jaket untuk menjaga keselamatan diri sendiri  dan setiap orang wajib memakainya incase terjadi apa-apa semasa dalam perjalanan nanti.

Ok jom kita mulakan perjalanan dengan menaiki bot dengan jayanya.

Kita tengok apa yang terjadi semasa dalam bot.

Kami dapat juga duduk satu tempat. Bolehlah snap gambar dan posing laju2...

Reaksi gembira di awal perjalanan...penuh dengan keyakinan dan keberanian

Pada mulanya kami merasa seronok dan teruja dapat menaiki bot selaju ini. Terasa angin laut yang kuat menyapa tubuh kami dan ianya amat nyaman sekali. Perjalanan menaiki bot ke tempat aktiviti yang pertama iaitu snorkeling mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai. Sebaik sahaja bot berhenti di tengah-tengah laut dan terhuyung hayang dilambung ombak, pada masa tu lah aku mula terasa mual dan nak muntah manakala kepala pula pening dan nak pitam.  

Aku cuba pejamkan mata untuk mengurangkan rasa mual dan pening. Pihak bot ada memberi plastik kepada aku sebagai persediaan untuk muntah. Aku ambil jer plastik tu tanpa melihatkan sedikit pun ke arah orang yang memberi plastik tersebut. Arahan-arahan untuk memakai peralatan snorkeling aku biarkan berlalu bergitu sahaja. Apabila aku buka mata, bukan aku sorang sahaja yang pening dan nak pitam, kawan2 aku yang lain pun sama.  Aku tidak menduga sama sekali perkara akan terjadi kerana sebelum ini aku bukan jenis yang mabuk laut so tawaran kawan aku untuk makan ubat mabuk laut memang aku tolak mentah-mentah. 

Sampai satu tahap aku tidak boleh lagi menaham rasa mual ini. Aku perlu cepat-cepat keluar dari bot yang terhuyung hayang ni bagi mengelakkan aku jadi lagi teruk. Terus aku bangun dan mengambil peralatan snorkeling dan terus terjun ke dalam laut. Selepas terjun ke dalam laut, baru lah hilang semua benda tu. Huhu...Kawan aku yang sorang lagi dah terjun awal-awal dah sebab dia dah tak boleh menahan rasa pening tu. Kalau dia tahan juga, mungkin segala isi perut akan tersembur kuar atau dia akan pitam. Hu..hu...

Ini adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan menjadi peringatan dimasa akan datang untuk makan ubat bagi mengelakkan mabuk laut terjadi. Moment-moment kejadian tidak sempat dirakam kerana masing-masing terkena penyakit ni dan tiada lah gambar untuk di share kat sini. Masa snorkeling pun memang tak sempat ambil. Tiadalah gambar-gambar kenangan untuk babak ni.

Video semasa naik bot laju


Phi Phi Don

Pulau ini merupakan salah satu pulau yang terbesar di bawah Phi Phi island.Banyak aktiviti dan kemudahan yang boleh didapati di sini antaranya ialah penginapan hotel / chalet, shopping, night market, aktiviti malam, restoran dan gerai makanan, aktiviti pantai, Phi phi viewpoint dan banyak lagi. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh di explore sekiranya kita berada lama di sini. Memandangkan pakej yang kami booking adalah 1 day trip, sudah tentu aktiviti2 adalah terhad dan terbatas.

Untuk lebih memahami kedudukan phi phi island, boleh rujuk kepada map di bawah
Phi phi island meliputi phi phi don dan phi phi leh

Lokasi phi phi don secara lebih jelas

Setelah hampir 1/2 jam kami menghabiskan masa dengan snorkeling, pemandu bot telah membawa kami ke Phi Phi Don.Di phi phi don, kami mandi pantai dan rehatkan badan sambil menghirup udara pantai sebelum dibawa ke restoran untuk makan tengahari. Restoran tersebut terletak di Ton Sai village dengan jarak lebih kurang 1 km dari tempat ton sai bay iaitu tempat bot berhenti tadi. Sebelum memasuki restoran kami diarahkan untuk membersihkan sisa-sisa pasir yang berada dibadan dan kaki dengan paip air yang disediakan. Selipar tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam restoran bagi menjaga kebersihan dalam restoran. Kami terpaksa meletakkan selipar di ruangan khas yang disedikan dan memasuki restoran dengan berkaki ayam. Rasa macam ada sedikit ketidakselesaan di situ.

Selesai makan tengahari, kami terus menuju ke masjid yang berdekatan dengan restoran tersebut. Nasib kami baik kerana telah disediakan telekung untuk solat tetapi aku terpaksa solat dengan menggunakan baju dan seluar sedikit lembab disebabkan aktiviti mandi pantai tadi. Aku tiada pilihan sebab solat adalah wajib dan perlu dilaksanakan oleh setiap orang islam. AKu mengerjakan solat jamak / qasar antara zuhur & asar dengan harapan solat ku diterima Allah dan perjalanan dipermudahkan.

