Trip to Pulau Pangkor & Ipoh OKT 2021 (Day 1)

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Kali ini kami sekeluarga meneruskan aktiviti berjalan di Pulau Pangkor buat kali yang ke-4. Kebetulan pada trip kali ini bertepatan dengan anniversary kami yang ke 6 jatuh pada 24 Oktober 2021. Sambil Holiday sambil honeymoon.. gituuu.. Orang kata sambil menyelam sambil minum air. 

Memandangkan saya ni jenis kaki jalan jadi sebaik sahaja kerajaan membenarkan untuk merentas negara, automatik kepala ku berjalan untuk pergi bercuti. Untuk permulaan aku mengambil kesempatan untuk bercuti tempat yang dekat dan biasa pergi so takde lah aku bekerja keras untuk membuat survey dan meneroka tempat yang nak dikunjungi. Rilek sikit lah aku kat situ cuma buat Tempahan hotel dan feri jer. 

Seperti biasa kami bergerak dari rumah di Kundang tasik biru pukul 7.45 pagi dan sampai di marina jeti tepat pukul 11 pagi. Kami perlu bayar parking dahulu sebelum masuk ke jeti Marina dengan rate bayaran untuk 1 hari adalah RM18. Oleh kerana kami letak kereta untuk 3 hari, kami perlu membayar parking sebanyak RM36. Agak mahal juga lah rate ni tapi kami tiada pilihan lain terpaksa bayar juga harga rate ni.

Menaiki feri dari Jeti Marina ke Jeti Pangkor 

Feri yang ditempah akan bertolak tepat pukul 12.15 jadi hampir 1 jam juga kami perlu menunggu kat jeti marina sebelum berlepas. Harga yang dibayar untuk feri ini ialah RM untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Harga tiket ini termasuk pergi dan balik.

Aku memilih jeti marina berbanding jeti Lumut kerana tempoh masa dan jarak dari jeti marina ke pulau pangkor adalah lebih dekat iaitu hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai. 

Orang ramai sedang beratur untuk memasuki feri

Ini adalah feri yang mengangkut penumpang untuk ke jeti pangkor

Sebaik sampai di pulau pangkor, kami terus menempah van untuk dibawa balik ke penginapan. Harga yang kami perlu bayar adalah RM16 untuk 4 orang . Tak kisah lah mahal ke murah yg penting destinasi yang kami nak pergi sampai tepat masa nya. 

Van berwarna Pink sentiasa sabar menunggu dan membawa penumpang ke destinasi yang diminta. 

Check in. 

Selama 15 minit menaiki van, akhirnya kami sampai ke hotel purnama resort yang telah ditempah melalui agoda dan terus check in. Proses check in amat senang dan ringkas. Aku hanya perlu membayar deposit Rm50 sebagai wang pendahuluan dan akan dikembalikan sekira tiada apa2 barang resort yang hilang atau rosak. Yang seronoknya Resort ini ada menyediakan kolam untuk mandi. 
Apa-apa pun check in dulu

Lunch

Selepas check in, kami terus mencari gerai makan untuk lunch bagi menghilangkan rasa kelaparan. Kami memilih gerai makan yang terletak ditepi pantai agar kami dapat menjiwai suasana dan  mendengar bunyi desiran ombak pantai. 

Memandangkan citarasa kami berbeza, aku terpaksa makan sorang diri kerana anak2 dan suami ingin makan nasi ayam. Aku pulak jenis tekak kelantan tak boleh lari dari tomyam jadi aku mengambil keputusan untuk makan di gerai sebelah yang ada menjual menu tomyam. 

Menu makan tengahari

Tomyam nya sedap tapi agak banyak untuk sorang makan. Harga boleh tahan mahal iaitu RM23. 00 termasuk nasi puteh, telor dadar, tomyam dan teh ais. Cekik darah juga ni. Mungkin dorang nak cover kos gerai makan yang lama tutup dan tiada kunjungan pelancong. Pikir balik sian juga... 

