TRIP TO BATAM - DAY 4

 Assalmualaikum dan Selamat Pagi,

Hari ini last day kami berada di bumi Batam.Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pagi pagi lagi kami sudah berkemas dan bersiap sedia untuk check out dari hotel. Selepas check out kami terus mencari kedai makan untuk sarapan pagi sebelum menuju ke jeti. Kami perlu sampai dijeti awal kerana telah berjanji dengan supir kereta sewa untuk menghantar kereta pada pukul 8.00pagi. 

Agak sukar untuk aku mencari tempat sarapan yang buka seawal 7.00 pagi dengan spesifik tempat yang berdekatan dengan terminal feri. Di Batam ini, kebanyakkan kedai makan waktu pagi di buka jam 9 atau 10 pagi. Walaubagaimana pun, usaha aku untuk mencari kedai yang memenuhi kriteria telah dijumpai iaitu di kedai "sarapan pagi azzahra". Kedai /warung ini di buka 24 hours dan menyediakan menu masakan asli indonesia. Tempatnya terletak dalam laluan menuju ke pelabuhan Batam centre dan ianya agak tersorok sedikit. 

Walaupun begitu, makanan yang disediakan agak sedap dan amat murah sekali berbanding kedai-kedai yang kami pernah masuk sebelum ini. Kami telah menempah nasi dan mi goreng serta air teh o, kopi dan teh obeng dengan harga tak sampai RM20.00.


Ini lah rupa kedai tempat kami bersarapan. Kedai yang menjual menu-manu kampung dan makanan asal indonesia. 




Pelabuhan Feri Batam Centre

Selepas bersarapan, kami terus ke terminal feri dan sampai di sana sekitar jam pukul 7.30 pagi. Bagi mengelakkan kekalutan sepertimana yang berlaku di kaunter Pasir Gudang, aku terus ke kaunter tiket untuk mendapatkan boarding pass. Aku perlu membuat bayaran untuk fi boarding pass sebanyak rp410,000 untuk 4 orang. Boleh tahan mahal juga. Nasib baik ada lebihan duit rupiah. Kalau tak ada kami perlu tukar duit RP memandangkan mereka tidak menerima duit RM.

Di pelabuhan ini juga, kami telah memulangkan kereta yang disewa kepada pak supir tepat jam 8.00 pagi seperti mana yang dijanjikan sebelum ini. Memandangkan condition kereta dalam keadaan baik dan tiada calar, pak supir telah memulangkan deposit RM150 kepada kami. Prose pemulangan kereta telah selesai dengan mudah dan cepat.

Pelabuhan feri batam ini agak besar dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti toilet, tempat solat, kedai makan, kedai souvenir, money changer, kaunter pertanyaan, tempat simpan bagasi, tempat parking yang luas. Kaunter penjualan tiket feri juga banyak disediakan. Antara kaunter yang dibuka adalah feri dari pasir gudang, stulang laut, harbourfront dan juga feri dari singapore. Suasana teminal ini agak sibuk dan sentiasa dipenuhi pengunjung.

Ini merupakan Pelabuhan ferry batam centre

Passport dan boarding pass


Kaunter tiket ini lah tempat aku mendapatkan boarding pass


Banyak pilihan kaunter tiket feri.

MENAIKI FERI MENUJU KE PELABUHAN PASIR GUDANG

Selepas selesai proses  imigresen Indonesia, kami terus menuju ke feri dan mendapatkan tempat duduk yang boleh dipilih secara random. Dalam tiket tiada dinyatakan tempat duduk secara spesifik. Feri kami berlepas ke pasir gudang lebih kurang jam 9.30 pagi. Seperti biasa di dalam feri, kami telah membeli pop-mi perasa ayam untuk dimakan dalam feri sambil menonton tayangan. Didalam feri ini disediakan kemudahan-kemudahan asas seperti TV, toilet, tempat charge telefon, musolla, air minuman dan balkoni untuk melihat view laut secara dekat. Kami selamat sampai di Pelabuhan Pasir Gudang pada jam 12.00pm waktu Malaysia.

