Alhamdulillah, hari ini masuk hari yang ke 5 kami di Pulau Jeju. Banyak cabaran dan dugaan yang telah kami tempuhi dan semua itu adalah satu pengalaman dan kenangan yang terindah yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana travel yang aku buat sebelum ini.
Seperti biasa aku sediakan sarapan pagi yang simple dan yang penting boleh bertahan sehingga ke tengahari. Untuk bekalan makanan tengahari, Aku sediakan nasi goreng yang paling sedap (masa tu) dengan menggunalan perencah nasi goreng adabi bersama dengan ikan bilis. Aku masak menggunakan rice cooker mini yang dibawa dari Malaysia. Ok bab makan dah setel. Jom kita gerak ikut plan yang ditetapkan.
Hari ini kami ingin ke Hallasan Mt. Orang kata view Hallasan Mt. ni cantik terutama apabila berada di puncak. Betul ke tidak, jom ikut aku menjelajah Hallasan Mt.
Namun sebelum sampai di Hallasan Mt. kami dihidangkan view ladang kuda yang indah dan menakjubkan. Kita menikmati view di sini dulu sebelum ke Hallasan Mt.
Farm horse
Kunjungan ke farm house tiada dalam perancangan asal cuma kami terpegun bila melalui kawasan ini. Secara tidak segaja kami stop dan turun dari kereta semata-mata ingin melihat sendiri keindahan ladang kuda ini. Pada masa ini, hujan rintik-rintik membasahi bumi namun kami tetap jua meneruskan aktiviti mengambil gambar dalam pelbagai aksi.
Jom kita scroll ke bawah dan melihat aktiviti yang telah dibuat oleh kami.
Laluan ke ladang kuda
Padang ragut terbentang indah didepan mata
Rumput padang ragut yang menambahkan lagi kehijauan alam semesta
Melompat riang
Aksi lompat berkali kali. Nmpaknya ini saja yg menjadi. Yg lain lain lompat ke laut
Kelihatan kuda sedang meragut rumput
Hallasan Mt.
Selepas beriadah di ladang kuda, kami meneruskan plan asal iaitu ke Hallasan Mt. Jalan menuju ke Hallasan ini agak berbukit dan berliku dan sedikit berbahaya jika di pandu dengan laju. Tambahan pula ketika ini hujan dan angin begitu kuat melanda berserta dengan kabus yg memenuhi sepanjang Jalan.
Kami terpaksa memandu dengan perlahan dan on wiper serta lampu bagi tujuan keselamatan. Walaupun agak mencabar ketika ini, kami tetap jua meneruskan perjalanan seperti yang dirancang demi memenuhi impian yang selama ini di inginkan. Akhirnya smpai jua ke tempat yang di tuju.
Alhamdulillah...namun hanya di kawasan parking kereta sahaja. hendak masuk ke dalam dan hiking memang dilarang sama sekali kerana cuaca agak buruk ketika ini. Jadi kami hanya menerokai sekitar yang berhampiran sahaja. Jom lihat apa yang kami sudah buat...
Kabus berserta hujan dan angin telah membantut semua aktiviti kami di Hallasan Mt.
Pintu masuk ke Hallasan National Park
Road map dan guadeline untuk hiking...
Jalan masuk untuk hiking
Boleh tonton video untuk melihat angin dan kabus disekitar parking Hallasan Mt
Let's Run Farm
Dari Hallasan Mt. kami meneruskan perjalanan ke Let's Run Farm. Ianya terletak di kawasan pergunungan tengah Gyorae-ri, dan merupakan kawasan padang ragut kuda yang digunakan untuk menternak dan membela kuda bagi tujuan perlumbaan. Padang rumput ini adalah yang paling eksotik di Korea dimana mereka memelihara anak kuda dari seawal umur 1 dan 2 tahun di atas tanah seluas 2 2,150,000 hektar. Kawasan ini selalu dijadikan lokasi pembikinan filem seperti "Lump of Sugar" dan "Grand Prix".
Selain daripada ladang kuda, di sini juga anda dapat melihat dan bergambar dengan bunga matahari, menaiki basikal, bermain dengan anak kuda, rusa , arnab serta haiwan yang lain. Boleh juga menaiki truck untuk mengeliling kawasan ini dan melihat view sekitar. Tempat ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan yang paling penting ada ladang bunga matahari.
