Hari ke dua banyak meletihkan.Ini kerana dalam satu hari kami melawat 2 tempat yg jaraknya agak jauh diantara satu tempat ke satu tempat...wpun begitu kami tetap enjoy..
Di pagi hari kami sudah siap sedia menunggu abg hanaphi datang untuk meneruskan perjalanan yg dirancang....breakfast di sediakan oleh pihak hotel tapi oleh kerana makanan
Yg di sediakan agak mengwas-was kan.... kami awal2 lagi tidak menujukan ke ruang makan...hanya cindy dan ben sahaja yg breakfast...rugi?memang rugi tetapi mana2 hotel pun akan menawarkan package begini sekali ngan breakfast...so tidak ada pilihan...
Wahh...nampaknya abg hanaphi bawa kami menaiki mini bas tapi bas ini bukan kami sahaja.....ada group lain yg akan join bersama2...tak pe lah...sekurang2nya boleh berkenalan kerana mereka juga dari malaysia....
Starting the journey....terlebih dahulu bergambar dlm bas...
Gambar yg aku snap ni mengambarkan suasana yg biasa di waktu pagi di bumi vietnam....macam malaysia juga, mereka ni keluar untuk bekerja ...yg bezanya kat sini ...malaysia jem dengan kereta tetapi kat vietnam ni, penuh dengan motor tapi bukan ini yang aku nak bagitau sebenarnya...yg aku nak fokus kat sini ialah gaya penumpang perempuan yg menaiki motor tu...amat seksi dan relaks....tak jatuh ke..?
Suasana sebenar on the road at vietnam...
Ada juga yang kena saman..ha2...ha2..
Oleh kerana kami tidak breakfast kat hotel, abang hanaphi menyediakan makanan pagi yg siap bungkus....Dia cakap nasi ni memang foverite org vietnam dan di masak oleh org islam vietnam.Sekali tengok macam nasi lemak tapi daging ni di bakar dan rasanya amat menusuk hidung....memang aku tak lalu nak makan...minta maaf ye abg hanaphi
Perjalanan hari ke dua kami ialah menuju ke "CHU CHI TUNNEL" yg memakan masa lebih kurang 1 1/2 jam...Sebelum pukul 9 pagi kami dah sampai.Perlu di ingatkan kat vietnam ni awal 1 jam berbanding dgn malaysia so pukul 6 pagi suasana dah cerah dan orang ramai sudah bangun untuk menjalankan aktiviti masing2...
Tempat mula2 kami singgah kat chu chi tunnel ni ialah menonton video berkenaan peperangan yg berlaku dan macamana tunnel ini di bina...layan jer lahh...
Cindy mencuba untuk masuk di dalam terowong yg hanya muat untuk seorang sahaja...berkali- kali cindy mencuba tapi failed..."i takut lah...manyak dalam"...kata cindy
Orang dan patung dah seakan sama daaa...
Bersantai di hutan belantara...
Replika patung ni katanya tengah buat bom...diaorang ni tak takut ker?
Berehat jap sambil melayan izan yg sedang menyanyi...abg hanaphi khusyuk nampak..?ada apa2 ker?..ha2..
Di belakang tu adalah kedai2 yg menjual cenderahati...berminat nak beli tapi mahal lah....abg hanaphi ckp ada lagi tempat yg boleh di beli dengan harga yg murah...
kat dalam hutan ni pun boleh shopping...cindy berminat dengan selipar yg di buat betul dengan getah tampa di campur dengan bahan yg lain.Selipar ni di gunakan oleh tentera2 semasa berperang...."the price is 4 US " he said...Dengan tidak ada pilihan cindy terus beli selipar tersebut memandang kan kasut yg dipakai amat tidak sesuai untuk berjalan jauh...
Nampak tak beg tu..? Ni lah beg aku yg baru beli semalam rm30...abg hanaphi tolong bawa...dia cakap "bagi saya bawa..berat ni"...dengan muka seronok dan selamba aku bagi..bukan apa beg ni berat lah juga..lagi pun perjalanan untuk melawat Kesan tapak2 Peninggalan perang Tu lebih kurang 2km...mengambil masa 2 jam....wahhh jauh dan lama tu...nasib baik abg hanaphi ni baik...Alhamdulillah
Standby untuk masuk terowong...tapi iza ni...dia berlagak jer tu, sekali tengok macam nak masuk tapi takut...katanya....Last2 keberaniannya hanya kat situ jer...
