Day 1 & Day 2 ~ BEIJING CHINA 2014

Trip to Beijing
Date : 30.4.2014.hingga 4.5.2014 (4D3N)
Costing budget :
1. Tiket flight RM1066 (Including insuran, buggage and meal)
2. Hotel, Transport dan makan RM100 ( bayaran paling murah drp trip2 sebelum ni)
3. Tipping to tourist guide RM40 (RM10 x 4 days)
4. Visa RM 140
Total cost : RM 1346 (murah sangat....)

Travel agent kami ~ Al-Qud travel and tour dan senarai nama peserta


Day 1

Kami bertolak daripada KL pukul 6.45 ptg dan sampai di airport Beijing pada pukul 12.45 mlm. Perjalanan yang memakan masa selama 6 jam membuatkan kami merasa amat lama sekali dan sekali sekala terbayang flight MH370 yg hilang membuat kan aku semakin tidak lena tidur...Oh ya, dlm flight kami di hidangkan makanan nasi lemak yg kami order siap2 masa membuat tempahan.


Saat-saat memulakan perjalanan...

Akhir nya tepat pukul 12.45 malam flight kami D7 0316 ( bukan MH tau..) selamat mendarat di lapangan terbang Beijing...Alhamdulillah aku melafazkan syukur sangat2 kerana selamat tiba di bumi asing ini...Ketibaan kami di sambut oleh tourist guide yang di lantik oleh Al-quds travel sebagai wakil di Beijing....

Lily adalah nama tourist guide kami.Berasal dari beijing China dan fasih berbahasa melayu.Katanya dia belajar bahasa melayu di salah sebuah Universiti di beijing selama 8 bulan.Ini semua galakan daripada majikan  nya iaitu Mr yusoff yg merupakan pemilik syarikat islamic centre tourism (ICT) in China...

Kami di bawa oleh Lily menaiki bas dan di dalam bas terdapat 12 org dari group lain yang sedang menunggu kedatangan kami.Rupanya mereka menaiki flight Mas dan tiba seawal sejam dari kami yang menaiki Air asia.So total group kami semua nya adalah 21 org + 2 org kanak2 kecil...tanpa berlengah kami semua di bawa ke hotel dengan menaiki bas..
Ini lah hotel yang akan kami duduki selama berada di beijing.Gambar di ambil pada waktu pagi hari yang ke 2....

Day 2

Nama hotel yang kami menginap ialah Thaisun business hotel bertaraf 5 bintang dan memang memberi keselesaan kepada kami.Untuk kami bertiga, disediakan bilik yg mempunyai 3 bed ( Memang itu yg kami nak sebenarnya)...Alhamdulillah cukup selesa sekali.

Untuk breakfast, kami di beri 3 kupon untuk 3 hari dan makanan yg disediakan adalah Halal...itu kata lily. Manakala untuk surfing internet hanya di sediakan wifi free kat lobby hotel sahaja...no internet in room, kata pihak hotel.

Sebaik sahaja sampai di bilik hotel...kami terus menunaikan solat magrib dan isyak secara jamak dan qasar dan terus tidur tanpa menukar baju...almaklum lah letih sesangat. Lagi pun angin kat beijing ni lain macam sejuknya. Kali ini tidur aku amat nyeyak sekali memandangkan 6 jam mengharungi perjalanan tanpa ada rehat sedikit pun...

Sekitar lobby hotel taishun...

Didepan pintu masuk hotel

Memulakan pagi yang cerah dengan breakfast yang di sediakan oleh pihak hotel...mengharapkan menu yang disediakan boleh memenuhi citarasa ku walaupun ia nya agak mustahil...yup seperti yang di jangka masakan langsung tidak mencapai tahap piawaian kami....hanya sayur dan teh shj yg menjadi pilihan ku...makan sekadar mengalas perut sahaja.