Ini adalah Ton sai bay iaitu tempat perhentian bot di pulau Phi phi Don

View pantai Phi phi don

Orang ramai sedang berehat



 


Menikmati menu makanan tengahari


Sandy beach at Khai island

Khai island adalah sebuah pulau yang kecil terletak di phang Gan Bay. Walaupun pulau nya agak kecil namun suasana dan view pantai amat menakjubkan kepada sesiapa yang datang. Pasir yang halus dan putih serta air yang jernih  telah menambahkan lagi kecantikan pulau tersebut. Jarak perjalanan Khai island dari jeti phuket adalah 10 km yang mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke Khai island dengan menaiki bot laju.

 Jom kita tengok kedudukan Khai island dengan pulau-pulau yang lain.

Peta yang menunjukkan kedudukan Khai island atau Koh Khai Nok

Di Khai island, anda dihidangkan dengan pelbagai aktiviti seperti mandi pantai sambil melihat ikan yang berada di persisir pantai. Anda juga boleh melakukan aktiviti snorkeling di dasar laut sambil melihat hidupan laut dan terumbing karang yang cantik.

Kami kat sini hanya melakukan aktiviti mandi pantai, main pasir, ambil gambar, melihat dan memberi ikan makan. Restoran yang menjual makanan seafoad seperti ikan, sotong dan udang bakar serta makanan lain ada dijual di sini tetapi kami hanya pandang dan melihat dari jauh sahaja. Tidak sesuai untuk makan kerana ia meragukan. 

Kami menjalankan aktiviti bebas di sini hampir 1 jam 1/2 sehingga naik kecut kulit tangan dan kaki kerana dok berendam dalam air terlalu lama. Habislah hitam lepas ni kerana berjemur di bawah terik matahari. Semua jadi dayang senandung. Teringat pulak masa aku gi Jeju musim panas hari tu, habis hangus rentung kulit muka. Ramai member ofis yang tanya naper jadi mcm ni...huhu. Seminggu gak tahan malu.

Gerai yang menjual makanan dan minuman

Selain makanan dan minuman, ada juga menjual aksesori, gift, beg, tshirt dll.

Ramai pelancong asing menjalankan aktivit baring di atas pasir (berjemur). Ramai sangat yang separuh telanjang sampai tak lalu kami nak tengok

Sebahagian aksi yang sempat di rakam

moment-moment indah yang tidak akan di lupakan

    Macam-macam ragam...kat sini pun boleh tido

Selalu ambil gambar tak cukup korum

Yang ni cukup korum - terpaksa minta tolong sesiapa yang berdekatan untuk ambil gambar  kami berlima

Begitu jinak ikan kat sini tapi satu pun tak boleh ditangkap

Aktiviti mandi pantai sampai lebam


Sebahagian makanan seafood yang di jual di area situ

up gambar sendiri

video mandi



Dalam perjalanan balik daripada hopping island, pemandu van telah membawa kami ke suatu tempat perkampungan monyet yang mana tempat ini dijadikan salah satu tempat pelancongan untuk sesiapa yang ingin melihat dari dekat dan memberi makanan kepada monyet. Dari kejauhan aku dapat melihat banyak monyet yang keluar dari celah-celah hutan dan pokok, berlari dan serbu makanan yang pengunjung bawa. Mereka berebut sesama sendiri semata-mata untuk mendapatkan makanan. Naik risau juga aku sekiranyanya monyet tersebut naik minyak dan cuba mencederakan pengunjung yang ada. Kat sini aku hanya melihat dan dan mengambil gambar sahaja.

Pada mula nya nampak aman jer kat sini tetapi disebalik akar-akar kayu dan celahan pokok, monyet sudah bersiap sedia untuk serbu sekiranya ada makanan yang di bawa oleh pengunjung.

Pot tempat untuk melihat dan memberi makan monyet

risau sekiranya monyet ini tidak dapat bezakan makanan dengan orang...huhu

tempat makan monyet

Dinner

Kami sampai di guesthouse hampir pukul  enam petang. Sempatlah untuk kami mandi, berehat dan solat sebelum meneruskan aktiviti malam. Kami mengambil keputusan untuk dinner digerai yang berdekatan dengan guesthouse. Banyak kedai / gerai makanan dibuka pada waktu ini tinggal kami pilih sahaja mana satu gerai untuk dijadikan santapan malam. Memang aku akui Phuket adalah salah satu  tempat yang menjadi syurga makanan kepada pelancong dan terdapat pelbagai menu masakan yang dijual. 

