Assalmualaikum dan Selamat Pagi,
Hari ini last day kami berada di bumi Batam.Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pagi pagi lagi kami sudah berkemas dan bersiap sedia untuk check out dari hotel. Selepas check out kami terus mencari kedai makan untuk sarapan pagi sebelum menuju ke jeti. Kami perlu sampai dijeti awal kerana telah berjanji dengan supir kereta sewa untuk menghantar kereta pada pukul 8.00pagi.
Agak sukar untuk aku mencari tempat sarapan yang buka seawal 7.00 pagi dengan spesifik tempat yang berdekatan dengan terminal feri. Di Batam ini, kebanyakkan kedai makan waktu pagi di buka jam 9 atau 10 pagi. Walaubagaimana pun, usaha aku untuk mencari kedai yang memenuhi kriteria telah dijumpai iaitu di kedai "sarapan pagi azzahra". Kedai /warung ini di buka 24 hours dan menyediakan menu masakan asli indonesia. Tempatnya terletak dalam laluan menuju ke pelabuhan Batam centre dan ianya agak tersorok sedikit.
Walaupun begitu, makanan yang disediakan agak sedap dan amat murah sekali berbanding kedai-kedai yang kami pernah masuk sebelum ini. Kami telah menempah nasi dan mi goreng serta air teh o, kopi dan teh obeng dengan harga tak sampai RM20.00.
Ini lah rupa kedai tempat kami bersarapan. Kedai yang menjual menu-manu kampung dan makanan asal indonesia.
Pelabuhan Feri Batam Centre
Selepas bersarapan, kami terus ke terminal feri dan sampai di sana sekitar jam pukul 7.30 pagi. Bagi mengelakkan kekalutan sepertimana yang berlaku di kaunter Pasir Gudang, aku terus ke kaunter tiket untuk mendapatkan boarding pass. Aku perlu membuat bayaran untuk fi boarding pass sebanyak rp410,000 untuk 4 orang. Boleh tahan mahal juga. Nasib baik ada lebihan duit rupiah. Kalau tak ada kami perlu tukar duit RP memandangkan mereka tidak menerima duit RM.
Di pelabuhan ini juga, kami telah memulangkan kereta yang disewa kepada pak supir tepat jam 8.00 pagi seperti mana yang dijanjikan sebelum ini. Memandangkan condition kereta dalam keadaan baik dan tiada calar, pak supir telah memulangkan deposit RM150 kepada kami. Prose pemulangan kereta telah selesai dengan mudah dan cepat.
Pelabuhan feri batam ini agak besar dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti toilet, tempat solat, kedai makan, kedai souvenir, money changer, kaunter pertanyaan, tempat simpan bagasi, tempat parking yang luas. Kaunter penjualan tiket feri juga banyak disediakan. Antara kaunter yang dibuka adalah feri dari pasir gudang, stulang laut, harbourfront dan juga feri dari singapore. Suasana teminal ini agak sibuk dan sentiasa dipenuhi pengunjung.
Ini merupakan Pelabuhan ferry batam centre
Passport dan boarding pass
Kaunter tiket ini lah tempat aku mendapatkan boarding pass
Banyak pilihan kaunter tiket feri.
MENAIKI FERI MENUJU KE PELABUHAN PASIR GUDANG
Selepas selesai proses imigresen Indonesia, kami terus menuju ke feri dan mendapatkan tempat duduk yang boleh dipilih secara random. Dalam tiket tiada dinyatakan tempat duduk secara spesifik. Feri kami berlepas ke pasir gudang lebih kurang jam 9.30 pagi. Seperti biasa di dalam feri, kami telah membeli pop-mi perasa ayam untuk dimakan dalam feri sambil menonton tayangan. Didalam feri ini disediakan kemudahan-kemudahan asas seperti TV, toilet, tempat charge telefon, musolla, air minuman dan balkoni untuk melihat view laut secara dekat. Kami selamat sampai di Pelabuhan Pasir Gudang pada jam 12.00pm waktu Malaysia.
Setelah selesai proses imigresen Malaysia, kami terus menuju ke kereta untuk berangkat pulang ke rumah di Sungai Buloh. Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah jam 8 malam setelah penat mengadap jem selama 7 jam yang sepatutnya hanya 5 jam sahaja.
No comments:
Post a Comment