Oleh kerana perjalanan akan bermula pukul 9 pagi....kami bertiga menunggu di lobby hotel smbil snap gambar dan surfing internet.Di luar hotel terdapat beberapa orang yang membawa hasil jualan masing2 dengan menggunaKan basikal...Aku hanya tengok sahaja. Bukan tak berkenan tapi perlu bersabar kerana bimbang harga yang di tawarkan di luar sana mungkin lebih murah daripada yang ini. Lagipun aku sebenarnya tak nak terjebat dgn mereka ni kerana jika kita menunjukkan minat tentang barang yg di jualnya maka mereka akan memujuk dan mengikut kemana shj kita pergi...sampai kita akan naik rimas dan rasa kesian...buat sementara bersabar adalah yg paling penting hehhe


Tempat pertama yang akan kami lawati ialah Tiananmen square dan The Forbidden City ( Imperial Palace Museum) dalam bahasa melayu di kenali sbg kota larangan.
Semasa dalam perjalanan, sempat lagi aku snap beberapa keping gambar yg boleh menarik perhatian ku...

Lori bersih jalan....agak pelik sebab tak ada kat Malaysia

Pelbagai jenis pengangkutan yg di gunakan

Sedikit info berkenaan Tiananmen Square dan forbidden city. 

Tiananmen Square adalah merupakan kawasan dataran yang luas dimana pada masa dahulu di sini banyak terjadi nya mogok, rusuhan, tunjuk perasaan dan bantahan terhadap kerajaan cina menyebabkan berlakunya banyak kematian. Ia juga di kenali sebagai "heartland" bagi rakyat China dengan keluasan 40.5 hektar. 

Di bahagi kepada 3 bahagian utama : 
1. National flagpole di bhg utara
2. Mousoleum of mao zedong di bhg tengah.DI bhg ini terletaknya bilik khas utk mendiang Mao zedong
3. Beautiful Zhengyang gate di bhg selatan

Forbidden City wujud pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing sejak 500 tahun dahulu. Ia di bina pada tahun 1406-1420 yang merupakan istana maharaja cina di zaman silam dengan keluasan 74 hektar. Terdapat sebanyak 980 buah bangunan,  8707 buah bilik dan beratus2 bilik khas untuk gundik2 nya. Kota larangan telah di istiharkan sebagai tapak warisan dunia pada 1987 dan disenaraikan oleh UNESCO Untuk ke Forbidden city hendak lah melalui tiananmen square terlebih dahulu...


Pelan Tiananmen square dan kota larangan

Jalan  terowong menuju ke tiananmen square dan forbidden  city.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami berkumpul di satu tempat untuk diberi taklimat oleh Lily.Kata nya, kami tidak di benarkan mengambil gambar dlm group yg ramai.  Ini kerana Lily telah melantik seorang Photographer untuk kami dan dia lah yg boleh mengambil gmbar kami beramai2...Untuk bergambar dlm group yg kecil spt 3 @ 4 org adalah di benarkan.

Disini kami di perkenalkan seorang photographer yg masih lagi muda dan handsome. Lily namakan dia Mawi Af. Mungkin dia ni adalah iras2 mawi kot...Mawi tugas nya akan sentiasa bersama sepanjang kami berada di dataran tiananmen dan forbidden city untuk snap gambar/video...


Nampak tak bendera malaysia yg di bawa oleh lily? Katanya sebagai panduan kepada kami untuk nampak dari jauh jika ada diantara kami yang ketinggalan. Ini kerana disana nanti terdapat beribu2 orang pengunjung yang datang melawat... memandangkan hari ini adalah cuti umum (1 mei) negara China.


Ambil kesempatan bergambar berlatar belakangkan satu Tugu Wira Rakyat berketinggian 38 meter (125 batu) yg trdapat di dataran tiananmen

Untuk masuk ke dataran tiananmen kami terpaksa berasak2 dan berhimpit2 diantara satu sama lain. Wahhh... macam nak pergi tengok konsert lah pulakk....Dan pada masa ini apa yg penting bagi kami ialah menjaga barang2 yg berharga terutama beg supaya tidak berlaku perkara yg tidak di ingini...

Sebaik sahaja kami memasuki dataran tiananmen, kami di hidangkan dengan satu view yang cantik...terpegun sekejap....

