Day 5 ~ Seoul, south korea

Hari ini masuk hari yg ke 5 kami kat bumi korea...ada baki 2 hari lagi untuk balik ke Malaysia so kami perlu menafaatkan sepenuhnya masa yg ada untuk menerokai setiap penjuru bumi seoul ini. Seperti biasa, selepas bfast ala kadar, pagi2 lagi kami keluar untuk ke destinasi yg seterusnya iaitu ke Changdeokgong Palace. Untuk ke tempat ini, kami menaiki subway dari Apgujeong station dan stoped di Anguk station...

Jom kawan2....kita explore perjalanan ini sama2 dan hadap apa jua masalah yg bakal berlaku nanti. Kalau sesat, kita sesat sama2 nya ya! Sebab kita semua ini bermula dgn zero....huhu

Dari anguk station anda perlu ambi line 3 dan exit 3....jalan straight aroud 10 minutes, anda akan nampak lambang seperti di bawah ini... World Heritage Chongdeokgung. Untuk memasuki palace ini, anda perlu membeli tiket terlebih dahulu. Harga tiket untuk sorang murah jer dalam 3 ₩ @ Rm10

K. Jah dengan penuh bergaya bergambar di signboard Cheokdonkgung palace

Jom..layan jer gambar2 di bawah 》》》

Di hadapan pintu masuk palace...

View yg cantik di bahagian dalam palace membuatkan hati ini terpegun sekejap....


Masa ni, suasana agak tenang dan damai kerana tidak ramai pengunjung yang datang. Ini membeli peluang kepada kami untuk menghayati secara dekat sejarah kewujudan palace dan easy to snap the pictures without any gangguan drp orang ramai...

Free and cool style from Maria....nice pictures to see

In middle location palace...

Again pictures 

More nice view picture at the palace...

At secret garden gate....nak masuk tapi cam tak cukup masa jer....last2 sekadar bergambar shj..


Di luar palace....dalam perjalanan balik, kami di jamu dengan beberapa ekor burung merpati yang jinak. Tanpa lepaskan peluang, kami memberi makan semata2 untuk menangkap burung tersebut. Benar lah pepatah org tua ada mengatakan..."jinak2 burung merpati...bila dekat tak dapat tangkap..."

Jinak kan....kan...kan...tp sayang tak dapat pegang...

Destination seterusnya ialah ke Bukchon Hanok village ( perumahan tradisional orang2 korea). Untuk ke sini kami tidak perlu menaiki subway kerana dari hanok village ni berdekatan dengan hangdeokgong Palace . Cuma kami perlu explore jalan dan mengikuti map yg kami ambil dari information tourist centre. Huhhh....berpeluh jugak lah untuk jumpa tempat ni. Itu pun siap tanya orang yang lalu lalang. Kat sini, kita kena jadi peramah walaupun sebenarnya kita tak berapa nak peramah.  

Untuk ke sini anda perlu stop di stesen anguk (line 3) exit 2 dan anda perlu cross road dan berjalan kaki around half km gak lah....sehingga lah anda nmpak signbord seperti di bawah...dan dekat sign board ni ada kedai yg menjual barang gift, souvenier dan aksesori...pic shop spt di bawah....


Berjalan kaki sehingga nmpak signboard ini....

Ini kedai yg menjual barang aksesori dan side of this shop ialah lorong untuk ke hanok village....

This time, ramai orang / tourist yg datang berkunjung...kami terpaksa bersesak2 dgn orang ramai yg terdiri drp pelbagai lapisan masyarakat


Salah sebuah rumah tradisional org korea... tempat ni sebenar masih lagi di diami oleh owner house dan mereka masih lagi menjalankan rutin harian seperti biasa. Sebab itu lah, untuk memasuki this area, tourist di larang membuat bising dan di larang menceroboh masuk sesuka hati kecuali pada tempat2 tertentu sahaja...

kami sempat bergambar di tengah2 lorong perumahan....biasa kat sini, jalan nya agak berbukit. Mengah juga kami di buat nya...huhu...patut lah orang korean badan nya slim2....banyak excercise rupanya.


Salah satu tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk snap pics....kiri kanan rumah menyerupai traditional design org2 korea like as in drama dan film. Normally tgok kat tv jer rekabentuk umah spt ni tapi sekarang dah terpampang di mata.....Alhamdulillah!