Sun Flower Farm - Baru aku perasan bahawa bunga matahari akan mengadap/berhadapan mengikut kedudukan matahari so bila anda melihat gambar dibawah, bunga tersebut akan menghala ke satu arah sahaja. Itu yang menjadi kecantikan dan tarikan utama bunga matahri. Semasa kami sampai di sini, terdapat ramai pelancong yang datang dan bergambar. Kami tidak lepaskan peluang begitu sahaja. Terus terjah masuk ke dalam ladang dan mengambil gambar mengikut posisi masing-masing.
Jom scroll ke bawah...
Jom scroll ke bawah...
Menghala ke arah matahari
Ladang bunga matahari yang luas dan sayup mata memandang.
Untuk menaiki basikal, tiada bayaran dikenakan.
Bersiar-siar dikawasan yang berdekatan sambil menaiki basikal
Arnab dibela untuk tarikan kanak-kanak.
Little pony
Truck untuk membawa orang ramai mengeliling kawasan ladang
Miniture park
Merupakan tempat mini model bangunan dan patung yang menjadi simbol tarikan utama pelancong di seluruh dunia.Tempat ini amat sesuai untuk kanak-kanak tapi kami tidak berkesempatan untuk masuk kerana masa tidak mengizinkan. Hanya sempat mengambil gambar sahaja.
Berhenti sekejap semata-mata hendak bergambar
Sangumburi crater
Merupakan salah satu tempat yang boleh dijadikan senarai utama tempat yang boleh dikunjungi apabila sampai di Jeju. Amat berbaloi untuk dikunjungi kerana terdapat view lalang yang tersusun cantik serta pemandangan yang indah terutama apabila sampai di puncak. Disediakan laluan untuk ke puncak yang mana kiri dan kanan dikelilingi oleh pokok lalang yang sentiasa bergerak mengikut tiupan angin.
Di puncak anda dapat melihat satu kawah yang berbentuk lengkung yang dipenuhi oleh pokok-pokok hijau. Ia terjadi hasil daripada letusan gunung berapi yang berabad lamanya.
Dipuncak ini juga terdapat observation deck sebagai tempat tinjaun dan disediakan teleskop untuk melihat view dengan bayaran syiling 500won / RM1.80 untuk 10 min.
Lalang melambai-lambai di tiup angin
Lorong jalan kaki di tengah-tengah ladang lalang.
Sempat singgah di teratak yang disediakan di tengah-tengah perjalanan.
View dari atas puncak
Disediakan observation deck sebagai tempat melihat view.
Saujana mata memandang
View yg begitu mempersonakan. Cantik pada pandangan mata.
Rusa sebagai landmark. Ada sejarahnya tersendiri bagaimana asal usul tempat ini terjadi.
Tu dia panjang lebar ceritanya.
Woljeong-ri beach
Perjalanan kami yang seterusnya ialah ke pantai Woljeong-ri yang terkenal dengan kerusi colourful dan dijadikan sebagai tourist spot untuk bergambar. Kalau datang ke pantai ini, tidak sah kalau anda tidak mengambil peluang untuk snap picture dengan kerusi viral ini. Aku sempat datang ke panrai ini walaupun masa tidak begitu mengizinkan kerana tempat ini terletak di bahagian timur Jeju dan agak jauh dari tempat kami berada sekarang ini.
Namun aku paksa my lovely driver untuk datang juga ke sini dan akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk menjejakan kaki ke pantai ini dan seterusnya bergambar. Memang tidak dinafikan, view pantai ini memang cantik ditambah lagi dengan pasirnya yang halus dan puteh.
Dipantai ini lah tempat kami menjamu selera dengan bekalan nasi goreng yang paling sedap ketika itu. Dalam satu bekas kami makan beramai-ramai...sesekali angin yang kuat bertiup telah mengganggu suapan kami kerana angin tersebut membawa sekali pasir pantai yang halus itu. Terpaksalah kami buat cover untuk menghalang pasir daripada masuk ke dalam makanan. huhu...semua ini adalah kenangan yang tidak boleh dilupakan.
Disertakan gambar untuk dikongsi bersama-sama. Jom scroll ke bawah.
Disertakan gambar untuk dikongsi bersama-sama. Jom scroll ke bawah.