Kami bertiga bergambar berlatar belakangkan musium mao zedong

Begitu ramai orang yang datang berkunjung...terfikir juga drp mana mereka semua ni? emmm...kalau tengok pada wajah, ramai dikalangan mereka adalah orang cina tempatan...

Di sini lah mendiang mao zedong di simpan lebih 30 tahun.


Gambar di sekitar Tiananmen square bersama tourist guide lily, our photographer dan ahli rombongan....

Setelah berada lebih kurang sejam dekat tiananmen square, kami di bawa memasuki kota larangan dan bayaran semua di uruskan oleh lily.

Suasana di sekitar Forbidden City~padat dengan orang ramai.

Dari jauh aku snap gmbar supaya dapat melihat keadaan dan suasana sebenar kota larangan yg menjadi kebanggaan rakyat China....Akhirnya tercapai juga impian ku untuk menjejakkan kaki ke sini. Peluang ini aku ambil sepenuhnya dengan mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Jom scroll kat bawah 》》》....

Reka bentuk bangunan yg unik menjadi tumpuan utama kami....

Lili sedang memberi sedikit taklimat berkenaan kewujudan kota larangan ini...mereka memberi tumpuan dengan penuh minat. Aku jer yg leka snap gambar dan video...

Kami bertiga tidak melepaskan peluang mengambil gambar berlatar belakangkan bangunan istana maharaja dulu2...

Lagi gambar di sekitar kota larangan....selfie dulu

Cantik dan unik...


Di penuhi dengan org ramai~kami sesat seketika....

Berjalan kaki di bawah cuaca yg sejuk tapi amat menghangatkan dan di kelilingi oleh orang ramai membuatkan setiap langkah kami semakin slow. Di kejauhan kami masih lagi dapat melihat bendera yg di bawa oleh Lili.

Keasyikan melihat view dan snap gambar...bendera yang di bawa oleh Lili hilang dari pandagan kami telah. Adoii... mana pulak dia menghilang??Nasib baik kami dalam group yg ramai...kalau aku sorang yg sesat, tak tahu lah apa yg nak di buat...Kami keliru hendak meneruskan perjalanan kerana terdapat 2 persimpangan yg terpaksa di pilih. Untuk tidak menyusahkan mana2 pihak, kami bersepakat menunggu sahaja di situ dengan mengharap Lily datang mencari kami.

Lebih kurang 1/2 jam menunggu, dari jauh kami melihat Lily merayau-rayau mencari kami....Alhamdulillah dengan pertemuan ini, kami dapat meneruskan perjalanan yg terhenti seketika....Perlu di ingatkan, untuk datang ke sini memerlukan kekuatan kaki dan badan yg sihat. Pilihlah kasut yg sesuai dengan kaki dan tahan lasak. Ini kerana kita terpaksa berjalan kaki sepanjang 2 1/2km untuk sampai di pintu keluar....Bagi aku datang ke tempat ini amat menyeronokkan dan berbaloi2...


Nampak tak gambar mereka yg sedang berbaris tu?? Ini bukan saja2 nak beratur tau...mereka ni sedang menunggu giliran untuk menaiki keretapi (macam bas)  yg menggunakan rel elektrik....rel  ni bukan kat bawah tau...rel nya kat atas dan sepanjang perjalanan ianya akan bergerak melalui rel itu sahaja walaupun berada diatas jalan raya yg sama dengan kereta dan motor...amat unik dan menarik perhatian ku....

Tapi ia Amat tidak sesuai di gunapakai kerana terlalu banyak sangat wayar2 ekektrik yg berselirat di sana sini...ini menambahkan kecacatan pemandangan di jalan raya....

Menu makanan tengahari kami

Selepas penat berjalan, kami di bawa untuk makan tenghari di restoran halal yg terletak di sekitar bandar Beijing. Nama restoran memang aku tak pasti sebab semua nya di tulis dalam bahasa China. Menu yang terhidang amat menarik perhatianku. Sedikit sebanyak ia membuka selera kami yg memang sedang kelaparan...yg menjadi pilihan utama aku kat sini telor dan ikan masak pedas...yg lain tidak sesuai dengan tekak melayu aku ini...huhuhu....

