TRIP PHATTALUNG, PHUKET, KRABI DAN HATYAI (DAY 2)

Assalamualaikum semua, 

Pagi-pagi lagi kami sudah bangun untuk meneruskan perjalanan yang panjang ke Phuket yang mengambil masa lebih kurang 6 jam sejauh 346km dari Phattalung. Untuk mengurangkan rasa bosan dalam perjalanan, aku selit kan satu tempat untuk singgah semasa dalam perjalanan menuju ke Phuket iaitu Samet Nangshe Viewpoint. Untuk sampai di sini kami mengambil masa selama 4jam 50 min. 

RESTORAN ROUTE 41 COWBOY TOWN

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah makan pagi di restoran halal iaitu Route 41 cowboy town. Restoran ini terletak di persisir jalan besar dalam daerah Phattalung dan merupakan tempat persinggahan utama rider motor secara berkumpulan yang membuat road tour jelajah Thailand. Tidak dinafikan sebaik sahaja aku masuk restoran ini, banyak sticker-sticker rider yang tampal di dinding restoran dan mengikut permerhatian aku, ianya datang pelbagai pelosok Malaysia untuk singgah makan di sini.

Rekabentuk restoran ini sangat cantik kerana bentuk nya lebih kepada zaman dulu-dulu yang agak nampak klasik dan merasa berada dalam filem cowboy. 

Alang-alang sampai, kami orderlah air dan makanan seperti kueh tiew goreng, ayam goreng crispy, kek, ais blanded dan teh panas. Makanan yang di hidang semua sedap-sedap. Yang tak sedapnya time nak bayar. Aku bayar guna kad debit untuk test samada kad yang aku activate tu aktif ke tidak kat obersea. Alhamdulillah elok jer kad debit aku menjalankan tugasnya membuat pembayaran dengan harga semua RM100 lebih untuk 5 orang makan. Untuk makan masa travel memang aku tidak berkira sangat selagi harga tu masuk akal.

Ini lah restoran Route 41 cowboy town



Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke phuket yang mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai. Walaupun perjalanan ini agak lama tapi kami tidak merasa bosan kerana dalam perjalanan ia menghidangkan view yang cantik serta dapat melihat suasana perkampungan orang thai. Suasana kampung yang berlainan dengan keadaan di Malaysia membuatkan kami sangat teruja dan seronok untuk meneruskan perjalanan ini.

Dalam perjalanan tiba-tiba kami dihidangkan dengan tasik yang luas dan cantik. Aku tidak pasti apa nama tasik ini tapi ianya amat memukau pemandangan sepanjang jalan.
 







SAMET NANGSHE VIEWPOINT

Setelah hampir 5 jam perjalanan dari Phattalung, akhirnya sampai juga kami di Samet Nangshe Viewpoint. Untuk sampi di atas bukit, kami perlu menaiki jep yang disediakan dengan bayaran 90b selama 8 minit. Jalan untuk naik ke atas sana agak curam dan berliku. kami perlu tetap ditempat duduk dengan memegang sesuatu sebagai tempat berpaut bagi mengelakkan tergelicir semasa jep melalui selengkoh tajam. 

Sesampai jer kat atas, kami amat terpesona dengan kecantikan view yang terhidang didepan mata. Amat cantik sekali. Kami dapat melihat kebiruan air laut dengan bentuk batu kapur yang menakjubkan di Teluk Phang Nga tersebut. Di sini juga disediakan tempat untuk OOTD serta terdapat beberapa restoran yang menjual makanan yang tidak kepastian halalnya. kami hanya membeli air sahaja sekadar untuk menghilangkan haus. Bukan itu sahaja, kat atas ini juga ada menyediakan tempat penginapan bagi sesiapa yang ingin bermalam.

Sesiapa yang datang ke Phuket, anda wajib masukkan tempat ini dalam itenarary kalian masing-masing untuk kita sama-sama melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah ini.

Sebelum naik ke atas, kami bergambar dulu di hadapan signage yang terletak di bawah.

fuhhh...cantik yang amat



Banyak tempat OOTD disediakan.







Setelah hampir sejam kami kat atas mengambil gambar dan merehatkan minda, akhirnya kami mengambil keputusan untuk turun dan meneruskan perjalanan ke phuket yang masih lagi berbaki 1 jam untuk sampai. Untuk turun ke bawah, kami perlu menunggu truck kosong untuk pick up dan membawa kami balik. Dalam perjalanan turun ke bawah, ia agak berbahaya sedikit memandangkan jalan agak curam. Oleh kerana driver yang membawa truck ini berpengalaman, kami yakin ianya dapat dikendalikan dengan baik walau pun sesekali menjerit dan jantung berdebar setiap kali melalui jalan yang berliku dan curam. Sebaik sampai di bawah, kami menuju ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke detinasi yang terakhir pada hari ini.

BLACK PANTERA HOSTEL PHUKET

Dalam perjalanan ke Phuket, kami berhenti sekejap di masjid untuk menunaikan solat asar dan zuhur. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan menuju ke Black Pantera hostel, Phuket. Kami sampai di hostel sebelum pukul 5.30 petang dan waktu ini telah menghampiri ke malam. Selesai check ini, kami memasuki bilik untk berehat dan mandi. Bilik yang aku  booking ini menyediakan 5 katil single dengan 1 bilik air. Bilik agak selesa dan berbaloi dengan harga yang dibayar.



Kami telah menghampiri bandar phuket



Ini lah penginapan kami sepanjang 3 malam di phuket


NAKA NIGHT MARKET PHUKET

Seperti biasa, kalau berada dalam mod travel...aku memang tidak suka masa berlalu begitu sahaja. walau pun penat seharian berjalan, aku mesti memenuhi aktiviti lapang yang ada. So waktu malam, kami menghabiskan masa di pasar malam NAKA yang terletak ditengah2 bandar Phuket. Pasar malam ini  sangat meriah dengan kunjungan orang ramai serta peniaga-peniaga yang menjual barangan masing-masing. 

Antara barang yang dijual adalah barang-barang antik dan unik, baju/pakaian, aksesori, beg, kasut, pelbagai jenis makanan dan banyak lagi barangan lain yang boleh di perolehi di pasar malam ini. Matlamat kami ke sini adalah untuk membeli makanan sebagai makan malam dan tidak fokue kepada barangan yang lain. 

Pada pemerhatian aku, pasar malam ini banyak menjual makanan yang tidak halal dan gerai-gerai yang halal hanya ada sedikit sahaja. Di sini kami makan di gerai halal yang menjual nasi dan sup serta makanan bergoreng. Aku tidak berpuas hati dengan menu yang dihidangkan. Walau bebitu, aku tetap telan jua demi mengurangkan rasa lapar. 

Suasana pasar malam NAKA Phuket



BACK       NEXT


No comments:

Post a Comment