Berjalan sambil mata melilau mencari sesuatu
Aku berjalan sambil mencari kerusi colouful untuk bergambar. Ianya amat sukar kerana kawasan pantai ini agak luas dan panjang tapi aku tidak putus asa. Terus jalan dan jalan sehingga lah aku terserempak dengan perempuan melayu yang berkeseorangn sedang mengambil gambar. Perjumpaan kami ada hikmahnya kerana kami telah bersepakat untuk saling bantu membantu dalam mengambil gambar antara satu sama lain. Ha..haa..Seronoknya kami kerana dapat posing sesuka hati. kalau tidak memang susah juga untuk minta tolong orang lain untuk snap gambar kami.
Setelah selesai bergambar, kami membawa haluan masing-masing tapi part ini memang tidak akan aku lupakan.
Kerusi yang berwarna-warni dan begitu femes
Tidak dinafikan bahawa Jeju Island adalah tempat yang sukar untuk mendapatkan souvenir or gift untuk dijadikan hadiah kepada keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Setiap hari kami mencari kedai yang menjual souvenir sehinggalah masuk hari yang ke - 5 baharu kami menjumpainya.
Kedai ini terletak dalam shopping complex yang dikenali sebagai Jungang underground yang berdekatan dengan Dongmun market, Jeju City. Yang kami nampak, kat sini sahaja kedai sahaja yang menjual barang-barang sovenir seperti t-shirt Jeju, fridge magnet, keychin, sudu dan garfu, beg dan lain-lain. Walaupun harga agak mahal tapi kami tetap membelinya kerana tiada pilihan memandangkan hari ini sahaja peluang yang ada untuk shopping barang-barang souvenir.
Sambil beria mencari souvenir, sempat juga aku snap sekeping gambar kedai untuk dijadikan kenangan.
Kedai souvenir yang dicari selama 4D3N
Selesai mendapatkan barang-barang souvenir, kami terus balik ke guesthouse untuk letak barang dan solat. Ini kerana kami perlu menghantar kereta ke tempat sewa kereta sebelum pukul 5 petang.
Sebelum menghantar kereta, kami memastikan bahawa minyak kereta perlu di isi sepenuhnaysepertimana masa mengambil kereta dahulu. Proses penghantaran kereta agak senang dan mudah dengan syarat kereta yang dihantar tidak rosak dan tercalar. Alhamdulillah kami dapat selesaikan proses penghantaran kereta ini dengan cepat dan tidak timbul banyak masalah.
Cuma masalah yang kami hadapi sekarang ialah sukar untuk mendapatkan teksi untuk pergi ke last destinasi iaitu di Jeju town untuk melihat fountain musical show yang bermula pukul 8.00 malam. Ini request daripada ilyana untuk melihat pertunjukan air mengikut alunan muzik yang dipasang.
kami perlu berjalan kaki untuk keluar ke jalan besar bagi mendapatkan teksi. Lebih kurang 45 minit menunggu teksi, akhirnya ada juga teksi yang sudi ambil kami. Alhmadulillah... terus kami di bawa ke tempat fountain tu.
Menunggu teksi dari suasana cerah hingga ke suasana gelap yang menghampiri ke malam
Musical fountain show adalah merupakan satu pertunjukkan air yang berwarna-warni dan bergerak mengikut nyayian dan alunan muzik yang dipasang. Pertunjukkan ini mengambil masa 30 min berlansung tanpa henti yang bermula dari pukul 8 malam hingga 8.30. Yang bestnya, pertunjukan ini dibuat di tepi sungai yang terletak dataran bandar jeju yang berdekatan dengan Dongmun market dan ianya open kepada semua pengunjung tanpa ada bayaran.
Kami menghayati setiap gerakan air dengan alunan muzik tanpa jemu selama 30 minit dan tanpa sedar ia telah memberi kersonokkan kepada anak-anak kami. Bagi aku pertunjukkan air ini amat cantik dan mengangumkan. Tidak rugi untuk menontonnya.
Dsiertakan gambar dan video untuk tontonan bersama.
Gerakan air yang berwarna-warni mengikut alunan muzik
Anak-anak leka menonton sehinnga lupa akan keletihan yang dialami selama satu hari berjalan tanpa henti
Kakak pun sama...turut leka
No comments:
Post a Comment