Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Day 4)

Hai...berjumpa lagi kita.

Hari ini masuk hari yang ke empat kami meneroka bumi Jepun. Sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa perut mesti di isi terlebih dahulu. Baru lah ada tenaga untuk berjalan. 

Arashima bamboo forest

Destinasi hari ini ialah ke tempat yang paling popular di Kyoto iaitu Arashima bamboo forest. Kalau sampai ke Osaka, anda wajib untuk berkunjung ke sini kerana tempat ini menyediakan view pokok buloh yang cantik dan tumbuh secara tersusun. Untuk sampai ke sini kami perlu menaiki train ke Kyoto. 

Ok lah..jom kita teruskan perjalanan pada hari ini dengan bismillah...Mulakan perjalanan dengan menunggu train untuk stesen Kyoto


Menunggu dan menaiki train untuk ke stesen Kyoto

Nasib kami kurang baik kerana aku tersalah map nama tempat yang sama dengan arashima bamboo forest. Aku ingat tempat yang aku map tu sama dengan tempat yang aku nak tuju iaitu arashima bamboo forest tetapi lain pulak yang jadi nya. Kami dihantar ke tempat lain dan perlu menaiki train dan subway semula. Kami terpaksa menghabiskan duit untuk membeli tiket subway dan lain-lain train untuk betul-betul sampai ke destinasi yang ingin dituju. Ini namanya kos diluar jangka so kalau nak berjalan kena sediakan budget luar jangka yer. Kalau budget ngam-ngam jer, mati kutu kita dibuatnya. Haha...Sekian nasihat daripada aku. Ok lah berbalik kepada cerita yang asal.

Namun begitu, kami anggap ini adalah pengalaman baharu dan ada hikmat disebalik semua kejadian ini yang mana kami dapat merasa menaiki subway tozai line dan Keifuku railway (tram). Transport ini tiada pun dalam intenary yang kami rancang sebelum ini. Jadi untuk sampai ke Arashima bamboo forest agak lewat sedikit dan secara tidak langsung menghadkan perjalanan untuk ke tempat-tempat lain yang telah dirancang.


Tempat menunggu TRAM di stesen Raden tenjigawa

TRAM dah sampai

Ini lah dia TRAM yang perlu kami naiki untuk sampai di stesen Kyoto yang pada awalnya tiada pun dalam intenary kami. Tram ini menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan perjalanan. Tapi bagus juga naik TRAM ni sebab stesen dia betul-betul dalam bandar Kyoto dan tak perlu berjalan jauh. Kami menaiki TRAM dari stesen Randen tenjigawa ke stesen Arashima bamboo dengan harga 220y/dewasa (RM8.50) dan 110y/kanak-kanak (RM4.20) yang mengambil masa 10 minit untuk sampai.

Suasana dalam TRAM

Dah sampai ke destinasi yang di tuju iaitu stesen Arashima bamboo yang terletak ditengah-tengah bandar Kyoto

Keluar sahaj dari Tram, kami dihidangkan dengan pelbagai jualan yang ibarat macam mall

Bergambar di tengah bandar Kyoto yang sentiasa sibuk dengan orang ramai

Jalan menuju ke Arashima bamboo

Perjalanan menuju ke arashima bamboo forest mengambil masa 15 minit untuk sampai. Walaupun agak jauh tapi kami tidak merasa kepenatan berjalan kerana teruja dengan hidangan gerai jualan dan suasana yang meriah oleh orang ramai. Di sini anda boleh melihat ramai pengunjung memakai baju tradisional jepun iaitu kimono sambil berjalan-jalan. Bangunan di kyoto banyak berlatarbelakagkan rekabentuk pada masa dahulu dan ini salah satu tarikan kepada orang ramai yang datang berkunjung.


Melalui map yang dipaparkan, anda boleh melihat secara lebih dekat tempat-tempat yang boleh dilawati di kyoto. Apabila anda sampai ke kawasan arashima bamboo forest, anda perlu berjalan sampai kehujung kerana di situ terdapat view yang cantik untuk mengambil gambar berlatar belakangkan pokok buloh. 


