KUNDASANG DAN KOTA KINABALU, SABAH 2022 (DAY 1)

Assalamualaikum dan Selamat pagi,

Percutian aku kali ini ialah ke Sabah di bawah bayu. Macam biasa, aku tidak keseorangan dalam trip kali ini kerana aku telah ditemani suami dan anak2. Yang lagi menarik, teman2 ofis pun join sekali. So trip kali ini memang meriah dan menyeronokkan.

Kami memulakan perjalanan seawal pukul 4 pagi dari rumah di Sungai Buloh menuju ke KLIA2 menggunakan grab. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam utk sampai ke airort KLIA2 dengan bayaran grab RM75. 00. Amat berbaloi darisegi masa sebab tak perlu transit kat mana2.

AIRPORT KLIA2

Seperti biasanya kami akan lalui proses imigresen bermula dengan print boarding pass, self check in beg dan pemeriksaan masuk ke ruangan departure. Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit isu berat luggage melebihi kg yg di bayar. Tetapi isu ini dapat ditangani dengan mudah dan penuh skill. Hihi...


Departure time : Menunggu  untuk fly ke KK

Dengan itu bermula lah perjalanan kami ke negeri Sabah yang telah dirancang 7 bulan yg lepas. Aku tengok pada raut muka masing2 semua excited untuk meneruskan perjalanan ke sabah ini.

AIRPORT KK

Tepat pukul 11.15 pagi, flight kami telah selamat mendarat di airport KK. Alhamdulillah bertapa seronoknya kami kerana dapat menjejaki bumi Sabah dengan selamat. Setelah proses pemeriksaan imigresen, kami terus pergi ke tempat pengambilan beg untuk buat pengesanan beg masing2.

Tempat pengambilan luggage : Masing-masing mengambil dan membuat pemeriksaan beg sendiri agar tidak tertukar dengan orang lain.

Video semasa tiba di airport KK

Bergambar di airport KK

Untuk aktiviti yang seterusnya kami perlu mengambil kereta yang telah disewa di ruangan lobi airport. Untuk pengetahuan bersama, kami telah menyewa 3 biji kereta masing-masing untuk 3 keluarga. Pada asalnya aku ingin tempah satu van besar tetapi bila pikir balik siapa yang nak jadi driver? Van ala2 mini bas kut. So untuk kemudahan dan keselesaan bersama, kami bersepakat untuk menyewa 3 buah kereta dan masing-masing drive sendiri ikut citarasa yang penting tidak sesat dan selamat ke tempat yang dituju. 

PICK UP KERETA SEWA

So acara pick up kereta pun bermula. Masing-masing mengisi dan menandatangani borang sewa kereta bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


test kereta dulu : Dalam kereta otw ke tempat makan

LUNCH DI RESTORAN D'LENGKUAS SELERA KAMPUNG

Restoran ini terletak berdekatan dengan airport KK yang jaraknya 6.8 km sahaja dan kedudukannya agak tersorok sedikit. Menu yang dihidangkan banyak berasaskan kampung dan amat membuka selera kami yang kelaparan. Waktu kami sampai, terdapat ramai pengunjung sedang menjamu selera menyebabkan menu yang dihidangkan banyak yang habis dan tidak banyak pilihan. Kami pasrah dan makan apa yang ada sahaja memandangkan masa ni semua anak-anak dah kelaparan.



JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI

Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang tapi sebelum itu kami singgah sebentar di jambatan gantung tamparuli untuk melihat sendiri jambtan itu dari dekat. Oops...sebelum itu mari kita faham serba sedikit sejarah jambatan tamparuli ini sebelum kita menerokai lebih jauh. Tak kenal maka tak cinta kan. Betuk tak?

"Jambatan Lama Tamparuli telah dibina pada tahun 1930an oleh jurutera British namun sentiasa rosak akibat banjir. Selepas campur tangan daripada Bobolian, didapati bahawa roh sungai atau Tambuakar marah dengan pembinaan jambatan. Seorang gadis tempatan yang cantik bernama Solungkoi dikorbankan untuk menenangkan Tambuakar. Di dimasukkan ke dalam sebuah tajau dan ditanam hidup-hidup di bawah tiang pertama jambatan. Selepas pengorbanan itu, jurutera British tidak lagi menghadapi masalah untuk membina jambatan".