Setelah selesai proses imigresen Malaysia, kami terus menuju ke kereta untuk berangkat pulang ke rumah di Sungai Buloh. Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah jam 8 malam setelah penat mengadap jem selama 7 jam yang sepatutnya hanya 5 jam sahaja.

DAY 3              KOS & ITENARY


TRIP TO BATAM - DAY 3

 Breakfast kat Tebing Laut Cafe & Bistro

Aku cuba mencari tempat yang viral dan pemandangan yang cantik untuk breakfast. Salah satu tempat makan yang ada dalam list aku adalah Tebing laut cafe & Bistro. Jarak daripada tempat penginapan tidak lah jauh sangat cuma jalan menuju ke cafe ini agak sempit dan sedikit mencabar. Walau bagaimanapun aku cuba meneruskan hasrat untuk makan di sini.

Kami bernasib baik kerana waktu kami sampai tiada pun pengunjung lain yang ada pada masa ini dan senang untuk kami dapatkan parking. Bila aku amati, cafe ini sesuai dikunjungi waktu petang dan malam kerana masa ini view sunset dan laut akan nampak lebih cantik lagi.

Cafe ini  terletak di tempat yang tinggi so pemandangan laut dari tempat makan  amat cantik sekali. Kami makan sambil menghirup udara laut yang segar dan nyaman diwaktu pagi.

Hanya kami sahaja pengunjung pada waktu ini.

View dari tingkat atas cafe ini.


Ini lah menu yang kami order untuk breakfast




Puncak Beliung



















Lunch di Bandoeng Restro


Monument Welcome to Batam









Shopping di Nagoya Hill Mall






DAY 2             DAY 4


TRIP TO BATAM - DAY 2


Selamat pagi. 

Hari ini masuk hari yang ke dua kami di Batam, Indonesia. Untuk hari kedua ini, kami mulakan breakfast awal pagi di Morning Bakery Greenland. 

Kat sini bukan sahaja menjual kek dan roti, tetapi ada juga menu lain untuk breakfast seperti nasi lemak, sup, nasi ayam dan makanan western pun ada. Banyak juga pilihan makanan kat sini. Harga pun berpatutan. 

Tingkat atas ada juga disediakan tempat untuk makan



Cara bungkus nasi lemak agak pelik

Kek ada roti banyak dijual di sini.



Selepas breakfast kami meneruskan aktiviti seperti yang dirancang iaitu ke Puncak Beliung. Namun aktiviti ini tidak dapat diteruskan memandangkan cuaca pada pagi ini agak mendung dan disertai dengan hujan yang rintik dan kadang kala lebat. So pilihan tempat kami untuk hari yang ke dua ini hanya lah tempat yang berbumbung seperti muzium dan shopping mall. 

Muzium Batam Raja Ali Haji 

Untuk masuk ke muzium ini tiada bayaran dikenakan. Muzium ini mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2019 dan lokasi musium ini adalah di alun-alun Batan center.  Dibuka setiap hari kecuali hari isnin pukul 9.00 pagi hingga 5.00 pm. 

Muzium ini sangat cantik dan banyak informasi yang boleh diperolehi terutama berkaitan dengan sejarah raja-raja melayu riau. Ia menceritakan tentang sejarah peradaban Batam yang dimulai dari masa Kesultanan Lingga, masa penjajahan Belanda, masa penjajahan jepang dan masa kemerdekaan Indonesia serta sejarah mengenai Batam pada masa pemerintah Kepulauan Riau. 