Perjalanan diteruskan walaupuh dah sampai ke tempat pokok buloh

Nampak dah keletihan kat situ


Kat sini pun dah cukup cantik dah

Semakin jauh ke dalam, semakin cantik kedudukan pokok bulohnya











Ini penghujung jalan yang ada poko buloh
 
Selesai berjalan-jalan dan mengambil gambar di kawasan pokok buloh ni, kami meneruskan perjalanan ke depan tanpa berpatah balik kerana kami ingin menerokai lebih jauh kawasan dalam arashima bamboo ini. Disamping itu juga kami ingin mencari tempat yang sesuai untuk membuka juadah bekalan makanan untuk tengahari. 

Didalam kawasan ini juga disediakan taman kepada pengunjung untuk merehatkan badan. Temapt ini amat sesuai untuk kami jadikan port makan tengahari kerana jauh daripada orang ramai dan ada meja serta kerusi untuk dijadikan tempat makan kami. Alhamdulillah setelah selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan sambil bersia-sia melihat suasana dan view disekitar arashima ini.

view yang cantik walaupun hanya batang pokok sahaja

Sungai Katsura gawa

Setelah jauh berjalan, akhirnya kami dihidangkan dengan sebatang sungai yang luas dan panjang serta jernih. Sungai ini dinamakan Katsura gawa river yang terletak di Arashima kyoto. Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sungai ini antaranya menaiki bot yang dipandu oleh boatman dengan menyusuri perairan sungai dan melihat keindahan sekitar sungai tersebut. Sekiranya ingin melihat kaedah menangkap ikan secara tradisional yang dipanggil UKAI anda boleh datang ke sini pada pertengahan bulan Jun hingga September.Banyak lagi aktiviti yang dijalankan di sini namun festival dan event yang diadakan adalah mengikut musim.

Kedatangan kami pada musim sejuk ini hanya dapat melihat bot menyusuri sungai, melihat itik-itik peliharaan yang dilepaskan dalam sungai dan Togetsukyo bridge. Sekiranya berpeluang, anda boleh melihat romantik train bergerak perlahan menyusuri bukit disebelah sungai Katsura gawa. Pada masa musim bunga, anda akan dihidangkan view bunga  cherry blossom yang cantik dan indah di area bukit tersebut.


Ramai pengunjung berjalaan menyusuri tebing sungai menuju ke Togetsukyo bridge.


Sebelum meneruskan perjalanan, kami rehatkan badan sekejap kat sini sambil melihat arus sungai dan itik berenang. Anak-anak yang lebih teruja melihat itik berenang, Kami yang dah tua ni, sudah biasa tengok di kampung masa kecik-kecik dahulu.


Siap duduk lagi...emm bila lah nak bergerak ni. Banyak tempat lagi nak singgah

Itik berenang dan kayuhan perahu menjadi tarikan anak-anak

Dari sini kami dihidangkan dengan Togetsukyo bridge yang panjangnya 155meter.
Dikejauhan anda dapat melihat perahu dan boat yang disediakan untuk pengunjung yang  berminat untuk menyusuri sungai. 


Masih lagi berada disekitar sungai dan pengkalan. Niat untuk menaiki boat dibiarkan berlalu kerana kekangan masa yang ada. Banyak lagi tempat yang perlu kami kunjungi. 

Sebaik sampai dijambatan, kami belok ke kiri dengan melalui jalan yang sama semasa kami sampai. Dikiri dan kanan kami dihidangkan dengan kedai makan, aksesori, pakaian, barang antik dan banyak lagi. Kami cuba mencari kedai yang bertanda halal untuk membeli makanan tapi tidak dijumpai. Sepanjang jalan ini dipenuhi oleh orang ramai yang lalu lalang dan penuh sesak. Kami mengambil keputusan untuk terus ke JR stesen Saga Arashima untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang lain.

Begini lah suasana sepanjang jalan

Akhirnya jumpa juga kedai yang menjual aiskrim yang halal. Bukan main seronok lagi dapat makan aiskrim setelah sekian lama tak merasai nya.


Pada asalnya ada dalam itenarary untuk menaiki Sagano romantik train tetapi masa tidak mengizinkan kami berbuat demikian. Bagi aku, untuk menerokai bumi kyoto secara menyeluruh, anda memerlukan masa sekurang-kurang 3 hari berada di sini. Kalau setakat satu hari jer, macam ni lah kami hanya dapat melawat tempat tertentu sahaja. Tak pe lain masa kita explore lagi yer.

Stesen sagano ini terletak bersebelahan dengan JR stesen Saga Arashima. Selesai menghabiskan saki baki aiskrim, kami terus menaiki train JR menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Ninenzaka Kyoto. 

