Hai selamat pagi semua... Destinasi seterusnya hari ini ialah ke Langkawi skycab yang terletak di Oriental villang di kaki Gunung Mat Chinchang. Ianya merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan dan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara . Tempat ini amat popular kerana terdapat beberapa kawasan utama yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu :
(i) Kereta kabel yang dipanggil Gondola (Cable car)
(ii) Titian gantung (Sky bridge)
(iii) Pelantar tinjau (Observation deck)
(iv) 3D Art paradise
(v) Skydome
(vi) Oriental village
Sebelum meneruskan perjalanan, kami menjamu selera di pantry yang disediakan oleh pihak Hotel dengan servis layan diri. Menu yang disediakan adalah bihun, mee goreng, roti dan hot coffee. Alhamdulillah, perut pun dah kenyang, jom kita meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah dirancang sebelum ini.
Sebaik sahaja sampai di Sky cab, kami terkejut kerana melihat ramai sangat orang sedang beratur sedangkan waktu kami sampa masih di awal pagi. Pada mulanya aku ingat orang yang beratur panjang tu nak beli tiket, rupa-rupanya mereka sedang menunggu untuk masuk ke dalam Skycab yang akan dibuka pada pukul 9.00 pagi. Lega sikit rasanya kerana kat kaunter tiket tidak terlalu ramai yang beratur.
Setelah selesai urusan tiket, kami terus beratur mengikut line yang telah ditetapkan, Sebaik pukul 9 pagi, kami dibenarkan masuk dan di dalamjuga perlu beratur dan menunggu giliran untuk menaiki cable car. Pada masa ini juga,pihak sky cab menyediakan perkhidmatan photo both dan setiap orang/keluarga wajib bergambar.Seperti biasa gambar ini boleh diperolehi selepas selesai menjalankan aktiviti -aktiviti nun diatas sana.
Orang ramai sedang beratur untuk Check in
Kelihatan orang ramai sabar menunggu giliran untuk menaiki cable car
Dari atas kelihatan orang ramai sedang menunggu dan beratur untuk masuk
Setelah lebih sejam menunggu, akhirnya sampai lah giliran kami untuk menaiki cable car. Satu cable car sesuai dengan jumlah kapasiti kami yang 5 orang ini (3 dewasa dan 2 kanak-kanak). Pada mula-mula masing-masing takut, terutama apabila cable car bergerak ke arah puncak yang lebih tinggi. Macam-macam bermain dalam kepala aku ni...risau takut sekiranya ada perkara yang tidak di ingini berlaku. Aku berdoa banyak-banyak dan selain nya berserah dan bertawakkal kepada Allah sahaja.
Jom lah kita scroll kat bawah untuk melihat reaksi dan gelagat kami semasa menaiki cable car ini.
Di awal nya kami nampak cam seronok
Keseronokan hilang sedikit demi sedikit apabila semakin tinggi
Masing-masing terasa cemas dan takut apabila melihat puncak yang tinggi
Budak-budak memang serono tapi orang tua memang terasa gayat...
Menghayati view yang menghijau
Sampai sudah ke perhentian yang pertama
Semasa menaiki cable car, terdapat dua stesen utama untuk berhenti. Stesen yang pertama adalah khas untuk melihat pemandangan melalui obsevation deck yang disediakan dan boleh mengambil gambar dengan panorama yang indah. Sekiranya anda tidak mahu berhenti, anda tidak perlu kelaur dari cable car dan meneruskan destinasai ke stesen yang ke dua. Bagi aku adalah satu kerugian jika tidak berhenti di sini kerana pemandangan dari atas amat cantik sekali ditambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa...aduii terasa damai sangat.
Kami sampai ke stesesn yang pertama
Ini stesen yang pertama
Sempat menghayati pemandangan nun jauh sayup mata memandangan
Kat sini hanya sesuai untuk bergambar dan melihat pemandangan
Jom kita ke stesen yang ke dua...
Menunggu cable car yang kosong untuk meneruskan ke stesen yang ke dua
Kelihatan cable car hanya berhenti untuk mengambil dan mengeluarkan orang sahaja
Untuk stesen yang ke dua, masing-masing kelihatan seronok dan gembira...tiada lagi rasa cemas, takut dan gayat.
Museum 3D
No comments:
Post a Comment