Bentuk masjid ChaoNei dari luar

Selepas luach kami di bawa oleh Lily untuk Solat Zuhur dan Asar secara jamak dan Qasar di Masjid ChaoNei  Beijing....Lily yg ala2 mcm org muslim terus menunjukkan tempat mengambil wuduk dan tempaf solat...Keadaan dan suasana Masjid begitu cantik, kemas dan tersususn...Terfikir oleh ku, mungkin masjid ini ada di jaga oleh orang2 tertentu dengan baik dan sempurna....

Di pintu masuk Masjid

Ruangan solat ~ pintu sebelah kiri untuk perempuan dan sebelah kanan untuk lelaki


Menggunakan basikal 3 roda untuk berniaga di hadapan pintu masjid ~ tidak pasti samada halal @ tidak apa yg di jual tetapi sekali pandang memang aku tidak selera untuk makan...yg muskil nya kalau tidak halal kenapa berniaga di hadapan masjid???

Pintu masuk ke "famous silk show room" ~ semuanya dalam bahasa ibunda. Tak dapat nak ku tafsirkan apa benda...

Di sebelah petang pula, kami di bawa shopping dan melawat tempat pembuatan kain sutera @ "Famous silk show room" yang termasyur di beijing...kalau ikut intenary yg diberi, kami sepatutnya di bawa membeli belah di "Muslim super Market". Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami terus di bawa ke tempat kain sutera. Katanya kalau ada masa....sebelah petang esok akan di bawanya ke tempat itu. Kami tidak mahu perkara ini berlanjutan hanya sekadar meng iya kan sahaja...

First kami di bawa masuk, terus di beri taklimat ringkas (in English) berkenaan pembuatan kain sutera starting from keponpong dan cara pemprosesannya...Drp apa yg di tunjukan, memang pembuatan kain sutera banyak melalui step2 nya dan amat merumitkan. Baru aku terfikir mengapa kain sutera di jual dengan harga yang mahal....

Seterusnya kami di bawa ke tempat jualan sutera. Niat di hati nak ambil beberapa keping gambar tetapi terpandang pula satu notis "no camera here" siap ngan lambang kamera lagi...terus kamera ku simpan dalam beg. Langkah pertama kami  ialah ke tempat jualan sarung cadar, bantal dan selimut...harga??? Jangan cakap lah....amat mahal sekali. Tengok pada kualiti kain itu sendiri. Paling mahal boleh cecah harga beribu Rm...aku tak nak terlibat dalam urusan pembelian ini so aku diam je lah. Kalah aku tunjuk minat...sudah tentu aku akan di kejar dan di pujuk sampai cair...

Seterusnya kami di bawa ke bhg jualan kain sutera...di awal nya aku memang tidak berminat dengan kain sutera memandangkan harga paling murah untuk sepasang (4 meter) ialah Rm150 tetapi sales girls ni pandai memujuk dan mempromosi tanpa rasa jemu. Akhirnya aku terlentok juga...bukan kerana suka kat kain tu tapi serabut dan tidak selesa dengan jurujualnya yang sentisa mengekori kemana sahaja kami pergi. Lastly aku beli lah juga kain sutera 1 pasang dengan harga yg paling murah Rm150 ( murah kerrr?)




Berposing dengan seekor naga di hadapan pintu masuk masuk "China medicine center"

Setelah berada lebih kurang 2 jam di sutera house, kami menuju pula ke China Medicine Center untuk kaki secara percuma. Percuma ker??? Urut tu memang percuma tetapi barang2 lain seperti minyak urut, ubat- ubatan, losyen kulit dan lain2 tu akan di caj dengan harga yg tinggi...di sini tiada benda yg free walaupun nmpak macam free so beware kepada sesiapa yg ingin dtg ke negara China.

Niat pada mula nya kami bertiga tidak mahu turun daripada bas kerana tidak berminat dengan foot massage dan lebih2 lagi dengar taklimat yg akan di sampaikan tetapi kami semua di paksa turun sebagai tanda hormat dan penghargaan. kami memasuki massage room dengan di sambut oleh seorang lelaki yg pandai berbahasa melayu indonesia....

