♥Di suatu pagi di kampung mesilou kundasang♥
Pagi2 lagi kami sudah bangun semata-mata ingin melihat puncak Gunung Kinabalu..kalau terlewat sudah tentu puncak gunung itu di lindungi oleh kabus tebal...walaupun terasa malas dan agak liat sikit untuk bangun tapi kami bangkit juga demi misi yang di angan2 kan sekian lama..wahh..sejuknya air...bisik hati kecil ku.nasib baik water heater menjadi penyelamatku...kalau tidak ada orang yang tidak mandi pada pagi tu...
Kalau ikut kan...kami check out pukul 12 tengahari tapi untuk tidak membazirkan masa kami check out early morning...Gambar di atas menunjukkan segala2nya...matahari yg memancar di pagi hari memberi petanda bahawa segala aktiviti hari ini berjalan dengan lancar (dengan izin NYA)
View yang cantik di awal pagi..di ambil di hadapan homestay kami
Jom kita ke Golf course dulu
Perjalanan ke padang golf memang betul2 menghala ke kaki gunung kinabalu...
Amat cantik dan menakjubkan...sesungguh nya ciptaan ALLAH amat sempurna di mata kita...
Dah sampai...perjalanan tak sampai 10 minit dari homestay kami...tempat ni memang sunyi dan mendamai kan...tiada kedengaran hiruk pikuk kenderaan, bebas daripada gangguan manusia, jauh daripada Kerja2 seharian dan yg penting kami dapat menghirup udara yg segar. Tiada bayaran untuk masuk ke sini...bebas berjalan tapi jangan pijak rumput yer...nanti kena denda...just bergambar jer...jom layannnn...
Ni gambar yg paling cantik aku snap..kalau guna kamera canggih dan di tambah dengan skill...rasanya lagi cantik gambar boleh di ambil di sini....
Aku mengambil kesempatan posing di atas padang golf yg dikelilingi oleh view yg cantik...
"Ambil lah gambar aku yg tengah posing ni
...bagi nampak gunung ye...
tempat ni best and sangat cantik" kata Dolina
...bagi nampak gunung ye...
tempat ni best and sangat cantik" kata Dolina
Good friends and always tOgether although we far away...
Dan perjalanan seterusnya ialah ke Desa Desa dairy farm iaitu tempat ternakan lembu susu...Dari padang golf mengambil masa hanya 10 minit sahaja untuk sampai ke sini...Sebaik sampai...kami di sajikan dengan keindahan permandangan yg luar biasa...tambah lagi di serikan oleh puncak gunung kinabalu yg jelas dan terang tanpa di lindungi oleh kabus...
wahhh betul2 cantik lah...ngomel ku sendirian. Apa lagi...terus kami buat aktiviti2 mengambil gambar...boleh tak tolong ambil gambar kami bertiga? Gambar tu bagi nampak lembu dan gunung ye? Kami terjah jer sapa2 yg ada kat situ...siap bagi arahan lagi...tak kisah lah asalkan kehendak tercapai...sesunggguhnya aku merasa kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan yg Tiada tolok bandingnya..
cantik gambar ni...i like
"Selamat datang ke desa dairy farm" itu lah kata2 yg ada di signboard sebaik sahaja kita sampai di sini...
Sebahagian lembu ternakan yg ada di sini....
Merenung dan kmemikirkan kemana kita selepas ini....sesungguhnya dunia adalah tempat persinggahan untuk ke akhirat...Niat kami pada awal nya untuk melawat kilang pemprosesan susu lembu secara lebih dekat tetapi hasrat kami terhalang...ketika ini pelawat2 tidak di benarkan masuk kerana "under construction"Kami di benarkan snap gambar dari luar sahaja....hampa dan mengecewakan...itu lah ungkapan yg ada di dalam hati masing2....
Kelihatan kabus semakin menghampiri kami...untuk mengelakkan daripada pedih mata dan sesak nafas...kami meninggalkan dairy farm dengan hati yg terkilan....Tak per..lepas ni kita datang lagi yer...pujuk hati ku...
Jom kita breakfast dulu...hati yang hampa di tenangkan dengan nasi goreng daging Dan teh tarik...kami menjamu selera di restoran Razida yg terdapat di pekan kundasang...nasib baik ambil gambar..kalau tidak confirm aku tak ingat nama restoran ni...
Perjalanan seterusnya ialah balik ke kota kinabalu...sebelum tu kami singgah sekejap di pekan Tamparuli yg terletak dalam daerah tuaran untuk melihat sendiri jambatan gantung Dan merasai berada di atas jambatan tersebut...ini semua gara2 lagu jambatan tamparuli yg sering aku dengar di corong2 radio...
