Trip to Cameron Highland - Day 1

 4 April 2015

Assalamualaikum.... kali ini aku ingin bercerita berkenaan percutian ke Cameron Highland pulak. Aku kesana hanya 2D1N sahaja. Percutian ku kali ini lain sikit kerana trip ni semua adalah dari kalangan ofismate. Memang kami plan sudah lama tapi baru kali ini kami berjaya merealisasikan impian yang tersimpan. Ok aku tak nak bercerita panjang...so kali ini rombongan group yang join ialah 9 orang dewasa dan 7 orang kanak2 dan semua nya bawah 7 tahun yg under control. Emmm...tentu meriahkan dengan gelagat diaorang....?

Sebelum berangkat ke detinasi, terlebih dahulu kami booking penginapan supaya tidak kelam kabut semasa check in nanti. Yang booking nya memang sah2 lah aku...huhu....

Kami menginap di apartment Carnation Park, Tanah Rata, dan telah menempah 2 apartman. 1 apartment berharga RM 250/night so Jumlah semua ialah RM500. Apartment ini mempunyai 3 bilik dan setiap bilik di lengkapi dengan katil, perabot dan kipas siling. Aircond??? Memang sah2 takde kan sb kat sini memang dah sejuk terutama waktu tengah malam. Ruang tamu pulak di lengkapi dengan tv, sofa, kipas siling, meja makan dan ruang dapur disediakan sinki, heater, jug, pinggan mangkuk, gelas dan dapur.

Bagi aku aprtment ni ok lah...sesuai untuk family, group yang ramai dan boleh cut budget. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi contact person Mr wong 019-4251107...Dia baik, peramah dan boleh di bawa berunding...promok sikit hihi...

Nak citer pasal hari kejadian pulak....Pagi2 lagi aku bertolak dari umah di sungai Buloh menuju ke Giant Batu Caves untuk berkumpul ramai2 sebelum konvoi ke CH. Kami breakfast nasi berlauk di gerai kelantan yang berhampiran dengan Giant dan sempat tapaw sebanyak 10 bungkus untuk lunch. so dah tak payah pikir pasal menu untuk lunch....yerrr

Dalam pukul 9.30 am kami bertolak beramai2 dari Giant Batu caves menuju ke CH dan melalui jalan ikut Tapah yang mengambil masa selama 3 jam perjalanan. Tepat pukul 12.30 pm, Kami sudah sampai ke Puncak dan jumpa dengan Mr wong untuk selesaikan segala urusan yang berkaitan dengan payment, kunci rumah dan rules.


Ini lah apartment kami...

Tempat pertama yang menjadi sasaran kami ialah ke Taman Rama-rama (Butterfly garden). Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM5 dan RM 3 untuk kanak2. Setelah selesai urusan tiket, kami di paksa bergambar beramai2 ruangan masuk. Tak nak memanjangkan citer....kami bergambar jer lah...adalah tu agenda diorang...huhu msti nak berniaga....

Jom kita jamu mata jap tgok gambar2 di bawah....


Map untuk ke taman rama2....

sempat snap seekor Butterfly yang cantik...

Budak2 memang seronok masuk ke sini...

Orang tua pun sama...seronok bukan main

Bergambar beramai2 dalam taman rama-rama...ini lah semua group kami, meriah dengan budak2 huhu....janji happy

tu dia...

lagi gambar ramai-ramai...budak2 dah tak fokus...tinggal org tua jer masih maintain nak bergambar. control cantik kata nya...

Selain rama2, kat sini ada juga binatang2 lain seperti arnab, ular, burung, ayam dan banyak lagi. di kekalkan juga hiasan pokok2 bunga dan tanaman lain yang di deko khas untuk nampak kelihatan cantik pada pandangan mata...so takde lah boring sangat bila masuk ke dalam ni...

seronok sakan nampak...


Rabbit adalah salah satu binatang yg menjadi tumpuan kanak2...takde lah diaorang bosan sangat

Aliya...miss u..