Ni pulak last destination kami kat chu chi tunnel.Setelah penat berjalam, kami di hidangkan dengan ubi rebus dan teh o panas...amat sesuai dengan tahap kelaparan kami pada masa tu...lagi pun kita perlu ingat bahawa makanan ni lah yg di makan oleh tentera2 dan rakyat dahulu semasa brlakunya peperangan ...so rasai lah keenakan ubi rebus ni sampai kenyang...
Daripada Chu chi tunnel, kami menuju ke sungai mekong yg mengambil masa kira 2 1/2 jam...jarak masa yg lama membolehkan kami mengambil peluang tidur Dengan nyeyaknya walaupun Sekali-sekala di ganggu oleh deruan motor dan hon2 kereta yg banyak diatas jalan...Akhirnya setelah mengharungi perjalanan yg panjang, kami sampai di masjid yg dikhas untuk makan tengahari dan solat zohur....
Sebaik sahaja memasuki ruangan masjid, hidangan telah siap sedia berada di atas meja.Melihat lauk pauk yg terhidang...membuatkan Kami tidak sabar untuk menjamu selera...Kata abang hanaphi "hidangan ini di masak oleh orang islam kemboja"..tanpa ragu2 dan was2 kami terus makan tanpa banyak alasan...
Bergambar di pintu masuk masjid Jami'ul Muslimin....
"Abg hanaphi nak 2 org drp kamu tolong nya perGi beli ais kopi Di kedai seberang jalan sana tu...kamu bertiga kena osom sapa yg nak pergi...
Masa ni kami sedang menunggu abang hanaphi membeli ais kopi Untuk di minum dlm bas nanti...ianya Amat sesuai dengan cuaca yg agak panas di luar sana...dan sekurang2 dapat menyejukkan badan kami Yg tengah hangat membahang...
Akhirnya sampai sudah kami di jeti untuk ke sg Mekong....Sambil menunggu bot sampai, kami bergambar terlebih dahulu...group yg ceria dan sporting...i'm very happy to join the trip with you all....
Sesampai sahaja kami di sambut oleh orang yg memegang lebah tanpa ada rasa takut sedikit pun...sapa kata lebih ni merbahaya.jika kena dengan cara nya...ia boleh menjadi jinak dan tidak memudaratkan sesiapa yg datang dekat dengannya...try tengok gambar kat atas tu...Izan dengan berlagaknya memegang sarang lebah tu...sedikit pun lebah tu tidak menyusahkan izan...
Disamping itu, kami disediakan sedikit makanan ringan yg berupa kerepek dan madu yg di sudah di bancuh dengan air...konon2 nya ia amat baik untuk kesihatan dan dapat menghindari daripada penyakit yg merbahya...
Juga di sajikan pertunjukkan ular....wpun ular tu jinak dan tidak membahayakan tapi aku tidak akan mendekati dan memegang ular tu...geli wehhh
Tapi izan sekali lagi menunjukkan keberaniannya...ha...ha...ha...hampeh izan...bukan pegang ular tu tapi sekadar hiasan semata2...
Sepanjang jalan ke sg mekong, terdapat banyak lot2 kedai yg menjual pelbagai jenis barangan seperti handbeg, t'shirt, pes, cenderahati dan aksesori...for info jika tak nak beli...jangan gatal mulut untuk bertanya tentang barang tersebut....ini kerana mereka akan marah, paksa dan tarik kita supaya membeli barang yang dijual....
Kami juga di sajikan dengan nyayian lagu2 tradisional vietnam dan tarian yg di sampaikan oleh Penyanyi local vietnam...Disamping itu kami di hidangkan dengan buah- buahan tempatan yg segar dan enak....ianya agak menghiburkan dan mengurangkan kepenatan yg kami alami..