Tetapi sayang sekali apabila melihat keadaan muzium ini. Ia tidak dijaga dan diuruskan dengan baik. Banyak bahagian yang rosak dan tidak dikemas dengan betul. Pihak yang menjaga bangunan ini perlu membuat penyelenggaraan dan membersih muzium ini agar ianya dapat diperlihara dan dikunjungi oleh orang ramai dalam jangka masa yang panjang. 









Batik Angthare

Mengikut intenary yang dirancang, selepas ini kami akan ke lembah berangi atau puncak beliung tetapi memandangkan masa ini hujan yang lebat, kami batalkan hasrat untuk ke sana. So tempat yang agak selamat dari terkena hujan, kami menuju ke toko yang menjual kain batik. Nama toko tersebut adalah Batik Angthare. Kedai ini menjual pakaian batik yang ready made dan juga kain ela. Corak batik ini lebih kepada batik keluaran indonesia yang kebanyakkan ada corak burung garuda. Kami cuba memilih untuk mencari corak bunga-bunga dan abstrak dan tidak berminat dengan gambar2 yang berunsur haiwan.

Kedai ini banyak menjual baju seperti blouse, baju kurug, baju tidor,baju berkolar lelaki, tudung dan banyak lagi. Harga yang dijual bergantug kepada jenis kain. ada harga yang murah dan ada harga yang mahal. So kami sebagai rakyat marhain ini sudah tentu memilih harga yang sedang2 dengan kain yang bersesuaiann. Alhamdulillah, setelah urusan tawar menawar dibuat, kami bersetuju untuk membeli beberapa helai baju kononya nak dipakai masa ofis pada hari khamis. 

Ini lah kedai batik yang kami singgah

Jambatan Barelang 1

Setelah hujan sedikit reda, kami meneruskan perjalanan ke  jambatan barelang 1 yang merupakan salah satu ikon kota Batam yang amat popular khususnya bagi masyarakat Kepulauan Riau.Sekaligus ianya menjadi salah satu tempat tarikan utama pelancong dari luar negara Batam. 

View pemandangan jembatan  barelang dari jauh amat cantik sekali. Ditambah lagi dengan warna laut yang kebiruan amat menakjubkan bagi sesiapa yang melihat. Aku memang suka pemandangan alam semulajadi yang sebegini.

Tempat utama yang perlu anda singga untuk mengambil gambar jambatan barelang

Dari kejauahn kita dapat melihat view jambatan dan warna laut yang kebiruan



Lunch kat Kelong jambatan 1 seafood

Sebaik sahaja melihat view jambatan Barelang, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di kedai seafood yang terletak di bawah jambatan ini. Nama kedai ini adalah Kelong Jamabatan 1 seafood. Kedai ini menjual makanan laut fresh yang terdiri daripada udang, sotong, ikan, ketam yang boleh dipilih dari kelong yang berhampiran resstaurant ini. Menu lain selain seafood ada juga dijual disini dan anda boleh request apa menu yang hendak dimakan. 

Tempat dan suasana makan terletak betul2 tepi laut dan kita dapat melihat jambatan barelang itu dari bawah. So sekiranya anda sampai di Batam, jangan lupa singgah makan di sini kerana tempat ini sangat tenang dan cantik serta makanan seafood yang sangat fresh dan sedap. 

Jalan untuk ke restaurant ini agak curam dan anda perlu berhati-hati namun ianya tidak lah membahayakan.

View jamabatan barelang dari restaurant seafood

Ikan siakap masak tiga rasa...harga ikan bergantung pada saiz ikan yang di pilih


Sotong celup tepung

Menu kami pada hari ini

Disertakan video  suasana view di jamabtan barelang untuk tatapan anda




Pantai Melur 

Selepas solat zuhur dan asar, kami meneruskan perjalanan untuk meneroka seluruh kawasan Batam. Pantai melur memang ada dalam itenary kami. Jarak antara pantai melur dengan jambatan barelang adalah sejauh 37km yang mengambil masa lebih kurang 30 min untuk sampai. Pantai melur ini terletak di area pulau galang, batam indonesia.Untuk sampai ke pantai melur, anda akan merentasi empat lagi jambatan barelang yang menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

