Assalamualaikum semua,
Sempena cuti sekolah hujung tahun, aku mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti ke Legoland yang mana tempat ini memang dah lama kami rancang untuk kunjungi cuma tak berkesempatan. Namun begitu Alhamdulillah dengan izin Allah rancangan yang kami plan selama ini akhirnya tertunai jua pada kali ini.
Danga Bay Antiquities house
Kami bercuti ke Johor selama 3 hari 2 malam dengan mengambil penginapan sebuah apartment melalui tempahan airbnb dengan harga RM240.00. Tempahan penginapan keseluruhannya adalah secara dalam talian dan kami tak jumpa pun pemilik apartment ini kerana cara check ini adalah selfservice. Semuanya senang dan memudahkan.
Nama apartment yang kami menginap ini adalah Danga Bay Antiquities house yang mempunyai 1 bilik tidor, ruang tamu, ruangan dapur, beranda, tv box, dan peralatan toiletries. Banyak kemudahan yang terdapat di apartment ini termasuk lah kolam mandi, security 24 hours, free parking dan gimnisium. Kami amat selesa menginap di sini kerana kawasannya bersih dan selamat. Amat recomanded bagi sesiapa yang ingin menginap disini.
Ini adalah apartment yang kami duduk sepanjang 3 hari kat johor
Menyediakan tempat rehat dan aktiviti permainan untuk kanak-kanak
Ruang tamu yang dilengkapi dengan perabot dan hiasan serta TV
Anjung Senibong Seafood
Aktiviti pertama kami selepas check in adalah makan malam di Anjung Senibong Seafood yang mana tempat ini famos dengan makanan laut yang segar, sedap dan menyelerakan. peluang sebegini tidak dilepaskan begitu sahaja. Kami terus meredah kegelapan malam dengan menaiki kereta dan bergerak hanya berpandukan jalan yang ditunjukkan oleh google map. Alahmdulillah setelah hampir 20 minit memandu, akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang di idam-idamkan. Anjung Senibong ini betul-betul terletak ditepi laut yang mana pelanggan boleh menikmati udara pantai yang segar sambil melihat keindahan air laut diwaktu malam. Yang lebih menarik, anda boleh nampak bandar singapore yang dihiasi dengan cahaya lampu dengan jelas. Bertapa dekatnya negara singapore dengan negeri Johor.
Laluan menuju ke anjung Senibong. Kiri kanan terdapat gerai jualan
pelbagai jenis ikan segar yang dihidangkan untuk pilihan pelanggan
Ini adalah view bandar SIngapore yang boleh dilihat dengan jelas sambil menikmati makanan.
seafood ketam - masak merah
Tomyam campur
Kedai jualan pakaian menambahkan kemeriahan diwaktu malam
Jarak malaysia dengan SIngapore sungguh dekat
Selesai menikmati makan malam yang sedap, kami terus beredar untuk pulang ke apartment tanpa berhenti di mana-mana tempat. InI kerana kami perlu berehat dan tidur seawal mungkin untuk menyimpan tenaga bagi aktiviti di hari esok yang agak mencabar.
selamat malam semua.
No comments:
Post a Comment