Setibanya kami di perkarangan jambatan gantung tamparuli ini, kami disambut oleh sepasukan ahli muzik dari Persatuan Seni Budaya Tuaran yang akan membuat persembahan tarian tradisional sabah. Untuk melihat persembahan ini, anda tidak dikenakan apa-apa bayaran cuma dorang meminta sedikit sumbangan (tiada paksaan) untuk pengujung yang datang bagi menampung tabungan yang ada.


Jom kita tonton persembahan dorang dulu sebelum menjejakkan kaki ke jambatan gantung.



Jambatan gantung ini merupakan satu jambatan yang diperbuat daripada kayu yang hampir sama dengan jambatan gantung lain yang ada di sabah. Cuma nya ia popular kerana terdapat sebuah lagu yang ditulis oleh seorang penyanyi kadazan dusun yang menceritakan tentang kehidupan orang di sini. Walaupuan jambatan gantung ini tidak tinggi mana namun apabila berada di atas jambatan ini, anda akan merasa gayat memandangkan jambatan ini bergoyang atau bergerak apabila kita berjalan. Lebih-lebih lagi di bawahnya ada sebatang sungai yang mengalir  luas yang dikenali dengan nama sungai  Kiulu. 

Diseberang jambatan ini terdapat kedai dan gerai yang menjual pelbagai jenis barangan kraftangan dan makanan. Yang lebih menarik lagi terdapat pasar tamu yang dibuka kepada pengunjung pada setiap hari rabu. Memandangkan kami datang ke sini hari ahad so kami tidak dapat merasai suasana pasar tamu yang meriah itu, namun kami sempat juga singgah di sini untuk solat jamak zuhur dan asar serta membeli makanan sebagai bekalan dalam perjalanan ke Kundasang.

Jom kita sama-sama merasai berada dia di atas jamabatan gantung tamparuli.

View jambatan gantung dari bawah










Dari Jambatan Gantung ini, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa kira 1 jam 20 minit (60km) untuk sampai ke Pekan Kundasang. Memandangkan kami bergerak dari sini agak lewat, so perancangan untuk singgah di pekan Nabalu dan Kinabalu park dibatalkan. Dalam perjalanan ke Kundasang, kami ditemani dengan hujan renyai-renyai sehingga menganggu sedikit perjalanan kami. Walaupun begitu kami masih dapat melihat gunung kinabalu yang tersergam indah daripada jauh seakan-akan gembira menyambut kedatangan kami.


BATARAS HYPERMARKET

Sebelum kami Check in homestay, kami terlebih dahulu singgah di Bataras Hypermarket untuk membeli bahan-bahan makanan untuk dimasak malam ini dan bahan-bahan BBQ untuk esok malam. Bataras Hypermarket merupakan satu-satu hypermarket yang ada di kundasang yang menjual pelbagai jenis barangan basah dan kering serta lain-lain barangan keperluan harian penduduk di situ. Ianya terletak betul-betul ditepi jalan berdekatan dengan pekan Kundasang.

Pada asalnya kami ingin mencari bahan-bahan untuk BBQ seperti ayam, sotong, udang, hotdog, fries dan nuget tetapi memandangkan kami sampai dah lewat ke malam serta hujan, kami terus membuat perancangan baru dengan memasak sendiri untuk makanan dinner. Jadi malam ini kami memborong bahan-bahan makanan mentah dan peralatan memasak yang agak banyak yang menelan belanja kira-kira RM300+++. 

Emmm...balik ni memang tak rehat lah kita...sama-sama kita berperang kat dapur bersama pisau, senduk dan kuali.

CHECK IN NANGKAILAI HOMESTAY

Homestay Nangkailai aku booking menggunakan Airbnb. Aku memilih homestay ini kerana bacaan melalui review tetamu yang pernah menginap homestay ini semuanya menletakkan rating yang tinggi dan sangat bagus. Melihat pada gambar-gambar yang dihidangkan, homestay ini terletak berdekatan dengan gunung kinabalu dan view nya memang cantik dan memukau. Homestay ini amat sesuai untuk family/kawan-kawan dalam kuantiti yang ramai. Homestay ini menyediakan 4 bilik tidur, ruang tamu yang luas, kelengkapan perlatan memasak/BBQ, TV dan pearalatan games. 

