LAST DAY AT HO CHI MINH

Hari yg terakhir ni...kami buat agenda tersendiri tanpa di temani abg hanaphi.Dengan menaiki Vinasun taxi, kami berenam menuju ke Ben than market. Ini kerana ada diantara kami yg masih ada beberapa barang lagi yg hendak di beli sebelum pulang ke Malaysia. Masa yg ada kami gunakan sepenuh sebelum berangkat pada pukul 2 petang nanti.
Cindy dan Ben tidak mengikut bersama-sama kami. Katanya penat dan lagipun cindy tidak sihat...


Begini lah suasana di dalam pasar Ben Than...di kiri dan kanan penuh dengan lot-lot kedai yg menjual pelbgai jenis barang keperluan.Gambar diatas menunjukkan lot2 kedai bahagian makanan.Kami ke bahagian ini kerana untuk membeli kopi dan kacang... sebelum tu Cindy ada cakap yg kopi kat sini sedap dan dia telah membeli beberapa paket kopi 3 in 1 untuk di berikan kepada keluarga nya di Malaysia...


Pelbagai jenis kacang ada di jual disini...


Tu dia....masing2 berebut beli kopi yg Cindy cakapkan semalam....Yg penting kat packaging tu ada tanda halal...


Basiroh lagi...semalam dah beli dan hari ni pun ada lagi yg nak di beli kat kedai Basiroh...Aku ikut jerrr...just follow...semua kepala dah teleng dahhh..


Sebahagian buah-buahan yg di jual di tepi jalan...fresh dan ranum...


Makan tengahari di restoran Serai yg di miliki oleh orang melayu islam di malaysia...info berkenaan restoran ini kami perolehi daripada pakcik yg sama2 dlm rombongan kami  2 hari lepas...Dia cakap sedap dan selesa...tapi sayang Cindy dan Ben tidak dapat join bersama2 untuk lunch...


Ni dia pemilik restoran tersebut...Berasal dari kajang dan Dia berkongsi perniagaan dengan seorang sahabat yg merupakan penduduk vietnam ...jom kita masuk dalam dan tengok menu2 nya...


Malaysia food...sebahagian menu yg di hidangkan ada lah makanan yg banyak terdapat di malaysia seperti yg aku upload keatas...
sup tulang 115,000 dong = Rm19
sup sayur 70,000 dong = Rm11.50
sup ekor 125,000 dong = Rm20
telor mata rm5

emmm... boleh tahan harga ni...


Ni pula menu minuman..harga dinyatakan dalam dong...harga air antara Rm5 hingga Rm6.50


sekejap jer hidangan yg ada depan mata kami makan...sedap sungguhhh...harga????
mahal weh...RM180.00...nasib baik ada duit emergency

Anom : boleh tak tambah lagi...sedap lah air ni
Kay    : mahu tak sedap...Berbaloi2 kita bayar kat dia...



Wahhh...beg sapa banyak2 tu...bukan setakat beranak-pinak tapi bercucu-cicit daaa...Jangan kat airport nanti, jadi masalah pulakkk.

Yan     : jangan risau lah....kat bilik tadi kami dah timbang beg masing2...harap2 kat airport tak ada masalah
Cindy  : jangan bimbang kawan...kilo i  lebin banyak...kalau tak cukup u ambil lah i punyak...takda                            masalah...
We all : memang itu yg kami nak sebenarnya...tq cindy & Ben!


Sebelum berlepas ke airport, kami bergambar beramai2 dengan receptionist lobby hotel


May flower hotel...good bye to u..we are comfortable and happy to stay here....In Sha Allah we are coming back again...


Tu diaaa...beg kami disusun dengan padat oleh pekeja hotel ke dalam van...kesian tengok mereka...berpeluh2..thank you so much brother..


Last picture kami bersama2 dengan adik hanaphi tapi adiknya ni tak berapa fasih brbahasa melayu...betul ke adiknya...???kami mula konfius...apa2 pun kami terima kasih kepadanya kerana sanggup menghantar kami ke airport dan sedikit tips kami berikan untuknya....

for all my friends...
Terima kasih kerana sanggup bersusah payah dan sporting sepanjang 4d3n di vietnam. Kalian banyak mencipta kenangan suka dan duka untuk aku...gelak tawa dan usikan kalian akan aku ingat sampai bila2...entry aku ini akan menjadi bukti bahawa diantara kita pernah ada kenangan....Bagi aku ini lah "The best travel " yg pernah aku alami

Thanks ALLAH kerana memberi sedikit rezeki untuk aku menjelajah alam milik mu dan sentiasa memberi ruang dan nafas untuk aku terus menitip sedikit tinta untuk tatapan dan kenangan di hari tua...semoga aku sentiasa berada di landasan yg betul..Aminnn

No comments:

Post a Comment