NAKHON SI TAMMARAT - KOH SAMUI - SONGKHLA (DAY 2)

Assalmualaikum dan Selamat pagi 

Seawal pagi lagi kami sudah bangun menunaikan solat subuh dan seterusnya bersiap2 untuk check out hotel bagi meneruskan perjalanan ke Koh Samui. Sebelum itu, kami perlu breaksfast terlebih dahulu bagi menambahkan energy untuk menghadapi perjalanan yang hampir 2 jam lagi untuk sampai ke jeti Donsak Raja Feri. Kami sekali lagi makan di Haris Burger memandangkan itu yang paling dekat dengan hatel yang kami duduki. 

Menu bfast kami adalah bihun sup ala thai

Portion burger yang besar dan sedap

Selepas breakfast, kami meneruskan perjalanan ke Jeti Donsak Raja Feri. Dalam perjalanan kami sempat singgah di Khanom view point dan Khanom road viral. 

Perjalanan menuju ke khanom view point

Dalam perjanlanan kami sempat singgah sini dan ambil gambar. Layan view kat sini sekejap.


KHANOM VIEWPOINT

Merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong di daerah Khanom, yang terletak di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand Selatan. Ia terkenal dengan pemandangan indah pantai dan laut, menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk melihat matahari terbit atau terbenam. Tempat ini perlu dijadikan salah satu lokasi yang wajib anda singgah.





KHANOM ROAD VIRAL

Adalah merupakan laluan pesisir pantai yang menghubungkan daerah Khanom dan Sichon di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand Selatan. Laluan ini menjadi tular di media sosial, terutamanya di TikTok dan Instagram, kerana pemandangannya yang menakjubkan dan pengalaman memandu yang luar biasa.

Jalan yang turun naik bukit dengan selekoh tajam memberikan pengalaman memandu yang menyeronokkan dan mencabar, sesuai untuk penunggang motosikal dan pemandu yang mencari kelainan.

Ramai pelancong, termasuk dari Malaysia, telah berkongsi pengalaman mereka melalui video dan gambar di TikTok dan Instagram, menjadikan laluan ini semakin popular.


JETI DONSAK RAJA FERRY 

Adalah terminal feri utama yang terletak di daerah Don Sak, wilayah Surat Thani, Thailand. Ia berfungsi sebagai pintu masuk penting ke pulau-pulau terkenal di Teluk Thailand, termasuk Koh Samui, Koh Phangan, dan Koh Tao.

Raja Ferry ialah salah satu pengendali feri utama di Thailand yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan antara tanah besar dan pulau-pulau di Teluk Thailand. Perjalanan ke Koh Samui mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.

Tiket feri ini aku tempah lebih awal di laman web raja ferry port. Semasa tempahan dibuat, harga kemasukan kereta  plus driver adalah berbeza dengan penumpang kereta. Jumlah untuk empat orang termasuk kereta (pergi dan balik) adalah sebanyak RM314.00.

Untuk masuk ke dalam jeti, kami hanya tunjuk dan bagi booking confirmation kepada penjaga kaunter untuk mengeluarkan tiket booking fizikal setiap penumpang. Memandangkan kami sampai awal dari masa yang dijadualkan dalam tempahan, kami terpaksa menunggu hampir sejam untuk masuk ke dalam feri.

Didalam feri yang kami naiki, terdapat ruangan letak kenderaan, ruangan tempat duduk penumpang dan terdapat juga kedai mini yang menjual makanan dan minuman. Sepanjang perjalanan kami dapat enjoy makan maggie sambil menghanyati suasana view laut dan angin yang sejuk.

Ini adalah booking confirmation bagi tempahan feri tersebut

Tempat yang dikhaskan Queue untuk kenderaan masuk ke dalam feri. Kat sini lah kami menunggu untuk bawa masuk kereta ke dalam feri.

Ini lah feri yang akan membawa kereta kami masuk ke koh Samui. Ruangan bawah adalah tempat letak kenderaan dan ruangan atas adalah tempat duduk penumpang.

No comments:

Post a Comment