Tidak sampai 5 minit, terdapat 3 @ 4 orang  membawa 1 besen yg dipenuhi oleh air dan di letakkan di tempat duduk kami masing2...Oleh kerana hati aku kuat katakan tidak pada massage, aku terus keluar dari bilik tersebut dan dikuti oleh 2 org kawan aku yg lain...rasa cuak juga kerana setiap orang yg lalu akan memandang kami macam orang bersalah....tak kisah lah yang penting planning kami berjaya...yahoooo!

Posing2 Sambil menunggu diaorang selesai mengurut ~ ni tempat sembahyang oooi....just photo only!

Jin Sha Theater ~ menonton akrobatik show

Oleh kerana acrobatik show yg pukul 5 ptg tidak sempat untuk kami menyaksikannya, Lily telah membawa kami menonton akrobatik yg bermula pada pukul 7 malam. Waktu sampai di Jin sha theater, kelihatan angin bertiup kuat dan amat terasa kesejukkanya...baru teringat baju sejuk...alamak! tertinggal kat hotel lah pulak...adoiii

Sebaik sahaja turun daripada bas bukan setakat angin jer...tapi juga hujan. Nasib baik tak lebat sangat. Walaupun di luar agak sejuk tapi kami tetap di sambut oleh penjual2 jalanan...ada diantara kami agak berminat dengan jualan tersebut tetapi aku tidak menghiraukan mereka....yg penting bagi aku snap gambar sekejap dan masuk ke dalam bangunan teater untuk menghilangkan kesejukkan...
Di hadapan Jin Sha theater ~ sempat juga aku snap gambar walaupun sejuk...yg kat atas tu apa maksudnya ekkk? Susah lah kat sini all in china language...

Pentas sebelum akrobatik bermula

Masuk ke dalam teater ni ibarat masuk ke dalam panggung wayang. Kami di beri makan pop corn (bertih jagung) tapi kena beli lah...Nak tak nak kami beli juga memandang tidak ada apa yg hendak di makan semasa menonton acrobatik nanti. Harga 1 bekas rm10. Kira ok lah sebab bekas tu agak besar lah juga. Kalau sorang makan memang tak habis...hehehe... Selepas beli, baru kami teringat halal ke tidak halal tapi dah separuh habis makan ni...bila fikir2 balik makan jer lah...anggap lah itu bertih jagung semata2 tanpa ada campuran drp bahan2 yg syubhah....
Lagi pun aku tengok makcik2 dan pakcik2 yg kat depan kami tu...elok jer makan tanpa was2. Ini mungkin diaorang dah biasa berada di obesi...


Menonton akrobati adalah show yang amat menyeronok dan menakjubkan. Aku rasa amat berbaloi2 datang kesini. Walapun satu hari kami berjalan, letih tidak dirasai memandangkan acrobatik show menjadi tumpuan utama dan amat memukau hati kami...."the best here is acrobatic show" itu yg boleh aku katakan. So kalau sapa2 yg ke beijing jangan lepaskan peluang menonton akrobatik.

Di hadapan pintu masuk restaurant ~ dinner selepas memonton akrobatik

SHZ itu yg aku faham pasal restoran ni...yg lain2 tu kena rujuk pada yg pakar. Selepas menonton, baru terasa kelaparan. Harap2 makanan yg di hidang dapat memenuhi citarasa aku. Alhamdulillah walaupun makanan bukan taste aku tetapi sekurang2 nya dapat memenuhi ruang perut ku yg kosong sejak drp tghari tadi...

Sebaik Balik ke hotel, aku terus masak air untuk makan maggie dan roti yg aku bawa dr malaysia. Aku sahaja yang makan. Kay dan zuri tidak peduli itu semua yg penting bagi diaorang tidur....hahaha....aku gigit roti dan maggie dengan mata tertutup dan amat mangantuk sekali Zzz...Zzzz


"Sesungguhnya orang yang melakukan dosa secara sembunyi-sembunyi, akan nampak di dalam diri nya kehinaan"

No comments:

Post a Comment