Jeju Island - Day 6 (last day)


Hai, Selamat pagi semua... hari ini adalah hari terakhir kami di Pulau Jeju. Sudah sampai masanya untuk kami balik ke Malaysia. Separuh barang-barang telah kami kemas dan masukkan dalam luggage. Yang tinggal hanyalah barang-barang yang perlu digunakan untuk esok. OK lah... Sebelum check out, terlebih dahulu aku bertukus lumus menyediakan makanan untuk sarapan pagi. Sarapan yang sangat simple tapi mengenyangkan. 

Ini lah rupa sarapan pagi kami. Sedap kan...



Memandangkan flight kami adalah pukul 2.00 petang, so masa yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk berjalan-jalan disekitar hotel. Aku cuba redah dan jelajah seorang diri kerana suami dan anak-anak tidak mahu mengikuti dan hanya ingin rehat di guesthouse sahaja. 

Gambar di sekitar guesthouse yang sempat aku snap untuk di kongsi bersama. Jom skroll ke bawah... 







Sebelum checkout sempat aku grab key chin yang dijual di lobi guesthouse. Walaupun agak mahal tapi aku tetap membelinya kerana tiada pilihan. Kami checkout tepat pukul 11.00 pagi. Perjalanan dari hotel ke jalan besar  hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan melalui lorong-lorong pejalan kaki. Dari jalan besar kami menunggu teksi untuk ke airport. Perjalanan ke airport mengambil masa 10 minit sahaja dan tambang teksi adalah dalam lingkungan RM20.

Menunggu teksi dengan penuh kesabaran. Banyak yang tak mau ambil kami...huhu

Flight kami sepatutnya berlepas pukul 2 petang tapi kami diberi tahu bahawa flight delay sejam kerana  terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Dalam masa menunggu sempat aku membeli satu cup hot coffee yang berharga RM8 bagi mengurangkan kepenatan dan kebosanan menunggu.

Suasana dan keadaan semasa di airport....





Selamat tinggal bumi Jeju. Banyak kenangan manis yang kami cipta di bumi Jeju ini. InsyaAllah disuatu masa dan ketika jika ada ruang dan peluang, kami akan menjejaki kaki sekali lagi untuk mengutip kenangan-kenangan manis itu.


Day 5                                                                                                                          Budget & Intenary

No comments:

Post a Comment