Sun flower...

juga ada di tanam bunga untuk hiasan

Ruangan dan hiasan yang ada di dalam taman rama-rama

pis yorrr....

lagi gambar arnab...

Tuan president (depan sekali) ada bersama untuk bergambar..hahaha...dia yg lead kami tu yg panggil tuan president. tapi tah mana2 dia bawa...huhu...tak boleh harap langsung

Jom balik....kita gi tempat lain pulak

Tempat yang seterusnya ialah ke Strawbery plant. Aktiviti kat sini ialah memetik sendiri buah strawberi di ladang. Kedatangan kami di sambut baik oleh amoii sambil memegang bakul untuk di berikan kepada kami. Bakul tu khas untuk letak strawbery yang di petik....senang untuk di bawa katanya.

Tanpa fikir panjang, kami ambi jer bakul tu tapi nahas....selepas jer ambi bakul tu baru dia bgtau bahawa sesiapa yg dapat bakul tu wajib petik strawberi dan membelinya....harga strawbery untuk 1kg ialah Rm30...ishhh mahal juga. Nanti hati nyesal aku ambi bakul....

Kat sini di jual juga honey dan madu lebah....macam2 madu ada. Dia cakap madu ni adalah madu yang terbaik dan asli...banyak khasiat dan baik untuk kesihatan...bla..bla..bla.... dengar jer lah huhu...tapi aku akui madu mmg baik cuma nak tahu asli ke tak.....


Ini lah kedai nya....

Strawbery tengah masak dan sesuai untuk di petik lebih2 lagi petik sendiri....ada feel tapi tu lah....mahal sangat!

Merah nya....meleleh jap

Perasan jadi Bos ladang strawbery....huhu

Aksi memetik....


Masing2 nak tunjuk aksi memetik...

 Lawatan ke Taman Cactus Point

Seterus nya kami singgah jap kat Taman Captus. Bayaran masuk adalah percuma. Di dalam terdapat pelbagai jenis captus dari yg kecil sampai lah besar. Pelbagai nama captus tertulis kat situ. Aku sekadar tengok sahaja tapi dalam masa yang sama aku sangat kagum dengan kekuasaan Allah kerana Dia yang menciptakan semua ini.

Selain Captus, ada juga tanaman lain yg ada khas untuk di jual kepada penguna. Terdapat juga  kedai menjual aksesori, hiasan dan gift. Mainan kanak2 pun ada....

Ini lah dia tempat captus yang kami kunjungi...jom masuk dalam

Toys....

Bunga-bunga dan tanaman2 lain yg sedia untuk di jual....

Lagi....

Budak2 memang suka benda ni....

Sakan main....

Harga untuk satu pokok termasuk pasu....

Pelbagai tanaman ada.....

Harga setiap tanaman tak sama bergantung kepada jenis, saiz dan baka....

Beautiful flowers....

Pelbagai jenis bunga ada.....

Captus yg pelbagai saiz....

Cantik pada pandangan mata....

Lagi cantik bila Ikut susunan mcm ni....

Bergambar dalam taman captus...

Dah boleh balik dah ni....jommm

Ooppss....sebelum tu kami singgah dulu kat Pasar malam Brinchang untuk membeli makanan dan apa2 yang patut untuk dinner malam ini. Di samping makanan, pasar malam ni banyak menjual sayur2 yg fresh, buah-buahan, pakaian, toys dll. Kami sampai di sini  lewat petang/senja dan sedikit tergesa2 kerana anak2 semua dah letih memandangkan satu hari suntuk kami berjalan so kami ambil keputusan untuk terus balik ke apartment untuk berehat dan makan.

Suasana pasar malam waktu kami kunjungi....matahari dah hampir terbenam di ufuk barat menandakan sekejap lagi malam akan menjelma....cewahhh...

Antara barang2 yang ada di jual di sana...

Sekejap lagi magrib akan berkumandang....jangan lupa solat walapun dimana kita berada...

Ikuti stories yg seterusnya....sila klik Di sini





No comments:

Post a Comment