Ninenzaka dan Sannenzaka Kyoto

Ninenzaka dan Sannenzaka terletak di daerah Higashiyama-ku Kyoto, Japan yang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang popular di Jepun.Tempat ini merupakan satu tempat bersejarah yang dipelihara dan dijaga sehingga kini. Tarikan utama di sini adalah bangunan tradisional lama jepun dan bangunan Hokanji temple(Yasaka Pagoda) yang merupakan mercu tanda utama di Ninenzaka dan Sannenzaka.  Untuk meninjau kawasan ini, anda perlu melalui satu lorong pejalan kaki yang di kiri kanan dihidangkan dengan bangunan-bangunan lama, rumah-rumah kediaman, restoran dan kedai-kedai yang menjual aksesori dan barang-barang antik. Di lorong-lorong ini, anda boleh mengambil gambar yang cantik berlatarbelakangkan Yasaka pagoda yang tingginya 46 meter.

Sekiranyan anda berada di Osaka, jangan lepasakan peluang untuk datang ke sini kerana tempat ini sangat cantik dan boleh melihat cara hidup orang jepun di zaman yang lampau. Di sini juga anda boleh melihat wanita-wanita jepun berpakaian tradisonal jepun yang berlatarbelakangkan bangunan lama yang dibina pada zaman dahulu. Di sini juga terdapat kediaman lama yang dijadikan sebagai restoran coffee starbucks yang dikenali Kyoto Ninenzaka Yasaka Chaya.

Ringkasan peta yang menunjukan kawasan Higashiyama yang boleh dilawati termasuklah Ninenzaka dan Sannenzaka.

Belakang itu adalah Yasaka Pagoda

Yasaka Pagoda

Bangunan kediaman lama orang-orang jepun yang diperbuat daripada kayu yang masih kukuh dan utuh sehingga kini.

Di sepanjag lorong pejalan kaki dihidangkan dengan bangunan-bangunan lama yang menjadi nostalgia kepada setiap pengunjung yang datang.


Disepanjang lorong, jalan nya agak membukit dan amat meletihkan tetapi sekiranya anda ingin mendapatlan view pagoda yang cantik, pengorbanan harus dilakukan.
Tidak sia-sia kami datang ke sini. Tempat ini memang awsome dan cantik. Untuk sampai ke tempat yang macam ni, anda perlu berjalan kaki sejauh 1km dari bus stop tadi.
Aku juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan
Lagi gambar kenangan

kedai-aksesori yang menjadi tarikan anak-anak. Sekadar melihat sahaja sebab harga yang ditawarkan agak mahal




Kakak aku pun tidak melepaakan peluang untuk bergambar sebagai kenangan

Ini adalah tangga untuk ke lorong yang ke dua yang mana lorong ini terdapatnya restoran starbucks





Ada acara meniup seruling bersama dengan anjing peliharaan yang dipakai dengan baju sebagai tarikan kepada pengunjung.



Restoran coffee starbucks yang dikenali Kyoto Ninenzaka Yasaka Chaya.


Kyoto tower

Destinasi yang seterusnya ialah menaiki menara Kyoto untuk meninjau bandar Kyoto daripada atas. Menara Kyoto siap dibina pada tahun 1964 dengan ketinggian 131 meter. Bayaran masuk adalah 800 yen atau RM31.00 dan boleh melihat keseluruhan bandar Kyoto (360 darjah). Bangunan ini terletak berhampiran dengan stesen Kyoto yang memudahkan orang ramai berkunjung ke sini.

Gambar ehsan dari google-Menara Kyoto


Menara Kyoto yang sempat di ambil sendiri


Hasrat kami untuk meninjau bandar Kyoto tidak kesampaian kerana ketika ini pihak Kyoto tower telah menutup semua aktiviti kepada pengunjung ekoran daripada pendemic covid19 yang dirasai oleh semua orang di seluruh dunia. Terasa sedikit kekecewaan kat situ. Namun kami beranggapan tiada rezeki dan mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini. 

