KOTA KINABALU SABAH - DAY1

Date trip : 8 Nov 2013 - 11 Nov 2013 (4D3N)

Kali ini aku meluangkan masa menerokai  negeri sabah di bawah bayu. Perjalanan  yang mengambil masa selama 2 1/2 jam amat memenat dan membosankan.Ini kerana tiada apa2 aktiviti yg boleh di lakukan semasa dlm flight


Ini adalah flight  yg akan aku naiki kejap lagi, AK 5136. Kami akan fly dlam pukul 10.30am

Bergambar di balai menunggu sementara menunggu gate di buka..kami posing dulu

Trip kali ini hanya kami bertiga sahaja yg join tidak sepertimana trip yg sebelum2 ini. Aku dan fazuri mengambil peluang menerokai bumi sabah yg penuh dengan sejarahnya dan keindahannya yg tersendiri. Sementara seorang lagi kawan aku, dolina sedang menungggu kami di sana kerana dia lah akan membawa kemana sahaja tempat yg ingin aku pergi...maklum lah dia ni original sabah. Peluang ni tak akan ku lepaskan begitu saja. Akhirnya pada pukul  1 pm kami mendarat di lapangan terbang kota kinabalu.

Di sini, utk mendapatkan teksi hendaklah membuat pembayaran di kaunter. Tambang teksi mengikut tempat yg ingin kita pergi...kalau ke bandar kk tambang nya dalam RM30 untuk satu kereta...lain2 tempat mungkin harganya berbeza



Akhirnya sampai juga kami di bumi sabah. Selepas check in hotel (asia city hotel), kami berjalan2 di sekitar bandar KK tanpa arah tujuan. Ini kerana kawan kami yg sorang lagi iaitu Dolina yg memang bekerja di Tawau akan sampai di KK pada esok pagi so kami berjalan ikut gerak kaki sahaja kerana ini lah 1st. time kami berdua menjejak kan kaki ke sabah.

Setelah penat berjalan kami memasuki CENTRE POINT SABAH dan di sini lah kami makan KFC.Harga KFC di sini lebih mahal dari KL. Tak kisah lah mahal ke apa ker..yg penting perut kena di isi terlebih dahulu...

 bergambar di kawasan perairan laut yg di jadikan tempat pelabuhan utama kapal2 nelayan


Untuk ke PASAR PILIPINA kami bertanya kepada orang ramai arah untuk kesana. Pasar pilipina terletak berdekatan dengan pengkalan/jeti....di hadapannya terdampar laut yg luas sehingga membuatkan kami teruja sekejap. Oleh kerana sampai agak lewat...kami melihat peniaga2 pasar malam membuka jualannya untuk di jual...pasar malam ini terletak bersebelahan dengan Pasar pilipina. Kalau nak tahu...sabah ni terkenal dengan makanan seefoodnya...tengok lah sempat lagi aku snap sebahagian drpd gambar ketam, udang dan ikan...


Besar nya udang ni..takut pulak nak makan. Bukan apa takut gout..hu2..tapi bukan ini pilihan utama kami...yg kami target ialah ke pasar pilipina

Sejarah Pasar pilipina

Pasar ini dibuka pada awal tahun 70-an ketika era pemerintahan BERJAYA.  Ketika itu, ia terletak di kawasan Kampung Air. Pada tahun 1978, pasar ini dipindahkan ke belakang bangunan Bank Negara, berhampiran Kompleks Sinsuran...

Pasar ini dipindahkan sekali lagi pada awal 80-an ke bangunan UNHCR. Bangunan ini dulu merupakan penempatan sementara pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah sewaktu 
Berlakunya perang di selatan Filipina pada tahun 70-an...

Selepas itu, pasar ini tidak dipindahkan lagi dan kekal sehingga kini. Pada awalnya kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara Filipina. Kemudian ia berkembang....

kraftangan tempatan dan produk negara lain mula dijual oleh peniaga di sini. 
Pasar ini dikenali dengan beberapa nama. Pasar ini kini menjadi antara kawasan popular di bandaraya Kota Kinabalu.

Di luar pasar pilipina kelihatan beberapa orang peniaga menjalankan perniagaan dengan  memberikan pekhidmatan seperti membaiki kasut, menjahit pakaian, alter beg dan lain2 barangan...

Jangan lupa kat sini juga ada night market yg menjual pelbagai barang basah, kering dan seefood walaupun banyak laut pauk terhidang di depan mata semua itu tidak menarik perhatian aku. Cuma yg aku nampak sekarang ini ialah bantal dan selimut saja namun begitu aku sempat mengorder jus limau dengan harga Rm5, umm boleh tahan mahal harganya.

Oh ya..untuk dinner kami hanya makan burger yg di beli kat pasar malam sahaja...tenaga perlu di simpan dan badan perlu di rehatkan kerana banyak lagi aktiviti yg perlu di jalankan untuk esok hari....

Ini kete yg kami sewa untuk 2 hari dengan harga Rm300..ini bermakna Rm100 seorang...
harap2 kete ni dalam keadaan baik dan tidak memberi masalah kepada kami semasa dalam perjalanan nanti....


"Tiada yang lebih berharga selain air mata orang yang bangun malam (bertahajjud) kerana takut azab neraka, walau setitis lebih berharga dari isi alam"

No comments:

Post a Comment