Oleh kerana kami yang menginap ini terdiri daripada 4 family, so homestay ini amat sesuai untuk kami yang ramai. Oleh itu aku tidak teragak-agak untuk menempah homestay ini walaupun terdapat banyak lagi homestay lain yang disediakan di kundasang ini. Aku telah membuat tempahan 6 bulan awal sebelum fly bagi mengelakkan tempahan full pada tarikh tersebut.

Memandangkan waktu check in homestay ini malam, aku tidak berkesempatan untuk mengambil apa-apa gambar dan video untuk tatapan bersama cuma aku boleh ceritakan serba sedikit berkaitan check in kami ini.

Laluan untuk masuk ke homesatay agak scary sedikit lebih-lebih lagi waktu malam yang gelap tanpa ada cahaya lampu jalan. Pada awalnya kami follow sahaja map yang diberikan sampai satu tahap, aku tidak boleh meneruskan perjalanan ini kerana dihdapan terdapat laluan air sungai kecil yang aku rasakan amat bahaya untuk merentasinya. Aku terpaksa menelefon penjaga homestay tersebut bagi memastikan jalan yang kami lalui ini betul.

Sah. memang kami kena merentasi air sungai ini. Tanpa ragu-ragu kami mengikut arahan yang diberikan. Selepas merantasi air sungai itu, kami sekali lagi jadi buntu kerana tidak tahu arah mana yang perlu dilalui kerana dihadapan kami terdapat dua biji rumah dan beberapa ekor anjing sedang menyalak seakan-akan menunggu kedatangan kami. Kami tidak nampak jalan untuk meneruskan perjalanan. Sekali lagi aku melefon penjaga homestay tersebut dan dia akan datang untuk menunjukkan jalan.Rupa-rupanya homestay tersebut terletak di belakang rumah yang 2 biji tu dan kami perlu lalui lorong kecil untuk sampai ke homestay. 

Pesanan saya sesiapa yang tempah homestay ini, perlu check ini waktu siang dan check in waktu malam. Jangan jadi macam kami....huru hara jadinya.

Alhamdulillah sebaik sahaja sampai, kami amat merasa lega kerana penjaga homestay ini pun baik menyambut kedatangan kami dan lebih melegakan lagi homestay ini amat selesa, kemas dan cantik sepertimana yang terdapat dalam gambar dab review pengunjung.

DINNER

Sekali lagi kami, para-para ibu berhadapan dengan perang yang dasyat di dapur. Peluang untuk rehat dan santai-santai seperti yang dimimpikan sebelum ini, hancur berkecai dan berlalu begitu sahaja. Masing-masing mengambil peranan dan apa yang patut diuat dahulu. Malam itu kami dihidangkan dengan ayam goreng, sup ayam, ikan masin serta buah tembikai. Walaupun agak ringkas, tetapi amat membuka selera kami yang kelaparan dari tadi.

Sebahagian barang makanan yang di beli di Bataras Hypermarket

Ada orang request Sambal Belacan. Untuk tidak menghampakan permintaan tersebut, para ibu-ibu menyediakan apa yang diinginkan

Kesibukan didapur tanpa menghiraukan keletihan

Bagi memastikan hidangan malam terhidang, para ibu melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin

Masa kanak-kanak amat menyeronok kerana tanpa perlu memikirkan masalah dunia


Yeyy...sebahagian hidangan telah terhidang







Sedap dan menyelerakan walaupun agak ringkas

Selamat menjamu selera semua! Alhamdulillah masing-masing semua berselera makan. Penat memasak hilang begitu sahaja sebaik melihat makanan yang dimasak habis dimakan. 

Selepas makan, kami keluar ke beranda untuk menghirup udara malam yang segar dan sejuk. Kami terpaksa memakai stokin dan baju sejuk kerana udara pada malam hari amat sejuk sekali ditambah pulak dengan angin yang sekali sekala datang menyapa ke tubuh kami, membuatkan badan agak mengigil kesejukan. Tiba-tiba hati ini merasakan bahawa kami ini telah berada di oversea. 

Ok lah setakat ini untuk hari pertama. Jom tido. Jumpa lagi untuk hari yang ke dua dan episode seterusnya. Jangan boring membaca yer, banayk lagi kisah-kisah dan tempat yang menarik di sabah yang sempat kami kunjungi.

Good night!

                                                         
INTENARY & BAJET                                                                            DAY 2


 

No comments:

Post a Comment