 Bersantai jap di depan rumah sebelum masuk menerokai suasana dalaman

 Spt yg selalu kita tengok kat tv

Lakaran lukisan yg ada kat dinding rumah....

Destination seterusnya ialah ke Insadong traditonal market. Untuk ke sini anda perlu stop di stesen anguk ( line 3, exit 2) dan berjalan kaki sejauh 700m untuk sampai. 

Sepanjang perjlanan, Anda akan berjumpa dengan satu kedai menjual pelbagai jenis beg yg tertulis harga 10,000 ₩ /Rm3w. Emmm...nmpak cam murah tapi bila di convert ke Rm, boleh tahan mahalnya. Sebelah kedai ini, terletak satu kaunter tourist information dan jalan sedikif lagi, baru anda akan sampai ke insadong market....

■Tips utk shopping di korea : bila hendak mmbeli sesuatu barang...jangan convert yer....kalau convert sampai sudah anda tidak jadi membeli....

Penunjuk arah....sebaik melihat signbord ni, kami semua merasa lega sikit krn kami sudah berada di jalan yg betul. Tinggal lagi, berusaha dan mencari jalan untuk menuju ke destinasi...

Tu dia kedai beg seperti yg saya nyatakan tadi...kat sini kami berborong pelbagai jenis beg kerana design yg ada agak lain dari yang lain. Lagi pun 10,000₩ , murah tu. Jangan convert yer!

Sudah sampai di insadong market...bergmbar dulu sebelum explore apa2 yg patut. 

Di kiri dan kanan adalah lot2 kedai yg menjual barangan art, tradisional, barangan antik, painting, aksesori, souvenir dan barang2 lama korea. Kat sini like as central market di KL  Terdapat juga galleries, restoran dan teahouses tradisional serta cafe. Sering kali juga di adakan event, showing arts dan any funtions berkenaan culture, crafts dan budaya hidup org2 korean. Ini semua untuk menarik minat pengunjung yg datang. 

Berjalan di tepi2 gerai sambil Mencuci mata...

Antara lot2 kedai yg sempat aku snap...kami spend time lebih kurang 1 1/2 jam di sini sambil melihat barang2 yg di jual dan melihat suasana persekitaran yg sentiasa dipenuhi oleh orang ramai...

Perjalanan di teruskan ke itaewon station untuk mencari makanan halal. Bagi aku, kat situ shj yg byak pilihan utk di mkn dan yg penting menu yg di hidang adalah halal 100%....

Begitu kelam kabut nya kami untuk mencari station ke itaewon. Kami terpaksa melihat subway map dgn teliti untuk mengelakkan drp tersalah masuk station dan line...jika berlaku akan timbul pelbagai maslah dan memakan masa perjlnan kami.
Bab kata pepatah  "biar lambat asalkan selamat"....

Yeerrr....dah smpai tempat yg di tuju. Terlebih dahulu kami order ais krim untuk mengelakkan drp kempunan yg sgt2 di inginkan dr semalam lagi...wpun sejuk, ianya bukan penghalang bagi kami utk merasa ais krim yg ada di bumi korea ini. Kami menikmatinya sambil menggigil kesejukan...

Ini lah menu hidangan kami pada tgahri ini....semua nya berasaskan kebab. Rasa nya amat tidak mengecewakan.   Alhamdulillah, dapat menikmat rezeki yg Allah berikan utk hari ini dengan penuh kesyukuran...

Tidak lupa tanggungjwb yg perlu di tunaikan sebgai seorang muslim. Mengambil wuduk di toilet dengan menggunakan botol mineral dan solat di station subwY yg  tempatnya agak sedikit terlindung oleh orang ramai...tp still dpt di lihat....yg penting bagi kami kewajipan harus di tunaikan.

Destinasi seterusnya ialah Mural art ....terletak di DaeHangNo or DaeHakRo, or “College Street”. Berdekatan dengan Ihwa Mural village. Pada mula nya kami mmg hendak pergi ke Mural art village tetapi memandangkan masa tidak mengizinkn kami hanya sempat snap gmbar mural di sekitar college street yg berdekatan dengan seoul national universiti.