Perjalanan daripada pekan kundasang ke tempat jambatan gantung ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Terletak betul2 di pekan tamparuli dan menjadi kemudahan kepada penduduk untuk menyeberang sungai yg panjang dan luas...Jom layan je lah gambar ni....
Peluang untuk bergambar di atas jambatan gantung tidak di lepaskan begitu saja...
Kunjungan kami seterusnya ialah ke Rumah Terbalik yg terletak tidak jauh dari jambatan gantung
iaitu kampung telibong, daerah tamparuli. Untuk masuk di kena kan bayaran RM10 untuk dewasa
Sebelum masuk...kami bergambar jap di hadapan pintu masuk rumah terbalik...di dalam sana juga di sediakan restoran, souvenir shop dan kedai kopi tapi semua Di caj dengan harga yg berpatutan..
Dirasmikan pada 9 mac 2013...
Sebelum masuk ke dalam...kami di beri masa 10 minit untuk brgambar di sekitar rumah terbalik...ini kerana group yg sebelum ini masih Lagi ada di dalam rumah trsebut...selagi group trsebut belum keluar selagi tu lah kami tidak di benarkan memasuki nya...so...kami bertiga sempat posing2 dan snap beberapa keping gambar utk tatapan bersama...
Adoiii..berat nya kete ni...jerit zuri kepada aku. Kalau ye pun berat...takkan guna jari jer kot...perli aku padanya...kih..kih..lakonan mesti mantop beb...seloroh zuri pada aku...
ni lah dia yang akan guide kami sekejap lagi...
Kat sini kami di beri taklimat serba sedikit berkenaan rules yg perlu di patuhi semasa berada di dalam...katanya...jangan ambil gambar semasa berada di dalam rumah terbalik kalau tidak akan di dendan rm200 dan jangan sentuh barang2 yg ada di dalam rumah tersebut...gong perlu di ketuk oleh salah seorang daripada kami sebagai tanda penghormatan...kalau tak ketuk tak boleh masuk ker? itu lah pertanyaan yg terus bermain di dalam minda ku...
kagum sekali apabila melihat barang2 yg ada didalam rumah....semuanya terbalik...yg sempat aku lihat ialah kipas siling, sofa, mesin jahit, peti sejuk, meja makan, dapur, kukur kelapa, tong sampah, almari selipar, karpet, katil, almari solek, almari baju dan frame bambar....semuanya berada di kedudukan terbalik...pening aku melihatnya...apa2 pun amat lah berbaloi...
ni pulak kat luar rumah...pasu, jendela rumah dan basikal yg di parking secara terbalik...
Ha..ha..ni pula ampaian terbalik....
Toilet ni berada di luar rumah khas untuk pelancong2 mengambil gambar...kat sini juga terdapat satu kawasan garden yg di reka secara terblik...amat teruja sekejap.
setelah lebih sejam melawat rumah terbalik...kami meneruskan perjalanan ke destinasi yg seterusnya...tapi sebelum tu kita makan dulu...
Kak Nong restaurant menjadi pilihan kami...terletak betul2 di bandar KK dan sentiasa di kunjungi oleh ramai pelanggan2...kami sekadar menghilangkan haus sahaja...untuk makan masing2 masih terasa kekenyangan lagi...aku order oren juice, zuri pulak sirap bandung...dan doli ABC sukaria...apa yg dia suka..tak tau lah...total paid is Rm12... kesemuanya doli yg belanja....thanks dolina...
Seterusnya kami ke pantai Tanjung Aru untuk merehatkan bandan dan makan tengahari plus makan petang...kerana waktu kami makan dalam pukul 3 ptg...hidangan kami kat sini ialah tomyam campur, telor dadar, kailan ikan masin dan air kelapa blended satu gelas yg besar...rasanya boleh tahan lah...mgkin sebab lapar kot...rm37 kami berhabis kat sini ...isk..isk...mahalnya...masa ni hujan lebat...so kami tak dapat meneruskan aktiviti melepak di tepi pantai dan bergambar...hujan yg lebat membuatkan kami menggigil kesejukan...
Oleh kerana hujan lebat...kami hanya round2 bandar KK sahaja ...sempat singgah di pantai tanjung lipat dan shopping di Kompleks borneo yg berdekatan dengan UMS dan pejabat2 kerajaan yg ala2 putrajaya....Akhirnya kami pulang ke hotel apabila waktu sudah menghinjak ke magrib...
lagipun badan Dah separuh letih dan memerlukan rehat yang panjang...
so sweet dear...hahahaha
ReplyDeleteTq...krn menjenguk blog sy....try lah dtg ke sini lynn lina. Amat berbaloi...
ReplyDelete