Akhirnya kami sampai di sg mekong yg dikhaskan untuk pelancong2 menaiki sampan yg di kayuh sendiri oleh orang2 vietnam...aku tidak tahu berapa kos untuk menaiki sampan ni kerana ini semua termasuk dlm pakage yg telah di bayar oleh en hanaphi tapi kami di beritahu supaya memberi sedikit tips kepada pengayuh tersebut.Pemberian Seikhlas yg mampu...itu cakap abg hanaphi.
Satu perahu boleh menampung 3 @ 4 orang pelancong dan 2 orang pengayuh di khaskan di hadapan dan belakang perahu...
'Hati-hati....' mungkin itu perkataan yg keluar dari mulut abang hanaphi
Kay pulak cuba membantu yan menaiki sampan...kalau tersalah langkah boleh membahayakan diri sendiri...sampan perlu di seimbangkan untuk mengelak dari terbalik...
Izan dan ecah memerhati dengan penuh minat...
Ini lah pendayung kami...baru berumur 15 tahun dan tak bersekolah....muda dan cantik tapi menghadapi kesukaran untuk hidup....terpaksa bekerja keras di usia muda semata2 untuk mencari pendapatan...terdetik dalam diri ku bertapa Allah menganugerahkan kenikmatan yg tidak terhingga kepada diri ini...aku panjat syukur kepada mu Ya Allah kerana di berikan kesempurnaan dlm hidupku tanpa menghadapi kesukaran seperti adik ini...amin.
kami di bawa menaiki sampan sejauh 1 km yang mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi....oopps sebelum tu kami di beri topi untuk dipakai sepanjang menaiki sampan untuk mengelakkan daripada panas cahaya matahari...tapi bukan itu saja, topi ni melambangkaj budaya tradisi mereka yg kebanyakan bekerja sebagai petani...
Begini lah reaksi Orang KL apabila dapat menaiki sampan...seronok bukan main...maklum lah kat malaysia mana ada benda2 mcm ni...jakun sekejap...hu2...hu2...
pengalaman yg pertama dan terindah bagi kami...
Setelah memberi sedikit tips, kami meneruskan perjalanan kedestinasi yg seterusya...
Kami di kejutkan oleh abg hanaphi dengan kereta kuda untuk di naiki...
Wahhhh...masing2 semua teruja tapi yg sedikit terkilan ialah bau kuda yg begitu menyengat di hidung kami...nak tak nak kami menaiki juga kereta kuda trsebut sambil menahan nafas...sebuah kereta boleh di muat dalam 4 @ 5 orang..
"ahhh sedap nya..hilang dahaga ku" itu lah kata2 yg terluah di hati masing2...
Berkumpul beramai2 diperairan jeti....ini lah group kami sepanjang satu hari di vietnam...sudah bagaikan satu keluarga....
Setelah penat mengharungi perjalanan dari pagi sehingga lah ke malam...abg hanaphi akhirnya membawa kami ke kilang menjual kain cotton yg terdiri drpd pelbagai jenis cotton dari yg murah sampai lah yg mahal.Bukan itu sahaja, tempat ni juga menjual baju kurung ready made, kain telekong dan blouse...tak di nafikan bahawa keletihan yg kami rasai hilang begitu sahaja...
Kain cotton yg paling murah boleh di perolehi di ini...paling murh R17 dan paling mahal Rm45.....Begitu juga dengan baju kurung ready made dimana Rm35 tanpa manik boleh di perolehi di sini....
Oleh kerana waktu sampai di kedai ini agak malam so aku tidak dapat menyatakan lokasi yg tepat untuk kesana...lagi pun aku juga tidak ada alamat utk di sahkan.Bagi aku, amat rugi sekali jika sesiapa yg sampai di vietnam tidak menjejak kaki ke sini....
Tu dia cashier...tak menang tangan melayan kerenah kami...yg pasti malam ni mereka mendapat untung yang banyak hasil dari perbelanjaan besar kami
Travel
ReplyDeletesalam...kos untuk seorang trip ke delta mekong dan chu chi tunnel ni berapa ye? boleh bg contact abang hanapi?
ReplyDeleteBlh bg contact abg hanapi? Berapa kos ke mekong delta ya. Tq
ReplyDeleteBlh bg contact abg hanapi? Berapa kos ke mekong delta ya. Tq
ReplyDelete