Aktiviti berehat ditepi pantai

Kami tidak plan apa-apa intenary kat pulau Pangkor selain mandi kerana semua tempat lawatan di pulau Pangkor telah dikunjungi sebelum ini. Jadi kali ini kami tidak menyewa kereta mahupun motor, tidak snorkeling, tidak menaiki apa2 boat kerana matlamat kami berkunjung ke pangkor adalah semata2 untuk berehat sambil mandi pantai. Anak2 tidak merengek dan bagi mereka mandi pantai sudah memberi keseronokan bagi nya. 

Memandangkan suasana panas membahang, kami hanya berehat dan bersantai ditepi pantai sambil menghirup udara dan merasai angin pantai yang nyaman. Aktiviti mandi dan main pasir akan dilakukan pada sebelah petang nanti. 

Main buaian sambil menghirup udara segar



Baring ditepi pantai



Oleh kerana terlalu panas, kami balik ke resort terlebih dahulu untuk berehatkan badan. Kami akan ke pantai semula untuk mandi selepas waktu asar yang mana cuaca pada masa itu telah pun agak redup dan agak teduh sedikit. 

Aktiviti mandi pantai

Sebaik sahaja selesai solat asar, kami turun semula ke pantai untuk melunaskan aktiviti mandi pantai yang tertunda tengahari tadi. Air pasang dan ombak yang kuat pada waktu petang menyebabkan kami tidak seronok untuk mandi pantai kerana bimbang akan keselamatan. Lagi pula, air laut agak kotor sedikit kerana ombak telah membawa sampah ke tepian pantai. Ini agak mengganggu aktiviti mandi pantai namun kami tetap luangkan masa kat sini 1jam sebelum pulang ke resort... 

Jom lihat gambar aktiviti mandi pantai di bawah... 

View pantai waktu petang

Waktu ini air pasang dan ombak agak besar

Telah menghampiri lewat petang

Acara melukis diatas pasir di tepian pantai

Tiada tempat yang teduh ketika ini. Terpaksa baring di bawah matahari petang





Mandi kolam

Di resort kami meneruskan aktiviti mandi kolam. Sebelum terjun ke dalam kolam, kami membersihkan dahulu segala pasir-pasir yang melekat pada pakaian di bawah semburan air paip bagi mengelakkan pasir masuk ke dalam kolam.  Pada masa ini terdapat beberapa orang pengunjung yang mandi dan berehat santai ditepi kolam sambil mengawal pergerakan anak masing-masing. 

Gambar mandi kolam terlupa nak rakam kerana keterujaan yang terlebih untuk mandi. 


 Dinner

Di Teluk Nipah suasana malam agak meriah dan happening kerana ramai pengunjung yang keluar untuk makan dan beriadah ditepi pantai. Terdapat pelbagai gerai makanan yang dibuka ditepi2 jalan. Kami mengambil keputusan untuk makan malam di gerai Seafood yang menyediakan meja makan di tepi pantai. Keputusan ini diambil kononya ingin meraikan anniversary kami yang ke-6 sambil menghayati keindahan  dan suasana pantai di waktu malam... 

Hidangan malam kami adalah siakap 3 rasa, sotong celup tepung, kailan ikan masin, teh o ais 1 jug dan 4.nasi puteh. Kos yang kami perlu tanggung untuk hidangan ini adalah RM130. 00. Makanan sedap terutama sotong celup tepung tapi harga boleh tahan mahal. Untuk makan kat sini, anda perlu set kan dalam minda untuk terima harga ini baharu lah kita tidak merasa harga yang mahal tu. 

OK lah tak per... Kami datang sini memang untuk makan pun so kita perlu korbankan sikit untuk perabih duit kerana impian yang terlaksana akan ada pengorbananya. 

Ini lah hidangan dan suasana makan malam kami

Ramai pengunjung yang datang makan dengan memilih meja makan ditepi pantai

Seronok juga makan kat tepi pantai ni..


Selamat ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6-acah-acah sweet gitu

Suasana malam ditepian pantai menambahkan seri romantik kami..gituuu



Waktu malam di pangkor

Suami minta tolong ambil gambar dia kononnya nak bagi nampak latarbelakang pantai di waktu malam.... Nah ambil... dengan latar belakang yang gelap gelita


OSAKA, JEPUN                                                                                                                             DAY 2



No comments:

Post a Comment