Untuk ke sini anda perlu stoped di Hyehwa Station (Seoul Subway Line 4), Exit 2. Untuk sampai ke sini, jenuh juga kami bertanya org awam sebab location nya betul2 susah untuk di temui sehingga sampai satu tahap kami dah rasa fedup dan malas nak explore. Tapi aku jer bersemangat untuk smpai ke sini krn aku dpt rasa darah seni banyak mengalir dlm badan aku. 

Tanpa rasa bosan, aku teruskan juga niat untuk mencari mural art tersebut wlaupun time tu hari dah nak senja dan merangkap ke mlm...Alhamdulillah...tidak sia2 harapan ku selama ini. Tempat yg di cari akhir nya bertemu jua. Tapi sayang, tak sempat nak explore semua krn masa yg amat suntuk...

Ini lah saje gmbar yg sempat kami rakam....scroll ke bwh ⏬⏬⏬



First point kami kat jural art village...

K maznah sempat memajak kan diri di mural art....

Aku juga tidak ketinggalan cuba menempelkan diri di mural art....ukiran dan seni lukis yg begitu unik dan penuh makna...biasa nya di hasil kan oleh student art

Lagi mural art...

Ada cerita yg tersirat di sebalik ukiran ini...


Seoul national university hospital - gambar di ambil dlm perjalanan balik dari mural art art...


Bergambar di hadapaan hospital univeristi di Seoul

Sempat posing sebelum meneruskan perjlanan

The next destination ialah ke hardrock cafe seoul yang terletak di shopping kompleks Lotte world Mall. Untuk ke sini anda boleh naik subway dan turun di station jamsil  (Seoul Subway Line 2 or 8), Exit 1 or 11. Bagi kami, ke hardrock cafe adalah tempat yang perlu ada dalam intenary kerana di sini merupakan symbol utama mana2 negara. Dan yang penting bagi kami ialah tidak melepaskan peluang untuk grab  1@2 helai t-shirt sbgai kenangan. 

Walaupun kami keletihan, kesejukan dan kesuntukkan masa ( waktu ni dah menghampiri kemalam)....kami tetap juga berusaha mencari jalan untuk ke hardrock cafe. Setelah 1 jam perjalanan,  akhirnya kami sampai jua ke tempat yang ingin di tuju...Alhamdulillah! Jom kawan2 kita redah shopping kompleks ni...

Terpaku  sekejap kerana mall ni sangat besar dan kami melangkah tanpa arah tujuan. Al maklum lah...agak jakun dan terasing juga kami dibuat nya. Nasib baik kami ada catat full address untuk ke sini...itu pun masih lagi bertanya pada org yang lalu lalang sebab tak sure betul ke tak jalan yang kami lalui...huhu...

Full adress untuk ke sini ialah 5F, Lotte World Mall, 300, Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul, 138-240, Korea


Antara2 station subway yg kami lalui untuk ke Jamsil station. Kami perlu transit di station Dongdaemon history & Culture park terlebih dahulu sebelum meneruskan ke station yg berikutnya.

Apabila menlihat "lotte world mall" semakin konfiden kami melangkah....wahhh...agak besar jugak lah mall ni. terpinga2 kami mencari nya. Time ni mulut mesti manis maa...kalau tak lambat nak jumpa tempat ni. Orang tua cakap "malu bertanya sesat jalan" tapi kami ni wlaupun dah bertanya still masih sesat lagi..huhu...

 my pic near the hardrock cafe...

Yeerr.... ni dia hardrock kami yg kami idam2kan...telah sampai akhirnya...
Jom kawan2 kita masuk kedalam dan cari apa2 yg patut untuk di bawa ke malaysia...Setelah berada lebih kurang sejam dan membeli beberapa helai baju, t-shirt hardrock, kami bersepakat untuk pulang dengan menaiki teksi. Yang ini aku tak sure berapa tambang yang di bayar untuk pulang ke rumah sebab memang aku tidak larat untuk memikir dan mecatat berapa jumlah nya...time ini yang aku ingat bantal shj....memang amat memenat kan tetapi berbaloi....nite2 semua. see you again at tomorrow morning! hepy nice dream...

No comments:

Post a Comment