Sebelum bertolak balik ke guesthouse, kami perlu menunaikan solat zuhur dan asar terlebih dahulu. Maklumat mengatakan terdapat surau kecil yang dikhaskan kepada orang-orang muslim untuk solat di dalam bangunan Kyoto tower ini cuma kami tidak pasti kedudukan surau tersebut di tingkat berapa. Terlebih dahulu kami perlu bertanya mana-mana kaunter informasi untuk mengetahui lebih lanjut berbanding kami mencari sendiri yang mana ia akan mengambil masa yang lama untuk menjumpainya sedangkan tempoh masa solat jamak/qasar zuhur dan asar sudah menghampiri waktu magrib.

Alhamdulillah, nasib kami baik kerana waktu kami sampai, surau belum lagi ditutup. Kedudukan surau adalah di tingkat 3 bangunan Kyoto dan anda perlu mengisi borang terlebih dahulu dikaunter informasi tingkat 3 sebelum dibenarkan untuk solat. Ruangan solat untuk lelaki dan wanita diasingkan melalui pintu yang berlainan.

Jom solat....

Kelengkapan solat seperti telekung, sejadah dan tempat mengambil wuduk disediakan namun ruangan solat ini hanya boleh muat dalam 2@3 orang sahaja. So didalam ruangan solat ini tidak dibenarkan untuk berehat dan tidur yer.

Ruangan solat untuk wanita. Sebaik sahaja pintu dibuka, anda akan dihidangkan dengan informasi solat yang dilekatkan pada dinding.


Suasana di dalam bilik solat

Ruangan tempat mengambil wuduk

Bilik solat di tutup

Sebaik sahaja kami selesai solat, bilik sembahyang ini terus ditutup oleh pihak bangunan kerana tempat ini akan ditutup awal ekoran COVID 19.

Selepas solat kami bergegas keluar daripada bangunan ini kerana sekejap lagi ianya akan ditutup oleh orang ramai. Kami meneruskan perjalanan balik ke guesthouse dengan menaiki train dari stesen Kyoto. 
 
Satu hari berjalan tanpa henti akhirnya kecundang jua. Sophea telah tertido di dalam train dan ayahnya terpaksa dokung sebaik sahaja tiba di stesen Shin imamiya yang berdekatan dengan guesthouse.

Sian dia. letih sangat dah tu

Gerai makan  berdekatan stesen Shin Imamiya

Semasa perjalanan ke guesthouse, kami ternampak satu gerai yang menjual makanan dan tertulis kat menu tersebut adalah HALAL. Apa lagi terus kami terjah tuan punya kedai menu apa yang ada di jual di sini. Kami dibertahu bahawa, dia ada menjual masakan panas seperti nasi goreng, mi goreng, nasi puteh, ayam goreng dan lain-lain makanan jepun yang halal.

Kami sempat bersembang dengan abang yang menjual di gerai ini. Rupa-rupanya dia pernah berkunjung ke Malaysia selama 3 bulan dan sempat merasai makanan dan budaya orang Malaysia. Sebab itu dia boleh memasak makanan yang disukai oleh  orang malaysia iaitu nasi goreng.

Kami telah memesan menu nasi goreng dan nasi puteh bersama ayam goreng. Rasanya amat sedap dan tidak mengecewakan. Aku telah mengambil beberapa keping gambar untuk tontonan bersama. Jom scroll ke bawah.


Memandangkan di luar agak sejuk, kami ambil kesempatan untuk menunggu di dalam gerai yang ditutupi oleh plastik kerana ianya telah diletakkan heater  yang boleh memanaskan badan dan mengurangkan kesejukan. 





Alhamdulillah akhirnya sampai juga kami ke tempat kediaman setelah satu hari suntuk berjalan di Kyoto. Tanpa membuang masa, kami terus membuka bungkusan makanan yang di beli dari gerai abang tadi. Rasanya memang sedap dan amat berbaloi dengan harga yang di bayar. Tak kisah harga mahal yang penting sedap. Esok kita pesan lagi makanan ni yer, bagitahu anak-anak ku. Sedap lah tu.

Selesai makan, kami terus mandi dan mengerjakan solat magrib dan isyak. Sebelum tidur aku perlu membersih pakaian terlebih dahulu dan menyiapkan bahan-bahan untuk menu esok pagi. Ketika ini yang paling sedap dan seronok ialah dapat merehatkan badan di atas katil dengan suhu bilik yang bilik yang suam. Ini merupakan nikmat anugerah tuhan yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Ok lah selamat malam semua. Kita jumpa esok pagi yer. Sweet dream.

DAY 3                                                                                                                                           DAY 5

No comments:

Post a Comment