Kami dinner di salah satu gerai yang berhampiran dengan guesthouse

Suasana gerai makan pada waktu malam

Bangla road

Selesai menikmati hidangan malam, kami meneruskan aktiviti malam dengan mengunjungi night market di Bangla road yang jarak nya hampir 1km dari tempat makan kami. Bangla road atau dikenali juga dengan bangla walking street terletak berdekatan dengan Patong beach merupakam sebuah tempat yang menjadi tumpuan utama pelancong untuk mendapatkan hiburan pada waktu malam. 

Tempat ini sangat meriah dengan pertunjukkan tarian tiang separuh boxxx yang ditunjukkan oleh para peserta ponxxx serta dengan alunan muzik yang agak keras dan bingit. Bar dan restoran non-halal yang menghidangkan air arak bersepah di kiri dan kanan disepanjang jalan. Anda harus berhati-hati apabila melewati tempat yang sebegini kerana  tempat ini akan bertukar wajah sebaik sahaja tiba waktu malam.Apabila anda berada di sini, ia seolah-olah dunia ana yang punya tetapi AWAS anda perlu berpijak dibumi yang nyata dan tidak terpengaruh dengan gaya hidup yang ditunjukkan.

Ponxxx-ponxxx  yang menghiasi kiri-kanan jalan dengan memakai pakaian separuh bogxx tidak segan silu menayangkan badan yang lentik semata-mata untuk mendapatkan pelanggan. Tidak tercapai oleh akal mcamana seorang lelaki boleh bertukar menjadi seorang perempuan yang cantik dengan kulit yang putih dan halus. Tentu banyak kos yang dilaburkan kat sini. Naper pulak aku banyak pikir pasal dorang eek...Biar lah dorang nak jadi apa pun yang penting kita jaga diri kita dan minta doa banyak-banyak untuk jauhkan daripada perkara tersebut.

Ok lah...kita berbalik kepada cerita asal. Jom kita tengok cerita disebalik bangla road ni


PIntu masuk ke night market bangla road

Aku ingatkan Bangla road ini adalah tempat pasar malam yang menjual barang2 dan makanan sepertimana pasar malam yang biasa aku kunjungi sebelum ini. Namun ianya tidak seperti yang aku sangkakan kerana sebaik sahaja aku melangkah masuk, aku dapati kiri dan kanan jalan banyak dihidangkan dengan tayangan yang menjolok mata dan tidak senonoh. Pelbagai  aksi dan gelagat manusia yang tidak menyenangkan mata memandang. 

Aku cuba untuk bagitahu kawan-kawan bahawa tempat yang kita kunjungi ini bukan lah  tempat pasar malam dan kita perlu patah balik dengan segera. Banyak kali aku cakap kat dorang perkara ini tetapi masing2 buat pekak badak jer. Semuanya buat tak tahu dan tak endah langsung dengan kata-kata aku. Nak tak nak aku terpaksa pasrah dan redha  sahaja. Aku teruskan berjalan sambil berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku sepanjang berada di sini.

Rupa-rupanya dorang memang sengaja datang ke tempat ini semata-mata untuk melihat suasana sebenar orang phuket ketika waktu malam. Aku sorang jer yang tertipu kat sini. huhu..
Mungkin ini menjadi pengajaran kepada aku supaya buat sedikit reseach sebelum ke sesuatu destini. Takde lah kena tipu hidup-hidup macam ni. huhhh...

Kami meneruskan perjalanan  sambil menghayati gelagat manusia yang separuh mental. Kami sekadar melihat dan tidak lebih daripada itu .

Bangla road ini memang hidup pada waktu malam

Begitu ramai pengunjung yang berminat datang ke sini. ke dorang ni mcm aku juga...

Video Bagla road street





Aktiviti massage

Setelah puas berjalan dan bersiar-siar di waktu malam di area patong, kami meneruskan aktiviti yang ditunggu selama ini iaitu aktiviti mengurut. Tidak dinafikan bahawa perkhidmatan urut memang banyak ditawarkan di phuket dan ianya dibuka sampai malam. Aku hanya mengambil tempahan untuk urut kaki sahaja dengan bayaran RM20 sejam. Walaupun hanya urut kaki sahaja, ianya amat berbaloi dan puas hati. Kalau urut satu badan, tak tahu lah rasa sedapnya macamana. Rasanya macam dunia ini ana yang punya. haha...rasa-rasanya cam nak repeat lagi lepas ni..hihu

Selesai mengurut, kami terus balik ke guesthouse untuk rehatkan badan dan seterusnya tidur. Tidur yang agak lena. Tak sempat nak mimpi apa-apa sebab terlalu penat. Selamat malam semua. kita jumpa lagi esok dengan aktiviti-aktiviti yang fresh. 

DAY 1      DAY 3



No comments:

Post a Comment