Perjalanan ke pantai melur tidak membosankan kerana kami dihidangkan dengan view pantai yang cantik terutama setiap kali merentasi jambatan. View yang paling cantik adalah seperti dalam video di bawah sehinggalah aku sanggup berhentikan kereta semata-mata ingin merakam moment-moment ini.

view sebelum memasuki lorong pantai melur

Bagi aku pantai melur merupakan pantai yang sangat cantik kerana dia dihiasi dengan pasir halus yang putih dan bersih serta pokok kelapa yang redup. Disini banyak disediakan kemudahan untuk berehat seperti payung, kerusi, teratak dan bantal segitiga yang berwarna warni. Sebaik aku sampai tempat ini agak meriah dengan orang ramai yang datang berkunjung secara berkumpulan. Bunyi muzik yang bingit menambahkan lagi kemeriahan tempat ini. Terdapat juga lot-lot kedai yang menjual makanan dan minuman serta ais krim. Untuk masuk ke ini ada dikenakan bayaran untuk setiap satu kereta.

Ini lah view pantai yang sempat aku snap.
 








Pantai Elyora

Setelah puas menghayati pemandangan pantai dan mengambil gambar di pantai melur, kami meneruskan perjalanan ke destinasi selanjutnya iaitu ke pantai Elyora. Jarak pantai elyora dengan pantai melur sejauh 22km yang terletak di pulau galang baharu, betul-betul dibahagian selatan Batam. Untuk sampai di sini, kita harus merentasi satu lagi jambatan yang dikenali sebagai jambatan barelang 6. 

Kami memandu kereta sehingga ke titik 0 yang bermaksud tempat paling hujung di Batam dan sempat merakam beberapa keping gambar di signage titik 0 ini. Tempat ini agak sunyi dan tiada ramai penduduk yang menetap di sini cuma yang ada adalah dari orang luar kawasan yang datang untuk berehat dan melihat view pantai.

Ini lah mercu tanda titik 0 batam yang terletak di pulau galang baharu.

Pantai elyora masa air tengah surut


Titi kayu yang menghubungkan perahu nelayan


Dalam perjalanan balik daripada pantai elyora kami dihidangkan view pantai yang cantik. Aku sanggup berhentikan kereta semata-mata untuk mengambil gambar view ini.


Kami berangkat pulang ke penginapan di batam lewat petang dan iannya mengambil masa selama 1jam 1/2 dengan jarak sejauh 80km. Sebaik sampai di jambatan barelang 1, aku dapat melihat ramai orang berhenti dan berehat di sini untuk melihat view pantai matahari terbenam. Rupa-rupanya kawasan ini disebelah petang lebih meriah dengan kereta berhenti kiri kanan serta orang berniaga. 

Walau bagaimanapun atas jambatan ini sebenarnya tidak dibenarkan parking namun orang ramai masih lagi melanggar arahan tersebut. aku sempat melihat terdapat pihak penguasa datang untuk saman mana-mana kereta yang berhenti dan parking di atas jamabatan tersebut. aku cepat2 tekan minyak dan berlalui dari situ. Risau takut kena saman.


De'sand Cafe

Sebelum balik ke hotel, kami singgah di De'sand Cafe untuk makan malam. Kami decide untuk makan yang simple sahaja yang penting kami sudah sampai di cafe yang diimpikan. Cafe ini agak meragukab sedikit kehalalan nya so aku decide untuk makan fries dan minum air sahaja. 

Suasana cafe ini agak meriah kerana terdapat live band yang mengadakan show dan juga pengunjung yang datang. Cafe ini agak cantik dan sangat sesuai untuk anda yang suka OOTD kerana rekabentuk cafe ini ala-ala di greece.



Nagoya Hill Mall



          DAY 1         DAY 3